Skip to content

Archive for November 2010

29
Nov

Hati Saya Untuk Noh – Mizz Nina




Ditulis oleh Nonie
  
  

Setiap wanita dambakan kekasih hati yang romantis dalam melayari kehidupan bahagia bersama. Begitulah juga yang dialami Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina. Hati berbunga tatkala si kumbang menulis sebuah lagu untuk dirinya lalu dimuatkan dalam album terbaru Hujan.

Walaupun Jauh, lagu yang mengisahkan perbezaan darjat antara pasangan kekasih. Mungkin itulah yang dirasakan Noh ketika ini. Namun bagi Nina, walau apapun kisah yang dicoretkan, apa yang penting hatinya kini hanya untuk Noh.

“Nina rasa special sangat sebab inilah pertama kali ada orang tuliskan lagu untuk Nina. Tak sangka Noh romantik sangat. Dalam lirik itu ada tuliskan ‘siapa yang bertuah memiliki mu, tuan empunya sang bidadari itu’, biar Nina jawabkan, hanya Noh dalam hati Nina, tak ada yang lain.

“Lagu itu mungkin perasaan dia waktu kami baru bersama. Dia fikirkan betulkah semua ini berlaku sebab macam tak mungkin. Namun seiring dengan masa berlalu, kami figure out tak banyak perbezaan seperti yang difikirkan dan jika dulu mungkin jauh, sekarang sudah dekat.

“Serius Nina susah hati bila orang luar perkatakan perkara yang negatif mengenai hubungan kami. Noh juga emosi bila mendengar komen yang tak elok. Namun Nina banyak nasihatkan Noh supaya jangan fikirkan perkara ini lagi dan syukur semuanya berjalan lancar.

“Duit dan harta hanya sementara, bila sudah mati semuanya tak penting lagi,” ujar Nina yang turut hadir memberi sokongan pada majlis pelancaran album terbaru Hujan, Lonely Soldier Boy.

Noh Lega Bapa Nina Terima

Bukan mudah baginya menyesuaikan diri dengan orang kenamaan, lebih-lebih lagi tunangnya adalah anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim. Bagi Noh walaupun keluarga Nina menyambut baik hubungan mereka, namun perasaan rendah diri tidak dapat disembunyikan.

“Saya ada masalah untuk sesuaikan diri sebab saya hanya budak kampung, Nina anak orang berada. Lagu Walaupun Jauh berkisarkan perbezaan darjat yang terlalu jauh antara saya dan Nina.

“Sebenarnya perkara ini bukan masalah antara keluarga kami, malah bapa dia baik dengan saya dan keluarga dia sangat humble. Cuma orang luar yang banyak bercerita yang tak elok mengenai hubungan kami. Namun itu sebenarnya membuatkan saya lagi semangat untuk tunjukkan kepada keluarga Nina yang musician seperti saya boleh berjaya.

“Dan bagi saya semuanya selesai apabila bapa Nina beri persetujuan untuk kami mengikat tali pertunangan. Cuma baru-baru ni bapa dia tegur fesyen rambut terbaru saya (ketawa),” begitulah luahan hati Noh yang terkenal dengan sifat selambanya.

ManggaOnline lihat Mizz Nina begitu menyokong perjalanan karier Noh dan sanggup bersesak dengan peminat Hujan yang lain semata-mata mahu merakam persembahan kekasih hati di atas pentas.

Walaupun Jauh

Siapa yang bertuah memiliki mu
Tuan empunya sang bidadari itu

Bolehkah aku menyentuh kulitmu itu
Agar ku bisa merasakan syurga seketika waktu

Tiada kata yang dapat ku lafaz kan untuk mu
Biarkan diriku terbang jauh
Ini bukan mimpi walau dalam tidurku ini
Biarkan aku mendekati mu – walaupun jauh

Namun kurasakan memang jauh
Jarak antara kita berdua Tuhan saja yang tahu

FOTO oleh SHAHRIL AZMAN BIN MOHD ZAIN

 

Mangga Online

26
Nov

Natrah Terus Hidup Di IB

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Semasa pelakon dan pengarah teater Natrah sedang sibuk menjalani latihan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, penulis buku Natrah, Datin Seri Fatini Yaacob membuat kacau dengan membangkitkan isu sensitif apabila mengkritik hasil kerja pengarahnya, Erma Fatima.

Bermula semalam pementasan teater tersebut bermula dan Natrah kembali hidup dalam perspektif Erma yang digarap melalui watak-watak utama dalam teater yang sudah masuk musim kedua itu.

Saya sempat meluangkan masa menonton pada persembahan malam pertama. Semasa melangkah ke lobi depan pintu masuk Panggung Sari, tempat pementasan dijalankan mata terlihat sekumpulan anak muda menjual buku Natrah tulisan Fatini.

Memang terkejut apabila melihat ada pihak yang mengambil kesempatan menjual buku Fatini walaupun sebelum itu bagai petir Fatini memanah Erma kerana kecewa dengan hasil teater yang dirasakan tidak sama dengan pemahamannya terhadap kisah Natrah itu sendiri.

Rupa-rupanya persetujuan penjualan buku itu telah dipersetujui awal oleh pihak Istana Budaya dengan penerbitnya. Persetujuan untuk membenarkan penerbit membuka kaunter jualan buku dipersetujui sebelum isu perdebatan Fatini-Erma muncul.

Tak perasan pulak sama ada penonton teater itu tergerak hati memiliki naskhah buku Natrah selepas menontonnya.

Apa kelainan musim kedua?

Bagi yang pernah menonton pementasan berjaya musim pertama, pasti menanti apakah kelainan atau pembaharuan yang Erma lakukan. Cerita masih sama tapi ada watak lain yang dibawa ke pentas dengan penonjolan yang lebih.

Kali ini nampaknya Erma membanyakkan monolog membabitkan watak Natrah lakonan Sofia Jane dan Maya Karin serta penampilan istimewa Sharifah Sofia (Natrah usia 40-an) dan Lufya (Natrah berusia 20-an). Adeline Hertogh (Susan Langkester) dan Che Aminah (Datin Paduka Umie Aida) serta watak peminpin Melayu lakonan Fizz Fairuz juga ada bab monolog.

Terlalu banyak monolog kadang-kadang boleh menerbitkan sedikit rasa bosan. Saya sendiri hampir kebosanan, tapi dek kerana ceritanya yang meruntun hati, tahap klebosanan tidaklah terlalu tinggi. Namun keceriaan menonton kembali segar apabila ia diselangi muzikal. Lagu-lagu dalam teater Natrah memang menarik. Paling menarik apabila aksi cinta Hindustan yang Erma tampilkan.

Ternyata adegan cinta menggambarkan kemeriahan pernikahan Natrah dan Mansor Adabi (Remy Ishak) turut menarik perhatian penonton pada malam itu. Mereka terhibur melihat Remy dan Maya menari ala-ala Bollywood. Itulah satu-satunya bab yang membuatkan penonton serentak menepuk tangan. Tandanya mereka terhibur.

Agaknya mereka tak sangka Remy Ishak yang melakonkan watak lelaki bersopan santun dalam filem itu boleh menari ala-ala Hindustan. Tak salah kalau mahu dikatakan babak itu antara tarikan utama kali ini. Sebabnya banyak sangat adegan yang membuatkan jiwa penonton sedih kerana kisah hidup Natrah atau Maria Hertogh itu sendiri sebuah kisah tragis dan air mata.

Apakah pegangan Natrah-Maria?

Erma mahu penonton sendiri membuat keputusan apakah agama pegangan Natrah saat dia meninggal dunia. Natrah yang bukan seorang yang waras akibat tekanan jiwa dengan kehidupannya mungkin masih seorang Muslim. Itulah yang cuba diserapkan menerusi watak Natrah diusia 70-an lakonan Datin Sofia Jane.

Mungkin juga dia kembali ke agama asal keluarganya, Roman Katholik  setelah dibawa ke Belanda. Tapi di akhir cerita Natrah melalui satu loong di tengah-tengah gereja dan masjid semasa melangkah masuk. Dia meninggalkan persoalan itu untuk dijawab oleh penonton.

Adakah dia masih berjiwa Natrah yang sayangkan Islam ataupun kembali sebagai Maria? Hanya Natrah dan Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam jiwanya dan kepada siapa dia beriman.

Tiket masih ada

Sambutan Natrah musim kedua sangat menggalakkan. Namun masih ada tiket untuk peminat yang belum membuat tempahan. Jadi jangan lupa mendapatkan tiket anda dengan datang terus ke Istana Budaya bila anda ada masa lapang. Rugi tidak menonton sebuah kisah yang merangkumkan eleman cinta, perjuangan dan air mata.

Kita tak sempat melihat bagaimana penderitaan yang dilalui olah Natrah serta bagaimana pejuang dulu sepakat menegakkan pegangan agama seorang anak wanita Belanda yang mahu dikembalikan kepada ibu bapa kandung dengan didikan mengikut anutan mereka. Kisah Natrah yang pernah menimbulkan kekacauan dan pertumpahan darah di Singapura kembali hidup di Istana Budaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

25
Nov

Almy Nadia Banyak Makan Hati

Ditulis oleh Nonie
  
  

Dunia selebriti bukanlah seindah yang dikhabarkan. Kisah peribadi menjadi tatapan dan dikongsi bersama sehingga kadang kala timbul isu mengaibkan.

Percintaan dan perceraian adalah perkara normal yang kerap ditimbulkan, malah kadang kala gosip panas lebih kerap menghias kerjaya berbanding bakat yang ada. Adakah ini menguntungkan atau sebaliknya?

Begitu juga halnya dengan aktres Almy Nadia. Kisah percintaannya dengan Fizz Fairuz lebih menjadi buruan media dan terbentang luas untuk diteroka peminat daripada kisah karier lakonannya.

Mengakui perkara tersebut membebankan, apatah lagi gosip pasal mereka putus cinta seringkali kedengaran.

“Kami berdua masih bersama. Gosip putus cinta itu tak benar. Janganlah hanya kerana saya tak hadir ke majlis harijadi Fizz, timbul cerita kami sudah berpisah.

“Masing-masing sedang sibuk mencari rezeki, cuma setakat ini tak ada lagi perancangan untuk ke alam perkahwinan. Mungkin apabila nama kami sudah cukup kukuh, baru nampak arah tuju yang sebenar.

“Waktu awal percintaan dulu, kami pernah bincangkan soal kahwin tapi bila melihat banyak cerita rakan artis yang bercerai, saya jadi takut,” ujar Almy yang bakal muncul dalam drama Dia Atilia di saluran Astro Prima bermula 30 November ini.

Mahu cari kejujuran

Baginya kejujuran merupakan kunci utama kepada kebahagiaan berpasangan. Namun ujian seringkali menimpa sehingga hubungan yang terbina selama lima tahun goyah dan hampir musnah.

“Berita orang ketiga dalam hubungan kami memang perkara biasa sehinggakan saya malas nak fikirkan hal cinta lagi. Kami tak tetapkan had untuk berkawan dengan sesiapa, cuma yang penting mesti jujur dan setia.
“Buat atau keluarlah dengan sesiapa pun, namun haruslah beritahu saya dulu, tak mahulah cerita itu datang dari mulut orang lain sebab kadang kala orang suka menokok tambah untuk hangatkan keadaan.

“Lagipun Fizz selalu diganggu dan sebab itu keluar cerita pasal orang ketiga dalam hubungan kami. Memang saya banyak makan hati dan pernah juga saya putuskan hubungan dengan dunia luar untuk dapatkan ketenangan. Fizz tak sukakan pergaduhan dan dia tak suka memujuk, so saya banyak diam sebab tak mahu burukkan keadaan. Tapi selalunya kalau dia buat hal, dia akan datang meminta maaf.

“Memang diakui dulu saya seorang yang pencemburu, namun saya harus buang perasaan ini jauh-jauh kerana kerja kami memerlukan komunikasi dengan pihak lain. Memang kami sudah bersama lima tahun, namun hubungan ini belum cukup kukuh untuk ke jenjang pelamin,” katanya.

Tiada Masalah Dengan Fasha Sanda

Almy bakal muncul dalam drama di Astro Prima berjudul Dia Atilia bersama gandingan Fasha Sanda dan Zamarul Hisham. Almy membawakan watak Hani, isteri kepada Faizal (Zamarul Hisham) yang terbunuh dalam kemalangan semasa cuba menyelamatkan anaknya.

“Kes bergaduh dengan Fasha sudah lama dan ia berlaku sebelum shooting Dia Atilia. Apa yang lepas biarkan berlalu, saya tak suka simpan memori buruk.

“Sebelum ini saya dengar pelbagai cerita buruk mengenai Fasha, namun setelah mengenalinya di set, saya tak takut lagi berlakon dengannya. Saya tiada masalah dengannya. Fasha ni kalau orang tak kacau dia, dia pun tak kacau orang,” ujarnya.

Drama ini diinspirasikan daripada filem Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai di mana Faizal akan bertemu semula dengan sahabat lamanya, Dia Atilia lakonan Fasha Sanda. Dia Atilia akab disiarkan bermula 30 November ini pada setiap Selasa pada jam 9.00 malam.

Oleh: NONIE Foto: SAIFUL BAHARI ASHAARI

 

Mangga Online

25
Nov

Zamarul Hisham Rakam Isteri Bersalin

Ditulis oleh Nonie
  
  

Teruja dengan kelahiran orang baru dalam keluarganya, Zamarul Hisham mengorbankan masa dan tenaga demi keselesaan isteri dan anaknya. Bersyukur segalanya berjalan lancar tanpa sebarang dugaan, aktor popular ini mengakui pengalaman baru ini memberi kekuatan kepada kebahagiaan rumahtangga yang dibina bersama isteri tercinta, Diana Rafar.

“Anak saya lahir pada 29 Oktober lalu pada jam 2.31 petang dengan cara normal dan ketika itu hari Jumaat. Bersyukur semuanya dipermudahkan kerana saya sempat menunaikan solat Jumaat dan kembali ke hospital melihat Diana bersalin.

“Waktu itu saya rakam proses bersalin dan terpaksa buat lawak bodoh untuk kurangkan kesakitan Diana. Kami memilih nama Kashfi Haiqal yang bermakna Pembuka Pintu Hati.

“Semenjak jadi bapa, memang tak cukup tidur. Patutlah kawan-kawan saya cakap ‘welcome to the club tak cukup tidur’ waktu Diana mengandung. Kashfi selalu meragam dan berjaga malam, menjadi tugas saya menjaganya sebab Diana masih lagi berpantang. Segala rutin harian juga saya ambil alih seperti basuh baju dan kemas rumah.

“Saya ambil cuti sebulan untuk jaga Diana. Kami tak mahu ambil pembantu sebab asyik timbulkan masalah,” ujarnya yang mempunyai dua anak, Izzat Haiqal, 11, dan Iqmal Haiqal, 8, hasil perkahwinan terdahulu.

Suka Tipu Umur

Apabila usia makin meningkat, menjadi kebiasaan untuk tidak mendedahkan umur sebenar kerana bimbang usia yang semakin lanjut. Namun berbeza pula dengan Zamarul, lebih suka menambah satu angka pada usia sebenarnya.

“Sebenarnya saya bukan menipu. Umur saya sekarang 39 tahun tapi saya lebih selesa beritahu 40 tahun. Sebabnya orang selalu cakap live begins at 40 so saya nak cepat-cepat rasa bagaimana perasaan itu. Saya cuma nak buat persediaan menuju ke arah itu lebih awal,” katanya sambil ketawa.

Penat Berlakon

Pada usia yang semakin meningkat, Zamarul mengakui dirinya sudah tidak mampu untuk berlakon. Namun itu bukanlah dia menarik diri daripada industri yang sudah sebati dengan diri.

“Kadang kala saya terpaksa berlakon jadi muda remaja yang masih belajar di kolej, memang susah sebab saya bukan muda lagi untuk bawakan karektor itu. Jadi pelakon memang letih dan selalu kena rehat sebab kami banyak bermain dengan emosi dan otak.

“Saya dah tak larat nak berlakon lagi, kalau boleh saya nak direct drama sendiri pada masa akan datang,” katanya yang menggemari lakonan Shah Rukh Khan.

 

Mangga Online

25
Nov

Hantu Kak Limah Balik Rumah Sebuah Komedi Jujur

Ditulis oleh Nonie
  
  

Pecah panggung dengan jerit tawa memenuhi ruang. Kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) masih mengekalkan genre komedi seram dan penuh kejutan. Walau tidak membariskan bintang ternama atau memaparkan adegan seksi, HKLBR tetap menarik dan menghiburkan.

Mungkin daripada tajuk, penonton boleh mengagak apa yang bakal berlaku kepada jalan penceritaannya, namun filem ini bukanlah klise seperti yang ada pada sesetengah filem tempatan. Menegaskan filem arahannya merupakan anti tahyul, Mamat Khalid berkata ini adalah cara untuk menonjolkan budaya Melayu penuh dengan budaya tahyul yang terlalu kuat.

“Filem ini merupakan sebuah filem abang yang jujur yang disampaikan melalui komedi. Abang cuba menunjukkan bahawa masyarakat kita kuat dengan budaya tahyul. Walaupun sudah maju ke depan, namun tahyul masih menguasai pemikiran.

“Banyak juga kritik sosial dan metafora yang cuba diselitkan dan harapnya penonton akan faham apa yang cuba disampaikan. Sebagai contoh kalau kita penagih, seumur hidup orang akan gelar begitu.

“Abang baiki apa kekurangan dalam Zombi Kampung Pisang berdasarkan kritikan yang diterima menerusi filem ini. Cuma topik penceritaan dan karektornya berlainan, namun masih berlaku di Kampung Pisang. Walau watak baru diperkenalkan, namun ia cukup kuat untuk mengaburi watak lama,” kata sutradara terkenal ini.

Filem terbitan Tayangan Unggul ini menelan belanja RM1.5 juta dan lokasi penggambarannya dijalankan di sekitar Kuala Kangsar. ManggaOnline (MO) cukup terhibur dengan jenaka dan sindiran yang cukup tajam apabila menyentuh isu sosial yang berlaku. Bukan niat menimbulkan kontroversi, Pengarah Terbaik FFM21 hanya sekadar menyuarakan isi hati melalui karya.

“Harapnya penonton dapat menangkap dialog yang diselitkan yang menyentuh isu masyarakat. Terimalah dengan hati terbuka dan jangan rasa marah sehingga mengganggu konsentrasi. Matlamat utama filem ini hanyalah untuk berhibur. Secara jujur abang sendiri lebih sukakan HKLBR kerana durinya lebih tajam.

“Abang yakin jika tak tonton Zombi Kampung Pisang pun masih boleh faham dan mengikuti HKLBR kerana ia berdiri sendiri dengan penceritaannya. Jika terhibur baguslah, namun jika faham apa yang cuba disampaikan, itu merupakan satu bonus,” katanya menjelaskan watak Kak Limah memang direka khas buat Delimawati.

Filem ini harus ditonton kerana lawak jenakanya segar dan mampu membuatkan penonton menjerit ketakutan melihat Hantu Kak Limah. Dan sebahagian dialognya masih melekat dalam kepala. Jika dulu mungkin ‘otak otak’ menjadi sebutan. Dan kini dalam HKLBR dialog ‘cecite cecite’ ketika orang kampung sakan berbual, mungkin bakal menjadi ikutan.

HKLBR mengisahkan Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Filem ini dibintangi oleh Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan dan Delimawati. Filem best ini akan mula ditayangkan pada 9 Disember 2010.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN BIN HASBULLAH

 

Mangga Online

22
Nov

Maaf Saya Enggan Ulas Pasal Nora – Fasha Sanda

Ditulis oleh Nonie
  
  

Kemunculannya di sidang media pasti menjadi buruan lantaran kisah kontroversi yang menghambat kerjaya pelakon popular ini. Kisah Fasha Sanda bertambah panas apabila gambarnya berparti sakan pada Malam Halloween tersebar luas di internet dan ini ditambah dengan komen Nora Danish yang tidak mahu Fasha mendekati anaknya setelah pelakon tersebut difahamkan telah membeli barang mainan di sebuah kedai permainan kesukaan bekas suami Nora, Rizal Ashram atau Jejai.

Perbalahan antara kedua-dua pelakon jelita ini tidak pernah surut sejak kontroversi yang mengaitkan Fasha sebagai orang ketiga dalam perkahwinan Nora dan Jejai. Ingatkan kisah ini akan surut selepas pengakuan berani Fasha yang mengesahkan dia dan Jejai kini bergelar pasangan kekasih. Nampaknya timbul pula isu anak. Fasha tampil memberi penjelasan.

“Untuk pengetahuan semua, saya belikan permainan tersebut untuk dua anak buah saya yang berumur lima dan satu tahun. Dan bukan untuk anaknya. Saya sendiri tak tahu macam mana cerita remeh begini boleh keluar. Kalau benar Nora tak benarkan saya berjumpa anaknya, saya tak mahu komen. Lagipun selepas kami berkahwin nanti, saya juga akan mendapatkan anak sendiri.

“Saya malas nak komen banyak sebab tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Saya buntu kenapa perlu diperbesarkan perkara itu. Dan maaf, saya enggan mengulas pasal Nora Danish.

“Saya bersyukur hubungan kami bahagia dan Jejai menjadikan saya seorang wanita yang matang. Kalau boleh kami tak mahu hubungan ini diperbesarkan. Tunggulah, bila ada masa yang sesuai saya akan beritahu arah tuju hubungan ini,” ujarnya menjelaskan situasi yang berlaku.

Gambar Itu Tak Seksi

Penyebaran gambarnya menyambut Halloween dikritik keras oleh peminat industri hiburan tanah air. Tidak sedikitpun melatah malah pelakon ini tenang dengan mengaku memuat turun gambar tersebut di laman Facebook miliknya untuk berkongsi dengan peminatnya.

“Saya ke party itu atas jemputan kawan dan hanya berpakaian mengikut tema. Dan bagi saya sambutan itu adalah satu perkara yang normal. Bukannya bila saya sambut Halloween, saya ikut budaya yang tak elok.

“Saya kongsikan dengan peminat sebab rasakan gambar itu masih boleh diterima dan tak adalah seksi sangat seperti yang diperkata. Lagipun semua perkara yang saya buat termasuk pergi bercuti dan makan bersama keluarga, saya akan letakkan di Facebook.

“Memang saya yang letakkan sendiri gambar itu. Saya tetap akan jadi diri sendiri.

“Dan ingin saya tegaskan Twitter dan Facebook bukan hanya tempat untuk meluahkan rasa yang indah, kadang kala saya juga melalui hari yang teruk dan menjadikannya sebagai medium untuk meluahkan perasaan. Saya mempunyai hak untuk suarakan apa sahaja yang dirasakan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Dia Atilia yang menampilkannya sebagai teraju utama bersama Zamarul Hisham dan Almy Nadia.

Apa yang ManggOnline perasan, wajah kontroversi inilah yang kerap menghiasi drama di kaca televisyen. Biarpun kerap dilanda ombak kencang atau dikeji tanpa belas kasihan, namun rezekinya tidak pernah surut lantaran bakat dan komitmen yang ada pada dirinya.  Bagi Fasha semua yang berlaku adalah ketentuan tuhan dan hanya kesyukuran dapat dipanjatkan atas penghargaan yang masih ada walau sekelumit cuma.

 

Mangga Online

19
Nov

Raja Ilya Bakal Ke Bollywood

Ditulis oleh Nonie
  
  

Bukan mudah mahu meneroka ke pasaran antarabangsa dan bukan calang-calang orang yang layak menerima penghormatan sebegitu. Namun itulah tuah Raja Ramilah Raja Mohd atau lebih mesra dengan panggilan Raja Ilya, 25, peluang keemasan ditawar watak utama dalam filem Love Is Blind membuka lembaran baru dalam karier lakonannya. Digandingkan bersama hero ternama Ravi Kishan bakal menyaksikan aktres kelahiran Ipoh, Perak ini mengorak langkah lebih jauh ke persada dunia.

“Peluang ini datang secara kebetulan sebab Ilya merupakan duta bagi Bollywood Academy. Pengarah filem ini datang ke Malaysia untuk berbincang dan tawarkan Ilya watak utama. Kemungkinan besar Ilya akan ke sana pada hujung tahun ini untuk mulakan penggambaran.

“Tak jadi masalah untuk cakap Hindi sebab keluarga Ilya sendiri ada darah keturunan India. Harapnya kerjaya Ilya akan terus berkembang di sana kerana pasaran filem mereka lebih luas.

“Impian Ilya nak jadi macam Datuk Michelle Yeoh yang berjaya di Hollywood. Ilya nak ke pasaran antarabangsa. Kalau tak dapat ke Hollywood, Bollywood pun bolehlah,” ujarnya yang aktif membintangi beberapa drama Melayu dan Tamil.


Belajar Cakap Tamil Demi Appalam

Sungguh tidak disangka sepanjang menonton Appalam, filem Tamil arahan Afdlin Shauki, gadis jelita yang memegang watak Shruti, sebenarnya bernama Raja Ilya. Raut wajah persis bintang Bollywood dan lakonan yang sungguh berkesan sebagai gadis berketurunan India membuatkan ramai penonton yang keliru dengan identiti sebenarnya.

Gadis berdarah Melayu-Malayalam mengakui sukar untuknya menjiwai watak yang turut dibawakan oleh Liyana Jasmay menerusi Papadom, namun baginya tiada alasan kukuh untuk menolak tawaran berharga itu.

“Apabila ditawarkan watak utama, Ilya akui susah untuk bawa watak tersebut kerana perlukan sepenuh jiwa untuk menggambarkan perasaan. Disebabkan watak itu menggambarkan Shruti waktu sekolah dan Kolej, Ilya cuba untuk tidak nampak gedik atau over. Susah sebenarnya nak buat-buat comel (ketawa). Rasanya selepas lihat sendiri hasilnya, Ilya percaya watak tersebut sudah disampaikan dengan baik.

“Ilya harap tak timbul isu Ilya masuk ke kuil atau melakonkan watak gadis berketurunan India. Dalam filem ini pun lebih banyak tunjukkan budaya dan bukannya agama. Bukan bermakna bila Ilya berlakon jadi orang India, Ilya murtad. Ini bukannya isu sensitif kerana kami cuba tonjolkan nilai budaya Malaysia yang tinggi,” katanya yang lebih dikenali di kalangan peminat India.

Appalam turut menampilkan Afdlin Shauki, Jaclyn Victor, Shashi Taran dan Syarifah Amani. Karya pengarah terkenal ini mengimbau kehidupan dan corak penceritaan yang hampir sama dengan Papadom, namun lebih kepada sosial budaya kaum India di Malaysia.

FOTO oleh AHMAD ZAKKI B JILAN

Mangga Online

18
Nov

Razis Yang Lama Hilang

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Bekas penyanyi Razis Ismail sudah lama tak muncul dalam majlis berbau hiburan. Dia sememangnya mahu meninggalkan terus dunia seni. Razis kini menguruskan perniagaan makanan.

Malah apabila didekati media, Razis yang popular dengan lagu Mawar Bukan Milikku dan Kepulangan itu enggan lagi berbicara pasal dunia seni yang kini bukan lagi dunianya.

 

Kalau ada temu bual dengan pihak media pun, hanyalah bersama rakan wartawan otai yang sama-sama dengannya semasa dia masih aktif menyanyi dulu. Itupun ceritanya lebih menjurus kepada keluarga dan aktivitinya hari ini.

 

Tapi semasa Warner Music, syarikat rakaman yang pernah menaunginya mengadakan majlis pelancaran album Untaian Ilham Estetika Habsah Hassan yang turut memuatkan lagu-lagunya, kelibat Razis kelihatan.

Razis hadir sebagai memberi sokongan kepada album itu dan juga menghormati penulis lirik terkenal yang pernah menaikkan namanya melalui ilham lirik Kepulangan yang masih segar dan diminati sehingga kini walaupun penyanyinya sudah bersara awal sebagai anak seni.

Inilah dia Razis Ismail hari ini. Masih kacak dan cool orangnya.

 

 

 

 

Mangga Online

18
Nov

CINTA LOKASI Zarina – Ungku Ismail

Ditulis oleh Nonie
  
  

Syurga Ramadhan menemukan keduanya. Bermula hanya menjadi pasangan suami isteri, hubungan Zarina Zainordin dan Ungku Ismail Aziz mula berputik diluar lokasi. Enggan mengulas lanjut kisah perhubungan mereka, Zarina mengakui masih terlalu baru untuk mendedahkannya.

“Memang saya mengaku rapat dengan Ungku Ismail kami bertemu buat kali pertama menerusi Syurga Ramadhan. Namun hanya rapat sejak tiga bulan lepas. Mungkin juga boleh katakan cinta lokasi, namun bagi saya jika sudah jodoh kami nak buat macam mana.

“Walaupun dia lebih muda setahun dari saya, namun sikapnya yang matang dan soft spoken amat menyenangkan perhubungan kami. Semuanya masih di peringkat awal lagi, saya tak berani nak komen lebih lanjut. Tapi kami sudah berjumpa keluarga kedua belah pihak dan mereka merestui hubungan kami.

“Tak dinafikan wanita selalunya mahukan pasangan yang lebih tua, tapi kalau dah jodoh tak boleh nak kata apa. Umur hanyalah nombor.

“Saya pun sudah 26 tahun, kalau boleh hubungan yang dibina ini saya mahu bawa ke jinjang pelamin,” ujarnya yang digandingkan bersama kekasihnya dalam drama terbaru berjudul Saka Jentayu.

Kedua-duanya tidak mengelak atau menafikan hubungan mereka. Bagi Ungku Ismail sendiri, tiada apa yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan ramai. Berharap agar hubungan ini kekal sehingga ke alam perkahwinan, pelajar lepasan Mechanical Engineering dari Scotland ini lebih selesa sekiranya hubungan ini tidak mendapat publisiti meluas.

“Cukuplah kami amalkan simple relationship. Saya mengaku tertarik dengan Zarina sebab dia sempoi dan pandai membawa diri.

“Tak dinafikan kadang kala timbul masalah bila berlakon bersama sebab terbawa-bawa sehingga ke luar set. Namun masing-masing kena profesional bezakan tugas dan hubungan.

“Sebelum kahwin saya harap dapat stabilkan dulu karier sama ada dalam bidang kerjaya atau lakonan,” katanya yang tidak mempunyai masalah menjalin hubungan dengan wanita lebih berusia.

 

Mangga Online

10
Nov

Ziela Jalil Tak Mahu Fikir Soal Suami

Ditulis oleh Nonie
  
  

Bukan mudah hidup sebagai ibu tunggal, segala keperluan keluarga harus diuruskan dengan kudrat wanita yang tidak seberapa. Kehilangan suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob tiga tahun lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada Ziela Jalil dan dua anaknya iaitu Puteri Julia Nabilah, 18, dan Megat Jufri Nasrullah, 16.

“Saya memang tak ada masa untuk fikirkan soal lain terutama bab berkahwin lain. Lagipun mak saya baru lepas menjalani pembedahan 1 Oktober lalu kerana barah payudara. Saya harus uruskan segala keperluan dia dan anak-anak buat masa sekarang. Dulu waktu suami sakit, saya yang jaga dia. Sekarang adalah masa untuk menjaga mak saya pula.

“Bila kita jumpa orang baru dalam hidup, banyak benda yang harus difikirkan dan perlukan komitmen untuk menjaga hubungan tersebut. Saya rasa tak mampu untuk buat begitu pada masa sekarang. Keadaan lebih aman begini.

“Memang diakui susah bila tiada suami. Kalau ada masalah kita tak ada tempat untuk mengadu.

“Waktu kehilangan suami dulu, saya pernah terfikir bagaimana nak teruskan hidup tanpa dia. Tapi syukur anak-anak banyak beri semangat untuk lalui semua ini. Anak-anak tak pernah tunjukkan kesedihan di depan saya kerana tak mahu saya sedih,” ujarnya yang masih jelita pada usia 39 tahun.

Kembali Berlakon

Jika sebelum ini Ziela lebih selesa bekerja di belakang tabir dan jarang membuat kemunculan dalam drama atau filem, kali ini Ziela nekad menerima tawaran melakonkan watak Mak Wok dalam teater Natrah.

“Saya sendiri tak percaya akan berlakon dalam teater ini. Saya dah lama tak muncul dan tiba-tiba kena buat persembahan teater. Sebelum ini pernah juga dapat tawaran teater namun saya tolak sebab belum cukup bersedia.

“Risau juga dengan penerimaan orang, tambahan pula ini merupakan kali pertama saya berlakon teater. Tapi saya percaya Erma akan bantu pelakonnya untuk dapatkan hasil yang terbaik,” kata penerbit syarikat produksi Pena Creative ini.

Mangga Online