Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Dengarnya… Selamat Pengantin Baru Lan Kristal

November 30, 2009 Berita Harian | Comments (0) admin @ 7:00 pm



Oleh Normah Becok


KAD kahwin Lan dan Sheila.

TAHNIAH, Cik Normah ucapkan kepada vokalis kumpulan Kristal, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof dan bakal isterinya, Ain (Nur Sheila Hassim) kerana akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Majlis sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada 6 Disember ini di Puchong, Selangor.

Majlis bertandang di rumah pengantin lelaki akan diadakan pada 20 Disember di Taman Permata, Kuala Lumpur. Tak silap Cik Normah pasangan ini bertunang tahun lalu. Baguslah, tak sorok benda yang elok. Mengenali Lan pun dia tidak pernah menyembunyikan kisah cintanya sebelum ini. Lagi pun, Ain juga bertindak selaku pengurus kumpulan Kristal.

Khamis lalu, sehari sebelum kita menyambut Aidiladha, Lan dan bakal isterinya datang ke Balai Berita untuk mengedarkan kad kahwin mereka. Comel juga Cik Normah tengok kad kahwin mereka dan paling penting warna hijau memang menyegarkan mata.

Kepada Lan dan Ain, kami di meja Hip doakan semoga majlis yang dirancang kelak akan berjalan dengan lancar. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Insya-Allah, kalau ada di Malaysia, Cik Normah akan sama-sama memeriahkan majlis.

Sebut mengenai hal kahwin, teringat Cik Normah mengenai kisah yang berlawanan dengan aroma kebahagiaan itu yakni perceraian. Cik Normah fobia sikit sebut hal itu kerana tahun lalu saja memang banyak rumah tangga artis di negara kita yang berakhir dengan perceraian.

Cik Normah dengar ada seorang artis popular ini yang rumah tangganya kecundang juga akhirnya. Tapi Cik Normah tak nak kongsi dulu biar menjadi tanda tanya. Jangan tanya siapa, Cik Normah tak mahu kongsi. Tunggu saja detik yang sesuai untuk Cik Normah hebahkan.

Berita Harian

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment