Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Takut Mati Muda

February 27, 2010 Berita Harian | Comments (0) admin @ 4:12 pm



Susunan Nurulhisham Abdul Latif

Lindsay hampir temui ajal gara-gara dadah, arak

KEMASYHURAN dan kemewahan ternyata belum lagi memadai untuk memberi kebahagian serta ketenangan hidup sejati bagi sebahagian besar artis Barat. Luarnya memang nampak macam ceria sepanjang masa tetapi jiwa mereka kosong.

Lalu untuk mengisi kekosongan jiwa itu, mereka mengambil dadah atau alkohol. Namun, ternyata kedua-dua bahan itu memberi akibat buruk dan jelas ia memakan diri.

Lindsay Lohan adalah antara artis Barat yang kini mengaku betapa kehidupannya amat terseksa kerana penangan najis dadah. Malahan dia kini berusaha keras untuk mengatasi ketagihan dadah yang menjejaskan kerjayanya.

Lebih daripada itu, Lindsay tidak menafikan dia amat takut mati akibat ketagihan dadah kecuali ada pihak mahu membantunya.

“Lindsay memang betul-betul takut dadah boleh membunuh dirinya,” kata teman rapatnya yang dipetik daripada akhbar The Sun.

Aktres berusia 23 tahun bukan saja ketagihan dadah tetapi juga kaki botol sebagai jalan mudah untuk mengatasi masalah peribadinya. Namun, dia akhirnya mengakui kedua-duanya itu mengakibatkan kehidupannya kini bertambah teruk.

“Apabila bapa saya muncul di khalayak, keadaan menjadi semakin parah. Ia langsung tidak membantu masalah yang saya hadapi. Saya cuba mengatasi masalah itu dengan mengambil minuman keras dan dadah kokain. Tapi nampaknya itu semua tidak membantu diri saya langsung. “Saya kini bimbang akan kehilangan segala-galanya. Saya sudah melakukan banyak kesilapan besar dan tidak pula belajar daripada semua kesilapan itu. Semuanya memang memberi pengajaran kepada saya. Saya perlukan seseorang untuk menyelamatkan hidup saya,” katanya.

Pembabitan Lindsay dengan dadah banyak dikaitkan dengan latar belakang keluarganya. Paling jelas dia terjebak dengan dadah dan alkohol kerana bapanya adalah bekas banduan selain memang dikenali sebagai penagih heroin dan pada masa kaki botol yang teruk.

Ini diakui sendiri oleh pelakon filem Mean Girls mula mengenali kokain kerana bapanya yang sudah lama mengambil dadah itu. Biarpun pernah dilarang, tetapi dia tetap mahu mencubanya.

“Saya mengenali kokain kerana bapa saya memang mengambilnya. Memang pada mulanya saya takut untuk mengambilnya. Saya sudah diberitahu akibat buruk mengambil dadah. Tapi say memang degil dan bodoh kerana tidak mendengar nasihat mereka kerana masih mahu mengambil dadah juga.

“Sekarang saya tak buat lagi. Apabila saya ambil dadah, saya berasa seperti perempuan sial. Memang saya seorang yang aktif dan lincah, tetapi tidak mahu berada dalam keadaan seperti itu kerana saya mengambil dadah,” jelasnya lagi.

Lindsay Lohan atau nama penuhnya Lindsay Dee Lohan di lahirkan di New York pada Julai 1986 dikenali sebagai aktres, model dan penyanyi pop. Dia memulakan kerjayanya dengan model fesyen untuk kanak-kanak. Pada usia 11 tahun, Lohan muncul dalam filem terbitan Disney pada 1988 iaitu The Parent Trap.

Sejak itulah namanya menyerlah terutama antara tahun 2003 dan 2005 apabila dia sering memegang watak utama dalam filem seperti Freaky Friday, Mean Girls and Herbie: Fully Loaded. Dia juga pernah muncul dalam filem indie seperti Robert Altman’s A Prairie Home Companion dan Bobby.

Bagaimanapun, kerjayanya terganggu pada tahun 2007 apabila dia sering keluar dan masuk pusat pemulihan dadah dan arak menyebabkan kehilangan banyak peluang berlakon filem. Dia pernah menghasilkan album pop pada tahun 2004 berjudul Speak diikuti dengan album A Little More Personal (Raw) pada 2005.

Pelakon dan penyanyi ini juga sering menjadi sasaran utama jurugambar paparazzi dan kehidupan peribadinya sering menjadi bahan utama untuk akhbar tabloid.

Lindsay berkata, walaupun sudah tiga kali keluar dan masuk pusat pemulihan, dia mengakui masih memerlukan rawatan lanjutan terutama selepas terjatuh dalam bilik mandinya seorang diri.

“Ia berlaku apabila saya mengambil ubat penenang untuk membantu saya boleh tidur dengan sempurna, sebaliknya ia menyebabkan saya berada dalam keadaan halunisasi.

“Saya kemudian berlari ke bilik mandi dan kemudian tersembam di lantai sehingga tak sedarkan diri. Apabila tersedar, air di paip masih terbuka menyebabkan saya jadi amat takut. Ini menyebabkan saya memanggil pakar terapi,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini dia masih bergantung kepada pakar terapi yang merawatnya dan tidak boleh pergi berjauhan dalam tempoh lama.

“Sebenarnya saya dikelilingi oleh ramai orang yang hendak mengambil kesempatan saja sedangkan saya memerlukan orang yang boleh perhatian dan prihatin dengan keadaan saya sekarang. Saya memang jadi takut sekarang,” katanya. – Agensi

Berita Harian

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment