Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Linda Tolak Hubungan Songsang

November 30, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 9:36 pm



Oleh Zubir Mohd Yunus

Dramatis muda berang apabila dituduh jadi pasangan lesbian

“SAYA bukan ‘cat dinding’ atau ‘cat gudang’! Saya perempuan ‘original’! Kepada mereka yang buat cerita tu, Linda Hashim lesbian, tak normal… saya akan buktikan, suatu hari nanti saya akan berkahwin dengan lelaki sejati, maskulin!,” tegas aktres cantik, Linda Hashim, sekali gus menafikan gosip liar mendakwa dia menjalin hubungan songsang dengan kaum sejenisnya.

Linda yang mula berlakon sejak usia 11 tahun dan kini sudah membintangi lebih 50 drama, dikatakan seorang lesbian apabila ada dakwaan dia kononnya menjalin hubungan dengan seorang pengkid yang juga bekas penyampai radio di sebuah stesen radio swasta popular. Desas-desus memberitahu, Linda sering bertemu tangga dengan pengkid yang dikenali sebagai A itu di konti, menunggunya selesai bersiaran.

Pernah juga sebelum ini Linda dan A bergambar sama menjayakan sesi fotografi. Hubungan mereka khabarnya terlalu intim sehinggakan sering kelihatan bersama di kebanyakan majlis yang dihadiri kedua-duanya, selain dilihat kerap menaiki kereta yang sama untuk ke destinasi tertentu. Justeru, hubungan akrab itu menguatkan lagi dakwaan kononnya Linda dan pasangan lesbiannya menjalin hubungan terlarang sejak sekian lama.

Istilah ‘cat dinding’ atau ‘cat gudang’ sering dilabel kepada pasangan lesbian sejak kebelakangan ini.

Namun, ketika diajukan persoalan itu, Linda tenang dan seakan sudah bersedia dengan jawapan.

“Saya akui, memang berkawan rapat dengan A dan dia juga seorang yang boleh dipercayai. Pun begitu, A bukan pengkid kerana dia memiliki sifat kewanitaan yang tebal, contohnya dia sering bersolek dan mengenakan baju kurung. Setahu saya, pengkid tak pernah mekap, selain sentiasa menggayakan baju seperti seorang lelaki. Mereka juga akan mengenakan bengkung pada bahagian tertentu di tubuh.

“Sekalipun kami kawan baik, tapi tidaklah sampai saya sering menunggu dia habis kerja kerana masing-masing ada kereta. Kecuali jika kami pergi ke majlis atau destinasi yang sama, kami naik satu kereta. Bagi saya, persahabatan kami disalahertikan sehingga menimbulkan gosip liar. Susahlah, asal nampak berkawan rapat dengan kaum sejenis, mulalah timbul cakap-cakap belakang kononnya saya ni lesbian.

‘Biarlah apa orang nak cakap, lama-lama dah penat, berhenti sendiri. Selagi saya tidak melakukan perkara di luar batasan, tidak salah saya berkawan dengan lelaki mahupun perempuan. Yang penting, saya tak ada skandal dengan suami orang!,” kata Linda lantang bersuara.

Putus cinta dengan anak VIP

Pada masa sama, Linda tidak menafikan, dia pernah putus cinta dengan anak VIP kira-kira dua tahun lalu. Kini, dia solo dan jika dilihat keluar bersama kawan lelaki, orang itu sekadar teman biasa, bukan seseorang yang istimewa di hatinya.

“Terus-terang, cita rasa saya adalah lelaki yang lebih berusia tujuh atau lapan tahun. Namun, setiap kali saya bertemu dengan seseorang, lelaki itu rata-ratanya sebaya atau tua setahun dua saja daripada saya. Justeru, saya tak nak serius berkawan dengan mereka kerana bagi saya, lelaki sebaya atau muda, belum cukup matang daripada segi pemikiran,” jelas Linda tanpa berselindung.

Berbicara mengenai perjalanan seninya, populariti Linda agak perlahan, media massa pula seakan-akan terlepas pandang sumbangannya terhadap bidang lakonan tanah air.

Linda yang pernah muncul sebagai model komersial ketika di sekolah menengah lagi, tidak keberatan mengakui perjalanan seninya agak perlahan daripada segi publisiti jika dibandingkan beberapa nama seperti Rozita Che Wan, Fouziah Gous, Ayu Raudhah dan Dynas Mokhtar (sekadar menyebut beberapa nama seangkatan), mereka sentiasa menjadi pilihan media massa dan segar di ingatan peminat.

Mungkinkah Linda tidak cukup jelita untuk meraih populariti bergelar anak wayang?

“Meniti kehidupan sebagai artis, tidak dinafikan publisiti amat penting. Bagi saya, publisiti, populariti dan bakat sewajarnya berjalan seiring. Tapi, saya tidak memperoleh kesemuanya apabila tidak ‘mewah’ dengan populariti. Pun begitu, saya masih bersyukur kerana tawaran berlakon belum pernah putus. Belum pernah duduk di rumah berminggu-minggu sebab tak ada ‘job’. Paling lama saya break, kira-kira seminggu saja dah masuk set.

Mahu sambung belajar di Jakarta

“Secara peribadi, antara sebab saya kurang mendapat perhatian media massa mungkin kerana kebanjiran ramai artis atau muka baru. Pihak wartawan pula pasti berlumba-lumba memaparkan muka ‘fresh’ menerusi medium masing-masing. Itu belum termasuk kemunculan artis realiti TV yang kini memilih bidang lakonan sebagai karier.

“Mungkin daripada segi publisiti. saya gagal memberi saingan. Tapi, mujurlah produser dan pengarah terus memberi kepercayaan kepada saya. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari, saya mampu melakukan perubahan hidup ke satu peringkat yang lebih stabil,” kata Linda yang sudah pun ada beberapa tawaran berlakon sehingga awal tahun depan.

Sebagai persediaan masa depan, Linda mengusahakan perniagaan keluarga iaitu pakej perkahwinan. Dia juga ada perancangan melanjutkan pelajaran bidang seni di sebuah kolej di Jakarta pertengahan tahun depan, namun semuanya tertakluk kepada keadaan semasa.

“Banyak perkara berlegar di fikiran saya terutama sekembalinya saya ke tanah air selepas setahun merantau. Mungkin ketika itu saya hanya terbabit dengan kerja belakang tabir,” katanya tidak mudah mengalah dengan persaingan industri hiburan yang semakin sengit, selain berdepan pancaroba menempatkan diri sebaris artis popular lain.

INFO: Linda Hashim

NAMA PENUH: Norhazlinda Hashim

TARIKH LAHIR: 8 September 1984

ASAL: Ipoh, Perak

KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik

PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur

DRAMA: Duranni, Dua Hati, Ayahku Kahwin Lagi, Cinta Batu Belah dan Anak Betung (masih dalam pembikinan)

KOMERSIAL: Sunsilk, Clean & Clear, Digi, Honda Motor, Hotlink dan Kentucky Fried Chicken (KFC)

PERNIAGAAN: Erin’s n Erina’s Sequins (pakej perkahwinan milik keluarga)

Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort Bhd, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888)

Terima kasih: Eksekutif Kanan – Operasi & Pejabat Pengurus Besar, Ezani Balia

Pakaian: Noor Arfa Batek Sdn Bhd

Terima kasih: Shabri Saad (019 299 3809)

Solekan & dandanan: Zul Bastari (012 381 2671)

Bintang Pop

Julia & Yusry Kami Sama-Sama Ego

November 23, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 9:46 pm

Oleh Zubir Mohd Yunus


Julia sedia terima Yusry, namun aktor kacak itu hanya membisu.

‘Kami cuma kawan rapat’

SELEPAS mencapai kutipan memberangsangkan RM6.7 juta menerusi Cicakman pada 2006, KRU Studios pastinya mensasarkan jumlah yang lebih tinggi menerusi sekuel Cicakman2: Planet Hitam yang bakal ‘merayap’ di pawagam mulai 11 Disember ini. Sebagai pengarah, Yusry sekali lagi pasti menampilkan hasil kerja yang lebih hebat.

Namun, apabila berbicara mengenai ‘pemuda terhangat’ di pasaran ini, peminat tidak mampu melupakan peristiwa pahit yang pernah melanda hidupnya apabila secara sah bercerai dengan aktres terkenal, Erra Fazira pada 10 Julai 2006. Bekas isterinya itu sudah pun menemui kebahagiaan bersama Engku Emran. Tapi, hingga hari ini Yusry masih sendiri belum menemui calon isteri yang sesuai.


Ego di hati Julia dan Yusry belum terlerai.

Antara faktor yang melengahkan pencarian teman hidup itu apabila dia dikatakan seorang yang workaholic, sekali gus gagal mempertahankan hubungannya dengan beberapa wanita yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

“Kerja saya bermusim, kalau tengah sibuk, memang sibuk. Tapi, kalau tak ada kerja, pasti ada masa. Sebab itu kalau nak kata saya seorang workaholic, saya tak berapa setuju. Bukan saya tidak ada niat untuk berumah tangga sekali lagi, tapi saya tak mahu beriya-iya, kalau ada jodoh, tiba waktu yang sesuai, pasti saya akan bertemu calon isteri yang benar-benar memahami diri saya seadanya, insya-Allah,” kata Yusry penuh keyakinan.

Pun begitu, Yusry tidak menolak ketika diajukan soalan yang agak panas berhubung kemelut yang pernah melanda rumah tangganya sebelum ini. Gara-gara perceraiannya dengan Erra, Yusry dikatakan bersikap dingin dengan seorang selebriti popular. Sejauh mana kesahihan khabar angin itu?

“Apabila berlakunya sesuatu yang serius, lazimnya ia membabitkan lebih daripada satu sebab. Dalam hal saya dan Erra, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tapi, apabila menjawab soalan itu, terus terang saya katakan, antara saya dan selebriti popular itu, kami sememangnya sudah terputus hubungan, kalau jumpa tak bertegur sapa. Saya tak mahu hipokrit mengatakan kami masih berkawan,” katanya tanpa berselindung.

Kini, bagaimana kesudahan perhubungannya dengan Julia apabila desas-desus mengatakan mereka berkawan rapat, tapi apa statusnya hari ini hanya empunya diri ada jawapan. Melihat kepada kemesraan yang terjalin ketika menjayakan sesi fotografi, tidak dinafikan antara Yusry dan Julia, dari pandangan mata kasar seperti ada sesuatu yang belum mampu dizahirkan kedua-duanya.

“Julia kawan baik saya, antara saya dan dia, kami sentiasa bersikap terbuka, tak pernah nak ‘control’. Dalam perhubungan, jangan ada sikap hipokrit. Kami selesa bersama. Tapi, untuk menjalin hubungan lebih serius, saya belum sedia. Tengok sajalah kerja-kerja saya. Saya takut tak boleh fokus pada perhubungan itu, nanti elok-elok jadi kawan, apabila saya tak mampu beri masa, nanti jadi musuh,” jelasnya lagi.

Sekali lagi Yusry dijolok dengan soalan sensitif, namun dia sedia memberikan kerjasama asal saja tidak keterlaluan. Dalam sibuk Yusry mengukuhkan namanya dalam empayar perfileman global, dia tidak terlepas dengan gosip liar apabila dikatakan menjalin hubungan ‘terlarang’ dengan artis di bawah naungan KRU Music Group (KMG), sekali gus menguatkan dakwaan dia tidak berminat dengan wanita.

Tidakkah kelelakiannya tercabar apabila dia dituduh gay?

Terguris hati dituduh gay

“Memang saya rasa terguris dan tercabar! Masyarakat di luar sana, apabila membaca dakwaan itu, mereka yang tak kenal saya, akan mempercayainya. Kawan-kawan tahu, saya ’straight’! Lurus macam pembaris! Naluri saya 100 peratus terhadap wanita, tidak ada sekelumit pada lelaki! Tengok gaya pun tahulah, lelaki tetap lelaki.

“Orang nak mereka cerita sensasi di internet, tapi wartawan tidak begitu. Sekalipun saya rasa tercabar, tapi saya masih mampu mengawal diri kerana ada orang lain, kena fitnah lebih teruk! Sekali lagi saya nak tegaskan di sini, saya lurus selurus-lurusnya! Namun, saya tidak bermaksud menghina lelaki gay, cuma saya bukan salah seorang daripada mereka. Everyone got gay

Scha Diejek Miliki ‘Suara Jantan’

November 16, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 9:56 pm

SELAMBA! Itulah istilah paling tepat untuk menggambarkan karektor sebenar empunya diri Sharifah Norazean atau lebih senang disapa de ngan nama glamornya, Scha.

Penampilan ‘tak control cun’ memperlihatkan dirinya yang sebenar dan tidak keterlaluan mengatakan dia memang jujur apabila berlakon. Keunikan dimiliki anak saudara kepada Sharifah Sheril Aida dan Syed Sobri ini tentu pada suaranya yang ‘besar’ dan kasar, jauh berbeza dengan wajah comelnya.

Disebabkan karakter Scha kelihatan seperti ‘boyish’, tuah menyebelahi dirinya. Justeru, penampilan pertamanya di layar perakmenerusi Antoo Fighter: Amukan Drakulat mendapat perhatian pengarah filemitu, Azizi Chunk Adnan.

Meskipun dia memiliki suara garau seperti lelaki tetapi pelakon cantik ini tidak mahu dirinya dianggap sebagai pengkid, malah sifatnya bukan seperti lelaki sama ada dari segi fizikal mahupun naluri.

“Sebelummengambil saya berlakon, Azizi kata bukan kerana wajah saya terpilih, sebaliknya karakter ‘boyish’ dan suara yang ‘besar’ ini! Watak saya seorang yang gila-gila. Orang nampak saya ‘boyish’ kerana suara yang ‘besar’, tapi hakikat sebenarnya saya dikurniakan sifat kewanitaan, feminin sepenuhnya dan ’straight’!

“Bagaimanapun, saya bersyukur dengan kelebihan (suara ‘besar’) yang dikurniakan ini apabila Antoo Fighter: Amukan Drakulat berjayamemperkenalkan saya kepada dunia lakonan,” kata Scha yang menanti kemunculan filem pertamanya itu 27 November ini.

Menyusul selepas itu ialah filem Histeria. Filem yang turut menampilkan Scha sebagai watak utama itu bakal menjengah pawagammulai 18 Disember ini. Filem arahan Afdlin Shauki, Papadom pula bakalmenemui peminat di layar perak sedikit masa lagi.

Scha juga dijadual membintangi filem terbarunya, Ransan.

Bertitik tolak daripada Antoo Fighter: Amukan Drakulat, pengarah sama turutmenawarkan Scha watak utama menerusi drama bersiri 13 episod, Awan Dania yang kini disiarkan setiap Isnin, jam 9.05malamdi Astro Ria. Awan Dania turutmembariskan pelakon popular lain seperti Nasha Aziz, Irma Hasmie, Hans Isaac dan Remy Ishak, selain mendapat kerjasama sepenuhnya dari AirAsia.

Pemilihan Scha memang bertepatan kerana sebelum bergelar anak seni, pernah bergelar pramugari AirAsia pada sesi penerbangan 2003/2004.

Tak kisah dipanggil suara pondan

“Sekali lagi Azizi memilih saya dalam Awan Dania kerana karektor ‘boyish’.

Nampaknya keunikan pada suara saya membuka banyak peluang. Pun begitu, kerana suara yang ‘besar’ juga, saya kadang kalamakan hati. Mana tidaknya, ada rakan yang sering ketawa dan mengejek suara saya macam pondan, macam bapok! Sekali ketawa, ya Allah suara macam jantan!

“Tak nak selalu sangat rasa diri diperkecilkan, saya anggap kata-kata mereka sekadar gurauan. Orang kata, dengan suara pondan ini jugalah saya dapat cari makan dalam bidang seni.

Tapi, saya tidak bermaksud untuk menghina golongan (pondan) itu. Mereka tetap ada keistimewaan tersendiri.

Bersama suara ‘besar’ saya, sekali gus memberi kelainan berbanding suara artis wanita lain.

“Orang nak kata suara pondan ke, macambapok ke, suka hatilah. Yang penting, saya tahu diri saya macam mana. Naluri saya tetap pada seorang lelaki!,” tegasnya lagi.

Bercakap mengenai lelaki, aktor kacak dan pengacara Sehati Berdansa musimkedua (SB2), Fahrin Ahmad kini dilihat seringmendampingi Scha. Dalam kebanyakan majlis hiburan, kelibat Scha dan Fahrin pasti kelihatan. Ada yang mendakwa, kehadiran Scha boleh dianggap sebagai pengubat duka Fahrin yang baru saja putus cinta ‘teman tapi mesra’ bersama pelakon, pengacara dan penyampai popular radio Era, Linda Onn.

Akui serasi bersama Fahrin

“Sebenarnya sebelum bertemu saya, Fahrin sudah ceria. Bagi saya, Fahrin seorang lelaki yang mampu menceriakan hidupnya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia juga seorang yang kuat dan tabah berdepan dengan dugaan.

“Lagipun, kemunculan saya dalam hidup Fahrin secara kebetulan saja apabila kami sama-sama berlakon drama LemasDalamCinta. Kami sebagai pasa ngan kekasih. Saya dan Fahrin sama sekali tak menyangka, kami masih berkawan dan berhubung hingga hari ini.

“Nak kata berkawan rapat tu rasanya belumlagi kerana sampai hari ini tak pernah wujud perasaan cemburu antara kami, kami bebas berkawan dengan sesiapa saja. Tapi, tak dinafikan, dalam persahabatan antara saya dengan Fahrin, wujud keserasian antara kami yang membolehkan kami mengenali hati budi secara lebih dekat lagi.

“Pun begitu, berilah kami sedikit ruang waktu untukmenjalin persahabatan yang lebih akrab. Kami sentiasa berpijak di bumi nyata dan bersedia berdepan dengan kenyataan. Justeru, dengan kata-kata itu, saya harap orang di luar sana lebih tepat mentafsir persahabatan antara saya dan Fahrin, bagaimana perhubungan kami sebenarnya.

“Saya serahkan soal jodoh pertemuan ini kepada Tuhan. Sesiapa pun jodoh saya, saya reda. Paling penting, lelaki itu jujur, menyayangi dan menerima diri saya seadanya,” kata Scha yang masih sibuk dengan penggambaran Awan Dania di Akademi AirAsia, Sepang, Selangor.

Bintang Pop

Mesra Tak Bererti Cinta

November 9, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 10:06 pm

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my

Kemesraan yang jelas tergambar tatkala mereka sering bertemu pada majlis dan sesi fotografi bagaikan mengakui gosip yang ditujukan pada mereka bagaikan satu kisah realiti

GOSIP cinta antara Que Haidar dan Sharifah Amani mungkin sudah lama reda dan terjawab, namun kehangatan asmara itu seolah-olah kembali berputik apabila untuk pertama kalinya mereka digandingkan di layar seluloid. Filem Selamat Pagi Cinta (SPC) yang bakal menjengah panggung di seluruh negara bermula 20 November ini menjadi bukti keserasian pasangan yang berkongsi bintang Gemini ini.

Bukan itu saja, kemesraan yang jelas tergambar tatkala mereka sering bertemu pada majlis dan sesi fotografi bagaikan mengakui gosip yang ditujukan pada mereka bagaikan satu kisah realiti. Mungkin mereka pandai menyimpan rahsia cinta dan belum berani untuk bersuara bagi meluahkan isi hati masing-masing.

“Tidak kami nafikan, personaliti, karakter dan perwatakan yang hampir sama ini membuatkan kami mudah mesra dan cukup serasi bersama bukan saja di luar, malah di rumah kedua kami, iaitu di lokasi penggambaran,” demikian keletah pemilik nama sebenar Sharifah Amani, 22, ketika ditemui B*Pop selepas majlis pratonton SPC terbitan MIG Productions Sdn Bhd, pada Rabu lalu.

“Bergandingan dengan Que dalam filem yang sama memang sudah lama saya idamkan, sejak menggilai lakonannya dalam filem KL Menjerit lagi, apatah lagi dalam SPC kami adalah pasangan kekasih,” akurnya yang cukup menonjol bakat semula jadi lakonan selepas membintangi Sepet dan Gubra arahan Yasmin Ahmad.

Hakikatnya, warga kerja SPC membabitkan kerjasama pasukan generasi muda termasuk Norliana Samsudin atau Yana selaku sutradara dan Pierre Andre sebagai penulis skrip, cukup menjadikan penerima Anugerah Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-18 ini teruja untuk memegang watak Suci. Malah, perasaan sayang dan hormat yang tidak terhingga terhadap Que sebagai kawan baik mengukuhkan lagi alasan untuknya membintangi SPC.

Menilai perawakan dan sikapnya yang cukup bertegas dengan pendirian juga cepat memberi maklum balas ke atas apa isu berbangkit, bukan perkara mengejutkan kerana gadis kelahiran Petaling Jaya, ini cukup mengenali siapa dirinya.

“Mulut saya memang macam bertih goreng, kadangkala saya rasa ia berfungsi lebih pantas dari proses otak berfikir,” jelasnya yang cukup berharap keletah, kepintaran, ketelusan dan kejujurannya tidak disalah anggap.

Anak kedua kepada aktres veteran dan penggiat teater, Fatimah Abu Bakar ini bukan saja pernah dikaitkan dengan Que tetapi juga pelakon baru, Isma Yusoof (gandingannya dalam slot Samarenda Emil Emilda).

“I don’t talk about my private live. Saya berada dalam industri ini untuk bekerja, untuk membina dan membangunkan gelanggang perfileman tanah air, bawa perubahan, bukan memperdagangkan cerita peribadi yang sensasi. Lakonan adalah jiwa saya dan bila saya berada di set, rohani dan jasmani saya seolah bersatu dengannya,” jelasnya yang menghargai setiap saat berada di lokasi bersama pelakon muda sehebat Que.

Cerita Amani, kelebihan Que yang sukar dicari pada pelakon muda lain adalah keupayaan menjiwai dan mendalami emosi serta memanipulasi perasaan dalaman dengan baik sehingga mampu menyentuh banyak jiwa.

Bagi Que Haidar, 29, pula mengakui dia tidak dapat lari dari berhadapan dengan pelbagai cerita kurang enak membabitkan kehidupan peribadinya.

Que enggan komen gosip cinta dengan Linda

Terbaru, kisahnya yang semakin intim dengan guru tari terkenal, Linda Jasmine menjadi topik perbincangan hangat dunia seni tanah air. Namun, pelakon yang mula melonjak namanya menerusi lakonan dalam filem Castello ini lebih selesa untuk mendiamkan diri dan mengunci rapat mulutnya setiap kali diajukan persoalan itu.

“Sebagai manusia biasa kita perlu beri ruang untuk diri bernafas walaupun setiap gerak geri dan perbuatan kita menarik perhatian ramai. Peribadi tetap peribadi, saya enggan mengulas lanjut kerana merasakan ia memang terlalu peribadi,” ujarnya yang bakal muncul dalam telemovie arahan Afdlin Shauki berjudul Orang Minyak Naik Minyak di Astro Prima hari ini.

Pernah membintangi filem seperti Rock, Bilut, Cinta, Gangster, Que yang membawa watak Haikal dalam SPC mengakui sangat menghormati Amani sebagai seorang pelakon yang memiliki bakat semula jadi.

“Siapa yang tidak kenal ibunya, guru seni lakon Fatimah Abu Bakar yang cukup disegani dan dihormati. Jadi terang-terangan darah seni itu mengalir hangat dalam tubuhnya,

Ayu Raudhah Tak Tamak Terima Tawaran Berlakon

November 2, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 10:16 pm

Oleh Suzan Ahmad

Nama Ayu tersenarai sebagai finalis kategori khas penaja, Anugerah Pantene Shine Anugerah Skrin 2008 bersama Jue Aziz, Wan Sharmila, Carmen Soo dan dan Sherry Ibrahim

SUKAR untuk menafikan kehadiran wajah klasik Melayu si gadis pemilik nama Ayu Raudhah, tambah pula kebelakangan ini raut yang bisa mencairkan hati sang jejaka ini kali muncul menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri mahupun telemovie. Satu demi satu drama silih berganti, bermula cubaan pertama menerusi drama berjudul Terima Kasih Anna (slot Dilema Wanita) arahan Erma Fatima, rezeki Ayu atau pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan, 24, ini menjadi semakin murah.

Sememangnya Erma adalah pelakon wanita di Malaysia yang amat dikaguminya. “Ayu kagumi Erma kerana lakonannya hebat dan ketika menjadi pengarah, dia juga serius dan berdisiplin, mungkin saya boleh ikut jejak dia suatu hari nanti,” kata Ayu.

“Syukur… sejak melangkah ke pentas seni lakon dengan restu keluarga, rezeki bertambah murah kerana kebanyakan tawaran berlakon yang diterima membabitkan produksi drama bersiri,” akur gadis manis yang mula menyerlah menerusi drama Manjalara sebanyak 60 episod.

Dia adalah barisan pelakon pelapis yang bakal menggemparkan industri perfileman di Malaysia

Anak keenam daripada tujuh beradik ini juga agak terkejut dan tumpang bangga apabila drama lakonannya berjudul Pulanglah Di Aidilfitri yang disiarkan tahun lalu arahan Azmi Musa terbitan Suar Channel Production Sdn Bhd dicalonkan dalam kategori telemovie Anugerah Skrin 2008 (ASK2008) yang akan berlangsung pada 7 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Lebih membanggakan, nama Ayu tersenarai dalam calon top five bagi kategori anugerah khas penaja iaitu Anugerah Pantene Shine ASK 2008 bersaing dengan Jue Aziz (Jangan Main Belakang); Wan Sharmila (Abang Mak Panggil Balik), Carmen Soo (Ghost) dan Sherry Ibrahim (Elly).

“Ayu tidak nafikan khalayak TV sebenarnya punya kuasa dan pengaruh paling besar dalam menentukan dan menilai keupayaan betapa berjayanya seseorang aktor atau aktres itu membawakan sesuatu karakter. Siapa yang tidak menaruh harapan jika sudah layak ke final, begitu juga Ayu, tetapi berdebar menantikan keputusan bagi kategori ini. Namun, untuk kategori yang lebih berat seperti Aktres Terbaik atau Aktres Pembantu Terbaik, Ayu memang tidak terfikir boleh menang, ia jauh lagi untuk diri Ayu. Ayu kena timba banyak lagi pengalaman dan terus perbaiki kelemahan yang ada.

“Jadi mesej dan nilai budaya yang cuba disampaikan kepada khalayak majoriti ini menerusi drama berangkai atau bersiri cukup kritikal berbanding khalayak filem.

“Tidak hairanlah jika suatu lakonan yang berjaya mampu membuat penonton setia bukan saja konsisten mengikuti drama berangkai malah mampu buat mereka jadi benci, sedih, marah, sayu malah menzahirkan pelbagai lagi warna emosi,” jelasnya yang turut membintangi Hidayah, KL Menjerit The Series, Dari Mata Arisa dan terbaru masih giat menjalani penggambaran drama 60 episod berjudul Sutera Maya. Drama itu kini sudah mula mengisi slot Akasia di TV3, bermula Ramadan lalu dengan jangka masa tayangan hampir dua bulan.

Sebagai seorang yang sangat fokus dalam kerjaya, adik kepada model dan aktres popular, Rozita Che Wan ini berpegang kepada prinsip tidak akan menerima banyak tawaran berlakon dalam satu masa. Mudah cakap, dia tidak mahu tamak untuk terima banyak tawaran dan akhirnya menjejaskan mutu lakonannya.

“Ayu seorang yang fokus, entahlah pening bila terpaksa membahagikan tumpuan kepada berbilang perkara pada satu masa, silap-silap menyusahkan orang lain pula kalau gagal komited. Dalam apa keadaan sekalipun, setiap kali mendapat skrip baru, Ayu dan Kak Ta (panggilan untuk Rozita) akan berbincang terlebih dulu,” sambungnya lagi yang pernah digandingkan bersama kakaknya dalam drama Berakhirnya Satu Penantian.

Pernah dipikat ahli korporat

Lumrah bila sudah bergelar selebriti setiap pergerakan dan gerak geri akan mengundang perhatian masyarakat baik dari segi penampilan imej dan pakaian apatah lagi cerita berbaur kontroversi dan gosip.

“Memandangkan Kak Ta lebih dulu melangkah ke dunia seni lakon, setiap kali timbul sebarang cerita kurang enak mengenai dirinya, perasaannya tidak ubah seperti cubit peha kanan, peha kiri turut terasa. Ayu kenal siapa kakak, buat tak endah saja sebab kita tidak mungkin dapat tutup mulut semua orang. Bila penat berhentilah mereka,” katanya jujur.

Serba salah dibuatnya, apabila berkawan orang salah faham, bila tidak berkawan pula orang tuduh antisosial. Sebagai manusia biasa, tidak mungkin kita dapat memuaskan hati semua orang dan tidak semua orang akan menyenangi kehadiran kita.

Ditanya siapa jejaka bertuah yang sedang menghuni hatinya, jawabnya sambil tertawa: “Kalaulah Ayu sudah berpunya, tentu asyik kena marah saja. Bukan tidak teringin untuk berteman tetapi jadual penggambaran yang terlalu ketat membataskan. Mungkin belum sampai waktunya lagi,” akurnya yang pernah cuba didekati kalangan VIP termasuk penerbit dan ahli korporat.

Apa yang pasti, bagi Ayu Raudhah, soal hati buat masa ini bukan keutamaan. Keluarga dan kerjaya perlukan perhatian.

“Rezeki Ayu dalam bidang lakonan makin cerah, kala khidmat dan bakat masih diperlukan, sayang peluang berharga ini tidak dimanfaat sebaik mungkin,” ujarnya yang menyimpan cita-cita untuk mengusahakan perniagaan butik sebagai jaminan masa depan.

Info Raudhah

NAMA: Raudhah Che Wan

NAMA KOMERSIL: Ayu Raudhah

ADIK BERADIK: Anak keenam daripada tujuh beradik

USIA: 24 tahun

TARIKH LAHIR: 7 Disember 1984

TEMPAT LAHIR: Alor Star, Kedah

SEKOLAH: Sekolah Menengah Syed Mohammad Al-Bukhary, Alor Star, Kedah

PENDIDIKAN: SPM

TINGGI: 158 cm

BERAT: 49 kilogram

STATUS: Bujang

KERJAYA: Model, Pelakon

DRAMA: Dilema Wanita, Pulanglah Di Aidilfitri, Berakhirnya Satu Penantian, Timur Mencinta Barat Merindu, Manjalara, Hidayah, Dari Mata Arisa, KL Menjerit The Series, Sutera Maya,

HOBI: Menjahit manik

FESYEN: Ringkas tapi menawan

WARNA KEGEMARAN: Hitam dan Putih

Mengenai Ayu Raudhah

Watak idaman Ayu ialah mahu melakonkan adegan lasak seperti Lara Croft lakonan Angelina Jolie.

Malu menonton lakonan sendiri di khalayak ramai, lebih selesa menonton seorang diri di rumah.

Drama Terima Kasih Anna menerusi slot Dilema Wanita arahan Erma Fatima adalah lakonan pertama Ayu.

Jangan perkecilkan kebolehan Ayu dalam bidang jahitan kerana dia pakar dalam menjahit manik dan labuci.

Sejak bergelar pelakon, Ayu akui tidak dapat lari daripada ‘dikejar’ VIP dan lelaki hidung belang.

Bintang Pop