Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Tari Tirana Isi Slot Lestary Di TV3

August 31, 2009 Berita Harian | Comments (3) admin @ 6:20 pm



Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


TERAJU utama Tari Tirana, dari kiri; Ammar Alfian, Wan Sharmila, Shah Jaszle dan Nadia Aquila.

MENGARAH lebih 25 drama dan telefilem, Shahrul Ezad Mohameddin atau Ezad pantas menarik perhatian menghasilkan karya yang dilihat mampu mencuri tumpuan penonton. Lalu tidak hairanlah, pemilik syarikat Radius One Production ini terus menjadi pilihan stesen TV dan pihak penerbit untuk mengarahkan sesebuah naskhah.

TV3 terus membuka ruang kepadanya memperkembangkan lagi sisi kreatifnya. Sindarella, Emil Emelda, Kerana Cintaku Saerah dan Seputeh Qaseh Ramadan antara hasil karyanya yang disiarkan di stesen TV ini.

Biarpun baru empat tahun bergelar sutradara, Ezad yang kali pertama mengarah telefilem Sutun mula memasang keinginan untuk menjadi pengarah filem pula.

“Memang sudah lama saya mengidam peluang menghasilkan karya ke layar perak pula. Cuma masanya belum tiba. Apatah lagi komitmen saya terhadap Radius One kian meningkat.

“Malah kerana terikat dengan syarikat itu juga ada syarikat produksi lain takut untuk menawarkan khidmat kepada saya. Sedangkan saya sentiasa mengalu-alukan peluang keemasan ini. Saya sentiasa mengimpikan untuk terus berkarya dalam skala lebih luas,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama terbaru arahannya berjudul Tari Tirana.

Drama Tari Tirana ini yang masih menjalani penggambaran dan menggunakan lokasi sekitar Kuala Lumpur serta Singapura ini sudah disiarkan di TV3 sejak 25 Ogos lalu menerusi slot Lestary.

Kata Ezad, drama ini bukan seperti drama dan filem High School Musical sebaliknya Tari Tirana bergenre drama dan komedi yang turut disuntik dengan elemen tarian. Drama ini juga menunjukkan peningkatan penanda aras kepada perkembangan kerjaya Ezad sebagai pengarah apabila menampilkan muka baru.

Malah selepas sekian lama berlakon sebagai watak sampingan, Wan Sharmila yang juga isteri kepada rakan kongsi syarikatnya, Fazli Baharom buat pertama kali diberi peranan utama. Kebetulan pula, Wan Sharmila pernah menyertai Yayasan Warisan Kebudayaan Johor dan mahir dalam bidang tarian sebelum bergelar pelakon.

“Sampai bila saya harus menggunakan pelakon yang sedia ada atau yang sama. Projek drama ini ibarat sekolah melahirkan bakat baru. Bakat baru perlu dibentuk. Ada antara bakat baru ini sangat teruja tetapi mereka perlukan bimbingan. Drama ini turut menampilkan penari profesional dan selebihnya boleh menari pada tahap biasa saja.

“Wan Sharmila sendiri pernah bercakap dengan saya, bila nak buat drama berunsurkan tarian. Akhirnya ia menjadi kenyataan. Secara jujur juga saya berbangga melihat pacuan Wan Sharmila yang mula berlakon watak sampingan hingga ke peranan utama,” katanya.

Menurutnya, dia tidak sesekali menolak keberkesanan resipi yang sering dipraktikkan Allahyarham Yasmin Ahmad dan Datin Paduka Shuhaimi Baba, dengan mengambil pelakon yang sama hingga diberi label artis residen.

Ezad sendiri sering menggunakan khidmat pelakon yang sering menghiasi karya arahannya seperti Noorkhiriah, Sharifah Amani, Bront Palarae dan Isma Yusoof.

“Sebagai pengarah, perkara paling saya titik beratkan ialah komitmen dan keserasian. Maka, sebab itu saya acap kali memanggil pelakon yang sama kerana sudah biasa dan tahu perangai masing-masing.

“Sepatutnya, drama Tari Tirana turut menampilkan Isma Yusoof. Tetapi saya sudah ada tugasan mengarah kepadanya dan sebab itu dia tidak dapat menyertai drama,” katanya.

–>

Berita Harian

Dengarnya…: Kasihan Artis Baru Kena Buli

Berita Harian | Comments (0) admin @ 6:10 pm

Oleh Normah Becok

BEBERAPA hari lalu, ketika Cik Normah berbuka puasa bersama seorang rakan yang tak kalah cantiknya, tiba-tiba terbuka sebuah cerita yang mampu menimbulkan pelbagai reaksi. Kelakar ada, geram ada, serta macam-macam lagilah.

Kisahnya macam ini, tidak lama dulu, heboh jugalah mengenai beberapa artis muda yang baru saja memasuki arena seni diberi peluang berlakon dalam filem yang menjalani penggambaran di negara jiran. Ketika Cik Normah berbuka puasa hari itu, rasanya, filem terbabit belum habis-habis lagi penggambaran.

Teman Cik Normah yang suka menggayakan pelbagai fesyen rambut itu bercerita, dia mendapat khabar dari seberang, beberapa pelakon baru dari negara ini selalu saja dibuli di lokasi penggambaran. Maklumlah, orang baru. Jadi, macam-macam perangai pihak produksi tunjukkan, yang pada hakikatnya tidak menyenangkan artis terbabit.

Produksi filem itu sendiri khabarnya kurang cekap. Sudahlah jadual penggambaran ala-ala tidak mereka ikuti. Maknanya, kalau mereka hendak buat penggambaran esok, maka esoklah mereka bekerja. Kalau hendak shoot lusa, maka lusalah mereka bergegas buat itu dan ini. Khabarnya, mereka bekerja tak ada sistem.

Ceritanya juga, pelakon terpaksa berpindah hotel hampir setiap hari. Tak sempat pelakon hendak menyangkut pakaian, sudah hendak kena pindah lagi. Tidak tahulah pula kenapa mereka perlu berpindah hotel sekerap itu? Yang pasti, ia agak menyusahkan bagi pelakon yang terbabit.

Cik Normah yakin, kalau hari-hari nak kena kemas beg, bukan saja pelakon yang tidak selesa dengan keadaan itu, kepala orang produksi itu sendiri pun mesti naik pening.

Ada satu hari tu, khabarnya seorang daripada pelakon yang terbabit dalam filem ini terkejut apabila balik ke bilik hotel. Mana tidaknya, dia mendapati biliknya basah apabila berlaku kebocoran paip. Sudahlah penat pindah-randah, call time sesuka hati, bilik pula basah lencun. Jadi Cik Normah harap sangat, apabila ditayangkan nanti, filem ini akan meletup sana-sini. Iyalah, barulah berbaloi dengan pengalaman tak berapa sedap yang terpaksa pelakon lalui. Kalau tak meletup juga, baiklah syarikat yang mengeluarkan belanja buat filem itu upah saja produksi tempatan. Paling tidak, kalau pelakon kena buli, mereka ada tempat hendak lari…!

–>

Berita Harian

Dengarnya…: Tak Tahan Mulut Lancang Selebriti

Berita Harian | Comments (0) admin @ 6:00 pm

Oleh Normah Becok

KATA dulang paku serpih, mengata orang dia yang terlebih. Cik Normah sengaja memulakan ngomelan hari ini dengan peribahasa kerana tak tahan dengan mulut lancang seorang selebriti yang sibuk mengata selebriti lain, tapi dia tak juga sedar diri.

Tak perlulah Cik Normah berikan kiasan siapa selebriti yang dimaksudkan, nanti semua orang tahu siapakah selebriti itu. Biarlah Cik Normah dengan orang yang sewaktu dengan Cik Normah saja yang tahu gerangan selebriti itu.

Baru-baru ini Cik Normah terdengar cerita selebriti berumur ini mengkritik selebriti baru mengenai macam-macam perkara. Memanglah tak salah dia nak menegur selebriti generasi baru kerana dia ada banyak pengalaman. Tetapi ada satu bahagian yang ditegur itu memang Cik Normah tak berkenan.

Apa yang dia tegur tak payahlah Cik Normah tuliskan di sini nanti jadi isu sensitif pula, tetapi perkara yang dia tegur itu berkaitan sikap generasi baru yang menceburi bidang seni sebab mereka menyasarkan sesuatu untuk hidup mereka.

Cik Normah bukanlah nak menyokong artis baru yang terbabit dengan benda tak elok. Cuma cara dia menegur itu tak berapa kena. Sebelum nak menegur, cubalah cermin diri sendiri. Selebriti berpengalaman itu bukanlah tak baik orangnya, cuma kalau nak komen orang lain tengok-tengoklah sekeliling kita dulu.

Orang kalau tengah berkobar-kobar memberikan kenyataan memang ada kalanya sampai tak sedar apa yang diperkatakan. Apabila sudah dirasuk, kita tak sedar dalam pada kita sibuk mengata orang sebenarnya benda itu terbalik pada kita sendiri.

Cik Normah ingatkan Cik Normah saja yang emosi dengan kenyataan selebriti itu, rupa-rupanya beberapa teman di pejabat juga kurang bersetuju dengan pendapat si selebriti sebab apa yang dia katakan itu sebenarnya terkena batang hidungnya sendiri. Malah kata teman Cik Normah, dia mengata orang lebih-lebih tetapi kaum kerabatnya sendiri pun lebih teruk daripada orang yang dikatakan.

Cik Normah minta maaflah jika ada yang terasa dengan tulisan Cik Normah ini, tetapi selagi Cik Normah tak luahkan perasaan ini memang cukup meluap-luap. Bukan apa, Cik Normah harap perkara ini boleh dijadikan pengajaran oleh selebriti lain supaya sebelum mengata orang, cermin-cerminlah diri dulu.

–>

Berita Harian

Pencak Silat Pemuda Amerika

Berita Harian | Comments (0) admin @ 5:50 pm

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


CHAMP datang ke Malaysia untuk mendapatkan tali pinggang hitam kelas ketiga.

BUAT kesekian kalinya penonton National Geographic Channels International (NGCI) seluruh dunia akan dapat mengikuti sisi budaya negara ini apabila dokumentari berjudul Fight Masters: Silat ditayangkan di saluran berkenaan.

Di Malaysia, dokumentari yang dihasilkan menerusi projek usaha sama antara Finas dan NGCI itu menemui penonton buat kali pertama jam 9 malam ini. Ulangannya boleh diikuti pada 11 September dan 15 September, masing-masing pada jam 9 malam.

Dokumentari selama sejam itu diarahkan Justin Ong dari GS Productions. Dirakam dalam bentuk definisi tinggi (HD), produksi NGCI itu meneroka seni dan sains pertahanan diri Melayu lama, silat, sebagai satu daripada budaya unik negara ini.

Fight Masters: Silat ialah satu daripada dua dokumentari yang dihasilkan dalam bentuk HD oleh penggiat filem tempatan di bawah program Malaysia To The World 2, hasil persefahaman antara NGCI dan Finas, dengan matlamat memperkenalkan Malaysia serta budayanya ke peringkat global, di samping memberikan pendedahan kepada pembikin filem negara ini kepada penghasilan dokumentari lebih berkualiti dan kompetitif.

Sebelum ini, Finas dan NGCI pernah menghasilkan kerjasama serupa menerusi program Malaysia To The World. Dokumentari Becoming A King dihasilkan pada 2007, manakala Smart Tunnel pula pada 2008. Masing-masing diterbitkan NGCI bersama produksi tempatan, GS Productions dan Creative Nation.

Sepanjang penghasilan filem terbabit, pembikin filem tempatan mendapat bimbingan daripada veteran NGC bagi memastikan ia mencapai standard yang dikehendaki saluran terbabit, dengan mempunyai jalan cerita menarik, visual mengagumkan, pintar, inovatif serta disokong topik dan cara pembikinan yang terkini.


WONG (kiri) menerima cendera hati daripada Mok dan Basil Chua sambil diperhatikan Mohd Mahyidin.

Pada majlis pelancaran dokumentari itu baru-baru ini, Pengerusi Finas, Datuk Wong Kam Hoong berkata, kerajaan berkeyakinan filem dokumentari mempunyai aset intelektual yang tinggi nilai komersialnya, yang mampu merentasi setiap sempadan dunia dan dikongsi serta dihayati pelbagai bangsa.

“Dua tahun lalu Finas dan NGC menerbitkan dua dokumentari dengan jangkauan siaran meliputi 290 juta isi rumah dalam 27 bahasa.

“Dengan hasrat membawa dokumentari Malaysia ke persada antarabangsa, Finas terus membina kerjasama dengan saluran terbabit bagi penerbitan dua lagi dokumentari untuk pasaran dan siaran dunia pada 2009 ini.

“Secara total, perkongsian pintar ini memberikan faedah besar kepada rakyat dan negara dari segi pendedahan dan pasaran. Dengan cara ini, budaya dan cara hidup masyarakat kita dapat dipertontonkan kepada masyarakat antarabangsa, sekali gus membuka ruang kepada filem lain untuk ke pasaran dunia,” katanya.


PEMUDA kulit putih ini perlu melepasi ujian dibakar dengan api obor.

Hadir sama pada majlis terbabit ialah Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim; Pengarah Produksi National Geographic International, Mok Choy Lin; dan Pengarah Wilayah National Geograpic Channel Asia, Basil Chua.

Selain itu, katanya, karyawan filem tempatan turut menimba pengalaman bekerja dengan veteran filem saluran terbabit dalam menghasilkan dokumentari bertaraf dunia. Ia tentu sekali proses yang memberikan kelebihan kepada karyawan Malaysia dalam mengutip ilmu yang mampu mempertingkatkan profesionalisme, amalan kerja, pengetahuan dan kemahiran mereka.

SINOPSIS:

FIGHT Masters: Silat antara lain mengisahkan seorang tentera laut Amerika Syarikat, Joel Champ yang mendalami seni pertahanan diri Melayu, silat, sejak 14 tahun lalu. Bekerja dengan pasukan tentera pada siang hari, sebelah malamnya dihabiskan dengan menuntut ilmu persilatan bersama Cikgu Sam.

Joel kini bersedia untuk melalui ujian getir dalam usaha meningkatkan kemahirannya daripada Tali Pinggang Hitam Kelas Kedua kepada Tali Pinggang Hitam Kelas Ketiga. Bagaimanapun, dia hanya boleh berbuat demikian di Malaysia.

Dokumentari ini memaparkan bagaimana Joel mempelajari seni itu daripada pahlawan Silat Gayung negara. Kini, dia harus memahirkan diri dengan beberapa gerakan baru, mempelajari serangan maut yang mesti dia patahkan, serta senjata berbahaya yang tidak pernah terfikir olehnya.

Lebih menggerunkan, apabila Joel perlu melepasi ujian getir – minyak mendidih dan api yang marak membakar. Jika dia berjaya mengatasi dua halangan berkenaan, ujian terakhir menanti apabila dia harus pula berdepan dengan lawan yang juga juara silat olahraga sebanyak dua kali.

Jika anda ingin menyaksikan bagaimana pemuda Amerika itu mendalami ilmu silat serta berdepan ujian dalam mendapatkan kemahiran tertinggi dalam dunia persilatan, ikuti dokumentari menarik ini apabila ia disiarkan sempena Hari Kemerdekaan.

FIGHT MASTERS: SILAT

Tayangan perdana: Isnin 31 Ogos @ 9 malam

Ulangan: Jumaat 11 September @ 9 malam, Selasa 15 September @ 9 malam

–>

Berita Harian

Megan Bukan Catwoman

Cyberita | Comments (0) admin @ 5:46 pm

LELAKI-LELAKI yang meminati jelitawan Transformers, Megan Fox, mungkin akan rasa hampa dengan berita ini.

Sesungguhnya, Megan tidak akan mengikut jejak Michelle Pfeiffer atau Halle Berry dan mengenakan sut ketat Catwoman dalam filem susulan Batman.

‘Ia hanyalah buah mulut orang. Ia berita tidak benar. Tiada skrip. Tiada projek baru. Macam mana nak tawarkan watak itu kepada Megan?’ jelas seorang wakil studio Warner Bros yang mempunyai hak menerbitkan filem-filem Batman.

Rupa-rupanya, segalanya hanyalah khabar angin yang tersebar daripada laporan sebuah tabloid di Britain, yang kemudian mendapat perhatian peminat Megan di dada siber.

Cyberita

Nana, Faizal Bercerai

Berita Harian | Comments (0) admin @ 5:40 pm

PENYANYI Siti Nordiana Alias atau Nana, 25, difahamkan ke mahkamah baru-baru ini bagi memfailkan pengesahan lafaz cerai dibuat pasangannya yang juga seorang pelakon, Mohd Faizal Yusof, 31, menerusi telefon.

Menurut sumber, berita perceraian itu disahkan sendiri bapa penyanyi berkenaan. Sebelum ini, rumah tangga yang dibina pada 26 April 2006 itu beberapa kali menjadi perhatian peminat apabila khabar angin mengenai pergolakan perkahwinan mereka dilaporkan media.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan tampil menafikan gosip yang kali pertama muncul beberapa bulan selepas mendirikan rumah tangga.

Berita Harian cuba menghubungi penyanyi itu semalam bagi mendapatkan pengesahan tetapi gagal.

Penyanyi yang popular dengan lagu duet bersama Achik Spin, Bola Bola Api, mula berkenalan dengan pelakon drama Zarul Vs Zarina itu pada 2005. Mereka mengikat tali pertunangan pada November tahun yang sama, disusuli dengan perkahwinan beberapa bulan selepas itu.

–>

Berita Harian

Pendidik Nusa Bangsa

Cyberita | Comments (0) admin @ 5:36 pm

Selembar kain rentang putih yang suci,
menjadi kanvas kreatifnya seseorang yang bergelar guru.
yang akan diberi nafas dengan warna ilmu,
menghiasi dunia ini dengan insan yang bermutu.

Guru,
seorang yang mencorak, melorek dan menggodek
demi memastikan anak bangsa Melayu terus maju,
bak pepatah takkan Melayu hilang di dunia
bagai Taming Sari menghilang entah ke mana.

Guru,
seorang yang memegang amanah seluruh alam,
mendidik, mengasuh, menasihat menjadi satu wawasan
bertanggungjawab ke atas pembangunan masyarakat.
begitu berat dipandang umum beratlah lagi bahu yang memikul.
namun dengan semangat yang tekal dan waja,
engkau langsungkan tugasmu tanpa keluh dan kesal.
hari demi hari kau jalankan amanah dengan teguh,
setiap peluh dan air mata yang menitis,
menguatkan semangat dan jiwa,
melaksanakan tanggungjawab yang sedia ada.

Tiada pampasan mahupun balasan yang setara dengan pengorbanan yang dicurahkan.
hanya kecemerlangan anak didik di akhir semester menjadi idaman.
Itulah doa dan niat yang ada dalam setiap sanubari seorang guru,
seorang yang bergelar guru bukannya cikgu,
seorang pendidik nusa bangsa.

Cikgu Mohamad Asha’ari Yunos
Sekolah Rendah Canberra

Cyberita

Rakam Detik Manis Di Crowne Plaza

Berita Harian | Comments (0) admin @ 5:30 pm

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


NABIL dan kekasihnya, Irma Hasmie.

Majlis berbuka puasa eksklusif selebriti undang 15 Rakan@bh bertuah

KHAMIS ini, 15 Rakan@bh yang juga pembaca setia akhbar Berita Harian dan pasangan masing-masing berpeluang menikmati majlis berbuka puasa eksklusif bersama selebriti popular tanah air.

Senarionya sedikit berbeza kerana majlis yang turut mendapat kerjasama Hotel Crowne Plaza Mutiara ini turut diserikan dengan sesi memperkenalkan koleksi kasut pereka fesyen popular, Michael Shu.

Diberi nama The Black Collection, koleksi kasut rekaan buat golongan wanita itu sesuai digayakan bersempena musim Aidilfitri yang bakal bertandang tak lama lagi. Ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah buat yang tersayang untuk dikenakan dengan busana indah.

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak antara yang awal lagi mengesahkan kehadiran ke majlis ini bersama suami tersayang, Mahathir Mohamad. Tidak ketinggalan, Chef Wan dan anaknya, Serina Redzuawan yang bakal bergelar pengantin awal tahun depan juga turut hadir memeriahkan suasana.

Kehadiran Chef Wan pastinya akan menambahkan kegamatan majlis itu nanti kerana umum tahu, tukang masak bermulut keletah itu sentiasa bijak menggamit hati orang ramai. Selain itu, Bintang Paling Popular Berita Harian 2008, Nabil tidak hadir berseorangan, sebaliknya akan ditemani kekasih hatinya, Irma Hasmie.


Anita Sarawak

Pelakon drama Nur Kasih, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah juga hadir. Fizz tidak keseorangan kerana buah hatinya, Almy Nadia yang kini wajahnya boleh ditonton menerusi drama Senandung Si Dayang turut memeriahkan majlis. Di samping itu, ahli Rakan@bh yang bertuah dapat bermesra dengan pelakon popular, Scha Al Yahya, Diana Danielle, Fouziah Gous, Iqram Dinzly dan Sherry Ibrahim.

Menurut Michael Shu, koleksi kasut hitam rekaannya menampilkan kombinasi material kulit dan kain. Ia berkonsepkan glamorama dan tiga dimensi. Beberapa artis wanita yang diundang akan memperagakan kasut itu seperti Irma Hasmie dan Diana Danielle yang turut bergelar model.

Majlis akan dihoskan Richie Rachman dan inilah masanya untuk pembaca Berita Harian yang bertuah mengenali dengan lebih dekat dan beramah mesra dengan selebriti kegemaran yang hadir. Kalau nak tahu kesahihan gosip atau barangkali usikan yang sering dihadapi artis, mungkin ini kesempatan untuk bertanyakan perihal sebenar kepada mereka.

Nak tahu, benarkah hubungan Iqram dan Fouziah hanya sekadar teman baik atau sudah ke peringkat bercinta, betulkah Fizz dan Almy sudah bertunang atau macam-macam lagi cerita berkaitan, jangan segan untuk bertanya mereka mengetahui cerita sebenar.


CHEF WAN akan hadir bersama anaknya, Serina.

Pastinya kenangan pada 3 September ini akan terus menjadi memori indah untuk dititip sebelum menjelangnya Aidilfitri. Untuk merealisasikan detik indah ini klik ke laman web www.bharian.com.my untuk keterangan selanjutnya.

Terima kasih Crowne Plaza

KEPADA Hotel Crowne Plaza terima kasih kerana sudi bekerjasama dan menaja hidangan berbuka puasa. Menu menarik seleksi masakan kampung antara pembuka selera yang pastinya akan membuat sesiapa kecur air liur.

Kepada yang berminat untuk mencuba pakej bufet Ramadan hotel ini berharga RM95++ bagi dewasa dan separuh harga kepada mereka yang berusia 4 hingga 12 tahun boleh menghubungi Planters’ Inn Restaurant di talian 03-21482322 sambungan 3820/3821.

Hidangan seperti Kerabu Kerang, Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, Kerabu Anika Laut, Kerabu Perut and Jelatah, Rendang Puyuh Pak Sahar, Soto Ayam, Bubur Lambok, Ayam Masak Merah, Rendang Kambing, Ikan Patin Masak Asam Tempoyak, Pucuk Paku Masak Lemak, Daging Rendang dan Udang Galah Masak Lemak antara menu yang perlu dicuba.

Tak dilupakan Kambing Kurma, Ikan Bakar, Tumis Udang Daun Kunyit, Ayam Kuzi, Daging Salai Masak Lemak dengan Pucuk Ubi, Daging Mesamah, Rendang Tok, Sayur Dalca Mangga Muda, Ikan Asam Pedas Johor, Kepah Tumis Bercili dan pemanis mulut seperti Bubur Kacang Hijau dan Pengat Pisang Bersagu wajib untuk dijamah.

–>

Berita Harian

Tiada Kata Secantik Bahasa

Cyberita | Comments (0) admin @ 5:26 pm

St Patrick
juarai Pertandingan Puisi Artistik 2009

Oleh
Ricardo Sutanto Dan Zikry Idraki
Pelajar Sekola St Patrick

SUNGGUH megah suasana dewan Sekolah St Patrick pada tanggal 15 Ogos lalu.

Setiap mata kami terpukau melihat betapa indahnya dekorasi yang bernuansa budaya Melayu ketika memasuki ruang dewan di mana Pertandingan Puisi Artistik 2009 anjuran kelompok sekolah-sekolah E7 diadakan.

Selain itu, dapat kami lihat lautan manusia daripada berbagai- bagai sekolah dengan bermacam- macam corak busana khas Melayu khusus untuk tujuan pertandingan.

Di sudut lain, nampaklah para peserta peraduan puisi yang sedang bersenda gurau. Kami percaya bahawa mereka melakukan itu semua untuk meredakan ketegangan yang dirasakan sebelum naik ke pentas.

Peraduan Puisi Artistik ini bertujuan melestarikan bahasa Melayu yang tercinta dan juga merangsang para pelajar agar lebih meluahkan bakatnya dalam berpuisi.

Acara dimulakan dengan hentakan irama yang membuat hati ikut menari daripada Kumpulan Helang Emas iaitu kumpulan kompang yang baru sahaja ditubuhkan. Ini diikuti dengan ucapan pembukaan oleh pengetua Sekolah St Patrick, Encik Lak Pati Singh, yang menekankan betapa pentingnya menjaga keutuhan bahasa Melayu terutama di kalangan pelajar. Pesan beliau memang ringkas, tetapi cukup dalam makna yang tersirat.

Ketua Jabatan Bahasa Ibunda serta penyelaras aktiviti Kelompok E7, Cikgu Rozanah Kasnan, juga turut memberikan kata-kata rangsangan kepada para peserta. Pesan beliau, ‘Martabatkanlah Bahasa Melayu yang tercinta!’

Peraduan Puisi Artistik Kelompok E7 tersebut diadili oleh penyair tempatan, Encik Ciung Winara, Cik Norulashikin Jamain dan Cikgu Rabiah Rahmat.

Pertandingan dimulakan dengan penampilan gadis-gadis CHIJ yang membuat persembahan dengan menggunakan alat muzik tradisional yang dilanjutkan dengan letupan semangat dalam diri mereka ketika menyampaikan puisi.

Penampilan kedua dilakukan oleh sang satria Sekolah St Patrick. Tidak tanggung-tanggung, sorakan penonton menyelimuti suasana di tempat itu. Persembahan dimulai dengan tarian hip hop daripada dua pelajar yang menghangatkan pagi Sabtu itu.

Para peserta menggunakan pelbagai prop yang terdiri daripada kompang, pedang dan kuda-kudaan. Penghayatan puisi amat terserlah. Penonton rasa terhibur dengan pelbagai macam unsur budaya Melayu yang disatukan seperti tarian dan juga nyanyian puitis.

Sekolah Menengah Ping Yi juga memberi kelainan. Mereka menonjolkan persembahan dengan menggunakan topeng-topeng yang menarik dan penyampaian yang baik untuk menjadikan bahasa Melayu lebih gah. Kemudian diikuti dengan penyampaian puisi yang juga tidak kurang menariknya daripada Sekolah Victoria dengan keunikan jalan ceritanya.

Di samping itu, Sekolah Menengah Pei Hwa dengan berani dan suara yang lantang menggemakan dewan dengan puisi mereka.

Akhir sekali, Sekolah Telok Kurau menutup pertandingan puisi antara sekolah zon timur dengan menyampaikan puisi mereka dengan gagah berani.

Acara pagi itu diramaikan juga dengan penyampaian yang memukau oleh penyair Ciung Winara. Beliau menyampaikan puisi-puisi cantik lagi indah. Penonton kagum menyaksikan kehebatan persembahan tersebut.

Suasana tegang dapat dirasakan menyusuli detik-detik sebelum keputusan pertandingan diumumkan. Beberapa peserta kelihatan memanjatkan doa supaya boleh menjadi sang juara. Namun, memang adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kecundang.

Tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Menengah Pei Hwa dan diikuti dengan Sekolah Menengah Telok Kurau di tempat kedua. Akhirnya, buat julung kalinya, Sekolah St Patrick menjuarai Puisi Artistik 2009 itu. Sorakan kemenangan menyelubungi setiap sudut dewan itu.

‘Saya sangat gembira dengan kemenangan ini,’ jawab salah seorang peserta dari Sekolah St Patrick yang ditemui sejurus selepas keputusan diumumkan.

‘Berbaloi semua kerja keras kami!’ tambahnya.

Menyaksikan tawa canda dalam acara ini, muncullah di benak kami suatu pertanyaan iaitu apakah acara pertandingan puisi seperti ini merupakan suatu cara yang berkesan untuk melestarikan bahasa Melayu?

‘Acara ini sangat baik dan perlu terus dilanjutkan. Lebih baik apabila lebih banyak lagi sekolah yang boleh mengambil bahagian.’

Begitulah pula pendapat sang penyair, Encik Ciung Winara.

‘Banyak yang boleh kita pelajari daripada pertandingan ini. Para pelajar dapat memperlihatkan bakat yang mereka miliki. Semoga acara ini boleh diteruskan pada tahun- tahun berikutnya,’ kata Cikgu Ramna dari Sekolah Menengah Telok Kurau tentang peraduan puisi tersebut dengan riang gembira selepas mengetahui bahawa sekolahnya menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Kami mendapat tahu ada beberapa peserta tersebut turut dilanda demam H1N1 pada saat-saat akhir pertandingan dan terpaksa digantikan dengan peserta lain.

Pada akhirnya, acara seperti ini harus sering diadakan bagi melestarikan bahasa Melayu dan menggali potensi-potensi terpendam yang dimiliki oleh para pelajar.

Dengan demikian, marilah kita semua terus melestarikan bahasa Melayu tercinta.

Cyberita

Jiwa Merdeka!

Berita Harian | Comments (0) admin @ 5:20 pm

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Zaidi Mohamad
bhnews@bharian.com.my


Dari kiri; Prema Yin, Soo Wincci Hafiz dan Stacy.

Stacy, Hafiz, Soo Wincci dan Prema Yin teruja dapat peluang hiasi ruangan Hip sempena Hari Kemerdekaan ke-52

MALAYSIA sememangnya amat unik. Dengan rakyat pelbagai bangsa, negara ini kekal aman sejak mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu. Semangat bersatu padu tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit membolehkan Malaysia bergerak maju dalam suasana penuh harmoni.

Sempena sambutan Kemerdekaan negara tahun ini, dengan semangat 1Malaysia yang dilaungkan pemimpin serta rakyatnya, Hip berbesar hati mengundang empat artis muda yang mewakili pelbagai kaum di negara kita untuk menjayakan fotografi khas merdeka.

Mereka adalah juara terbaru program realiti Akademi Fantasia (AF7), Hafiz; bintang sedang mencipta nama yang juga juara AF6, Stacy; penyanyi yang juga Ratu Malaysia, Soo Wincci; dan penyanyi rock wanita yang baru saja muncul dengan album pertama, Prema Yin.

Masih baru dalam dunia seni, sebahagiannya belum pernah bersua muka. Namun, jelas sekali suasana tengah hari di studio Balai Berita pada 26 Ogos lalu cukup meriah apabila masing-masing bergelak ketawa dan bantu-membantu sepanjang sesi fotografi berlangsung, bagai sudah lama saling kenal-mengenali.

Nyatanya, Hafiz, Stacy, Soo dan Prema cukup berbangga bergelar rakyat Malaysia dan empat artis ini menunjukkan contoh bagaimana perbezaan yang wujud antara mereka sebenarnya boleh dijadikan pelantar terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan yang ada.

Soo Winci

“SEBAGAI rakyat Malaysia, saya cukup berbangga dengan keunikan yang wujud dalam negara kita. Negara ini kaya dengan adat budaya, pelbagai bangsa serta bahasa, menjadikannya cukup istimewa. Apatah lagi, walaupun kita baru 52 tahun merdeka, namun kita mampu berdiri setaraf dengan negara membangun lain di dunia.

“Sebagai Ratu Malaysia/Dunia 2008, saya mewakili negara ke pertandingan Ratu Dunia di Johannesburg, Afrika Selatan, penghujung tahun lalu. Sebagai wakil negara, saya cuba sebaik mungkin menjalankan tugas. Sebahagian peserta memang sudah mengenali negara kita, malah ramai juga yang pernah berkunjung ke sini.

“Sebahagiannya pula bertanya mengenai negara kita. Pastinya saya menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan tanah air dengan segala keindahan serta keenakan makanan yang boleh didapati di negara ini.

“Sebulan di Afrika Selatan, saya memang merindui negara kita, terutama makanannya. Apabila pulang saja, saya makan di restoran mamak dan gerai selama sebulan. Maklumlah, rindu sangat rasanya pada makanan berempah. Perkara yang sama berlaku ketika saya menuntut di United Kingdom, dalam bidang undang-undang (2004-2007). Kerinduan pada tanah air sendiri memang sukar hendak dilafaz dengan kata-kata.

“Biarpun mempunyai ijazah sarjana dalam bidang perundangan, tetapi minat saya lebih kepada cabang seni. Atas alasan itu, saya hadir bersama album muhibah yang memuatkan lagu pelbagai bahasa, Melayu, Cina dan Inggeris. Sebagai Ratu Malaysia, saya mewakili semua bangsa di dalamnya. Jadi, album sulung yang menggunakan nama sendiri sebagai judul ini ialah sumbangan saya dalam memperkasakan lagi semangat 1Malaysia.”

Prema Yin

“SEBAGAI generasi muda Malaysia, saya tidak terkecuali menyimpan impian untuk membantu negara supaya lebih dikenali pada peringkat antarabangsa. Satu hari nanti, saya amat berharap muzik kita akan turut membuka mata masyarakat dunia.

“Menerusi muzik yang baik hasil tangan rakyat Malaysia, mungkin kita juga berupaya mengharumkan nama negara. Lalu, saya sendiri akan terus menghasilkan muzik terbaik demi memajukan industri muzik, yang bukan saja diterima di negara sendiri, malah pada peringkat lebih besar.

“Memang ia kelihatan seperti sebuah mimpi. Namun, rasanya tidak salah setiap daripada kita untuk mempunyai impian dan angan-angan, yang seterusnya mendorong kita lebih maju dalam hidup.

“Menjadi rakyat Malaysia pula, saya amat bangga dengan kepelbagaian yang ada di dalamnya. Bukan hanya pelbagai bangsa yang memakmurkan negara ini, tetapi saya juga berasa seronok kerana kita mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak untuk dibanggakan. Apatah lagi bagi penggemar makanan seperti saya, pelbagai jenis hidangan daripada bermacam-macam etnik dan kaum yang wujud di negara ini sukar untuk ditewaskan.

“Saya yang lahir daripada keluarga muhibah (bapa keturunan India, manakala ibu keturunan Cina) turut berbangga menjadi rakyat Malaysia dek penduduknya yang menolak perbezaan warna kulit dan agama untuk hidup aman damai sesama kita. Mana mungkin kita dapat lihat keadaan yang sama di negara lain?”

Stacy

“SAYA sentiasa memanjat kesyukuran kerana dilahirkan di bumi bertuah, Malaysia. Melalui bidang yang diceburinya kini, saya sedar setiap manusia yang bernyawa di bumi tercinta ini mempunyai sumbangan tersendiri dalam meningkatkan nama Malaysia pada mata dunia.

“Selagi mampu memberikan variasi terhadap jalur muzik yang diperjuangkan kini, saya tidak sesekali akan menghancurkan kepercayaan yang diberi peminat selama ini, hingga layak mengisi ruang seni. Apa yang saya lakukan bukan sekadar melepaskan batok di tangga, sebaliknya ia sebagai jaminan pada masa mendatang.

“Tidak kira apa juga bangsa, kaum atau warna kulit kita berdiri di bawah satu nama yang sama, yakni Malaysia. Dengan keamanan yang dikecapi dan harapnya ia akan terus berpanjangan, kita bebas melakukan apa saja tanpa ada langsung sekelumit perasaan takut.

“Sama-samalah kita mendoakan kegemilangan yang dirasai selama 52 tahun ini tanpa rasa prejudis. Pada Ramadan ini juga saya juga sering diundang untuk menyertai program raya yang lebih terarah kepada pembabitan artis Melayu. Seronok juga merasai pengalaman sebegini biarpun saya hanyalah gadis Kadazan Dusun.

“Saya juga diundang ke majlis berbuka puasa termasuk mendendangkan lagu raya. Saya tidak janggal menggayakan baju kurung yang sering dipakai wanita Melayu. Sedar atau tidak, ini menunjukkan simbolik keterbukaan masyarakat yang terus menjadi kunci kepada kemakmuran negara kita.”

Hafiz

“LIHAT saja apa yang berlaku di sesetengah negara dengan berlaku peperangan dan perpecahan kaum hingga nyawa insan yang tidak bersalah tergadai. Tetapi, negara kita masih terjaga dengan penuh kerukunan biarpun berbeza fahaman politik. Kita masih mampu bersatu biarpun hidup dalam masyarakat berbilang kaum.

“Apa yang kita kecapi sekarang semuanya buat bekalan kehidupan pada masa akan datang, untuk generasi baru. Sebagai generasi muda yang memilih kerjaya seni sebagai laluan mencari rezeki, saya juga seperti Stacy yang boleh menyampaikan mesej di dalam muzik. Muzik juga dilihat sebagai entiti perpaduan kerana ia diterima secara umum.

“Saya juga berbangga kerana dipilih untuk merakamkan lagu 1Malaysia ciptaan Nik Nizam untuk RTM. Lagu ini menjadi saluran menyatukan rakyat negara kita supaya terus utuh menjaga nikmat keamanan yang dimiliki. Saya juga suka berkawan tanpa mengira bangsa kerana secara tidak langsung ia membuka laluan untuk kita mempelajari budaya orang lain.

“Dalam diri saya sendiri mengalir tiga darah campuran, Melayu, Cina dan Bugis. Bangga juga menjadi anak Malaysia yang merangkumi kepelbagaian budaya yang ada di negara kita. Malaysia itu jelas memaparkan keunikan daripada pelbagai perspektif. Selamat Hari Merdeka.”

–>

Berita Harian