Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Diana Rafar Ditakuti Kanak-Kanak

November 30, 2009 Mangga Online | Comments (0) admin @ 8:28 pm



Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Kesian pelakon Diana Rafar. Gara-gara lakonan menjadinya dalam drama seram Nenek Kebaya di TV3, dia ditakuti oleh kanak-kanak.

Apabila dia ingin mendekati mereka, kanak-kanak menjauhkan diri kerana bimbang dengan kejahatan yang mungkin ditimpa ke atas mereka. Mereka sebenarnya terbawa-bawa watak Shamsiah lakonannya dalam drama itu.

 

Diana RafarDalam drama Nenek Kebaya, watak Samsiah dimasuki roh jahat untuk membalas dendam membunuh keturunan suaminya.

Watak itu juga digambarkan mempunyai kuasa sihir jahat menjadikan seseorang jatuh sakit dan sebagainya.

“Semasa Diana ke rumah Kak Linda (kakaknya Linda Rafar) baru-baru ini kanak-kanak takut dengan Diana sebab watak Diana dalam Nenek Kebaya.

“Usahkan nak pegang mereka, bila tegur pun mereka dah lari,” kata Diana.

Nampaknya lakonan Diana menjadi  kalau boleh membuatkan Diana ditakuti di luar skrin. Itu tandanya lakonan Diana berkesan.

Agaknya sebab Diana belum lagi mendukung bayi. Kalau Diana dukung bayi agaknya mereka tak akan takut lagi sebab mereka nampak bayi selamat bersama Diana.

 

 

 

Mangga Online

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment