Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Geng Bas Sekolah Berwajah Baru

October 8, 2009 Berita Harian | Comments (22) admin @ 5:40 pm



Oleh Farihad Shalla Mahmud


WAJAH baru yang akan memeriahkan Geng Bas Sekolah musim ketiga.

Jalan cerita lebih mantap dan semakin menghiburkan

APABILA drama bersiri kesukaan ramai kanak-kanak, Geng Bas Sekolah kembali bersiaran baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya mengapa senarai pelakonnya untuk musim terbaru ini terdiri daripada muka baru? Ke mana menghilangnya pelakon sebelum ini? Itulah persoalan yang timbul sewaktu menghadiri majlis pratonton drama Geng Bas Sekolah yang berlangsung di Cathay Cineleisure, baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan pihak Astro sebelum ini, siri ini adalah antara drama terbitan Astro yang mendapat rating tertinggi. Justeru apabila musim ketiga ini diwarnai wajah-wajah baru, apakah drama Geng Bas Sekolah ini mampu mempertahankan popularitinya? Apakah penggemar siri ini dapat menerima pembaharuan yang diperkenalkan untuk musim kali ini?

Menjawab pertanyaan ini, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata mereka yakin populariti Geng Bas sekolah akan terus bertahan walaupun drama bersiri itu menggunakan wajah baru.

“Pelakon drama bersiri Geng Bas Sekolah ini sebenarnya tidak pernah tetap. Setiap kali musim terbaru, pelakonnya pasti bertukar. Pertukaran ini sebenarnya dibuat dengan persetujuan bersama Astro dan produksi drama ini. Bagaimanapun, untuk musim terbaru ini, kami membuat sedikit pembaharuan dari segi jalan cerita dan perwatakan.

“Semua watak dan juga nama mereka berbeza dengan yang sebelumnya. Malah jalan ceritanya juga lebih menarik kerana untuk musim ini, kami menyelitkan watak kaki buli. Watak kaki buli ini akan selalu mengacau geng Bas Sekolah. Sebelum ini kemunculan mereka sekali sekala saja,” kata Zainir ketika ditemui selepas majlis pratonton itu berakhir.

Musim baru drama 26 episod ini memperkenalkan Muhammad Izz Irfan yang mendokong watak Fendi, Nora, Emily, Vijay dan Hafiz yang mengikat tali persahabatan melalui pertemuan mereka sewaktu menaiki sebuah bas sekolah yang sama. selain Azrul Zaidi yang memegang watak sebagai pemandu bas bernama Abang Reza. Maka di situlah bermulanya pengembaraan mereka yang terpaksa melalui pelbagai pengalaman dan cabaran yang menjadi asam garam di alam persekolahan mereka.

Bagaimanapun, apabila melihat unsur buli membabitkan pelajar yang masih bersekolah rendah dipaparkan dalam drama ini, timbul keraguan apakah unsur negatif seperti ini wajar dipertontonkan kepada kanak-kanak kerana ia jelas menggambarkan budaya kurang sihat serta menjadi contoh tidak baik kepada mereka.

Mengulas persoalan itu, Zainir berkata walaupun ada dipaparkan unsur negatif tetapi mesej yang ditekankan tetap menjurus ke arah kebaikan.

“Setiap episod akan meninggalkan kesan positif dengan mengajar kanak-kanak berdikari dan berfikir dengan bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, untuk adegan buli, di penghujungnya nanti setiap kejahatan pasti mendapat balasan. Unsur pengajaran moral yang kami paparkan itu diselitkan dengan cara tersirat dan tidak membosankan penonton.

“Dalam rancangan ini juga, kanak-kanak dipaparkan sebagai penyelamat kepada sesuatu situasi dan tidak bergantung kepada orang dewasa untuk berjaya. Ia juga amat menekankan kepentingan semangat kerjasama antara satu sama lain apabila menghadapi masalah dan sentiasa mengingatkan kanak-kanak tentang nilai persahabatan yang penting dalam perkembangan diri sendiri,” kata Zainir lagi.

Sementara itu, mengulas pembabitan mereka dalam drama ini, lima sekawan ini bersetuju pengalaman berada di lokasi penggambaran adalah sesuatu yang cukup bermakna. Lebih-lebih lagi apabila ini adalah kali pertama mereka berdepan dengan kamera.

“Saya akui memang susah berlakon terutama apabila kena hafal skrip. Banyak kali juga saya kena ulang rakaman tetapi penat macam mana pun seronok,” kata Amir Johar yang memegang watak Hafiz.

Begitu juga dengan Alya Sabrina yang memegang watak Nora dalam drama ini. Katanya, selain teruja kerana berpeluang untuk berlakon dalam siri kegemarannya, dia juga seronok kerana dapat bertemu kawan-kawan baru di situ.

Rancangan Geng Bas Sekolah akan disiarkan setiap hari Jumaat jam 2.00 petang, bermula 25 September lalu menerusi Astro Ceria di saluran 611. Manakala siaran ulangan adalah pada setiap Ahad jam 11.30 pagi.

Berita Harian

22 Comments »

  1. saya ske tonton gbs3.lebih sronok.tngk telatah mrk terutama amir johar(hafiz)bt saya geli hati..gbs 3 mmg best!!!!!!!!!

    Comment by izzat :: December 16, 2009 @ 12:36 am
  2. saya peminat setia GBS3,Sy harap mereka boleh berlakon lebih menarik lagi dari gbs dulu…:D……

    Comment by Ronniey_Gumi :: December 25, 2009 @ 9:21 pm
  3. sy peminat setia geng bas sekolah..
    sy suke tngk izz irfan(fendi) berlakon..
    GBS mmg best!!!!!!!
    :P

    Comment by alya :: December 31, 2009 @ 3:16 pm
  4. BEST BETUL LH TENGOK GBSSSSSSSSSSSKAN

    Comment by ???????? :: February 2, 2010 @ 5:52 pm
  5. kamu semua ni tak pandai berlakon bagus lagi gbs yang pertama bukan macam kamu sorry ya

    Comment by lala :: February 19, 2010 @ 9:13 pm
  6. sye suke lhat telatah kanak2 dlm gbs3..terutama izz irfan.harap adakn lg gbs musim ke4.tp mesti kekalkn mereka.idup gbs

    Comment by rafiq :: February 27, 2010 @ 4:04 pm
  7. hai , assalamualaikum ,
    best lah GBS bila ada IZZ IRFAN die cute sangat2 !!!

    Comment by nur sabrina :: March 10, 2010 @ 9:04 pm
  8. asslammualaikum, best juga geng bas sekolah ni!!! terutama sekali ALYA SABRINA & IZZ IRFAN. mereka sekolah mana ya?

    Comment by nasuha :: March 20, 2010 @ 1:51 pm
  9. IZZ IRFAN sekolah kat sk khucai tapi kalo ALYA SABRINA x tahu tapi best juga diaorang berlakon sebab lakonan diaorang 2 macam pelakon yg dah lama

    Comment by NUR IZZATI :: March 31, 2010 @ 9:40 pm
  10. saya pun peminat GBS3,best sangat-sangat,saya suka muka cina tu,pandai bekungfu lagi.jan
    gan lupa nonton astro ceria………..hihihihihi

    Comment by betty :: April 1, 2010 @ 5:36 pm
  11. ALL THE BEST………………….GBS,DARI PERTAMA HINGGA SIRI KETIGA MEMANG BEST………………………….

    Comment by betty :: April 1, 2010 @ 5:54 pm
  12. WHAT EVER…………

    Comment by betty :: April 1, 2010 @ 6:02 pm
  13. KORANG SUKE KE DGN GENG BAS SEKOLAH????

    Comment by betty :: April 1, 2010 @ 6:05 pm
  14. korang suke ke dgn geng bas sekolah kalau sya tak suke lah…apa yang best sangat dgn cerita tu boleh sya tau?

    Comment by cute :: April 1, 2010 @ 6:20 pm
  15. hehehe…….tak lah…. sya gurau je tau

    Comment by cute :: April 1, 2010 @ 6:24 pm
  16. teringt zaman2 sekolah dl2….

    Comment by imm` :: April 14, 2010 @ 9:13 am
  17. sy sangat suka kat izz irfan sbb dia tu hemsem sangat……………………i love u izz irfan………..

    Comment by mira :: April 18, 2010 @ 10:52 am
  18. SY SUKA GENG SEBAB SY PUN ADA GENG.GENG KAMU SEMUA KAN ADA 5 GENG SY PUN ADA 5.BYE GENG BS SKH JUMPA LAGI.

    Comment by ezzah :: April 24, 2010 @ 6:44 pm
  19. OH…..LUPA SY NK KT I LOVE U U ALL

    Comment by ezzah :: April 24, 2010 @ 7:04 pm
  20. GBS ke 3 lg sonok sbab tkde cua yg kecik tu knape sbab die ngade-ngade pi (hafiz)amir best………………………GGBBSS ROCK

    Comment by ken :: May 3, 2010 @ 2:03 pm
  21. Best betul kan, aku pun suka jugak.

    Comment by sasya2020 :: May 21, 2010 @ 12:13 pm
  22. memg best pun GBS3 .tngk plkonnya cute2 blka.
    hihihihihihihi
    jom toton gbs3
    astro 611 astro ceria
    wouuuuu

    Comment by afiq aiman :: June 17, 2010 @ 12:21 pm

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment