Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Cinta Duyung

November 7, 2009 Berita Harian | Comments (12) admin @ 4:12 pm



Oleh Zaidi Mohamad

Saling menghargai mengeratkan Dingdong dan Marian

BAGI peminat dunia hiburan tanah air, nama dua pelakon dari Filipina iaitu Marian Rivera dan Dingdong Dantes mungkin agak asing berbanding Jericho Rosales dan Kristine Hermose. Jericho, misalnya, bukan saja dikenali kerana drama lakonan dari negara kelahirannya tetapi juga menjadi antara pelakon filem Bilut arahan Bade Azmi pada tahun 2007.

Marian dan Dingdong boleh ‘ditemui’ peminat tempatan apabila drama lakonan mereka berjudul Dyesebel akan disiarkan menerusi saluran Astro Prima tidak lama lagi.

Drama Dyesebel ini mirip dengan filem separa komedi terbitan tempatan, Duyung yang dibintangi barisan pelakon seperti lakonan Abu Bakar Omar, Maya Karin, Saiful Apek, Awie, Yasin Yahya dan Yasmin Hani serta Raja Norbaizura.

Drama terbitan syarikat televisyen di Manila iaitu GMA Network berkisarkan dipadankan daripada novel grafik popular karya Mars Ravelo. Dyesebel ialah watak ikan duyung yang dilakonkan Marian. Malah ia pernah dihasilkan beberapa kali dalam format filem di sana.

Ceritanya hampir sama animasi Little Mermaid, mengenai cinta terhalang antara manusia dan ikan duyung. Drama itu mendapat sambutan di Filipina menyebabkan Astro Prima berminat untuk menyiarkannya bermula 9 November ini.

Kata Marian, paling mencabar buat dirinya sepanjang penggambaran drama itu ialah terpaksa dalam air sambil kakinya memakai kostum yang direka khas. Barangkali kesengsaraan yang pernah ditanggung Maya Karin ketika beraksi untuk filem Duyung turut dirasai Marian.

“Watak saya lebih memberi tekanan berbanding watak di darat yang dilakonkan Dingdong. Selama sebulan sebelum ke penggambaran drama, saya melakukan latihan dan menghadiri bengkel yang dianjurkan pengarah. Saya perlu belajar berenang dan bernafas di dalam air.

“Berenang mungkin boleh dianggap mudah, tapi bagaimana kalau berenang menggunakan ekor? Pengalaman ini menjadi kenangan berharga buat saya. Dingdong banyak memberi sokongan untuk memberikan aksi terbaik,” kata Marian yang turut aktif sebagai model dan penyanyi.

Kemesraan Marian dan Dingdong menjadi pasangan kekasih dalam drama Dyesebel dikatakan terbawa-bawa sehingga di luar lokasi.

Media di Filipina menyatakan keintiman Marian, 25 dan Dingdong, 29 bukan lagi rahsia. Cinta lokasi ternyata menyatukan mereka.

Ketika muncul dalam sidang media memperkenalkan mereka dan drama Dyesebel di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini, terpancar keceriaan yang jelas antara pasangan ini. Malahan mereka dilihat seolah-olah tidak boleh berenggang seperti belangkas kerana sering berpimpin tangan dan tidak lekang dengan senyuman apabila ditegur wakil media yang menemubualnya.

Marian dan Dingdong kali pertama digandingkan menerusi drama Miramar pada tahun 2007, tetapi hanya pada tahun lalu menerusi drama Dyesebel ada panahan cinta yang mula melekat di antara mereka.

Kata Dingdong ketika ditanya sejauh mana hubungan mereka, menjelaskan mereka menjadi rapat apabila dia dan Marian saling menghargai bakat lakonan masing-masing. Penjelasan Dingdong disambut dengan senyuman Marian.

“Dia memberi inspirasi untuk hidup saya dan begitu juga sebaliknya. Kami serasi untuk hidup bersama dan lebih mudah juga apabila kami sama-sama menceburi bidang yang sama. Saya rasa aliran bercinta sesama artis ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Semuanya

terpulang kepada kita untuk mengaturnya,” kata Marian ringkas sambil cuba mengalih topik lain.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani menjelaskan sudah lama drama berbahasa Tagalog tidak disiarkan di saluran terbabit. Menerusi kajian yang dibuat oleh bahagian penyelidikan dalaman Astro, ternyata ada permintaan drama dari Filipina.

Drama Dyesebel mengandungi 64 episod disiarkan setiap Isnin hingga Rabu mulai jam 2 petang. Katanya, gabungan Dingdong dan Marian diharap akan mencetuskan fenomena di negara kita yang gemarkan drama dari sana.

“Daripada 25 tajuk yang diberikan GMA Network, kita berasakan Dyesebel ini sesuai untuk tontonan tempatan. Namun harus ditekankan di sini, biarpun kita membuka peluang untuk drama luar, keutamaan sebanyak 95 peratus masih kepada kandungan tempatan. Sinetron dari Indonesia dan drama berbahasa Tagalog tetap disiarkan namun sekurang-kurangnya untuk tempoh tidak lebih dua jam sehari,” katanya.

Berita Harian

12 Comments »

  1. lepas astro prima tayangkan lebih byk lagi drama filipina.kalau boleh tayang kembali drama sanay wala nang wakas sebab citer tu memang hebat..

    Comment by yuyu :: December 22, 2009 @ 11:50 pm
  2. lepas ni astro prima tayangkan lebih byk lagi drama filipina.kalau boleh tayang kembali drama sanay wala nang wakas sebab citer tu memang hebat..

    Comment by yuyu :: December 22, 2009 @ 11:53 pm
  3. kalau la waktu siaran ulangan nya jam 10 setiap malam kan best..sebabyan 12 tgh malan tu meleleh nak tgg..wht ever saya mmg minat giler citer ni

    Comment by zz :: December 28, 2009 @ 1:27 pm
  4. kalau boleh astro buat satu chanel utk citer filipina cam astro aruna utk citer indon.kalau boleh ulang banyak kali skit dyesebel tu sbb pkul 2 ptg tu time busy and pkul 12 mlm pulak lewat sgt .masa sesuai asenye pkul 5 petang cam drama sanay wala nang wakas dulu main pkul 5 ptg and lima kali seminggu ni just 3 hari.

    Comment by kak nab :: December 28, 2009 @ 9:59 pm
  5. mintak sgt astro terbit channel utk drama filipina yang best yg ada kristin hermosa,jericho rosales,dingdong dantes,marian rivere,mr jean garcia.

    Comment by zoro :: December 28, 2009 @ 10:02 pm
  6. citer pangako sayo sgt3 best….kalo blh kuarkan lg citer 2…wt ulangan pas dyeseel abis..

    Comment by elin :: January 30, 2010 @ 1:08 am
  7. tak ckup la isnin smpai rabu je..
    bt la smpai khamis ke or jmaat…..

    Comment by syuu :: February 3, 2010 @ 3:54 pm
  8. btui la..mana cukup sampai 3 ari seminggu. paling pun 5 ari. Dyesebel lagi best dari pangako sayo..tuh x pa la . satu rumah plak semua duyung.satu kerabat kerajaan serenea tuhhh..

    yg best tuh buboi …dapat tidur dengan isabell.. ari-ari..hehehe.sian buboi ..
    asyik jaga ati isabel jerr..dia yang patutnya (hati dan perasaan) patut tuh yg isabel carik. aku igt mcm nak ubah jer cite nih..
    yg buboi nih adalah dari alam masa lepas ker tahu isabel nih milik dia.. pergi masa depan ker.cam cite back to future . atau citer nih buboi kawen dengan anak isabel yg mcm kiut isabel .. berbola boleh tiru ambil muka dyesebel..takkan la anak isabel tak bleh sama … dan buboi besor nanti muka cam fredo kan bila besor nanti.hah… apa-apa ler..tapi aku rasa boleh buat cite nih lagi panjang kalau mau di pengarah tuh.

    Comment by niezom :: February 3, 2010 @ 4:13 pm
  9. adoii…aku ketagih dah ngan citer dysebel ni. dulu pangako sayo…ni kita telenovela yang kedua aku minat. biar aku peknen dalam masa terdekat ni, untung2 kalau anak aku lelaki ikut muka fredo, yang pompuan ikut muke dysebel…sanggup aku suh hubby titun dulu sebab nak tengok citer ni. itu pun kalau dia tak join tengok sekali…hihihihi

    Comment by arynurul :: March 3, 2010 @ 1:41 pm
  10. Saya bekerja di waktu siang, cuma dpt menonton nya pada sebelah malam (ulangan pukul 12.30 malaM) tapi kekadang tak dpt nak tengok terlalu mengantok jadi ingin sekali mengcadangkan agar tanyangan waktu malam ditukar ke pukul 10.30 malam tidak saya terlepas untuk menonton episod yang seterusnya. Rasaya ramai yang sependapat dengan saya. Terima kasih.

    Comment by Aleeya :: March 24, 2010 @ 9:46 am
  11. cite ni mmg best, sanggup tengok wpun start pukul 12:30am. ada satu masa tu terfikir nak beli cd ni je terus sbb tak sabar nk tunggu episod seterusnya. minat sangat dgn marian dan dingdong. cerita ni dah nak habis tak lama lagi. harap astro prima cuba menayangkan cerita dari filipina bertajuk DARNA lakonan marian juga. terima kasih

    Comment by jelitawan03 :: March 31, 2010 @ 4:32 pm
  12. org keje shift susah nk nengok.. cari dlm internet jer….

    Comment by imm` :: April 14, 2010 @ 9:12 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment