Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

200 Klinik Jalankan Ujian Pernafasan

October 8, 2009 Cyberita | Comments (0) admin @ 5:36 pm



MEMANDANGKAN penghidap penyakit gangguan pernafasan kronik (COPD) semakin muda di sini, para doktor prihatin dan menggesa agar diadakan langkah untuk mengesan penyakit itu lebih awal.

Hasilnya, mereka telah mengadakan kempen Save Your Breath, Singapore! (Selamatkan Pernafasanmu, Singapura!) yang diasaskan oleh Persatuan COPD Singapura.

Mereka yang berusia lebih 40 tahun dan sudah merokok selama lebih 10 tahun digalakkan menjalani ujian ini, apatah lagi jika mereka mempunyai banyak lendir di paru-paru, batuk dan sering mengalami sesak nafas.

Ujian yang dijalankan menggunakan alat disebut spirometri. Ia adalah alat ujian untuk mengukur berapa banyak udara yang anda boleh tarik dan keluarkan.

Ukuran Forced Expiratory Volume (FEV-1) yang tercatat di alat itu menunjukkan berapa banyak udara yang boleh anda keluarkan dari paru-paru anda dalam satu saat setelah diambil kira umur dan ketinggian anda.

Kebanyakan pesakit yang menghidap COPD didapati mempunyai fungsi paru-paru atau FEV-1 50 peratus atau lebih rendah.

Sempena kempen tersebut 200 buah klinik rawatan am (GP) telah berganding bahu untuk menjalankan ujian ini untuk orang ramai dari bulan September hingga Disember 2009.

Senarai klinik-klinik yang memberikan ujian spirometri ini boleh didapatkan dalam laman web <www.copdas.com>

Mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai ujian dan kempen ini juga boleh menelefon Talian Kesedaran COPD menerusi nombor telefon 8281-7202 setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam atau e-mel kepada <copdawareness@mail.com>

Menggesa perokok menjalani ujian tersebut, Naib Presiden Persatuan COPD Singapura, Dr Tan Tze Lee, seorang GP di Klinik Edinburgh, menarik perhatian bahawa pesakit COPD dijangka semakin muda kerana para belia berumur 16 tahun didapati sudah berjinak-jinak dengan rokok dan menunjukkan tanda-tanda COPD selepas merokok selama 10 tahun iaitu pada usia 26 tahun.

Tambahan pula lebih 50 peratus pesakit COPD tidak sedar mereka menghidap penyakit tersebut di sini, katanya.

Selain ujian spirometri, pesakit akan juga diberikan konsultasi dan pemeriksaan fizikal. Bayaran konsultasi dikenakan untuk ujian ini.

Kempen ini disokong menerusi geran pendidikan yang diberikan oleh syarikat ubat-ubatan, GlaxoSmithKline.

Cyberita

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment