Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Dengarnya…: Suraya Oh Suraya!

December 31, 2009 Berita Harian | Comments (0) admin @ 6:50 pm



Oleh Normah Becok

CIK Normah tak berkesempatan menonton drama bersiri Suraya. Banyak episod yang tertinggal. Maklumlah habis kerja tak tentu masa. Bagaimanapun, ketika Cik Normah sedang berkira-kira hendak ada waktu terluang dan hendak menonton Suraya pada Selasa lalu yang secara tiba-tiba dikatakan sudah sampai ke penghujungnya.

Pada peringkat ini, Cik Normah tertanya-tanya juga macam mana dua watak utama dalam drama bersiri Suraya, iaitu Fizo Omar dan Remy Ishak ‘dimatikan’.

Watak Fizo sebagai Megat sekarang masih dalam keadaan koma manakala Remy pula sebagai Azman dimatikan. Sedangkan kalau mengikut kronologi cerita, peranan Azman itu seperti watak penting. Kenapa pula dimatikan secara tiba-tiba. Mungkin ramai yang sedih sebab hero Malaya itu akhirnya tak bahagia dengan Suraya.

Cik Normah dapat tahu tak semena-mena, pelakon Tony Eusoff diberi tanggungjawab baru untuk bergandingan dengan Suraya. Hai macam-macam. Ini mesti ada cerita tak sedap yang sedang berlaku di sebalik tabir. Tapi Cik Normah kurang pasti kenapa semua ini terjadi, tapi daripada apa yang Cik Normah tahu banyak masalah yang melanda drama ini sebenarnya.

Tapi Cik Normah tak berani nak komen lebih. Ada yang cakap penggambaran drama ini mengambil masa yang lama hinggakan beberapa orang pelakon terpaksa memberi keutamaan kepada tawaran kerja lain. Tak mustahil juga terjadi perkara sebegini kerana ketika ini Cik Normah dapat tahu Fizo dan Remy di lokasi penggambaran produksi lain.

Kalau tak silap Cik Normah, Remy sedang sibuk dengan penggambaran filem Cun Melecun arahan Osman Ali di Kedah. Manakala Fizo pula dengan drama Bila Musang Berjanggut. Jadi tak hairanlah kalau watak mereka tiba-tiba dimatikan dalam drama Suraya.

Pelakon utamanya, Zizie Ezette pun kecoh sebelum ini gara-gara kisah pernikahan dalam diamnya. Malahan, Zizie juga mengambil cuti beberapa hari untuk melangsaikan urusan peribadinya itu. Secara tak langsung, apabila Zizie bercuti, jadual waktu kerja pelakon lain juga akan berubah.

Berita Harian

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment