Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Drama Komedi Cik Ah Cik Nin Di Astro Prima Hari Ini

October 6, 2009 Berita Harian | Comments (5) admin @ 6:20 pm





ANTARA babak dalam Cik Ah Cik Nin.

SALURAN yang diberi nafas dan wajah baru dengan menyediakan kandungan tempatan disasarkan untuk tontonan penonton Melayu, Astro Prima akan menyiarkan satu lagi drama bersiri komedi berjudul Cik Ah Cik Nin.

Drama bersiri 13 episod yang akan disiarkan setiap Selasa, bermula hari, jam 10 malam menggandingkan pelakon lama dan baru seperti Mak Mah, Abu Bakar Juah, Zami Ismail, Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris, Zizie Ezzete, Sulaiman Yassin, Radhi Khalid, Shamsul Yusof, Pierre Andre, Puteri Fateen, Sherry Ibrahim dan Pierre Andre.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, pihaknya percaya kombinasi pelakon baru dan lama adalah resipi utama bagi drama komedi bersiri pada kali ini.

“Saya percaya lakonan mereka yang spontan dan bersahaja bakal menjadi aset dan daya tarikan utama bagi drama bersiri ini. Tambah menarik apabila drama bersiri ini berjaya mengumpulkan ramai pelakon komedi senior seperti Zami Ismail, Sulaiman Yasin, Radhi Khalid, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi dalam menjayakan drama komedi yang bakal menjadi salah satu taruhan utama bagi Astro Prima sebelum melabuhkan tirainya buat tahun ini.

“Kami mengambil watak dari cerita rakyat popular iaitu Pak Pandir dan Mat Jenin objek dalam penceritaan bagi drama bersiri komedi ini tetapi dengan mengolah semula watak itu sebagai watak wanita untuk disesuaikan dengan zaman serba moden kala ini,” katanya.

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai Dira (Puteri Fateen) dan Nina (Sherry Ibrahim) adalah dua sahabat baik yang membesar bersama kerana keakraban keluarga mereka berdua. Kisah bermula apabila mereka dilahirkan pada hari yang sama.

Nama Dira diilhamkan dari nama Sudirman Hj. Arshad kerana ibunya peminat penghibur itu. Nama Nina pula berasal dari ribut La Nina kerana dia dilahirkan ketika ribut melanda. Walaupun perwatakan berbeza, kedua-duanya berkawan baik kerana keluarga mereka yang sememangnya rapat.

Dira seorang gadis yang sangat lurus bendul dan selalu tafsiran salah maksud orang. Dia bagaikan Pak Pandir di kampungnya disebabkan sifatnya yang lurus bendul. Nina lebih bijak dari Dira tetapi perangainya yang kuat berangan selalu menyebabkan dia berada dalam situasi yang kelakar dan memalukan. Angan-angannya selalu datang pada masa yang paling teruk bagai Mat Jenin di atas pokok kelapa. Mereka berdua membesar dan hidup di kampung bersama keluarga masing-masing.

Kisah dua gadis ini bermula apabila seorang jejaka baru pindah ke dalam kampung mereka. Maka bermulalah misi Nina untuk mengetahui siapakah jejaka tampan itu. Dira seperti biasa menurut saja idea dan angan-angan si Nina. Nina pula sudah asyik membayangkan bermacam-macam situasi demi mengenali hero baru kampung.

Berjayakah mereka mengenali jejaka yang heboh diperkatakan oleh orang kampung mereka? Apa pula gelagat mereka dalam mengenali hero kampung itu.

Berita Harian

5 Comments »

  1. beszt gak cite ni bab ade samSOl 2 die encem giler babay tpi en nape dlm cter ni die mcm x k jew lakon tpi x pe la jnji die lakon citer ni n lgi 1 ni yg aq nk ckp x kn saMSol tnggl kan citer kl dIEEF 2 x dngr citer pon…psl citer 2 da…ever….12x

    Comment by Fanizsss.. :: November 30, 2009 @ 11:01 pm
  2. best giler cite nihh.. tapi i benci lah dgn nina tuhh.. berangan je 24 jam

    Comment by zety :: December 15, 2009 @ 10:27 pm
  3. babi, siut giler dia tuhh.. bodoh sungguh. aku pon tak odoh macam tuhh.. blekkk

    Comment by amera haziaeh :: December 15, 2009 @ 10:28 pm
  4. hehe….mule2 mmg menyampah tgk lawak diorg..last2 best giler..haha!!!dira n nina mmg giler..suke tgk diorg..mk diorg pon best..

    Comment by zaty :: December 24, 2009 @ 9:31 pm
  5. cerita memang ok tp tgh duk cr lagu ding ding gale yang dimainkan sebagai lagu intro bg drama ni siapa penyanyinya.an bagaimana nak mendapatkan lagu nya

    Comment by miezan :: February 8, 2010 @ 7:07 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment