Bukan Sekadar Pandai Menyanyi

Taylor Swift
Taylor Swift membuktikan umur bukan halangan untuk berjaya dalam bidang yang dipilih
DIA bukan saja cantik tetapi berbakat besar. Bukan sekadar boleh menyanyi tetapi menjadi pencipta lagu, penulis lirik, malahan sebagai penerbit album. Melihat pada usianya, Taylor Swift baru 21 tahun. Dianggap masih muda. Tetapi Majalah Forbes 2009 versi Amerika sudah menyenaraikan sebagai antara wanita terkaya di Amerika Syarikat dengan pendapatan terkumpul berjumlah RM63 juta.
Ternyata judul album Fearless benar-benar membuktikan keberanian Swift untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya. Pada usia 10 tahun, dia sudah memberanikan diri menyertai festival dan pertandingan nyanyian termasuklah pertandingan karaoke.
“Saya menyertai pertandingan itu sejak berumur 10 tahun lagi. Waktu itu, saya suka menyanyikan lagu-lagu Dolly Parton macam Here You Come Again, Dixie Chick atau There’s Your Trouble,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian diperkenalkan kepada Tim McGraw dalam satu program televisyen tempatan yang disiarkan secara langsung dan pada waktu itu tidak melepaskan peluang untuk menyanyikan baris terakhir pada lagu ciptaannya.
“Bagi saya, tidak takut itu bukanlah bermakna kita tidak ada perasaan takut langsung. Takut adalah perasaan semula jadi pada setiap manusia, cuma perasaan tidak takut itu pada saya bermakna kita jangan lari daripada setiap masalah yang kita hadapi dan tidak takut untuk berjaya untuk mencapai apa yang kita impikan” jelasnya.
Taylor Swift sewaktu membuat persembahan.
Sejak mula dikeluarkan pada November 2008, album Fearless berjaya menduduki carta Top 200 Billboard bagi semua kategori muzik.
Albumnya itu terus mendapat sambutan apabila Taylor mengadakan konsert 2009 – the FEARLESS TOUR.
Hanya dalam masa dua tahun, Taylor sudah meraih hadiah utama dalam Country Music Association’s Horizon Award (CMA). Antaranya Penghibur Terbaik, Vokal Wanita Terbaik dan Video Terbaik. Dia juga juga membawa pulang trofi Penyanyi Terbai, Penyanyi Pilihan Wanita (Country), Penyanyi Wanita Pilihan (Pop/Rock0, Penyanyi Kontemporari Dewasa Terbaik dan Album Pilihan Terbaik (Country – for Fearless).
Album Fearless sudah mencecah status apabila dijual menerusi 40 negara di seluruh dunia. Jualan single Fearless dan album pertamanya, Taylor Swifth dianggarkan berjumlah lebih 10 juta minit. Malahan dia adalah penyanyi lagu tradisional pertama pada usianya yang masih muda menjadi tumpuan kerana 20 juta lagu nyanyian dan ciptaannya dimuat turun oleh peminat.
“Saya membuat keputusan untuk mengeluarkan album Fearless edisi tambahan sebab semakin ramai menggemari muzik saya. Ramai yang sudah membeli album itu pada minggu pertama dipasarkan. Dan saya mahu memberikan sesuatu yang baru kepada mereka,” katanya.
Sebagai tambahan kepada muzik barunya, album edisi Platinum termasuklah satu bonus iaitu DVD eksklusif dengan gambar, video muzik dan lagu-lagu yang pernah menang dalam anugerah seperti You Belong With Me dan Thug Story yang dinyanyikan bersama T-Pain, selain aksi belakang tabir atau pentas sepanjang konsert jelajahnya.
Pelajaran tidak pernah diabaikan
Swift berkata dia mula memetik gitar pada usia 12 tahun dan dalam beberapa minit sudah menulis melodinya. Sejak itu, kehidupannya dilingkari dengan muzik. Biarpun begitu, dia tidak mengabaikan pelajaran. Swift tetap cemerlang dengan memperolehi semua A dalam peperiksaan yang didudukinya ketika belajar di Hendersonville High School, biarpun waktu itu dia asyik menulis lirik lagu dalam buku notanya.
“Saya tidak mahu menulis lagu mengenai apa yang terjadi di jalan atau di hotel, pasal kehilangan anggota keluarga dan kawan-kawan. Saya suka menulis lagu pasal lelaki dan cinta, cerita mengenai perasaan kita dalam sesuatu hubungan,” katanya.
Menerusi lagu seperti You’re Not Sorry, Tell Me Why dan White Horse, yang kemudian menjadi lagu tema untuk drama siri televisyen, Grey’s Anatomy, Swift berkata, dia dapat mempelajari sesuatu yang kegembiraan sepatutnya tidak ada penghujungnya.
“Saya rasa saya ni sangat mengagumi perbezaan antara cerita realiti dan dongeng. Ketika kita masih kecil, selalunya kita sering diberikan buku cerita dongeng atau kartun dengan watak jahat selalunya lelaki yang berpakaian serba hitam.
“Tapi dalam realiti, lelaki jahat ini boleh jadi seorang yang nampak menarik dan kelihatan sempurna segala-galanya. Dia nampak baik, tetapi kita tidak sedar lelaki seperti ini boleh menyebabkan kita dilukai,” katanya.
Trivia Taylor Swift
Nama penuhnya ialah Taylor Alison Swift dilahirkan pada 31 Disember 1989.
Dia antara adalah penyanyi muda yang menyanyikan lagu tradisional (lagu country) paling berjaya di Amerika. Bukan saja sebagai penyanyi, juga adalah penulis lagu, penerbit dan aktres.
Pada tahun 2008, album sulung Swift berjudul Taylor Swift mencatat jualan empat juta salinan, meletakkannya sebagai penjualan album terbaik di Amerika Syarikat. Pada tahun In November 2008, Swift muncul dengan album keduanya, Fearless. Jualan album Fearless dan Taylor Swift pada tahun 2008 menduduki carta ketiga dan keenam apabila mencatatkan jualan 2.1 juta dan 1.5 juta unit.
Album Fearless menduduki carta utama Billboard 200 selama 11 minggu. Tiada album pernah menduduki carta selama itu sejak tahun 2000.
Pada Januari 2010, Nielsen SoundScan menyenaraikan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Swift mencatatkan muat turun digital tertinggi dalam sejarah industri muzik Amerika iaitu lebih 24.3 juta trek.
Selain muzik, Swift juga terbabit dalam lakonan seperti Jonas Brothers: The 3D Concert Experience Herself Cameo; siri televisyen popular
CSI: Crime Scene Investigation dalam episod Turn, Turn, Turn; Hannah Montana: The Movie Girl Singing At The Barn Cameo dan Saturday Night Live (menjadi artis jemputan sebagai dirinya sendiri), manakala filem terbarunya pada tahun ini ialah Valentine’s Day.
INFO Taylor Swift
Album: Taylor Swift (2006), Fearless (2008).
EP: Sounds of the Season: The Taylor Swift Holiday Collection (2007), Beautiful Eyes (2008).
Video albums: CMT Crossroads: Taylor Swift & Def Leppard (2008).
Berita Harian