Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Tampil Semula Dari Kesedihan

February 10, 2010 Cyberita | Comments (0) admin @ 6:16 pm



JOHN Travolta, aktor Hollywood yang baru muncul kembali dalam khalayak ramai setelah kehilangan anak remaja lelakinya yang meninggal dunia setahun lalu, berkata pegangan kepada kepercayaannya yang telah membantu beliau mengatasi kesedihan akibat tragedi itu.

John, 55 tahun, seorang penganut kepercayaan saintologi, buat pertama kali telah berkongsi dengan media bagaimana beliau dan isterinya, Kelly Preston, dan anak perempuan mereka, Ella, menangani kematian Jett, anaknya yang berusia 16 tahun, yang meninggal dunia akibat diserang sawan otak pada Januari tahun lalu.

‘Kami berusaha gigih bagi mendapatkan ketenangan dengan bekerjasama dengan kakitangan gereja. Saya, Kelly dan Ella berusaha bersungguh-sungguh dan mereka (kakitangan gereja) amat membantu,’ kata aktor itu kepada televisyen Reuters sempena tayangan filem komedi aksiya berjudul From Paris With Love.

‘Jadi, penting untuk memantapkan diri agar kami dapat menampilkan diri lagi. Sepanjang tahun lalu dan tahun ini, setiap hari kami berusaha memantapkan diri dan sejauh ini, kami berjaya melakukannya,’ tambah John.

Setelah kematian anaknya di resort percutian mereka di Bahamas, John dan keluarganya lebih banyak menyisih diri dengan menjauhkan diri daripada khalayak ramai.

Namun, baru-baru ini, bintang popular filem Grease dan Pulp Fiction itu telah muncul dengan menaiki kapal terbang peribadinya ke Haiti dengan 50 orang doktor dan pekerja bantuan kemanusiaan untuk memberikan bekalan keperluan kepada para penduduk yang terjejas dengan gempa bumi di pulau itu.

Sekembalinya, beliau membawa beberapa orang rakyat Haiti-Amerika untuk disatukan dengan keluarga-keluarga mereka di Amerika.

‘Saya sedang cuba mendapatkan semua kontak saya di Haiti untuk menghulurkan lebih banyak bantuan. Untuk itu, saya memerlukan kapal terbang yang lebih besar,’ ujarnya.

Filem From Paris With Love, yang bakal ditayangkan di pawagam Amerika lusa, menampilkan John sebagai ejen perisik ‘loyar buruk’ yang dihantar ke Paris untuk menumpaskan satu serangan pengganas.

Cyberita

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment