Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Bukan Saja Giat Menulis Buku, Malah Juga Aktif Tulis Lirik Lagu Nasyid

October 31, 2009 Cyberita | Comments (0) admin @ 4:56 pm



PAHROL Mohd Juoi dilahirkan di Ipoh, Perak, pada 20 Mei 1961.

Beliau memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, dan kemudian ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Jitra, Kedah.

Walaupun berkelulusan dalam bidang teknologi makanan di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), sejak 1985 beliau telah bergiat dalam bidang penulisan, khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam.

Beliau pernah menjadi wartawan, pengarang dan ketua pengarang beberapa buah majalah bercorak Islam dari 1986 hingga 1995.

Pahrol juga penah menjadi ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98.

Namun, minat sebenarnya tetap dalam bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, beliau terus menulis sebagai kolumnis beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, Majalah I dan Anis.

Selain itu, beliau juga aktif menulis lirik lagu-lagu nasyid bagi kumpulan nasyid seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, Unic, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone dan Nowseeheart.

Kini, Pahrol adalah pengarah dan penyelidik modul merangkap pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi kerajaan, badan korporat dan syarikat swasta.

Sejauh ini beliau telah menulis beberapa buah buku daripada pelbagai genre penulisan, antaranya Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan Kesannya Terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua Hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang dan Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir?

Cyberita

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment