Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Diana, Julia & Juliana Bukan Jual Wajah

July 27, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 12:36 am



Oleh Zubir Mohd Yunus


DARI (kiri): Juliana, Julia dan Diana.

Tiga wajah Pan-Asian – Diana, Julia dan Juliana diramal gegar industri perfileman negara, selain sedia berkongsi cerita peribadi

Diana Danielle akui malu apabila dikatakan bakal pengganti Sofea Jane

KEMUNCULAN tiga bakat muda berwajah Pan-Asian – Diana Danielle, Julia Ziegler dan Juliana Evans mengingatkan kita kepada kehebatan serta pengaruh Sofea Jane, Deanna Yusoff dan Julia Rais dalam industri filem Malaysia sekitar era 80-an dan 90-an.

Memiliki wajah secantik Diana Danielle yang dikaitkan dengan Sofia Jane, Julia Ziegler bagaikan jelmaan semula Deanna Yusoff dan Juliana Evans pula sebagai pengganti Julia Rais, ia sekadar bonus kerana lebih penting bagi mereka adalah bakat lakonan serta keikhlasan hati, maknanya berusaha menjauhkan diri daripada sikap hipokrit dan sentiasa menjadi diri sendiri.

Realitinya, mereka tidak bersandar pada muka semata-mata kerana lebih ramai lagi insan lain yang juga kelihatan anggun, muda dan cantik tetapi tidak berpeluang menceburi kerjaya seni kerana tidak ada bakat dan kesungguhan.

Pastinya yang menjadi bualan hangat ketika ini ialah Diana selepas bakatnya dihidu penerbit dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam. Pun begitu, populariti Diana seiring gosip kisah cintanya dengan anak teruna Yusof, Syamsul.

Selepas bergandingan menerusi filem Evolusi KL Drift dan Bohsia, mereka sekali lagi dipertemukan dalam drama bersiri Farah Syakirah sebagai pasangan tunang.

“Tidak dinafikan, hubungan Diana dan Shamsul semakin hari, kami terus rapat. Tapi, nak kata sampai ke tahap bercinta tu, berilah kami sedikit masa lagi untuk membuat pengakuan yang lebih serius. Buat masa ini, tumpuan Diana 100 peratus kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang hanya tinggal kira-kira dua bulan lagi,” katanya manja.

Pada masa sama, terdengar desas-desus, hubungan Diana dengan seorang aktres jelita agak dingin apabila aktres berkenaan dikatakan cuba menggoda kekasih Diana ketika mereka sama-sama berlakon filem Evolusi KL Drift, sedikit masa lalu. Apa komen Diana dalam hal ini?

“Diana tak mahu mengimbas kisah lama, selain tak mahu bermasalah dengan sesiapa dalam industri ini. Bagi Diana, apa yang sudah berlaku, biarlah berlalu dan kita ambil sebagai pengajaran. Diana serahkan pada peminat mahupun masyarakat menilai sejauh mana kesahihan cerita berkenaan,” katanya berterus-terang.

Diana Danielle jelmaan Sofia Jane?

“Diana malu apabila orang cakap begitu. Namun, sebagai pendatang baru, Diana amat mengagumi lakonan Sofia terutama filem lakonannya, Cinta Kita. Apabila Sofia mampu bertahan hingga hari ini, mudah-mudahan karier Diana juga akan jadi seperti dirinya, sekalipun sudah berkeluarga, dia terus diminati,” katanya lagi.

Julia tak berkasih dengan Pierre

Seperti Diana, Julia Ziegler juga sering dikaitkan dengan pasangannya di dalam filem, Pierre Andre biarpun dirinya sebelum ini pernah dikaitkan dengan Yusry KRU dan Bard R1.

“Julia akui semakin rapat dengan Pierre kerana hampir setiap hari kami bertemu, dah kenal hati budi masing-masing. Sayang pada Pierre, yes, Julia care about him, apa dia buat, dia selamat ke, tapi care dan sayang Julia pada Pierre tak lebih daripada seorang kawan baik. Cinta, terus-terang Julia belum sedia, tapi nak kata kami menjalin hubungan ‘teman tapi mesra’, Julia tak setuju dengan istilah itu.

“Bagi Julia, sekiranya berkawan atau bercinta, Julia tak suka hipokrit. Pintu hati Julia masih tertutup dan menunggu siapa sang pria yang lebih dulu membawa ‘kuncinya’. Perasaan cemburu pun tak ada pada Pierre, sebab itu Julia katakan kami tak bercinta,” katanya tanpa berselindung.

Apa komen Julia, kalau seseorang itu baru saja mengenali seseorang, terus melafazkan kata cinta?

“Baru berkawan, kemudian terus bercinta, hubungan itu tidak ikhlas, plastik. Bukan cinta sejati, sebaliknya lebih mempermainkan perasaan orang, tak baik begitu,” kata Julia yang masih berada di Jakarta, Indonesia bersama Pierre sehingga 1 Ogos ini untuk menjayakan penggambaran filem Teman Selamanya terbitan 999 Pictures dan Astro Shaw.

Juliana akui sedang dilamun cinta

Sementara itu, Juliana selepas putus cinta dengan Adam Akademi Fantasia 2 (AF2), kini sudah pun mendapat pengganti, seorang pemuda biasa, bukan di kalangan artis, berusia awal 20-an dan mengusahakan perniagaan sendiri.

“Ya, kami bercinta, buat apa sorok-sorok? Juliana tak suka hipokrit dalam perhubungan. Seandainya tiada jodoh, kami break-up, itu sesuatu yang lazim. Kahwin pasangannya cerai, bercinta pasangannya putus kasih,” katanya yang pernah mengacarakan rancangan E-Zone, Remaja dan Aksi Gerek (siaran TV Singapura, Suria TV).

Golongan aktres popular, terkenal, dikatakan gemar mencari pasangan di kalangan VVIP dan bangsawan, bagaimana dengan Juliana?

“Terpulang kepada diri masing-masing kerana bagi Juliana, cinta itu buta dan tak kenal darjat. Yang penting, kita jangan bercinta dengan suami orang sehingga berlakunya perceraian,” katanya yang persis gaya dan secantik Julia Rais.

INFO: Diana Danielle

1. NAMA PENUH: Diana Danielle Danny Beeson 2. TARIKH LAHIR: 22 November 1991 3. ASAL: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun 4. DARAH CAMPURAN: Amerika (ayah) dan Melayu (ibu) 5. KELUARGA: Anak tunggal 6. PENDIDIKAN: Masih menuntut di tingkatan lima, Sekolah Sri Inai, Kuala Lumpur 7. IKLAN: lampin Merries (ketika berusia sembilan bulan), Milo, Telekon Malaysia (TM), Hazeline Snow dan Fair & Lovely 8. DRAMA: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah (setiap Ahad, jam 9 malam di RTM2) 9. FILEM: Idola (ketika berusia sembilan tahun), Evolusi KL Drift, Malaikat Maut (belum tayang), Bohsia (belum tayang) dan Setem (belum tayang)

INFO: Julia Ziegler

1. NAMA PENUH: Julia Bob Fauzi Ziegler 2. TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984 3. ASAL: Ampang, Selangor 4. DARAH CAMPURAN: Bapa (Jerman-Amerika), ibu (Melayu-Jawa) 5. KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik 6. PENDIDIKAN: Pengajian Asas Arkitek dari Savannah College of Art & Design, Georgia, Amerika Syarikat 7. SYARIKAT MILIKNYA: Suria Design Sdn Bhd 8. KOMERSIAL: Nokia, Celcom, Olay, Pantene dan Penerbangan Malaysia (MAS) 9. FILEM: Kayangan, Cuci, Cicak-Man 2 (belum tayang), Jangan Tegur (belum tayang) dan masih menjalani penggambaran filem usaha sama Malaysia-Indonesia, Teman Selamanya

INFO: Juliana Evans

1. NAMA PENUH: Juliana Sophie Johari Evans 2. TARIKH LAHIR: 5 Julai 1989 3. ASAL: Petaling Jaya, Selangor 4. DARAH CAMPURAN: British (bapa) dan Melayu (ibu) 5. KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik 6. PENDIDIKAN: Masih mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Help University, Pusat Bandar Damansara 7. KOMERSIL: Canon (ketika berusia lapan bulan), Kentucky Fried Chicken (KFC), Fruitella, Nokia, Johnson&Johnson, Play Dough, Dutch Lady dan Clean & Clear 8. DRAMA: Kami The Series (8TV) dan Kasut Tumit Tinggi (Astro) 9. FILEM: Kami The Movies dan Hooperz

Solekan & dandanan Diana: Ruhaya Mohd Yusof (016 222 5126) Solekan & dandanan Julia: Zakiah Elorna (019 644 6349) Solekan & dandanan Juliana: Lisa Amri (016 993 5150) Pakaian Diana & Julia: Faizell Azraff (017 392 9216) Pakaian Juliana: Khairi Sufi (013 375 5892) Barang kemas Diana: Rafflesia – Mandalay Jadeite Barang kemas Julia: Rafflesia – White South Seas Pearls Barang kemas Juliana: Rafflesia – Golden South Seas Pearls Terima kasih: Pengurus Promosi Rafflesia, Bill Bora (012 326 9560)

Bintang Pop

‘Kami Belum Berpunya’

July 20, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 12:47 am

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

MEREKA sama-sama pernah melalui kemelut dalam percintaan namun tiada perkataan ’serik’ di hati Farid Kamil mahupun Lisa Surihani untuk bercinta lagi.

Lisa, 22, bekas graduan undang-undang, Universiti Aberystwyth, Wales baru saja putus cinta dengan seorang anak menteri kabinet sekembali pulang ke tanah air bulan lalu, manakala Farid, 27, pula masih belum bertemu si dia yang serasi selepas putus cinta dengan pelakon Irma Hasmie suatu ketika dulu.

Farid dan Lisa digandingkan bersama dalam filem I’m Not Single arahan Pierre Andre yang diterbitkan Metrowealth Movies Production (MMP). Filem bergenre komedi romantik itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 24 Julai ini. Selain Farid dan Lisa, filem berkenaan turut dibintangi Awal Ashaari, Intan Ladyana, Ahmad Idham, David Teo, Ruminah Sidek, Datuk Jalaluddin Hassan dan Cat Farish

Dengan nada perlahan, Farid akui: “Ramai yang tak percaya bila saya kata, hati saya belum berpunya. Berkawan memanglah ramai tetapi untuk mencari kekasih yang serasi, biarlah takdir dan masa yang menentukan. Lagipun kini saya sedang sibuk dengan penggambaran filem demi filem, hingga terlupa soal peribadi.

“Bukan saya serik tetapi kalau mencari memang sukar mahu bertemu. Saya percaya kalau ada jodoh tentu tidak akan ke mana-mana, jadi tak perlulah fikirkan sangat soal jodoh. Lagipun saya mahu membina kerjaya terlebih dulu, impian saya nak mengejar kerusi pengarah suatu ketika nanti.”

Lisa pula mahu bercinta dengan bidang lakonan yang diterokai. Bohonglah kalau dirinya tidak kecewa dengan perpisahan lalu, tetapi sesiapa pun pernah melalui perkara yang sama dalam hidup. Putus cinta memang menyakitkan tetapi hakikatnya, jodoh, ajal dan maut Tuhan yang menentukan.

Lisa berlakon sejak 11 tahun

Bukan mudah gadis yang diperkenalkan ke layar perak menerusi filem Goodbye Boys itu berkongsi rahsia peribadinya. Lisa lebih senang bercerita soal kerjaya lakonannya yang baru bermula biarpun dirinya sudah terdedah dengan dunia seni sejak berusia 11 tahun. Wajah comel Lisa kerap menghiasi beberapa iklan komersial TV seperti produk makanan Cadbury, Ayamas dan Double Decker.

“Sudah tiada jodoh, apa yang dapat diperkatakan lagi. Biarlah soal kerjaya lakonan saya menjadi buah mulut, bukan soal peribadi saya. Lagi pun saya tidak bersedia berkongsi soal peribadi dengan umum, cukuplah setakat orang tahu, saya sudah kembali solo.

“Perkara lalu biarlah berlalu, saya tak pernah meletakkan perkataan serik mahu bercinta lagi. Lagi pun saya masih muda lagi, usia baru mencecah 22 tahun, tentunya perjalanan hidup saya masih panjang. Jika ada yang sesuai, saya lebih suka berkawan dan mengenali hati budi dulu daripada terus menerima lamaran,” katanya yang ketika dihubungi dalam perjalanan ke Wales bersama ibu bapa dan saudaranya untuk menghadiri majlis konvokesyennya.

Mereka masih malu-malu apabila diminta berposing romantis. Jelas Farid mahupun Lisa seperti kekok walaupun setahun dulu ketika penggambarannya, mereka digandingkan sebagai suami isteri dalam filem I’m Not Single. Promosi filem I’m Not Single menemukan semula Farid dan Lisa sekembalinya model iklan Johnson Pure Essentials itu ke tanah air.

Farid akui mudah serasi

Dengan nada bersahaja, Farid akui: “Segan nak berposing lebih-lebih, sudah lama tak berjumpa. Bagaimanapun, bila sudah kerap bertemu barulah hilang perasaan malu. Saya melihat Lisa seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.

“Dulu, ketika pertama kali dipertemukan, kami memang tidak mengenali antara satu sama lain, saya hanya pernah tengok Lisa di iklan televisyen tetapi kami bekerja secara profesional. Walaupun wataknya sebagai Maya, isteri saya dalam filem itu tetapi Lisa mampu melakonkan wataknya dengan baik.

“Tak susah nak cari keserasian dengan Lisa walaupun kami tak pernah rapat sebelum ini. Lisa mudah dibentuk dan boleh menerima pandangan. Tentulah susah bagi kami melakonkan watak suami isteri sedangkan kami tidak mampu memahami karakter masing-masing.”

Akui Lisa, dia banyak berbincang dengan Farid untuk memastikan lakonan mereka sebagai suami isteri menjadi ketika di lokasi penggambaran. Dan Pierre pula memberi kebebasan kepada mereka untuk membentuk lakonan.

“Saya bersyukur mendapat reaksi yang baik dalam percubaan pertama saya menjayakan filem berbahasa Melayu. Saya berterima kasih kepada Pierre dan Farid yang banyak membantu bagi memastikan keberkesanan lakonan. Saya sedar sebagai bakat baru dalam industri filem, banyak kelemahan perlu diperbaiki. Saya sedia terima tunjuk ajar,” katanya.

Profil Farid

Nama: Farid Kamil Zahari

Nama Komersial: Farid Kamil

Usia: 27 tahun

Tarikh Lahir: 5 Mei 1981

Asal: Alor Star, Kedah

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Kepujian) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Filem: Dayang, Chermin, Remp-It, Main-Main Cinta, Anak Mami Kembali, Lady Boss, Cinta Fotokopi, Potret Mistik, Tangkai Jering, Tujuh Perhentian, Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta, Cinta Kolestrol, Anak Halal, Apa Kata Hati, Di Kala Malam Bulan Mengambang, Evolusi KL Drift dan I

Fazura: ‘Masyarakat Sudah Maafkan Saya’

July 13, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 12:57 am

eh Zubir Mohd Yunus


Nur Fazura

Aktres popular nafi bercinta dengan tentera, sebaliknya pernah intim dengan kerabat Pahang

KALI terakhir Pelakon Nur Fazura Sharifudin atau Fazura dipilih sebagai gadis muka depan Bintang Popular pada 4 Disember 2005. Kini, selepas dua setengah tahun, barulah dia berpeluang muncul sebagai penghias muka depan sisipan ini yang juga lebih dikenali sebagai B*Pop, sesuai dengan wajah baru.

Orangnya masih sama – cantik, mudah mesra, gemar bergurau dan tidak pernah menongkat dagu sekalipun namanya terus meniti di bibir peminat, lebih-lebih lagi drama bersiri lakonannya, Ezora kini menjadi bualan hangat.

Pun begitu, sepanjang lima tahun bergelar anak seni, kontroversi paling hebat pernah melanda hidupnya apabila dia terbabit dengan pergaduhan di sebuah kelab sehingga mengheret dirinya ke mahkamah. Fazura terpukul hebat dengan kontroversi itu apabila dia hilang kerjaya seninya. Hidupnya dalam kegelapan, ke mana saja dia pergi, orang asyik bercakap isu yang sama sehingga kadang kala dia rimas dan lebih gemar bersendiri.

Mendung berlalu, mentari kembali menyinar. Kehidupan Fazura menjelang 2008 mula menemui sedikit sinar di akhir terowong.

“Tahun ini peluang berlakon filem dan drama mencurah-curah. Mungkin masyarakat sudah memaafkan saya. Saya dapat rasakan, sekarang ke mana saja saya pergi, orang memberi kasih sayang. Saya bersyukur, petunjuk yang diberikan Allah. Saya dapat kembali diri yang dulu. Saya belajar daripada pengalaman hitam yang lalu untuk menjadi manusia lebih baik,” kata Fazura sambil memberikan pelbagai pose istimewa dengan baju pengantinnya.

Pengalaman berdepan manusia hipokrit, bagaimana?

“Saya benci hipokrit! Musuh ketat saya manusia hipokrit. Kebanyakan rakan hilang dalam hidup saya terdiri di kalangan artis hipokrit. Namun, saya tak pernah rasa rugi, malah bersyukur di atas petunjuk yang diberikan-Nya,” katanya tegas.

Fazura mempunyai episod percintaan yang menarik. Dia dikatakan pernah bercinta dengan juara pertama Asian Idol dari Singapura, Hady Mirza, apa komennya?

Akui pernah bercinta dengan Hady

“Terus-terang, saya pernah bercinta dengan Hady, namun kira-kira tujuh bulan saja. Dia cinta pandang pertama saya. Tapi, tak ada jodoh,” akuinya jujur.

Sekadar mengusik dengan pertanyaan nakal, di mana kebenarannya apabila terdengar desas-desus, selepas putus cinta dengan Hady, Fazura pernah menjalin hubungan dengan seorang anggota tentera, justeru sejauh mana kesahihan khabar angin itu?

“Gosip itu sama sekali tidak benar! Sekalipun saya pernah melalui kegagalan dalam episod percintaan, namun saya tidak pernah kenal mahupun bercinta dengan mana-mana lelaki yang bertugas sebagai anggota tentera! Ternyata, ia sekadar khabar angin,” jelas Fazura merungkai persoalan.

Terkini, heboh orang bercakap Fazura sudah pun menemui cinta baru. Pemuda bertuah yang dikatakan berjaya bertakhta di hati Fazura bukan insan biasa, sebaliknya kerabat raja Pahang. Menerusi ruangan Zubir Intip (Bintang Popular) terbitan 20 Januari 2008, Fazura pernah mengaku berkawan dengan Tengku Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Tengku Burn atau Tengku B, 23. Difahamkan, Tengku B masih menuntut di Melbourne, Australia.

Kenali Tengku B dua tahun lalu

Kini, sejauh mana perhubungan Fazura dengan Tengku B, adakah benar anda pasangan kekasih?

“Saya tak akan tipu peminat dan media. Namun, biarlah cerita peribadi seumpama itu hanya diketahui diri sendiri. Apa yang mampu saya katakan, antara saya dan Tengku B sudah saling mengenali selama dua tahun. Bagaimanapun, saya tetap berdoa untuk bertemu jodoh yang terbaik. Bagi saya, kalau sudah bercinta, hanya setia pada satu. Saya tak suka ganggu perhubungan cinta orang lain.

“Seperkara lagi, saya ini bukannya jenis perempuan yang gemar mengkhianati cinta. Jika niat kita tidak betul terhadap pasangan yang kita cintai, saya percaya kepada hukum karma!,” kata Fazura berterus-terang.

Apa komen Fazura, sebelum bertemu Tengku B, anda dikatakan pernah bercinta dengan kerabat dari selatan tanah air? Namun, khabarnya percintaan itu tidak kesampaian apabila kerabat berkenaan, kini dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan seorang selebriti terkenal. Difahamkan lagi, Fazura yang bertanggung jawab memperkenalkan kerabat berkenaan dengan selebriti itu. Apa kisah sebenarnya?

“Terus-terang saya katakan, saya dan kerabat itu tidak pernah bercinta, kami sekadar kenalan biasa. Benar, saya mengaku memperkenalkan kerabat itu kepada selebriti berkenaan selepas selebriti itu memberitahu dirinya tidak terikat dengan sesiapa, she

Maya Karin Ijab Kabul Di Itali

July 5, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 1:07 am

Oleh Zubir Mohd Yunus | Foto Yahaya Hashim

14 Ogos, majlis resepsi 29 Ogos di Kuala Lumpur. Bakal suami seorang guru matematik, memeluk Islam empat tahun lalu dan nama Islamnya, Muhammad Ali

TEKA-TEKI bila detik aktres popular yang terkenal dengan jolokan pontianak cantik dan duyung jelita, Maya Karin akan menamatkan zaman solo bersama buah hatinya, seorang pemuda Inggeris, kini sudah terjawab. Tengah hari Khamis lalu, penulis menerima kiriman SMS iaitu jemputan menghadiri sidang media laman web rasmi Maya Karin, disusuli pengumuman khas pada keesokan hari.

Pengumuman khas? Tidak ada perkara lain terlintas di fikiran penulis kecuali Maya akan mengumumkan tarikh pernikahannya yang menjadi tanda tanya sejak pertengahan Mei lalu. Justeru, selang beberapa jam, penulis menghubungi Maya untuk mendapatkan kepastian.

“Saya baru terima cincin merisik daripada dia (bakal suami), malam Selasa lalu (1 Julai). Macam tak percaya!,” begitulah cerianya Maya apabila diajak berbicara mengenai hari bahagianya yang bakal menjelma kira-kira sebulan lebih saja lagi.

Maya mengakui, dia akan bernikah dengan Steven David atau lebih mesra dengan panggilan Steve seorang warga negara England pada 14 Ogos ini di Tasik Como, Itali berkonsepkan garden wedding. Pada majlis itu nanti Maya akan mengenakan persalinan rekaan Saiful Baharin. Iman Abdullah, seorang warga Itali akan menikahkan Maya bersama Steve yang sudah pun memeluk Islam kira-kira empat tahun lalu dan nama Islamnya ialah Muhammad Ali.

Terdahulu, Maya dan Steve akan mendaftarkan perkahwinan mereka (civil ceremony) di sebuah dewan di Bellagio, Itali pada 9 Ogos depan.

Kenapa memilih Itali, bukan di Kuala Lumpur saja?

“Bakal ibu mentua saya, Josephine Shorthose, 71, sudah uzur dan ‘fobia’ kepada penerbangan yang mengambil masa panjang. Justeru, saya mencadangkan supaya majlis pernikahan kami dibuat di England saja, namun Steve menyarankan lebih baik majlis itu di buat di Itali kerana pemandangan Tasik Como sungguh cantik dan penerbangan dari England ke Itali hanya mengambil masa kira-kira tiga jam saja,” kata Maya.

Selain seluruh anggota keluarga Steve dapat hadir ke majlis berkenaan, bapa Maya, Roelcke Gottfried; ibunya, Che Zan Hassan; adik lelaki, Armin Elias, 27, dan adik perempuan Maya, Irina Melati, 25 turut mengesahkan kehadiran mereka. Manakala rakan artis yang sudah mengesahkan kehadiran mereka ke majlis pernikahan Maya ialah Shuhaimi Baba, Kavita Sidhu, Jeslina Hashim dan Yasmin Yusoff. Maya menganggarkan kira-kira 70 jemputan saja ke majlis pernikahannya nanti.

Bakal suami guru matematik

Steve, 38, adalah anak kedua daripada tiga beradik. Ayah Steve sudah meninggal dunia ketika usianya 14 tahun. Kata Maya, Steve pernah bertugas sebagai guru matematik di Liverpool dan London sebelum memilih Malaysia untuk meneruskan kerjaya perguruannya. Steve sudah 12 tahun menetap di Malaysia dan pernah mengajar di Garden International School, Sri Hartamas, Kuala Lumpur dan kini di Alice Smith International School, Seri Kembangan, Selangor.

“Steve adalah guru matematik kepada adik-adik saya, Armin dan Irina ketika mereka menuntut di Garden International School. Ketika hari perjumpaan bersama ibu bapa, ayah dan ibu saya tidak dapat hadir. Jadi, saya yang pergi ke sekolah untuk melihat perkembangan pembelajaran adik. Dari situlah titik pertemuan pertama saya dengan Steve. Ketika itu, tidak ada sebarang perasaan yang wujud antara kami.

“Sebenarnya, saya berpindah ke Malaysia dari Bandung, Indonesia akhir 1996. Saya masuk kolej dan sekitar 1997, baru saya bertemu Steve. Selama empat tahun saya tidak berminat dengan pelawaan Steve untuk keluar bersamanya. Pertama kali saya keluar dating dengan Steve pada 2001 dan mulai saat itu hubungan kami semakin hari terus serius dan sehinggalah ke hari ini.

“Sekalipun diri saya pernah dikaitkan dengan beberapa artis termasuk VIP, saya bersyukur cinta saya dan Steve masih setia walaupun pernah beberapa kali dilambung ombak. Bagi saya, itu perkara lazim untuk pasangan yang sedang bercinta. Steve juga seorang yang begitu memahami kerjaya saya sebagai seorang artis,” jelas Maya merungkai persoalan.

Bakal undang 800 tetamu

Tambah Maya, majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur pada 29 Ogos depan khas buat rakan artis dan media. Lokasi sebenar, masih di peringkat perbincangan. Jemputan dianggarkan kira-kira 800 orang. Sekali lagi Maya memilih konsep garden wedding. Pada majlis persandingan itu nanti, Maya memilih pakaian pengantin rekaan Radzuan Radzwill.

Perancangan bulan madu, anak dan kerjaya selepas kahwin bagaimana?

“Saya dan Steve tidak terfikir lagi mengenai perancangan berbulan madu. Mengenai anak pula, selepas kahwin, dua tahun saya nak relex dulu, jadi bolehlah serius berlakon. Hanya selepas dua tahun, baru saya memikirkan soal anak. Selepas berkahwin, saya akan terus berlakon, menyanyi dan mengacara selagi ada tawaran. Ikutkan hati, saya nak aktif dalam bidang seni sehingga umur 60 tahun!,” katanya lagi.

Tambah Maya, selepas kahwin nanti, dia dan Steve akan menetap di Damansara Perdana.

Sementara itu, bercakap mengenai kerjaya lakonannya, mulai 15 Julai ini Maya akan turun padang menjayakan pembikinan filem terbarunya, Pisau Cukur (working title) arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications. Maya akan bergandingan dengan Nur Fazura Sharifuddin, Eizlan Yusof, Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Umie Aida dan Khatijah Tan.

Menerusi produksi Maya Karin Creative, dia bersama Astro akan muncul bersama program TV terbaru, Alam Maya (working title) menerusi Astro Ria sebanyak 13 episod. Rancangan berkonsepkan dokumentari dan realiti TV yang berkisar alam sekitar dan kepentingan pemuliharaan, kini di peringkat ‘pilot project’. Maya bertindak sebagai penerbit bersama dan pengacara.

Profil

NAMA PENUH: Maya Karin Roelcke

TARIKH LAHIR: 29 Oktober 1979

TEMPAT LAHIR: Bayreuth, Jerman

KACUKAN: Melayu-Jerman

KELUARGA: Anak sulung daripada tiga beradik

PENDIDIKAN: Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran

ALBUM: Erti Cinta dan Bukan Qalamaya

PENGACARA: Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel [V] dan Beauty Secret From The East (TV3)

FILEM: Duyung, Anak Halal, Waris Jari Hantu, 1957 – Hati Malaya, Pontianak Harum Sundal Malam 2, Pontianak Harum Sundal Malam, Seri Dewi Malam, No Problem.

PENCAPAIAN: Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2001; Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH2005; Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 di Fukuoka, Jepun dan Pelakon Terbaik di Festival Filem Seram & Fantasi Estepona 2005 di Sepanyol

DUTA: L’oreal Paris, Tag Heuer, Celcom, Tahun Terumbu Karang 2008 (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan jurucakap MYEG, projek memperbaharui lesen secara online (Kementerian Pengangkutan)

Lokasi: Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE), Shah Alam, Selangor

Terima kasih: Elite Divers

Jurulatih: Kapten Ahmad Kadir Nizarudin Ahmad Zahidin (emel: info.elitedivers@gmail.com)

Bintang Pop