Ezlynn Patah Kaki
Ditulis oleh Nonie

Menyepikan diri untuk seketika daripada seni suara yang diminati sejak dulu lagi. Segalanya atas nasihat pakar perubatan selepas kaki Ezlynn disahkan patah dan terpaksa berehat tiga bulan tanpa melibatkan diri dengan aktiviti seni. Kejadian berlaku di rumahnya sendiri sekitar Februari lalu.
“Mula-mula terjatuh saya ingat tak ada apa-apa tapi bila nak jalan sakit sangat. Bila pergi x-ray baru tahu kaki kanan saya patah. Saya kena buat minor operation dan tiga skru dimasukkan ke dalam kaki kanan.
“Bila jadi macam ni, susah nak menyanyi sebab selalunya saya aktif di atas pentas. Tak puas kalau menyanyi sambil duduk so better saya tak ambil apa-apa tawaran buat masa ini. Tawaran untuk Hotel Mania pun terpaksa ditolak sebab saya jatuh sehari sebelum shooting.
“Bila duduk di rumah, saya banyak habiskan masa melayan peminat di Facebook. Dan sebab duduk rumah tak buat apa-apa, berat naik tiga kilo buatkan saya lagi stress,” ujar duta produk kecantikan Shurah ini.

Bakal Berkahwin 11.11.2011
Menginjak umur 29 dan khabarnya Ezlynn sudahpun bertemu jejaka pujaan hatinya yang juga seorang usahawan. Masih dalam proses mengenali hati budi namun bagi Ezlynn sendiri, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana serik dengan pengalaman cinta yang lepas.
“Sekarang semuanya bukan lagi mengenai cinta sepenuhnya tapi lebih kepada responsibility. Saya pernah rasa first love dan merana sebulan bila kami putus sebab itu saya tak mahu terlalu beria sangat sekarang ni. Sebagai perempuan kita jangan bagi sepenuh hati dekat lelaki, bagi separuh hati cukuplah (ketawa).
“Saya sukakan dia sebab dia bertanggungjawab dan rapat dengan family. Harap-harap semuanya menjadi dengan dia,” ujar Ezlynn yang mengenali si dia tiga tahun lepas.
Selepas ini Ezlynn akan sibuk dengan promosi single terbaru, Tic Tac Toe. Lagu rancak ciptaan Noh Hujan ini merupakan penampilan pertama Ezlynn selepas bernaung di bawah Alibi Music. Semoga kaki Ezlynn cepat sembuh dan bertemu jodoh. Mendengarkan lagu Tic Tac Toe tak mustahil karier Ezlynn bakal menyinar kembali.
Mangga Online
Bilik Pengantin Idaman
Fabrik langsir sepadan dengan hiasan katil boleh tambahkan seri![]()
Oleh
Amilia Gani
ANTARA soalan yang pernah saya terima sebagai pereka hias profesional ialah daripada seorang bakal pengantin.
Beliau memberitahu bahawa teman-temannya ingin menghiaskan bilik pengantin pada hari majlis perkawinannya kelak.
Walaupun teman-temannya tidak berpengalaman menghias, beliau bersetuju untuk menerima saranan mereka kerana dengan cara demikian beliau mungkin juga dapat berjimat.
Lantas, beliau meminta nasihat saya tentang bagaimana menghias bilik pengantin.
Bilik pengantin adalah ruangan yang paling popular pada hari majlis perkawinan.
Hadirin yang datang, terutama tamu perempuan akan menjengah ke bilik pengantin dan melihat-lihat pengantin serta perhiasan yang ada di dalam bilik tersebut.
Memilih bilik pengantin adalah langkah pertama sebelum menentukan apakah pengantin memerlukan seorang penata hias ataupun hanya memerlukan teman untuk menghias bilik pengantin tersebut.
BILIK PENGANTIN DI RUMAH PENGANTIN SENDIRI
Sekiranya bilik pengantin adalah di rumah pengantin sendiri dan di bilik tidur utama, maka pengantin mungkin memerlukan hiasan dalaman serta aksesori yang lebih kekal.
Maka itu, seorang penata hias amat sesuai diberi tugas untuk menghias bilik itu supaya ia tidak sahaja sesuai dengan majlis, bahkan akan membuatnya lebih berfungsi selepas majlis perkahwinan.
Seperti juga mengubah suai sebuah rumah, penata hias akan berbincang dengan pengantin tentang konsep keseluruhan majlis pengantinnya.
Adakah majlis itu berkonsep tradisional, moden atau kontemporari dan apakah warna yang akan digunakan untuk pelamin?
Contohnya, dinding bilik tersebut berwarna biru dan penghuni telah memilih konsep putih merah.
Penata hias mungkin dapat mengubah suai perabot-perabot di bilik itu serta memilih jenis bahan, warna, reka bentuk dan ruang yang ada untuk menimbulkan suasana yang di idamkan oleh pengantin.
Pentas pelamin, baju, bunga, tempat majlis makan dan sebagainya semuanya harus berhubungan.
BILIK PENGANTIN DI RUMAH IBU BAPA
Ada kala bilik pengantin terletak di rumah ibu bapa dan bilik itu hanya digunakan untuk sementara sahaja. Tentu sekali peruntukan bagi menghias bilik pengantin itu tidak perlu keterlaluan.
Menghias bilik pengantin tidak sahaja melibatkan pembelian aksesori yang baru, menukar kain langsir serta membersihkan bilik. Dekorasi sebegini hanya mencantikkan bilik, tetapi tidak semestinya menyerikan suasana majlis perkahwinan itu.
Dalam mendapatkan teman-teman untuk membantu menghiaskan bilik atau menggunakan khidmat penata hias, ada beberapa perkara yang perlu yang diberikan perhatian:
Ruang bilik serta susunan perabot-perabot perlu diteliti. Tentukan bagaimana bilik itu akan memenuhi kegiatan majlis akad nikah dan sebagainya. Contohnya, tentukan tempat duduk pengantin, arah kiblat, berapa kerusi diperlukan dan bagaimana bilik akan didinginkan.
Warna dinding juga amat penting dan bagaimana ia boleh memberikan suasana yang lega dan lapang, lebih-lebih lagi bilik itu akan penuh sesak.
Bentuk katil serta warna cadar dan bantal harus sesuai dengan konsep yang dipilih. Warna dan fabrik langsir yang sepadan dengan hiasan katil juga boleh tambahkan seri.
Meja konsol dan meja mekap juga perlu dihiaskan dan pemilihan warna juga amat penting. Ia boleh di hiaskan dengan pasu bunga, lilin wangi atau aksesori yang menunjukkan karakter pengantin. Penggunaan cermin penuh yang tinggi juga amat berkesan.
Jangan hadkan tempat gambar berbingkai di dinding di atas kepala katil sahaja. Anda boleh kreatif dalam menentukan pilihan gambar dan tempat untuk meletakkan gambar berbingkai itu.
Pencahayaan bilik bukan semata-mata untuk menerangi ruangan. Penggunaan lampu siling, lampu meja, lampu tumpu atau lilin boleh membekalkan kesan dan fokus yang diperlukan.
Bilik pengantin akan kelihatan lebih indah dengan hamparan permaidani atau karpet. Banyak karpet yang mempunyai keunggulan tersendiri. Karpet dapat mengubah suasana ruangan menjadi romantis dalam sekelip mata.
Karpet juga dapat menutup jubin atau lantai yang sudah retak tanpa kita harus bersusah payah membongkar lantai.
Penggunaan kipas atau alat pendingin udara serta aroma harum juga boleh membawa keselesaan serta kesan yang tenang kepada semua yang berada di dalam bilik pengantin.
Membeli barang-barang untuk menghiasi bilik pengantin seperti bunga, cadar dan kain langsir, memakan masa dan perbelanjaan boleh mencapai $500 hingga $800.
Ada kala pengantin lebih selesa menggunakan khidmat penata hias dan harga khidmat mereka juga berpatutan.
Khidmat yang ringkas sekitar $400 hingga $900 dan khidmat penuh iaitu termasuk membina perabot dan katil boleh mencapai ribuan dolar.
Nota: Penulis ialah konsultan tata hias dari Facelift Design & Interiors Laman web beliau ialah www.faceliftdesign.biz
Cyberita
Scha Al-Yahya Sinonim Watak Tomboi
Ditulis oleh Nonie

Seolah-oleh sudah sebati dalam dirinya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih mesra dipanggil Scha Al-Yahya acapkali diberikan watak kasar atau tomboi. Mengakui dirinya agak selamba dan sempoi memudahkan pembawaan watak yang sudah sebati dengan dirinya.
“Memang Scha akui banyak yang tawarkan watak yang sama (tomboi), tapi Scha tak boleh terlalu memilih kerana periuk nasi perlu dijaga juga.
“Untuk drama terbaru di Astro, K.I.T.A Carefree juga Scha pegang watak gadis tomboi namun ada sedikit ciri feminin. Scah terima sebab watak itu ada perspektif yang tersendiri dan Scha juga perlu pandai carry watak,” katanya.
Memang benar kerana jika dilihat jalur lakonan Scha, wataknya lebih terarah kepada watak gadis yang kasar. Jarang melihat Scha memegang watak gadis teraniaya yang sentiasa berendam air mata. Namun peminat sukakannya kerana menonjolkan diri Scha yang sebenar.
Hidup Lebih Tenang
Setelah kontroversi demi kontroversi melanda pelakon Awan Dania ini, Scha mengakui episod hitam yang lepas hanyalah intro untuk kehidupan sebenar apabila bergelar selebriti. Kesilapan lepas mengajarnya untuk lebih berhati-hati mengeluarkan bicara dan hanya mengutamakan karier berbanding kehidupan peribadi.
“Syukur hidup Scha lebih tenang sekarang. Tak ada lagi kekeliruan dan kecelaruan dalam hidup. Bila jadi public figure, Scha kena kuat dan struggle untuk yang terbaik.
“Scha juga lebih berhati-hati memilih kawan. Kena pandai bawa diri dan fikirkan kesan kepada setiap tindakan.
“Lagi satu apa yang Scha belajar, jangan terlalu open dengan relationship sebab orang tak mahu tahu semua itu. Better simpan sendiri. Scha pilih jalan ni so Scha kena lalui setiap apa yang mendatang,” tambah duta Carefree ini.
Mangga Online