Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Program Menarik TV Menarik Awal Tahun Baru

December 31, 2009 Berita Harian | Comments (0) admin @ 7:20 pm



SEMUA stesen TV3, 8TV dan ntv7 menyediakan pelbagai program menarik menjelang sambutan tahun baru dan hari pertama tahun 2010. Antara program itu seperti berikut;

TV3

Melodi Terhangat (31 Januari, 10 malam)

Edisi khas Melodi Terhangat akan mengingati kembali 10 cerita yang paling panas sepanjang tahun 2009, antaranya, kisah perkahwinan, penceraian kontroversi dan percintaan beberapa selebriti terkenal.

Inspirasi 2010 (31 Januari, 11 malam)

Ally Iskandar dan Aidid Marcello pengacara program ini yang akan membuat sorotan pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009; temu ramah tetamu terpilih dan ucapan dedikasi.

Catatan 2009 (31 Januari, 12.30 malam)

Catatan 2009 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendapat perhatian sepanjang tahun 2009. Dari agenda politik ke kancah sukan dan dari perkembangan ekonomi ke perihal sosial, termasuk bencana alam.

NTV7

Slim Till Dead (31 Januari, 11 malam)

Filem aksi ini mengisahkan sekumpulan peragawati muda yang diculik dan dibunuh dengan kejam. Inspektor Tak diminat menyiasat ini. Dibintangi oleh Anthony Wong, Cherrie Ying dan Wong Jing.

Jet Sydney TV Special (1 Januari, 10 pagi)

Khas untuk peminat band rock dari Australia, Jet yang terdiri daripada Cameron Muncey, Mark Wilson dan adik beradik Nic dan Chris Cester, konsert Jet Sydney TV Special di sajikan bersama lagu terkenal mereka seperti Get me Outta Here, Stand Up dan Shine On.

Beatles TV Special (1 Januari, 10.30 pagi)

Dari tahun 1962, band yang dianggotai John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr ini mencetuskan impak besar kepada industri hiburan antarabangsa yang dipanggil “Beatlemania”.

8TV

The Annual Teen Choice Awards 2009 (31 Disember, 9.45 malam)

The Annual Teen Choice Awards meraikan ikon muda Hollywood yang popular dalam bidang muzik, lakonan, sukan, fesyen dan banyak lagi. Tahun 2009 menyaksikan filem Twilight mendominasi anugerah Teen Choice Awards dengan memenangi 11 anugerah.

MTV Video Music Awards 2009 (1 Januari, 10.45 malam)

Anugerah MTV Video Music Awards 2009 yang masih lagi menjadi bualan ramai dengan persembahan pembukaan dari Janet Jackson yang di dedikasikan khas untuk abangnya iaitu Raja Pop, Micheal Jackson. Malah, detik kontroversi dari Kanye West yang menerjah ke atas pentas semasa Taylor Swift memberi ucapan adalah saat yang anda tidak mahu terlepas. Terdapat juga persembahan dari Lady Gaga, Jay-Z, Alicia Keys dan banyak lagi.

Berita Harian

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment