Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Ezany Hargai Ingatan Produser

September 30, 2009 Berita Harian | Comments (0) admin @ 8:57 pm



Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


EZANI maju dalam perniagaan dan lakonan.

Tawaran berlakon jarang dilepaskan walaupun sibuk dengan urusan berniaga

SERING kali peminat dapat menonton lakonannya sebagai lelaki yang baik. Begitupun keadaan itu bakal berubah apabila pelakon Ezany Nizariff muncul menerusi siri Legasi 43 Karat di sebuah saluran TV pada 26 Ogos lalu.

Dalam drama arahan Feroz Khan itu, buat kali pertama Ezany memegang watak lelaki yang jahat, tetapi bijak melindungi sikap buruknya itu. Drama 25 episod itu dilakonkan Ezany bersama Shaheizy Sam, Rebecca Nur, Puteri Mardiana, Rahim Jailani, Rosnah Johari dan Aznah Hamid.

“Jika dalam drama Obsesi, watak saya nampak jahatnya pada penghujung cerita, tetapi kali ini penonton melihat kejahatannya sejak awal. Ia bukan pengalaman mudah kerana watak itu memerlukan saya benar-benar mengawal lakonan,” kata Ezany.

Sememangnya pelakon ini cukup berharap dapat menjayakan watak hitam pada satu hari nanti. Rezeki itu tiba apabila Metrowealth melamarnya membintangi drama terbabit.

“Dengan menjayakan watak sebegini, saya berharap ia mampu mempelbagaikan lakonan saya di televisyen. Seandainya saya asyik membawa watak baik, saya bimbang juga kalau-kalau peminat mula hilang keyakinan pada kemampuan lakonan saya.


EZANY dan Lizda masih menanti cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.

“Lagipun, bukan selalu saya diberikan peranan hitam sebegini. Selepas ini, tentunya peminat dapat melihat saya berlakon watak baik semula, apabila Cucu Betong bagi episod musim baru disiarkan tidak lama lagi,” cerita pelakon berusia 36 tahun ini.

Drama Legasi 43 Karat antara lain mengisahkan pergolakan sebuah keluarga kaya yang mempunyai rangkaian kedai emas. Ezany bakal mewarisi kedai berkenaan, tetapi neneknya tidak menyukai lelaki ini kerana dia mengetahui rahsia hitam cucunya. Ezany pula akan menghapuskan sesiapa saja yang menghalang cita-citanya untuk menguasai perniagaan berkenaan.

Sebuah lagi drama bersiri yang sudah pun dilunaskan olehnya ialah Kejar, arahan Bade Haji Azmi. Bakal disiarkan pada November nanti, siri berkenaan turut dilakonkan Zain Ruffedge, Nasir Bilal Khan, Noniswara, Rashidah Jaafar, Farahdhiya dan Ummi Nazeera.

“Alhamdulillah, sehingga kini nama saya masih lagi diingat oleh produser. Saya amat bersyukur apabila saya tidak pernah ketandusan kerja sehingga sekarang. Saya terpaksa menolak 10 telefilem yang ditawarkan, atas beberapa alasan, termasuklah percanggahan jadual,”

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment