Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Pakaian Muslimah Timur Tengah Ada Nama Berbeza-Beza

December 31, 2009 Cyberita | Comments (0) admin @ 5:36 pm



Oleh
Salma Semono

TIDAK semua pakaian muslimah yang dipakai oleh wanita-wanita di Timur Tengah, dipanggil sebagai abaya dan jilbab. Sebaliknya ia mempunyai nama berbeza-beza, mengikuti potongan dan negara asalnya.

Contohnya, jilbab atau lebih tepat jelbab adalah pakaian tradisional di kalangan wanita-wanita Jordan, Palestin dan Syria. Ia terdiri daripada beberapa jenis iaitu sama ada jenis baju labuh saja atau gabungan antara blaus panjang dengan seluar.

Abaya pula merupakan pakaian tradisional wanita-wanita Dubai, Saudi dan beberapa negara Timur Tengah yang lain. Ia boleh dijadikan pakaian luar (overcoat atau cloak) atau dipakai begitu saja, bergantung kepada potongannya.

Sementara thoub pula pakaian tradisional wanita-wanita Turkey dan Maghribi. Ia merupakan pakaian yang dihias mewah dengan sulaman dan mempunyai hood atau sarung kepala yang disambungkan pada bahagian tengkok baju. Ada juga yang menggunakan orja atau reben di bahagian kepala.

Dishdash pula adalah sehelai baju labuh yang dihiasi sulam pada bahagian pergelangan tangan dan dada. Ia mirip abaya dan jilbab.

Dishdasha adalah pakaian baju panjang untuk lelaki dan dibuat menggunakan kain warna putih.

Terdapat juga pelbagai nama untuk penutup kepala sebagai berikut:

Khimar: tudung potongan bulat atau persegi tiga.

Niqab: tudung yang menutup bahagian muka sekali. Ia hanya menampakkan bahagian mata dan diperbuat dalam bentuk dua lapisan kain.

Burqa: ia sejenis tudung yang menutup bahagian kepala, muka hingga seluruh tubuh.

Al-Amira: adalah sejenis hijab atau penutup kepala dan muka yang digunakan oleh puteri-puteri Timur Tengah.

Cyberita

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment