Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Bekerja Kuat Untuk Berubah

December 28, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 8:56 pm



Bintang Pop

Tunggu Masa Sesuai Naik Pelamin

December 21, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 9:06 pm

Bintang Pop

Rozita Tak Kemaruk Hadiah VIP

December 14, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 9:16 pm

Oleh Hardi Effendi Yaacob

Mekap: Amy Janz (012-276 3600)
Busana: Koleksi Peribadi Rozita Che Wan
Lokasi: Teratak Rahmah, Lot 459-G, Kampung Kerdas 3, Batu 6 Gombak, Kuala Lumpur.

MELIHAT pelakon dan model popular ini memandu kereta mewah, BMW 3 Series (M Sports), yang harganya dikatakan mencecah RM200,000, barangkali tentu ada pihak beranggapan ia pemberian istimewa daripada VIP tertentu yang menjadi buah hatinya.

Timbul juga khabar angin baru-baru ini kononnya kereta mewah itu dihadiahkan seorang ahli perniagaan, yang juga suami kepada seorang penyanyi jelita hingga memaksa pasangan popular itu tampil menjelaskan isu berkenaan kepada media. Namun, memang sedap mulut orang mengata tanpa mempedulikan perasaan orang.

Ramai tidak tahu bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini yang juga seorang ibu tunggal terpaksa bekerja keras untuk mengecapi kemewahan hidup dengan memenuhi pelbagai tawaran berlakon hingga terpaksa mengorbankan masa bersama anak-anaknya dan keluarga.

Itulah sebahagian cabaran hebat yang terpaksa ditempuh Rozita Che Wan, 35, sepanjang tiga tahun bergelar anak seni hingga berjaya menempatkan dirinya sebagai seorang dramatis disegani di Malaysia.

Bagaimanapun, sepanjang penulis mengenali ibu kepada dua anak ini, beliau tidak mudah melenting setiap kali dilanda gosip liar, sebaliknya sentiasa tenang mengendalikan keadaan walaupun ada antara gosip itu mencabar maruahnya serta keluarga.

“Inilah asam garam dunia artis. Apabila saya membuat keputusan menyertai bidang seni, saya perlu berani menghadapi apa saja kemungkinan. Yang penting, mesti ada kesabaran dan perlu bijak mengendalikan sesuatu isu atau keadaan,” katanya tenang.

Bagaimanapun, ibu tunggal ini bersyukur kerana sepanjang pembabitannya dalam bidang lakonan, belum pernah beliau mengalami gosip yang boleh memusnahkan kerjaya dan kepercayaan masyarakat terhadap dirinya.

“Alhamdulillah, kebanyakan gosip saya terkena sebelum cuma sekadar usikan saja. Kadang-kadang rasa mahu ketawa juga bila terbaca gosip dalam surat khabar. Terfikir juga bagaimana gosip sebegitu boleh keluar dan dapat tumpuan walaupun ada antara maklumatnya tidak betul.

“Namun, saya tetap berhati-hati, malah seboleh-bolehnya mahu mengelak gosip kerana banyak hati dan perasaan perlu saya jaga, terutama anak-anak serta keluarga saya,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran telemovie terbarunya, Sebelum Sejadah Dibentang untuk siaran TV3.

Rozita bagaimanapun mengakui mengenali usahawan yang dikaitkan dengannya itu, begitu juga isterinya tetapi hanya melalui media massa.

“Ya, memang saya mengenali beliau tetapi hanya melalui media, malah tidak pernah bertemu seperti digosipkan. Itulah sebabnya saya hairan mengapa tidak semena-mena beliau dikaitkan dengan saya hingga timbul isu kononnya kereta BMW adalah pemberiannya. Ini yang saya sedih sangat sebab saya bekerja keras, pergi penggambaran siang malam dan berkorban masa dengan keluarga semata-mata mahu mencari rezeki halal untuk menyara hidup saya serta anak-anak,” katanya.

katanya, pernah suatu ketika beliau terpaksa meninggalkan anak-anak selama 40 hari untuk menjalani penggambaran di luar Lembah Klang, sekali gus menunjukkan betapa besar pengorbanan yang terpaksa dilakukannya untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

“Mana tidak saya sedih bila tiba-tiba orang kata semua kesenangan yang kami peroleh ini hasil pemberian seseorang,” katanya yang baru-baru ini turut dilantik sebagai duta produk kecantikan, L

Heliza Teringin Untuk Bercinta

December 7, 2008 Bintang Pop | Comments (0) admin @ 9:26 pm

Oleh Zubir Mohd Yunus

\KELETIHAN melampau memerangi waktu menjana masa depan di menara gading, selain memenuhi tuntutan kerjaya seni, Heliza akhirnya menemui ‘noktah sementara’ apabila dia kini bercuti selama sebulan sebaik selesai peperiksaan akhir semester lima pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tamat peperiksaan, dia bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk ‘misi’ AJL23, namun usahanya berbaloi apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Dalam keghairahannya memahat nama di pentas seni, Heliza tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang menjadi harapan keluarga untuk membina masa depan lebih cemerlang. Bukan seperti segelintir artis yang berstatus pelajar, apabila diri semakin dimamah populariti, glamor, mereka semakin alpa, lebih parah apabila seni dan pelajaran terkandas di tengah jalan, akhirnya sekadar menjadi artis tempelan di majalah hiburan!

Tidak keterlaluan jika melabel Heliza sebenarnya tamak, dia ingin berjaya di kedua-dua bidang sekali gus – seni dan pelajaran. Namun, tamak Heliza adalah sesuatu yang wajar kerana kejayaan yang diperoleh setakat ini sudah cukup untuk membuktikan kesungguhannya selepas bergelar bintang AF. Dia tidak tenggelam seperti sesetengah rakan seperjuangannya, namun terus mendapat tempat di hati peminat.

Pun begitu, usaha Heliza untuk berjaya di arena seni dan pendidikan, memerlukan pengorbanan yang bukan kepalang. Usia muda Heliza tidak seperti remaja seusianya yang punya banyak waktu bersama rakan sebaya, malam minggu pula sempat berhibur, namun bagi Heliza dia perlu menghafal 15 lirik lagu, menghayati senaskah skrip filem dan dalam masa sama mentelaah timbunan nota pelajaran. Bayangkan bagaimana otak Heliza bekerja!

“Dalam keadaan kesihatan saya yang tak menentu apabila disahkan menghidap hyperhidrosis (perpeluhan melampau), memang tak dinafikan, setiap apa yang saya lakukan – menyanyi, mengacara, berlakon atau belajar, ada kalanya mendatangkan keadaan tidak selesa apabila tangan dan kaki sentiasa berpeluh, sampai satu tahap peluh yang keluar umpama air menitis, lebih-lebih lagi apabila saya berada dalam keadaan tertekan.

“Setakat ini, penyakit saya tiada ubatnya, justeru inilah dugaan Tuhan dan cabaran yang perlu saya tempuhi. Membuat lebih satu kerja dalam satu masa, memang meletihkan. Kepenatan saya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Fikiran pula berubah sekelip mata, sekejap sebagai penyanyi dan pelakon, sekejap lagi menjadi pelajar apabila teringat nota dan jurnal yang belum dibaca dan dihafal.

“Kehidupan harian saya sentiasa terkejar-kejar. Maklum sajalah, saya belajar di Sabah, manakala undangan nyanyian lazimnya di Semenanjung. Mungkin satu kebetulan, aktiviti seni saya datang apabila sudah hampir dengan peperiksaan. Bayangkan ketika study week baru-baru ini, orang lain sibuk mentelaah pelajaran, saya pula perlu ke Kuala Lumpur menjayakan proses dubbing filem Syurga Cinta, selain undangan nyanyian di Terengganu selama tiga hari berturut-turut!

Telaah pelajaran dalam penerbangan

“Saya pula hanya ada masa baca buku di dalam kapal terbang atau ketika menunggu bagasi di lapangan terbang, di belakang pentas sementara menunggu giliran menyanyi, mahupun di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke destinasi pertunjukan pentas. Begitu juga dengan waktu tidur terpaksa saya korbankan.

“Saya hanya tidur jam 5 pagi selepas selesai mengulangkaji pelajaran dan bangun semula dua jam kemudian untuk persediaan ke kelas. Begitulah rutin saya setiap hari sehingga saya susah nak tidur awal setiap malam sekalipun waktu cuti semester. Namun, inilah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk memastikan seni dan pelajaran berjalan seiring menuju kejayaan,” kata Heliza yang semakin manis dengan imej bertudung.


Haliza berduet bersama Mawi dalam Muzik-Muzik ke-23.

Esok, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban dengan penuh rasa keinsafan dan kesyukuran. Bagi Heliza, Aidiladha sungguh bermakna bagi dirinya yang acap kali merelakan pengorbanan demi menggapai cita-citanya supaya menjadi kenyataan.

Pengorbanan untuk segulung ijazah

“Terlalu banyak pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk menggenggam segulung ijazah dan dalam waktu sama membuktikan saya boleh berjaya di arena seni suara, lakonan dan pengacaraan. Falsafah saya mudah, untuk mencapai kejayaan dalam hidup, pengorbanan memang tidak dapat dipisahkan. Justeru, Aidiladha membuat saya bersyukur, betapa besarnya erti sebuah pengorbanan,” tambah Heliza.

Bagaimana pula dengan cinta dan kekasih, adakah Heliza punya buah hati yang boleh dijadikan sumber inspirasi dalam mengejar cita-cita?

“Mencintai diri sendiri pun belum sepenuhnya, inikan pula memberi cinta saya kepada orang lain, memang saya tak mampu. Terus-terang, saya belum bersedia dengan cinta seorang lelaki kerana apabila kita bercinta, biarlah dengan sepenuh hati, bukannya sekadar melepas batuk di tangga apabila terperangkap dengan batasan waktu yang tidak mengizinkan kita mentaati cinta sejati.

“Tapi, jika cinta itu hadir juga, saya tidak pernah mencari alasan untuk menolaknya. Berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang bercinta, khabarnya berada di alam percintaan, ia menyeronokkan. Justeru, saya memang teruja untuk bercinta, tapi biarlah rasa cinta itu hadir tanpa paksaan. Paling penting, cinta tidak mengganggu cita-cita saya,” jelas Heliza mengakhiri bicara.

PROFIL: Heliza

NAMA PENUH: Nur Heliza Helmi

TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986

ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu

KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik

PENDIDIKAN: Tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Sains, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah

PENCAPAIAN: Tempat keempat, Akademi Fantasia 5 (AF5) pada 2007

SINGLE: Warna Sendu Tarian Jiwaku (working title) dan Bila (working title)

FILEM: Syurga Cinta, dijangka tayang Februari 2009

PROGRAM TV: Sinar Korea Bersama Mawi & Heliza (Astro Oasis)

PERTANDINGAN: Finalis kategori Etnik Kreatif, Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) menerusi Doa Dalam Lagu, duet bersama Mawi AF3 pada 18 Januari depan.

Bintang Pop