Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Ambil Iktibar Sejarah Silam

August 31, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 11:46 pm



Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


DARI kiri Farawahida, Zul Huzaimy dan Raja Azura.

Semangat perjuangan orang dulu tetap menebal dalam diri mereka. Tidak sanggup melihat tanah air dijajah oleh bangsa asing

BULAN Kemerdekaan penuh pengertian buat tiga selebriti popular iaitu Zul Huzaimy, Raza Azura dan Farawahida. Walaupun tidak dilahirkan sebelum zaman negara ini merdeka dan melihat kesengsaraan orang dulu memperjuangkan Tanah Melayu daripada penjajahan bangsa asing, mereka akui tetap merasainya.

Malah, semangat perjuangan tetap menebal dalam diri mereka. Tidak sesekali sanggup melihat Malaysia dijajah oleh bangsa asing lagi seperti ketika zaman nenek moyang mereka dulu. Apa yang pasti, ketulusan, keikhlasan dan kejujuran orang dulu memperjuangkan negara tidak sama dengan generasi hari ini. Umpamanya lain dulu lain sekarang.

Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku mengakui dia pasti teringat keperitan perjuangan nenek moyangnya apabila tibanya bulan kemerdekaan.


Zul Huzaimy teringatkan pengorbanan arwah datuk.

“Saya berbangga dengan perjuangan nenek moyang yang mempertahankan Tanah Melayu daripada dijajah. Saya sering mendengar cerita kehebatan dan kesukaran yang dilalui mereka daripada ibu bapa dan keluarga. Keturunan saya daripada pahlawan Melayu lima bersaudara iaitu Opu Dahing Parani, Opu Dahing Menambun, Opu Dahing Merewah, Opu Dahing Cellak dan Opu Dahing Kemasi.

“Dan sebagai anak cucu, saya bersama keluarga pernah menziarah makam mereka. Makam Opu Dahing Cellak dan Opu Dahing Merewah terletak di Pulau Penyengat tahun lalu. Walaupun tidak dilahirkan sebelum merdeka, saya berbangga kerana sering terbabit dalam teater sempena bulan kemerdekaan ketika masih bujang dulu. Saya membawa watak orang dulu-dulu yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada penjajahan Ingggeris, Belanda dan Jepun.

“Saya dapat berasakan perit jerih penduduk zaman silam yang mahu memerdekakan Tanah Melayu. Mereka sanggup menyerahkan harta dan barang kemas bagi membantu Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menuntut kemerdekaan di luar negara,” katanya.

Akuinya, sebagai generasi baru, kita seharusnya bersyukur segala limpahan kemewahan dan kenikmatan yang diperoleh negara atas jasa pahlawan dulu.

“Kita sudah terlalu banyak menghirup udara kemewahan, sesekali tak salah berbalik pada sejarah lama. Ia penting supaya anak Melayu dapat menghargai warisan yang ditinggalkan. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak, jadi berbanggalah menjadi rakyat Malaysia dan cintailah negara kita, jangan bergaduh sesama bangsa kerana kita nanti yang rugi. Usah biarkan sejarah lama berulang

Jangan Gosip Kami

August 24, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 11:56 pm

Bintang Pop

Tolak Gelaran Artis Simbol Seks

August 17, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 12:06 am

Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my

Ramai peminat tahu Jue digosipkan dengan Shawal AF5, kemudian dia mengaku intim dengan aktor Hans Isaac

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba telinga penulis ‘dihujani’ dengan maklumat terbaru, khabarnya pelakon seksi, Jue Aziz bermain cinta dengan Hans Isaac yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21), sekali gus menenggelamkan gosipnya bersama bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Mohd Shawal Ruslan.

Sebelum ini desas-desus mengatakan dia dengan Shawal adalah pasangan bercinta kerana mereka pernah dilihat kerap keluar makan bersama.

Agak mengejutkan apabila menerima gosip mengatakan kira-kira dua minggu lalu, Hans ke set penggambaran drama terbaru lakonan Jue, Orang Minyak Naik Minyak di sekitar Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sama ada Hans sekadar bergurau atau tanpa berselindung, dia khabarnya turut memberitahu krew yang berada di situ, Jue adalah kekasihnya! Jue dan Hans juga dikatakan kelihatan mesra sebagai pasangan kekasih.

Bagi merungkai persoalan ini, kesempatan bertemu Jue pada satu majlis makan malam baru-baru ini digunakan dengan sebaiknya apabila dia berjaya ‘diterjah’ dengan gosip terbaru ini. Apakah benar Jue kini bertakhta di hati Hans?

“Memang Hans ada bertemu saya di set penggambaran, baru-baru ini. Saya akui, berkawan rapat dengan Hans selepas putus cinta dengan Jehan (Miskin). Saya selesa berkawan dengan Hans kerana dia seorang yang caring. Namun, perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman baik. Terus terang saya katakan, saya belum bersedia dengan cinta, berilah saya ruang waktu lagi sebelum bertemu cinta baru.

“Seperkara lagi, saya tidak suka mempermainkan perasaan orang. Kalau kawan saya katakan kawan, tapi kalau kekasih, saya tidak berselindung. Justeru, antara saya dan Hans sekadar kenalan rapat, kawan kekal kawan. Tidak ada hubungan istimewa antara kami. Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak yang salah sangka mengenai persahabatan kami,” kata Jue tanpa berselindung dan lebih senang berterus-terang.

Akui serasi dengan Shawal

Bagaimana pula dengan desas-desus yang turut mengaitkan Jue dengan Shawal, Ally Iskandar TV3 dan terbaru bersama aktor kacak, Fahrin Ahmad apabila ada sumber memberitahu, anda khabarnya pernah dilihat keluar bersama lelaki berprofil tinggi itu?

“Shawal saya kenal ketika kami sama-sama menjayakan rakaman Muzikal Raya tidak lama dulu. Kami boleh ‘ngam’ kerana sekepala. Tak ada nak ‘control-control’ atau plastik. Shawal seorang yang kelakar, tapi sama seperti Hans, hubungan kami tidak lebih daripada seorang kawan. Ally pula kawan berborak, dia seorang pendengar yang setia. Tak ada apa-apa pun yang istimewa dalam persahabatan kami.

“Fahrin, saya dah lama mengenali dirinya. Ketika saya mengenali Ako (Mustapha) dulu, dalam masa sama, saya turut mengenali dirinya. Saya akui, memang kami pernah keluar makan bersama. Tapi, tidak ada sebarang perasan yang wujud antara kami. Sehingga hari ini, antara saya dan Fahrin, kami kekal sebagai kawan baik.

Justeru, adakah Jue ingin memberitahu, anda masih solo selepas putus cinta dengan Jehan dan bagaimana perasaan anda apabila ada suara nakal yang melabel Jue sebagai play girl?

‘Saya bukan playgirl!’

“Tolong, saya bukan play girl! Maksud play girl, apabila bercinta dengan seseorang, dalam masa sama dia turut bermain cinta dengan lelaki lain, tapi saya bukan begitu! Pastinya selepas saya putus cinta, tidak ada sesiapa yang istimewa di hati saya.

“Saya berani beri jaminan, semua lelaki yang pernah dikaitkan dengan saya sejak akhir-akhir ini, sekadar kawan biasa. Saya tidak mudah terima cinta sewenang-wenangnya. I learnt from bad experience,” kata Jue lagi.

Lari daripada persoalan cinta, Jue turut dijolok soalan pedas, adakah dia bangga dengan gelaran aktres simbol seks Malaysia memandangkan susuk tubuhnya yang ‘menggiurkan’ itu dan mendapat perhatian ramai lelaki?

“Saya tak pernah anggap diri saya sebagai artis simbol seks Malaysia. Tapi, apabila orang tengok air muka dan bentuk tubuh saya, mereka mula melemparkan pelbagai tanggapan negatif. Saya pakai baju kurung pun, orang masih melihat saya seksi. Pun begitu, saya hargai pemberian Tuhan, terpulang kepada orang ramai nak menilai saya dari sudut positif atau sebaliknya.

“Bagi saya, fizikal luaran sekadar bonus, yang penting untuk masa depan ialah hati perlu bersih dan menggunakan akal fikiran dengan bijak supaya orang boleh menghormati kita seadanya. Saya bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit menjayakan produk mereka, tapi saya tetap berhati-hati terima tawaran supaya mereka tidak mengeksploitasikan diri saya,” kata Jue mengakhiri perbualan.

Info Jue Aziz

NAMA PENUH: Zuliana Ab Aziz

TARIKH LAHIR: 18 Februari 1983

KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik

DARAH CAMPURAN: Mamak dan Bugis (ayah), Cina dan Belanda (ibu)

PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahawanan dari Kolej Stamford

PENCAPAIAN: Pemenang tempat ketiga, Malaysian Most Beautiful 2006

FILEM: Anak Mami The Movie dan Tipah Tertipu

DRAMA: Dua Hati, Impak Maksima The Series, Manjalara, Jangan Main Belakang, Rahsia Cinta dan Orang Minyak Naik Minyak

PENGACARA TV: e@9 (TV9) dan Gedik Samba (TV3)

TEATER: Naga Chini dan Impak Maksima (bakal dipentaskan)

Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888)

Terima kasih: Pengurus Besar, Tropicana Golf & Country Resort, Herman Tan

Pakaian: Noor Arfa Batek Sdn Bhd

Terima kasih: Shabri Saad (019 299 3809)

Solekan & dandanan: Midah Khan (012 653 9559)

Bintang Pop

Demi Ibu Pertiwi

August 10, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 12:16 am

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


DARI (kiri): Diddy, Winnie dan Iqram.

Artis baru hargai, sanjung tinggi jasa pasukan keselamatan negara dan bersama meraikan Hari Pahlawan 2008

MEREKALAH pejuang, merekalah penyelamat. Mereka mempertahankan negara bersama darah dan nyawa. Mereka juga

melindungi negara daripada ancaman musuh luar. Kepahlawanan mereka membolehkan rakyat Malaysia hidup dengan aman dan selamat sehingga hari ini.

Walaupun negara mencapai kemerdekaan dengan cara aman, tanpa menumpahkan setitik darah pun, anggota keselamatan negara sudah pun berjuang dan menggadai nyawa sejak zaman penjajahan British lagi. Malah pahlawan Melayu terkenal dan terbilang pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka.

Seharusnya Hari Pahlawan yang disambut pada setiap 31 Julai sejak 1960-an dikenang rakyat Malaysia bagi menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban. Hari Pahlawan yang juga dikenali sebagai Poppy Day menjadi tradisi bagi banyak negara untuk memperingati dan menghargai wira negara yang gugur.

Bagi golongan selebriti, mereka tidak ketinggalan untuk memperingati, menghargai dan menyanjungi Hari Pahlawan. Sempena Kempen Hari Pahlawan 2008 bersama slogan Jasa Baktimu Tetap Disanjung, B*Pop menampilkan tiga artis generasi baru iaitu pelakon muda, Iqram Dinzly serta penyanyi Diddy dan Winnie K mengenakan pakaian istiadat Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.

Terima kasih kepada Mejar Zahrull Hidayat dari Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan dan Lt Dya Siti Salina Johari PSSTLDM dari Cawangan Perhubungan Awam, Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan yang menyediakan baju istiadat tentera darat, laut dan udara, selain memberi kerjasama penuh melayan kehendak B*Pop.

Memilih lokasi Tugu Peringatan Negara yang terletak berdekatan Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Iqram segak menggayakan baju istiadat Tentera Udara, begitu juga Diddy dengan pakaian seragam Tentera Laut. Winnie K pula dipilih menggayakan baju istiadat Tentera Darat. Sama ada Iqram, Diddy mahupun Winnie, itulah kali pertama mereka berpeluang memperagakan baju istiadat tentera.

Iqram cucu bekas Menteri Besar

Dengan nada perlahan, Iqram akui: “Inilah pertama kali saya diberi peluang menggayakan baju istiadat Tentera Udara. Selama ini, saya kagum melihat anggota tentera udara dengan pakaian seragam mereka, kacak dan segak.

“Apabila mengenang jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara tak kiralah sama ada polis, tentera udara, darat mahupun laut yang terkorban, saya sebak. Sebagai generasi muda, seharusnya kita tidak lupa pada tarikh 31 Julai setiap tahun bagi memperingati wira negara yang gugur demi ibu pertiwi.

“Mereka berjuang dan berkorban nyawa demi mempertahankan maruah bangsa dan negara. Kita semua tahu ramai antaranya gugur meninggalkan anak dan isteri, manakala ada juga yang tercedera terus hidup dengan penderitaan dan masalah. Dan sudah menjadi tanggungjawab kita membantu mengumpul dana Tabung Kebajikan Hari Pahlawan bagi memberi bantuan kepada bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan,” kata anak kelahiran Ipoh, Perak itu.

Iqram akui dia juga mahu meneruskan perjuangan datuknya suatu ketika nanti. Tidak hanya bergelar pelakon, Iqram bercita-cita mahu menjadi Yang Berhormat (YB) jika diberi ruang.

Mengimbas latar belakangnya, jiwa perjuangannya diwarisi daripada datuknya. Datuk sebelah bapanya iaitu bekas Menteri Besar Perak sekitar 60a-n, Datuk Seri Ahmad Said, manakala datuk sebelah ibunya pula ialah Tok Penghulu daerah Tengku Hussein, Ipoh.

“Saya bangga dengan kedua-dua datuk saya kerana mereka banyak berjasa kepada negeri Perak. Kini abang saya, Iqbal Dinzly, 28, pula meneruskan perjuangan mereka sebagai Ketua Pemuda Umno Cawangan Keledang Jaya, Ipoh. Saya berharap saya dan abang dapat melakukan sesuatu untuk terus menegakkan kedaulatan bangsa Melayu,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Papaya.

Diddy anak pesara polis

Bekas penuntut Akademi Fantasia 4, Diddy pula akui sentiasa ingat tanpa pengorbanan nyawa dan darah pahlawan, Malaysia tidak mungkin dapat membangun seperti hari ini. Jadi dalam menuju ke alaf baru, dirinya sedar dan insaf serta menghormati mereka yang berjasa dan berjuang.

“Memperingati Hari Pahlawan bukan sekadar mendeklamasi sajak, meletakkan jambangan bunga di tugu peringatan mahupun meniup begol, sebaliknya ia perlu dihayati dengan lebih mendalam seluruh rakyat terhadap pengorbanan pahlawan menjaga keamanan dan keselamatan negara.

“Keutamaan dan pendedahan harus ditumpukan kepada generasi muda, terutama pelajar sekolah supaya mereka menyedari dan memahami maksud yang tersirat di sebalik sambutan Hari Pahlawan,” katanya yang kini muncul dengan single kelima, Genggam. Diddy yang juga duta syarikat telekomunikasi Digi kini sedang mengikuti tour Digi Campus dan Digi Superstar.

Anak kepada pesara Polis, Sarjan (B) Muhid Sulaiman itu nyata mempunyai pengetahuan mengenai sejarah hari Pahlawan apabila memberitahu, sambutan Hari Pahlawan mula diadakan seluruh dunia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Winnie berjuang melalui seni suara

Winnie pula terharu apabila diberi peluang menggayakan baju istiadat Tentera Darat. Sungguhpun berbangsa Cina, Winnie turut merasai perjuangan dan parit getir perajurit yang gugur di medan perang.

“Saya anak Malaysia, sudah tentu saya turut merasai menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan negara. Tak kira bangsa Melayu, Cina mahupun India, mereka berjuang untuk negara. Saya kagum dengan semangat perjuangan mereka. Dan seharusnya semangat perjuangan dipupuk pada generasi baru seperti kami.

“Dari dulu, saya suka melihat pakaian seragam anggota keselamatan negara dan saya pernah bercita-cita nak jadi tentera darat kerana terpikat dengan kesegakan mereka. Bagaimanapun, impian tak kesampaian dan saya juga berjuang seperti mereka tetapi dalam dunia persada seni suara.

“Bagi saya, jika semangat jati diri, patriotisme dan cintakan negara dapat dipupuk kepada seluruh lapisan masyarakat, ia dapat

memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara akan lebih terjamin,” katanya.

Bintang Pop

Atilia Akui Rumah Tangga Dilanda Badai

August 3, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 12:26 am

Bintang Pop