Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Nikmat Ramuan Segar

December 31, 2009 Cyberita | Comments (0) admin @ 5:46 pm



Selain resipi, ia muatkan penerangan lengkap setiap ramuan masakan

BAHAN-BAHAN segar merupakan ramuan yang terbaik dijadikan bahan masakan.

Ia bukan sahaja menjadikan makanan yang dihidangkan kelihatan cantik, malah rasanya juga berbeza daripada bahan yang tidak segar.

Menerusi buku masak Fresh Ingredients, anda berpeluang mencuba pelbagai jenis masakan yang menggunakan bahan-bahan segar yang mudah didapati di pasar atau pasar raya. Harganya pula tidak tinggi.

Dalam buku masak terbitan Marshall Cavendish Cuisine ini, anda dihidangkan dengan resipi daripada sayur-sayuran segar yang pasti menyelerakan.

Antaranya ialah sup ketola, kangkung belacan, peria dengan udang dan tauhu, ayam masak serai, tom yam ketam, kacang panjang masam dan pedas, kerabu kacang bendi, sambal petai, masak gulai kecipir dan udang dan salad betik Thai.

Melihat barisan resipi-resipi yang disediakan dalam buku sahaja, saya dapat rasakan betapa segarnya dapat menghirup sup ketola, atau menikmati salad betik Thai.

Saya yakin anda juga pasti ingin mencuba resipi-resipi yang terdapat dalam buku ini.

Selain lauk-pauk, buku masak ini juga menyediakan resipi-resipi kuih-muih untuk minuman petang.

Melihat gambar mousse limau nipis, kek kastard epal, kek oren, mufin pisang buah pala dan kek nanas bersama pisang sudah cukup untuk menaikkan selera.

Buku dengan resipi-resipi yang dikumpulkan penulisnya, Cik Eu Hooi Khaw, ini juga memaparkan 48 bahan segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang mudah didapati di mana sahaja.

Setiap 48 bahan itu dilengkapi dengan penerangan yang jelas mengenai faedahfaedah dari segi kesihatan, penggunaan dalam masakan dan rasanya yang menjadikan setiap hidangan berasa enak dan segar.

Sebagai contoh, ia menerangkan tentang penggunaan kelapa dalam masakan termasuk lauk-pauk dan kuih-muih.

Ia juga menerangkan tentang kesan-kesan kesihatan sesuatu jenis bahan segar itu.

Selain kelapa, penerangan lengkap tentang kacang bendi, kacang panjang, peria, asparagus dan sayur kai lan, turut dijelaskan.

KENALI PENULIS

Cik Eu merupakan salah seorang pengkritik, pengelola ruangan masakan dan penulis gaya hidup yang sudah berpengalaman lebih 30 tahun dengan menulis di akhbar New Straits Times, Malaysia.

Daripada ruangan Eating Out yang disiarkan di akhbar Sunday Mail selama 25 tahun, beliau memulakan satu ruangan baru, iaitu Fresh Ingredients, yang disiarkan setiap minggu dari 2004 hingga 2006 dalam akhbar New Straits Times.

Semasa menulis Fresh Ingredients itulah Cik Eu memutuskan untuk menggunakan pengalamannya mencari bahan-bahan segar di pasar dan menulis tentangnya. Beliau juga menggunakan bahan-bahan segar itu dalam resipi-resipi yang dicubanya.

Cik Eu kemudian meneruskan penulisannya dengan membuat reviu juadah di restoran dan lain-lain.

Beliau juga menulis untuk majalah wanita, Madam Chair (MC).

Cyberita

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment