Skip to content

Archive for September 2010

3
Sep

Intan Ladyana Beraya Di Bangkok




Ditulis oleh Nonie
  
  

Apa yang ada di Bangkok sampaikan Intan Ladyana sanggup beraya di sana? Tak meriahkah sambutan Aidilfitri di Malaysia sampaikan Intan terpaksa mencari destinasi lain untuk menyambut perayaan kemenangan umat Islam ini?

“Intan bukan lari dari Kuala Lumpur, tapi family belah mak Intan tinggal di sana. Tapi selalunya kami akan pulang ke Pattani berhari raya. Kiranya macam balik ke kampunglah. Cuma bezanya sambutan di sana tak semeriah di Malaysia.

“Di Bangkok penduduknya tak ramai yang beragama Islam. Tak ada budaya memakai baju raya di pagi Aidilfitri dan selalunya Intan hanya memakai jeans dan baju t di pagi raya dan kami akan keluar berjalan di bandar.

“Memang ketara berbeza raya di tempat orang tapi Intan dah biasa dari kecil begini. Selalunya untuk rasa suasana raya, Intan akan bawa ketupat dan rendang untuk hidangan dan makanan wajib di sana adalah pulut mangga dan laksa siam,” katanya akan berada di Bangkok selama enam hari.

Nampaknya Intan terlepas suasana meriah hari raya di Malaysia. Kecewalah peminat yang ingin bertandang ke rumah. Kata Intan lagi, tahun ni dia tak berpeluang beraya dengan buah hati tersayang. Kamal juga akan menyambut perayaan di kampung halamannya.

Alang-alang tersentuh soal percintaan, ManggaOnline bertanya Intan dan Kamal tak pernah ada perancangan untuk ke peringkat yang lebih serius dalam perhubungan?

“Kami tak pernah plan untuk ke peringkat seterusnya. Biarlah ia datang sendiri. Kalau boleh Intan nak fokuskan kerjaya dulu. Biarlah semuanya berjalan satu persatu. Takut nanti kalau beria sangat, tak jadi pula,” ujar Intan yang digandingkan dengan Kamal sebagai pasangan kekasih dalam telemovie Madu Sorok pada tayangan 9 September pada jam 9.00 malam di TV3.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN BIN HASBULLAH

 

Mangga Online

3
Sep

Aeril Teringat Arwah Ayah

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Hari raya yang disambut setiap tahun pasti berbeza warna dan coraknya. Kalau tahun lalu gembira ria, ada kemungkinan tahun ini ada yang menyambutnya dengan sedikit hiba di dada.

Pelakon Aeril juga sudah membayangkan kesayuan yang bakal tiba bila Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut tanpa kelibat arwah ayah yang meninggal dunia awal tahun ini. Namun hari raya tetap disambut juga.

 

“Selepas sembahyang sunat hari raya nanti kami sekeluarga akan menziarahi kubur arwah ayah. Selepas itu barulah boleh menziarahi rumah keluarga pula,” kata Aeril yang akan pulang ke Batu Pahat, Johor.

Pastinya kenangan bersama arwah ayah akan bermain dalam fikiran. Lebih-lebih lagi setiap kali menjelang hari raya Aeril akan membantu ayahnya mengemas laman rumah dan menghiasinya untuk menambah seri hari raya.

“Biasanya tugas saya dan ayahlah memasang pelita minyak tanah sekeliling rumah kami. Tahun ini ayah dah tak ada dan pastinya akan teringat kenangan memasang pelita bersama-sama.

“Ayah saya juga gemar memburu ayam hutan dan sayalah temannya kalau saya ada di kampung. Semua itu sudah tidak ada lagi kali ini,” kata Aeril yang baru tamat penggambaran drama Bangunlah Mama di Perak.

Aeril akan pulang dua hari sebelum hari raya kerana harus menghabiskan kerja yang belum selesai di Kuala Lumpur.

Cuti raya pendek

“Kalau ikutkan mahu beraya, dua minggu di kampung barulah seronok, tapi tahun ini saya tak boleh cuti panjang. Selepas seminggu sudah kena balik semula ke Kuala Lumpur sebab ada jadual kerja yang sudah diatur awal.

“Ini semua untuk kerja saya, jadi terpaksalah korbankan cuti raya,” sambungnya lagi.

Lagipun dia hanya ada kampung sebelah arwah ayah sahaja untuk beraya. Ibunya berasal dari Indonesia dan dia tidak pernah menyambut hari raya di sana. Malah Aeril tidak pernah dibawa ke sana oleh ibunya sebelum ini.

“Saya hanya beraya sebelah keluarga ayah saya sahaja, sebab keluarga ibu saya jauh,” katanya lagi.

Mahu cepat dewasa

Kalau artis lama (tertamanya wanita) menggunakan pelbagai kaedah untuk kekal muda (botox?), lain pula halnya dengan Aeril yang mahu segera nampak tua. Dia sengaja menyimpan sedikit janggut dan misai untuk nampak lebih dewasa dariapda usianya yang baru mencecah 21 tahun.

“Saya mahu nampak lebih tua. Dengan imej yang lebih dewasa kita boleh mempelbagaikan watak, bukan setakat menjadi adik atau anak kepada watak utama dalam sesebuah drama.

“Dengan imej yang berjanggut, saya pernah berlakon watak suami orang dalam drama Kita Carefree,” katanya yang kini membawa ibu tinggal bersama di Kuala Lumpur.

Aeril tidak mahu ibunya keseorangan selepas bapanya meninggal dunia. Di kampung ada abang yang kerjanya tidak membenarkan dia selalu ada di rumah. Apabila abangya harus ke luar daerah ibunya akan keseorangan.

“Lebih senang ada ibu dengan saya. Sekarang saya selalu berbuka puasa di rumah bersama-sama ibu,” sambung Aeril lagi.

FotoJEFFRI IRAN PenyelarasFADHIL (DEEL)

 

 

 

 

Mangga Online

1
Sep

Syamsul Yusof Sudah Ada Pengganti

Ditulis oleh Nonie
  
  

Badannya semakin berisi. Nampaknya benar telahan ManggaOnline, anak bujang Datuk Yusuf Haslam ini sedang bahagia menyulam cinta.

“Selera makan saya makin bertambah sekarang ni sebab tu badan makin naik. Tapi kalau ikutkan sekarang sudah susut sedikit berbanding awal bulan dulu.

“Sekarang saya sedang rapat dengan seseorang dan dia bukan daripada industri. Saya kenal dia dah lama sebenarnya, dari zaman kolej dulu tapi baru sekarang kami rapat. Rasanya dah dekat 10 bulan hubungan kami berjalan.  Tapi biasalah hubungan kami kadang kala pasang surut, tapi dia memahami kerjaya saya yang sentiasa sibuk

“Susah sebenarnya nak cari seseorang yang boleh faham kerja saya bagaimana. Selalu tak ikut waktu. Saya pun tak mencari cinta tapi jika ada yang boleh faham cara saya, baguslah. Apa yang penting sekarang adalah karier dan saya pun sudah biasa dengan cara hidup begini,” ujar Syamsul Yusof.

 

Arah Filem Komedi

Masih dalam proses penggambaran filem terbaru Aku Bukan Tomboy, Syamsul menegaskan ingin menguji kemampuan dirinya mengarah filem genre komedi selain filem aksi.

 

“Saya dah lama nak buat filem komedi dan Aku Bukan Tomboy adalah filem komedi pertama saya. Ide asal skrip ini daripada ayah saya dan saya olah kembali agar sesuai dengan citarasa remaja.

“Saya sendiri memegang watak Burn, seorang jejaka pemalu dan nerd. Tak ada scene romantik yang melampau dan ia berkisarkan percintaan antara jejaka nerd dan tomboy lakonan Scha Al Yahya.

“Tak ada masalah dalam pengarahan dan saya belajar daripada abang Harun Salim Bachik sewaktu di lokasi dan syukur penggambaran berjalan lancar kerana filem komedi mendatangkan mood yang ceria ke dalam diri krew dan pelakon.

“Apa yang pasti ini bukanlah filem komedi terakhir saya kerana akan ada selepas ini. Target saya nak mengarah empat buah filem dalam setahun,” katanya yang bakal menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.

FOTO oleh ABDUL NAZIR B MOHAMED

Mangga Online