Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Dengarnya…: Selamat Pengantin Baru Damian

September 25, 2009 Berita Harian | Comments (3) admin @ 6:20 pm





DAMIAN sah bergelar umat Islam Ogos lalu.

SEKALUNG tahniah Cik Normah ucapkan kepada bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail Seet, 31 yang akan melangsungkan hari bahagianya pada musim raya ini. Tak silap Cik Normah, Damian dan bakal isterinya, Nadia Dayana Mohd Yahya akan bernikah pada raya pertama ini. Bagaimanapun, majlis persandingan akan diadakan pada 26 September.

Mengikut kad undangan yang diterima di meja Hip, majlis persandingan akan diadakan di sebuah lokasi menarik di Cyberjaya. Mungkin konsep perkahwinan di tepi pantai yang akan dipilih pasangan memandangkan lokasi yang dipilih memang sesuai benar untuk merealisasikan konsep sebegitu.

Buat Damian dan bakal isterinya, Cik Normah doakan semoga ikatan perkahwinan yang bakal terjalin kelak akan terus mengukuhkan ukhuwah dan kebahagiaan sesama anda. Insya-Allah, kalau ada kesempatan, Cik Normah akan ke majlis perkahwinan itu. Tapi, Cik Normah cuti raya dua minggu.

Mungkin teman sepejabat Cik Normah yang sudah mula bertugas pada raya kedua dan seterusnya tengok-tengokkan siapa yang akan membuat liputan majlis ini. Tapi Cik Normah pun malas nak ganggu mood kawan sepejabat yang nak pulang beraya. Biar raya puas-puas dulu dan kemudian baru fikir mengenai kerja.

Cik Normah difahamkan Damian yang tampil dengan lagu single Jelita bertunang Ogos lalu pada bulan yang sama jejaka kacak ini memeluk Islam. Bertambah lagi saudara baru di negara kita dan Cik Normah harap agama Islam akan terus menjadi pegangan Damian buat selama-lamanya. Insya-Allah.

Sebelum terlupa, Insya-Allah kalau jadi, Ahad ini kita akan beraya dan kepada yang pulang ke kampung itu dengan kenderaan awam ataupun sendiri, diharap akan sentiasa berhati-hati di jalan raya. Jangan sampai ada khabar duka yang singgah hingga meleraikan kebahagiaan dan keindahan sambutan Syawal. Kalau makan ketupat dan rendang itu, jangan lupa Cik Normah di sini ya!

Berita Harian

3 Comments »

  1. kahwin ker damian ni???atau cuba nak heboh2 kan sesuatu yang tak pasti ni??please la…grow up la man..

    Comment by karbie :: October 14, 2009 @ 8:50 am
  2. Jangan pandai cakap je..heboh satu malaya kononnya nak kawin dgn perempuan idaman…atau cuba berselindung disebalik segala persiapan palsu yang dirancang dan terancang tetapi akhirnya pecah lubang….cuba salahkan orang lain diatas kekurangan diri sendiri..terus berselindung dan tak nak kluar dah dari tempat persembunyian ke???kluar la wei..kecoh wei….come on damian…anda seoarang yg berani demi menegakkan kebenaran..ini lah masanya weiii….

    Comment by karbie :: October 14, 2009 @ 8:53 am
  3. aku inginkan kebenaran….

    Comment by juicy_X :: October 18, 2009 @ 1:36 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment