Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Soseh Soseh: Tak Rugi Layan Peminat

December 31, 2009 Harian Metro | Comments (0) admin @ 4:28 pm



Rap
TANPA peminat, karier artis tidak ke mana. Di sebabkan itulah, perlunya hubungan baik antara artis dan peminat sebagai menghargai kehadiran mereka membantu menaikkan karier seseorang penggiat seni.

Berbicara mengenai ini, SS suka benar sikap yang ditunjukkan juara program realiti tarian, Sehati Berdansa musim ketiga, pasangan Sein dan Nana.

Awalnya, SS ingat pasangan ini akan terus balik rumah selepas berakhirnya pertandingan malam itu dan sidang media, tetapi rupanya tidak.

Yalah, mereka sudah beberapa minggu tidak cukup rehat, tidur semata-mata ingin tampilkan terbaik pada malam final nanti.

Nampaknya, latihan pasangan sejoli ini berbaloi juga akhirnya apabila dinobatkan sebagai juara musim ketiga. Memahami kemenangan mereka kerana peminat, SS lihat pasangan ini tidak kekok atau menunjukkan muka letih, malas apabila peminat ingin bergambar bersama. Bukan seorang dua, tetapi ramai yang ingin menangkap gambar dengan mereka hingga terlintas di fikiran SS sama ada pasangan ini sudah makan atau belum ketika itu.

Mungkin ada mengandaikan hadiah kemenangan diperoleh pasangan ini yang dilihat agak menarik, membuatkan mereka bersikap sedemikian, tetapi SS fikir kalau tidak disusuli dengan hati ikhlas lama-kelamaan mereka akan bengang juga. Ye lah, sekejap-sekejap peminat datang menghampiri kerana ingin beramah mesra, tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh seseorang artis apabila terbabit dalam dunia hiburan.

Melihat layanan Sein dan Nana, SS nampak keikhlasan mereka menghargai peminat. Rasa letih memang ada, tetapi semuanya dibuang jauh-jauh kerana ingin menghargai peminat. Sikap seperti inilah yang perlu ada dalam diri setiap artis kerana tanpa peminat, karier seni mereka tidak akan ke mana.

Dari pemerhatian SS, bukan semua artis tempatan tidak tahu membalas jasa peminat mereka, hanya segelintir saja. Jadi, bagi artis yang merasakan kehadiran peminat ‘menyusahkan’, lebih baiklah menginsafi diri secepat mungkin dan mengubah sikap agar lebih menghargai golongan yang dinamakan ‘peminat’ ini sebelum terlambat.

 

 

Harian Metro

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment