Terkini Di Pawagam…
Filem: Black Ransom
Genre: Thriller
Pengarah: Keung Kwok Man
Pelakon: Simon Yam, Michael Miu, Fala Chen, Andy On
Tayangan: Mulai 28 Januari 2010.
SELEPAS isterinya dibunuh pembunuh upahan sebuah kumpulan samseng, Mann (Simon Yam), seorang detektif yang sebelum ini menjadi contoh kini menjadi lelaki patah semangat. Ketika itu, Mann dilantik oleh Madam Koo (Fala Chen) untuk menyiasat kes penculikan beberapa ketua kumpulan samseng yang dibunuh dengan kejam. Dengan keupayaan induktifnya, Mann mengenalpasti penculik sebagai Sam (Michael Miu), yang juga bekas anggota polis. Apabila Mann memutuskan untuk menahan sendiri lelaki terbabit, pertempuran antara kebaikan dan kejahatan tercetus.
Filem: Little Big Soldier
Genre: Pengembaraan, Aksi
Pengarah: Ding Sheng
Pelakon: Jackie Chan, Wang Lee Hom
Tayangan: Mulai 11 Februari 2010
SEORANG askar dan seorang jeneral dari dua negeri yang bermusuhan kini menjadi dua insan tunggal yang terselamat daripada peperangan. Pada ketika mereka diburu oleh abang Jeneral terbabit, yang sanggup menghapuskan sesiapa saja demi takhta, askar itu juga bertarung dengan dirinya sendiri. Apakah dia harus mengkhianati jeneral berkenaan hanya bagi membolehkannya pulang ke kampung halaman.
Berita Harian