Rentak Malam: Persembahan Kuala Lumpur (KLPac)
SESUDAH 10 tahun menghiburkan peminat dengan muzik instrumental yang menenangkan jiwa, kini kumpulan Mono bersedia untuk berkongsi muzik mereka bersama khalayak di Kuala Lumpur pula, menerusi persembahan yang bakal diadakan di Pentas 2, Pusat Seni
Kumpulan instrumental dari Jepun ini mengalunkan irama yang bercerita mengenai cinta dan harapan menerusi album terbaru mereka, Hymn To The Immortal Wind, yang ditulis selepas lima tahun menjelajah ke serata tempat. Ia juga penghasilan terbesar dari segi orkestra pernah dikeluarkan Mono.
Bagi peminat kumpulan ini, tentunya mereka tidak mahu melepaskan peluang menikmati persembahan yang cukup istimewa, apatah lagi apabila seksyen muzik bertali terdiri daripada dua biola dan dua cello turut berada di pentas bersama-sama mereka nanti.
Bersedialah untuk dipukau oleh muzik Mono yang kaya dengan bunyi menenangkan pada 30 Januari ini, jam 8 malam.
Tiket dijual pada harga RM90 (jualan awal) dan RM110 (di pintu masuk) dan boleh didapati dengan menghubungi KLPac, Sentul Park, Jalan Strachan (Off Jalan Ipoh) di talian 03-40479000.
Berita Harian