Skip to content

Archive for January 2011

31
Jan

Indra L. Bruggman Tolak Filem Seks

Ditulis oleh Rosli Manah
  
Melihat susuk dan gaya Indra L. Bruggman, pasti ramai yang tergoda. Memang dia pelakon bersusuk seksi. Malah pasti ada yang mahu lihat pelakon kacak itu dalam filem-filem hot. Apatah lagi semakin banyak filem hot di Indonesia sekarang.

Kalau ada yang menantikannya, lupakan saja. Sebabnya Indra tidak mahu menerima peranan yang memerlukannya membuka baju di layar perak. Apatah lagi berlakon dalam aksi panas. Pasti ada yang melopong kan?

“Beberapa bulan lalu saya dapat tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem. Setelah berbincang dan mengetahui filem itu ada unsur seks, saya menolaknya. Tak kisahlah kalau saya tak dapat tawaran berlakon kalau tawarannya sebegitu,” kata Indra kepada Mangga Online semasa ditemui di Jakarta baru-baru ini.

Indra mengakui dirinya sangat tegas dalam membuat keputusan. Bila dia mengatakan tidak, jawapannya tetap tidak. Tiada sebab untuk dia berlakon dalam filem sedemikian kerana dia bukanlah seorang pelakon yang terdesak menanti tawaran.

“Saya akui sudah lama tak berlakon sinetron. Bukannya tak ada tawaran, sebaliknya saya tak senang dengan situasi dunia perfileman di Indonesia sekarang. Saya nampak ada banyak yang tak kena.

“Sebab itu saya sendiri berjinak-jinak menjadi penerbit. Saya juga cuba mengarah dengan memulakannya dengan pengarahan klip video,” kata Indra atau nama penuhnya Indra Lesmana Bruggman.

Sinetron terakhirnya Bumi Dan Langit ditayangkan tahun lalu. Selepas itu Indra semakin fokus kepada bisnes. Dia bergerak melalui syarikatnya sendiri Soul Java. Sekarang dia sedang mengarah sebuah program masakan untuk tayangan stesen TV.

“Bila menjadi produser, banyak kerja yang kita kena buat. Paling mencabar bila kita terpaksa mencari penaja untuk menjayakan rancangan. Nampaknya nama saya yang dikenali membuatkan kerja-kerja itu jadi lebih mudah,” jelasnya Indra yang turut menjalankan perniagaan melalui Internet.

Nyanyi lagu lama

Sementara itu Indra akan muncul dengan sebuah album mini khas sebagai menghargai jasa penyanyi legenda Indonesia Ivo Nila Krisna tidak lama lagi.

Dia merakam semula lagu Aku Menangis. Selain Indra, album itu turut menampilkan Andy Soraya, Andreano Philip, Maya Kesuma, Baina Ivo dan Ivo sendiri.

“Sekiranya tiada aral pihak produksi akan memasarkannya di Malaysia juga. Sekiranya segalanya berjalan lancar, kami juga akan mengadakan promosi album ini di Malaysia,” kata aktor yang memiliki senyuman manis itu.

Indra pernah merakam dua single sebelum ini. Lagu-lagu pop yang ada suntikan muzik Arab sangat sesuai dengan dirinya. Lagu Aku Mahu Kahwin dan Tabu mendapat sambutan menggalakkan.

Mangga Online

28
Jan

Kamal Adli Enggan Berkahwin

Ditulis oleh wahida othman
  
Kisah percintaannya bersama pelakon popular, Intan Ladyana bukan rahsia lagi, malah sejak dua tahun yang lalu, baik Kamal Adli mahupun Intan, kedua-duanya sudah mula berkongsi perasaan mereka bersama media.
Dua tahun menjalinkan cinta, tidka banyak gosip mengenai hubungan pasangan selebriti ini. Tiada cerita ‘panas’ dan tiada juga berita ‘suam’ tentang perjalanan cinta mereka, kedua mereka kelihatan begitu serasi dalam memelihara keharmonian hubungan
itu.
Tiada gosip buruk mengenai hubungan mereka, tidak bermakna hubungan mereka sentiasa berada dalam keadaan stabil. Masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga tahun ini, jelas Kamal dia belum bersedia memikul
tanggungjawab sebagai seorang suami.
“Berkahwin bukan perkara yang mudah, banyak perkara perlu kita fikirkan terlebih dahulu sebelum merancang untuk memelihara anak orang. Untuk jangka masa terdekat ini, saya masih belum merancang untuk berkahwin, mungkin sua atau tiga tahun
nanti baru boleh difikirkan tentang perkara ini.
“Intan faham, malah dia sendiri tidak pernah bertanyakan tentang perkara ini.Lagipun saya lihat, Intan sudah mula jatuh cinta pada bidang lakonan secara sepenuhnya berbanding beberapa tahun dahulu, jadi saya tak rasa ini masa yang sesuai untuk
kami berkahwin.
“Saya dan Intan tidak pernah menyorokkan apa-apa mengenai hubungan kami, jika sudah sampai masanya saya akan beritahu semua peminat, tapi setakat ini memang masih tidak ada apa-apa perancangan,”jelasnya.
Belum Bertemu Keluarga Intan
Biarpun hubungan Intan dan Kamal sudah pun diketahui umum, namun menurut Kamal, dia masih berpeluang bertemu dengan keluarga Intan.
“Mungkin belum sampai masanya kami bertemu, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat bertemu keluarga Intan, begitu juga sebaliknya. Tapi kedua-dua kelurga ini sudah mengetahui tentang hubungan kami, kerana membacanya di akhbar-akhbar.
“InsyaAllah, jika ada masa dan bila sudah bersedia nanti, saya akan bertemu keluarganya untuk berbincang tentang hubungan ini dengan lebih lanjut,”cerita Kamal yang juga terbaibit dalam drama Gemilang di TV3.
Perkembangan Terbaru
Bertanyakan tentang aktiviti terbarunya, jelas Kamal dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Pertiga di bawah arahan Farid Kamil.
“Selepas habis penggambaran Gemilang, saya mula berada di lokasi Pertiga pula. Alhamdulillah, sekarang ini rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Dan sekarang ini, saya diuruskan oleh MIG, jadi jadual saya lebih teratur antara memilih filem
ataupun drama,”jelasnya lag

Kisah percintaannya bersama pelakon popular, Intan Ladyana bukan rahsia lagi, malah sejak dua tahun yang lalu, baik Kamal Adli mahupun Intan, kedua-duanya sudah mula berkongsi perasaan mereka bersama media.

Dua tahun menjalinkan cinta, tidak banyak gosip mengenai hubungan pasangan selebriti ini. Tiada cerita ‘panas’ dan tiada juga berita ‘suam’ tentang perjalanan cinta mereka, kedua mereka kelihatan begitu serasi dalam memelihara keharmonian hubungan itu.

Tiada gosip buruk mengenai hubungan mereka, tidak bermakna hubungan mereka sentiasa berada dalam keadaan stabil. Masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh tiga tahun ini, jelas Kamal dia belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Berkahwin bukan perkara yang mudah, banyak perkara perlu kita fikirkan terlebih dahulu sebelum merancang untuk memelihara anak orang. Untuk jangka masa terdekat ini, saya masih belum merancang untuk berkahwin, mungkin sua atau tiga tahun nanti baru boleh difikirkan tentang perkara ini.

“Intan faham, malah dia sendiri tidak pernah bertanyakan tentang perkara ini.Lagipun saya lihat, Intan sudah mula jatuh cinta pada bidang lakonan secara sepenuhnya berbanding beberapa tahun dahulu, jadi saya tak rasa ini masa yang sesuai untuk kami berkahwin.

“Saya dan Intan tidak pernah menyorokkan apa-apa mengenai hubungan kami, jika sudah sampai masanya saya akan beritahu semua peminat, tapi setakat ini memang masih tidak ada apa-apa perancangan,”jelasnya.

Belum Bertemu Keluarga Intan

Biarpun hubungan Intan dan Kamal sudah pun diketahui umum, namun menurut Kamal, dia masih berpeluang bertemu dengan keluarga Intan.

“Mungkin belum sampai masanya kami bertemu, disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat bertemu keluarga Intan, begitu juga sebaliknya. Tapi kedua-dua kelurga ini sudah mengetahui tentang hubungan kami, kerana membacanya di akhbar-akhbar.

“InsyaAllah, jika ada masa dan bila sudah bersedia nanti, saya akan bertemu keluarganya untuk berbincang tentang hubungan ini dengan lebih lanjut,”cerita Kamal yang juga terbaibit dalam drama Gemilang di TV3.

Perkembangan Terbaru

Bertanyakan tentang aktiviti terbarunya, jelas Kamal dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Pertiga di bawah arahan Farid Kamil.

“Selepas habis penggambaran Gemilang, saya mula berada di lokasi Pertiga pula. Alhamdulillah, sekarang ini rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus. Dan sekarang ini, saya diuruskan oleh MIG, jadi jadual saya lebih teratur antara memilih filem ataupun drama,”jelasnya lagi.

Mangga Online

27
Jan

David Teo ‘Kongsi’ Rezeki

Ditulis oleh wahida othman
  
Meraih keuntungan sebanyak RM42 juta sepanjang tahun 2010,menjadikan Metrowealth (MIG) menjadi antara syarikat produksi yang  berjaya memberi sumbangan besar dalam menjana ekonomi negara.
Menganggap tahun 2010 sebagai tahun kemuncakkan mereka di dalam industri ini, CEO syarikat MIG, David Teo melahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan yang dikecapi oleh MIG, para artis yang bernaung di bawah syarikatnya dan kakitangan yang banyak membantu.
Bukan sekadar kutipan filem yang membanggakan, perancangan MIG untuk membentuk modal insan daripada industri hiburan juga menunjukkan kejayaan yang membanggakan. Malah, SKim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan pada tahun 2007 sehingga kini telah berjaya mengumpulkan tujuh orang pengarah, dan enam daripadanya subah menyumbang kepada kutipan box Office.
Melihat pada pelbagai kejayaan yang diraih oleh syarikatnya tahun 2010 ini, seperti Ngangkung yang berjaya dicatatkan dalam Malaysian Book Of Records 2011 sebagai filem dengan kutipan Box-Office paling tinggi RM8.4 Juta, dan filem Adnan Sempit yang ditayangkan awal tahun lalu dengan kutipan RM7.8 Juta dan beberapa filem lain yang berjaya merangkul kutipan antara RM2 Juta sehingga RM5 Juta, David Teo bermurah hati menganjurkan malam penghargaan dan penyampaian bonus untuk artis dan kakitangan.
Bertanyakan David tentang perbelanjaannya untuk merealisasikan malam anugerah ini, dia menjelaskan apa yang diberikannya ikhlas untuk pekerja dan artis yang banyak membantu syarikatnya selama ini.
“Rezeki yang saya terima perlu dikongsi bersama, dan untuk malam ini semua berbelanjaan termasuk hadiah adalah sekitar RM4.5 Juta.
“Saya berterima kasih pada mereka, kerana tanpa usaha mereka, MIG tidak akan berjaya seperti sekarang,”jelas David.
Antara Senarai Penerima Bonus
1. Nor Azrilah binti Abdullah, berkhidmat sejak tahun 2003 menerima sebuah rumah Semi-D satu tingkat
2. Norul Ashikin binti Ismail, Kordinator Pemasaran, berkhidmat sejak 2005, menerima sebuah Semi-D satu tingkat
3. Eng Chong Sam, Penasihat Kesihatan, berkhidmat sejak 1998, menerima sebuah rumah Semi-D satu tingkat
4. Norazlina, Eksekutif Pemasaran, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat.
5. Azahari Abdul Hamid, Pengurus Promosi dan Perhubungan, menerima sebuah kereta Merc-Bend E200
6. Shaheizy Sam Abd.Samad, Pelakon, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej mengerjakan umrah sebanyak RM30 ribu.
7. Ismail Bob Hasim, Pengarah, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah kereta toyota Alparhd 3.5
8. Brain Ng, Pengarah Eksekutif Sound, berkhidmat sejak tahun 2003, menerima sebuah banglo
9. Farid Kamil, menerima RM30 ribu
10. Lisa Surihani, menerima RM15 ribu
11. Intan Ladyana, menerima RM15 Ribu
12. Ustaz Fauzan, menerima RM10 Ribu
13. Nora Danish, Menerima RM10 Ribu
14. Angah Raja Lawak, menerima RM10 Ribu
15. Puteri Mardiana, menerima RM 10 Ribu
16. Norliyana Shamsudin, menerima RM 10 Ribu
17. Azad, menerima RM10 Ribu
18. Cat Farish, menerima RM5 Ribu
Ucapan penerima bonus
Shaheizy Tak Sangka Dan Berterima Kasih
“Saya tak sangka penghargaan yang diberikan pada saya sebesar ini sebenarnya, malah saya tidak pernah terfikir akan diberikan hadiah sebegini rupa. Sebelum datang, saya memang terfikir mereka akan memberi hadiah dan bonus kepada saya dan artis-artis yang lain, tapi saya tidak menyangka ia sebesar ini.
“Ini rumah pertama saya, dan selain berterima kasih pada pihak MIG dan Mr David, saya juga berterima kasih banyak-banyak pada para penonton dan peminat yang meluangkan masa menonton filem-filem lakonan saya, dan kerana mereka semua jugalah saya menerima bonus sebegini.
“Setakat ini tiada perancangan untuk berpindah ke rumah itu sekiranya ia siap nanti,sebab saya sudah terbiasa duduk bersama keluarga dan agak susah untuk memulakan hidup sendiri,”jelas Shaheizy Sam
Farid Kamil
“Ini kali kedua saya terima bonus daripada MIG, dan saya rasa penghargaan yang diberikan oleh MIG  banyak memberi perangsang untuk kami melakukan yang lebih baik di masa hadapan.
“Jarang sekali syarikat produksi membuat perkara sebegini, jadi apabila diberi penghargaan sebegini, saya sangat bersyukur dan sangat berterima kasih pada MIG dan David Teo,”jelas Farid
Senarai Artis Yang Bernaung Di Bawah MIG
1. Shaheizy Sam
2.Lisa Surihani
3.Farid Kamil
4.Yana Samsuddin
5.Intan Ladyana
6.Fizo Omar
7.Kamal Adli
8. Diana Amir
9.Pierre Andre
10. Angah Raja Lawak
11. Along Cham
12.Fezrul Khan
13. Azad Jazmin
14.Adeline Anthony
15.Aeril Zafril
16. Zul Suphia’an
17.Putri Mardiana
18.Tuah Zoqarnain
19.Mon Ryanti
20.Adey
21.Shahfiez
22.Siti Chubby
23.Alex Yan
24.Boy Iman
25.Shasha Zurazie
26.Sasqia
27.Kamal Faridz
28.Nad Zainal
29.Tasha Aziz
30.Faith Zaki
31.Ery Zukhairi
32.Chloe
33.Ard
34.Azrul Anwar
35.Shima
36.Siti Aziz
37.Mimie Ernida
38.Hidayah Samsuddin
39.Fiffy Natasha
40.Wawa
41.Elmy Moin
42.Arien Yunus

6. Shaheizy Sam Abd.Samad, Pelakon, menerima sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej meng

erjakan umrah sebanyak RM30 ribu.

7. Ismail Bob Hasim, Pengarah, berkhidmat sejak tahun 2005, menerima sebuah kereta toyota Alparhd 3.5

8. Brain Ng, Pengarah Eksekutif Sound, berkhidmat sejak tahun 2003, menerima sebuah banglo

9. Farid Kamil, menerima RM30 ribu

10. Lisa Surihani, menerima RM15 ribu

11. Intan Ladyana, menerima RM15 Ribu

12. Ustaz Fauzan, menerima RM10 Ribu

13. Nora Danish, Menerima RM10 Ribu

14. Angah Raja Lawak, menerima RM10 Ribu

15. Puteri Mardiana, menerima RM 10 Ribu

16. Norliyana Shamsudin, menerima RM 10 Ribu

17. Azad, menerima RM10 Ribu

18. Cat Farish, menerima RM5 Ribu

Ucapan penerima bonus

Shaheizy Sam

“Saya tak sangka penghargaan yang diberikan pada saya sebesar ini sebenarnya, malah saya tidak pernah terfikir akan diberikan hadiah sebegini rupa. Sebelum datang, saya memang terfikir mereka akan memberi hadiah dan bonus kepada saya dan artis-artis yang lain, tapi saya tidak menyangka ia sebesar ini.

“Ini rumah pertama saya, dan selain berterima kasih pada pihak MIG dan Mr David, saya juga berterima kasih banyak-banyak pada para penonton dan peminat yang meluangkan masa menonton filem-filem lakonan saya, dan kerana mereka semua jugalah saya menerima bonus sebegini.

“Setakat ini tiada perancangan untuk berpindah ke rumah itu sekiranya ia siap nanti,sebab saya sudah terbiasa duduk bersama keluarga dan agak susah untuk memulakan hidup sendiri,”jelas Shaheizy Sam

Farid Kamil

“Ini kali kedua saya terima bonus daripada MIG, dan saya rasa penghargaan yang diberikan oleh MIG  banyak memberi perangsang untuk kami melakukan yang lebih baik di masa hadapan.

“Jarang sekali syarikat produksi membuat perkara sebegini, jadi apabila diberi penghargaan sebegini, saya sangat bersyukur dan sangat berterima kasih pada MIG dan David Teo,”jelas Farid

Senarai Artis Yang Bernaung Di Bawah MIG

1. Shaheizy Sam

2.Lisa Surihani

3.Farid Kamil

4.Yana Samsuddin

5.Intan Ladyana

6.Fizo Omar

7.Kamal Adli

8. Diana Amir

9.Pierre Andre

10. Angah Raja Lawak

11. Along Cham

12.Fezrul Khan

13. Azad Jazmin

14.Adeline Anthony

15.Aeril Zafril

16. Zul Suphia’an

17.Putri Mardiana

18.Tuah Zoqarnain

19.Mon Ryanti

20.Adey

21.Shahfiez

22.Siti Chubby

23.Alex Yan

24.Boy Iman

25.Shasha Zurazie

26.Sasqia

27.Kamal Faridz

28.Nad Zainal

29.Tasha Aziz

30.Faith Zaki

31.Ery Zukhairi

32.Chloe

33.Ard

34.Azrul Anwar

35.Shima

36.Siti Aziz

37.Mimie Ernida

38.Hidayah Samsuddin

39.Fiffy Natasha

40.Wawa

41.Elmy Moin

42.Arien Yunus

FOTO: HAFIZ JOHARI

New layer…

Mangga Online

24
Jan

Keluarga Restu Hubungan Ainul Aishah Dan Ben Daniel

Ditulis oleh wahida othman
  
Keluarga Restu Hubungan Ainul Aishah dan Ben Daniel
Biarpun sering kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikitpun melemahkan semangat pelakon yang kini juga bergelar penyanyi,
Ainul AIshah.
Pernah dikaitkan bercinta dengan vokalis kumpulan Hujan, Ainul Aisahah yang mesra di sapa Ain ini juga mengakui pernah
menjalinkan hubungan cinta bersama bekas gitaris band, Couple, Ojoe, namun malang baginya, apabila hubungan ini tidak seperti
yang diharapkan dan terputus dipertengahan jalan.
Tidak mahu menoleh kebelakang, kini Ain semakin bahagia bersama kekasih barunya, Ben Daniel. Biarpun masih belum merancang
untuk meneruskan hubungan itu ke ikatan yang lebih serius, Ain mengakui hubungan yang terjalin ini mendapat restu yang kuat
daripda keluarganya.
“Alhamdulillah, keluarga saya tidak menghalang hubungan kami, lagipun Ben sudah banyak kali berjumpa ibu bapa saya, dan
mereka merestui hubungan kami berdua.
“Kami masih belum berfikir untuk bertunang apatah lagi berkahwin, sebab masing-masing masih sibuk dengan kerjaya sendiri, dan
kami juga sebenarnya dalam proses mengenali hati budi masing-masing, tapi kami bersyukur kerana keluarga sangat memahami
keadaan kami sekarang.
“Saya suka Ben, sebab pada saya dia seorang yang sentiasa tenang, bijak dan adakalanya manja. Sebenarnya, saya sudah lama
mengenali Ben, iaitu sekitar tahun 2009, tapi ketika itu kami tidak begitu rapat, selepas saya putus cinta bersama Ojoe,
barulah saya mengenali Ben secara lebih serius,”jelas Ainul Aishah ketika ditemui di majlis pelancaran cawangan francais,
Tutti Fruitti milik keluarganya.
Tetap Berlakon
Memilih untuk menyanyi, Ainul bagaimanapun tidak pernah berniat untuk melupakan kerjaya sebagai pelakon. Sekadar untuk
mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian, Ainul juga berminat untuk mengusahakan perniagaan sekiranya dia mempunyai
kemampuan satu hari nanti.
“Apa pun bidang yang cuba saya ceburi, saya tetap dengan mahu kekal sebagai pelakon, kerana itu bidang pertama saya dalam
bidang seni ini.
“Tapi saya juga berhasrat untuk membuka perniagaan satu hari nanti, ialah, sampai bila saya akan diterima dalam bidang seni
ini? jadi saya harus mencari satu kerjaya lain untuk masa depan saya nanti.
“Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Cinta Bola musim kedua dan drama Begitulah Cinta, untuk slot Akasia di TV3, jadi
setakat ini saya tumpukan dulu perhatian saya dalam lakonan sambil memerhatikan perjalanan single kedua saya dimainkan di
radio,”jelasnya lagi.
Tutti Frutti
Bertemu di majlis pelancaran francais Tutti Frutti milik keluarga Ainul Aishah, bapanya menjelaskan, idea asal keluarga
mereka membuka perniagaan ini datangnya daripada Ainul sendiri.
“Idea untuk membuka francais timbul apabila saya sering ke kedai Tutty Fruitti dan melihat ramai yang menggemarkannya
juga.Jadi saya memberi tahu bapa saya dan setelah berbincang, mereka setuju dengan cadangan saya.
“Saya tidak mengambil sebarang bahagian dalam perniagaan ini, malah ia seratus peratus milik keluarga. Jadi bila ada masa
terluang barulah saya akan meluangkan masa di kedai,”jelas Ainul lagi.

Biarpun sering kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikitpun melemahkan semangat pelakon yang kini juga bergelar penyanyi, Ainul AIshah.

Pernah dikaitkan bercinta dengan vokalis kumpulan Hujan, Ainul Aisahah yang mesra di sapa Ain ini juga mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta bersama bekas gitaris band, Couple, Ojoe, namun malang baginya, apabila hubungan ini tidak seperti yang diharapkan dan terputus dipertengahan jalan.

Tidak mahu menoleh kebelakang, kini Ain semakin bahagia bersama kekasih barunya, Ben Daniel. Biarpun masih belum merancang untuk meneruskan hubungan itu ke ikatan yang lebih serius, Ain mengakui hubungan yang terjalin ini mendapat restu yang kuat daripada keluarganya.

“Alhamdulillah, keluarga saya tidak menghalang hubungan kami, lagipun Ben sudah banyak kali berjumpa ibu bapa saya, dan mereka merestui hubungan kami berdua.

“Kami masih belum berfikir untuk bertunang apatah lagi berkahwin, sebab masing-masing masih sibuk dengan kerjaya sendiri, dan kami juga sebenarnya dalam proses mengenali hati budi masing-masing, tapi kami bersyukur kerana keluarga sangat memahami keadaan kami sekarang.

“Saya suka Ben, sebab pada saya dia seorang yang sentiasa tenang, bijak dan adakalanya manja. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Ben, iaitu sekitar tahun 2009, tapi ketika itu kami tidak begitu rapat, selepas saya putus cinta bersama Ojoe, barulah saya mengenali Ben secara lebih serius,”jelas Ainul Aishah ketika ditemui di majlis pelancaran cawangan francais, Tutti Fruitti milik keluarganya.

Tetap Berlakon

Memilih untuk menyanyi, Ainul bagaimanapun tidak pernah berniat untuk melupakan kerjaya sebagai pelakon. Sekadar untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian, Ainul juga berminat untuk mengusahakan perniagaan sekiranya dia mempunyai kemampuan satu hari nanti.

“Apa pun bidang yang cuba saya ceburi, saya tetap dengan mahu kekal sebagai pelakon, kerana itu bidang pertama saya dalam bidang seni ini.

“Tapi saya juga berhasrat untuk membuka perniagaan satu hari nanti, ialah, sampai bila saya akan diterima dalam bidang seni ini? jadi saya harus mencari satu kerjaya lain untuk masa depan saya nanti.

“Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Cinta Bola musim kedua dan drama Begitulah Cinta, untuk slot Akasia di TV3, jadi setakat ini saya tumpukan dulu perhatian saya dalam lakonan sambil memerhatikan perjalanan single kedua saya dimainkan di radio,”jelasnya lagi.

Tutti Frutti

Bertemu di majlis pelancaran francais Tutti Frutti milik keluarga Ainul Aishah, bapanya menjelaskan, idea asal keluarga mereka membuka perniagaan ini datangnya daripada Ainul sendiri.

“Idea untuk membuka francais timbul apabila saya sering ke kedai Tutty Fruitti dan melihat ramai yang menggemarkannya juga.Jadi saya memberi tahu bapa saya dan setelah berbincang, mereka setuju dengan cadangan saya.

“Saya tidak mengambil sebarang bahagian dalam perniagaan ini, malah ia seratus peratus milik keluarga. Jadi bila ada masa

terluang barulah saya akan meluangkan masa di kedai,”jelas Ainul lagi.

Mangga Online

24
Jan

Konflik Dan Kehidupan Remaja Di Dalam KLIK!

Ditulis oleh wahida othman
  
Astro Ceria membuka tirai tahun baru 2011 dengan menampilkan drama terbaru yang sesuai untuk tontonan para remaja, memberi judul Klik! rancangan yang bakal berlangsung pada setiap hari Ahad jam 10.30 pagi ini telah pun disiarkan bermula 9 Januari lalu.

Menceritakan tentang kehidupan sekumpulan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, drama bersiri terbitan MIG Sdn Bhd ini bukan sahaja berkonsepkan santai dan menghiburkan tetapi ia juga mengupas persoalan dalam lingkungan remaja seperti persaingan sewaktu belajar dan kemahuan untuk dikenali dan menjadi pujaan ramai.

“Drama bersiri ini bukan sahaja memberi hiburan, malah menunjukkan kisah hidup sekumpulan remaja ini secara tidak langsung dapat memberi pengajaran bermakna kepada para penonton.

“Kehadiran Klik sememangnya tepat pada masanya memandangkan golongan remaja sering menjadi kebimbangan masyarakat dan sering dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral seperti ponteng sekolah, merempit, menghisap dadah dan pelbagai lagi.

“Dan memandangkan drama berkaitan pelajar sekolah jarang-jarang sekali menemui penonton, maka pihak Astro CERIA yakin drama seperti ini mampu menarik perhatian golongan remaja,”jelasnya lagi.

Drama komedi ini dilakonkan oleh Ariel Zafril sebagai Redwan, Zoey (Ameer) Erin Malik (Elisya), Fifi (Alia) dan ramai lagi. Biarpun kebanyakkan pelakonnya masih baru di dalam bidang lakonan ini, namun bakat lakonan mereka sangat mengkagumkan.

Masing-masing mempunyai karakter istimewa yang tersendiri dan mampu menghayati watak yang diberikan dengan baik sekali.

Ariel Zafrin Idam Watak Jahat

Dia memiliki wajah yang kacak,namun melihat pada susuk tubuhnya yang agak kecil berbanding pelakon-pelakon lain, ia menjadi punca mengapa Ariel Zafrin sering di beri watak kanak-kanak dan remaja.

Biarpun pada dasarnya dia sangat bersyukur atas segala tawaran yang diberikan kepadanya, namun jauh di sudut kecil hati lelaki ini mengidamkan satu watak yang kuat seperti watak dewasa yang jahat.

“Alhamdulillah, tawaran lakonan semakin hari semakin banyak dan saya sangat bersyukur apabila peminat mula menerima saya dalam dunia lakonan ini. Dalam keadaan yang masih mentah, saya tidak mahu terlalu memilih watak yang di tawarkan, namun jauh di dalam hati saya, teringin juga mahu membawakan watak-watak lelaki dewasa ataupun watak jahat kerana ia lebih menguji kekuatan lakonan.

“Dalam drama Klik ini saya membawa watak seorang pelajar sekolah menengah, Redhuan  yang degil dan nakal, namun di sisi lain juga, saya merupakan pelajar harapan sekolah, yang sangat cerdik dan pintar,”jelas Ariel.

FOTO: NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Mangga Online

21
Jan

Heliza Helmi Production Bermasalah?

Ditulis oleh wahida othman
  
HELIZA HELMI PRODUCTION BERMASALAH?
Belum pun sempat berusia setahun, syarikat milik bintang Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi ini dikatakan sudah mula goyang dan bermasalah.
Heliza Helmi Production atau singkatannya HHP, sebuah syarikat yang merupakan sebuah syarikat produksi filem, album dan majlis hiburan ini baru sahaja dilancarkan pada awal Jun lalu dikhabarkan sedang mengalami masalah dalaman yang teruk sehingga menyebabkan ramai daripada pekerjanya berhenti.
Pernah menyangkal dakwaan di taja oleh seseorang VIP, untuk membuka syarikat ini, Heliza sekali lagi menyangkal gosip yang mengatakan syarikatnya bakal ditutup tidak lama lagi.
“Saya tak nafikan, ada beberapa pekerja berhenti daripada HHP, tapi bukanlah dalam kuantiti yang ramai. Keluar masuk pekerja adalah perkara normal bagi sesebuah syarikat, sekiranya pekerja saya mempunyai tawaran yang lebih baik daripada syarikat lain, saya tidak menghalang mereka untuk menerimanya.
“HHP masih seperti dahulu, masih berjalan dengan biasa dan tidak ada sebarang masalah dalaman seperti yang digembar-gemburkan. Masih ramai lagi pekerja yang membantu saya menerajui syarikat ini, dan kami semua sudah seperti sebuah keluarga.
“Walaupun belum sampai setahun, tapi Alhamdulillah, prestasi HHP semakin meningkat, dan saya berbangga dengan pencapaian ini,”jelas Heliza Helmi.
Terlalu cerewet
Menyambung penjelasannya, Heliza juga menafikan dirinya terlalu cerewet dan tegas dalam melayan kerenah pekerjanya, yang mana ia dikatakan menjadi punca ramai pekerja HHP meletakkan jawatan mereka.
“Itu saya tak boleh nak bagi jawapan, kerana ia seharusnya ditanyakan kepada pekerja saya sendiri.
“Tapi, sekiranya benar saya terlalu tegas ataupun cerewet, saya rasa semua pekerja sudah berhenti, tapi tidak, masih ada lagi yang setia menemani saya di HHP.
“Kadang-kadang, saya yang suruh mereka berehat dahulu kerana terlalu asyik dengan tugas mereka, jadi saya tak rasa perbuatan saya itu terlalu tegas,”jelas Heliza.
Bercinta dan berkahwin
Berperwatakan sopan, mempunyai kerjaya yang mantap dan popular, itu sudah cukup membuatkan Heliza menjadi seorang wanita yang mempunyai pakej lengkap di mata seorang lelaki.
Namun, ketika menebak hatinya dengan persoalan cinta dan perkahwinan, jelas Heliza, dia sememangnya menanti kehadiran saat bahagia itu, namun sehingga kini masih belum berkesempatan untuk mencari teman istimewa.
“Sebelum ini saya di gosipkan akan bertunang dengan Hafiz Hamidun, tapi sebenarnya itu hanya salah faham. Saya tak ramai kawan lelaki, dan mungkin kerana saya rapat dengan Hafiz, jadi ramai yang anggap kami bercinta dan bakal bertunang.
“Hafiz banyak mengajar saya soal perniagaan, jadi kami sering berjumpa, namun saya tidak pernah bertemunya secara sendirian.
“Soal cinta, memang saya mahu bercerita tentangnya, tapi setakat ini saya masih belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang istimewa. Siapa yang tak mahu bercinta, saya juga begitu, tapi apa nak buat, jodoh masih belum sampai lagi,”luah Heliza.
FOTO: NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Belum pun sempat berusia setahun, syarikat milik bintang Akademi Fantasia musim ke-5, Heliza Helmi ini dikatakan sudah mula goyang dan bermasalah.

Heliza Helmi Production atau singkatannya HHP, sebuah syarikat yang merupakan sebuah syarikat produksi filem, album dan majlis hiburan ini baru sahaja dilancarkan pada awal Jun lalu dikhabarkan sedang mengalami masalah dalaman yang teruk sehingga menyebabkan ramai daripada pekerjanya berhenti.

Pernah menyangkal dakwaan di taja oleh seseorang VIP, untuk membuka syarikat ini, Heliza sekali lagi menyangkal gosip yang mengatakan syarikatnya bakal ditutup tidak lama lagi.

“Saya tak nafikan, ada beberapa pekerja berhenti daripada HHP, tapi bukanlah dalam kuantiti yang ramai. Keluar masuk pekerja adalah perkara normal bagi sesebuah syarikat, sekiranya pekerja saya mempunyai tawaran yang lebih baik daripada syarikat lain, saya tidak menghalang mereka untuk menerimanya.

“HHP masih seperti dahulu, masih berjalan dengan biasa dan tidak ada sebarang masalah dalaman seperti yang digembar-gemburkan. Masih ramai lagi pekerja yang membantu saya menerajui syarikat ini, dan kami semua sudah seperti sebuah keluarga.

“Walaupun belum sampai setahun, tapi Alhamdulillah, prestasi HHP semakin meningkat, dan saya berbangga dengan pencapaian ini,”jelasnya yang merehatkan dahulu bidang lakonan, untuk memberi tumpuan pada perniagaan.

Terlalu cerewet

Menyambung penjelasannya, Heliza juga menafikan dirinya terlalu cerewet dan tegas dalam melayan kerenah pekerjanya, yang mana ia dikatakan menjadi punca ramai pekerja HHP meletakkan jawatan mereka.

“Itu saya tak boleh nak bagi jawapan, kerana ia seharusnya ditanyakan kepada pekerja saya sendiri.

“Tapi, sekiranya benar saya terlalu tegas ataupun cerewet, saya rasa semua pekerja sudah berhenti, tapi tidak, masih ada lagi yang setia menemani saya di HHP.

“Kadang-kadang, saya yang suruh mereka berehat dahulu kerana terlalu asyik dengan tugas mereka, jadi saya tak rasa perbuatan saya itu terlalu tegas,”jelas Heliza.

Bercinta dan berkahwin

Berperwatakan sopan, mempunyai kerjaya yang mantap dan popular, itu sudah cukup membuatkan Heliza menjadi seorang wanita yang mempunyai pakej lengkap di mata seorang lelaki.

Namun, ketika menebak hatinya dengan persoalan cinta dan perkahwinan, jelas Heliza, dia sememangnya menanti kehadiran saat bahagia itu, namun sehingga kini masih belum berkesempatan untuk mencari teman istimewa.

“Sebelum ini saya di gosipkan akan bertunang dengan Hafiz Hamidun, tapi sebenarnya itu hanya salah faham. Saya tak ramai kawan lelaki, dan mungkin kerana saya rapat dengan Hafiz, jadi ramai yang anggap kami bercinta dan bakal bertunang.

“Hafiz banyak mengajar saya soal perniagaan, jadi kami sering berjumpa, namun saya tidak pernah bertemunya secara sendirian.

“Soal cinta, memang saya mahu bercerita tentangnya, tapi setakat ini saya masih belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang istimewa. Siapa yang tak mahu bercinta, saya juga begitu, tapi apa nak buat, jodoh masih belum sampai lagi,”luah Heliza.

FOTO: NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Mangga Online

19
Jan

Farish Bawa Cinta Monyet Ke Jenjang Pelamin

Ditulis oleh wahida othman
  
Mengikat tali pertunangan pada 26 September tahun lalu, kini pelakon dan pengacara, Farish Aziz bersedia untuk bergelar suami.
Bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari ini, menurut Farish dia dan tunangnya, Zahrah akan dinikahkan pada 18 Februari di Sabah.
Mengakui sedang sibuk dengan pelbagai persiapan perkahwinan, Farish kini merehatkan diri daripada sebarang aktiviti seni.
“Banyak tawaran lakonan dan pengacaraan terpaksa saya tolak kerana harus menumpukan perhatian pada persiapan perkahwinan.
“Dari segi hantaran dan gubahannya, keluarga saya uruskan di sana. Tapi, saya masih sibuk menguruskan hal-hal kecil seperti membuat ujian saringan HIV dan tempahan pakaian.
“Kami sudah 14 tahun bercinta, iaitu daripada kami berusia 13tahun dan bersekolah di tingkatan satu, Alhamdulillah, walaupun ramai yang kata, cinta di zaman sekolah dahulu hanya cinta monyet, tapi saya dan Zahrah berjaya kekalkannya sampai ke jinjang pelamin.
“Saya tak ada apa-apa petua untuk mengekalkan hubungan ni, hanya mungkin kami saling memahami dan boleh menerima keadaan masing-masing, ia menjadikan cinta kami kuat,”jelas Farish.
Jarak Jauh
Terpaksa tinggal berjauhan, biarpun sudah bergelar suami isteri nanti, jelas Farish dia terpaksa meninggalkan isterinya selama lebih kurang setahun kerana faktor pekerjaan mereka.
“Zahrah baru bekerja di Sabah, dan sebagai peguam, susah untuk dia berpindah ke Kuala Lumpur dengan keadaan segera, dan saya pula terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk teruskan kerjaya.
“Pada saya, itu bukan masalah besar bagi kami, sebab sewaktu bercinta juga kami sudah mula bercinta jarak jauh.
“Lagipun, Kuala Lumpur dan Sabah sekarang ini tidaklah terlalu jauh kerana kita sudah ada perkhidmatan penerbangan,”cerita Farish.
Persandingan
Bakal mengayakan busana milik Rizman Ruzaini sepanjang majlis persandingan dan pernikahan, jelas Farish, tiada majlis resepsi di rancang di Kuala Lumpur.
“Kami akan buat satu majlis sahaja di sana, dan tiada majlis di Kuala Lumpur dan kami meminta perkhidmatan Rizman Ruziani untuk majlis persandingan dan pernikahan nanti.
“Saya harap, ia akan berlangsung dengan sempurna dan mengharap peminat akan tetap menyokong saya biarpun sudah berkahwin nanti,”jelas Farish yang popular dengan siri, Kau dan Aku di Astro Ria.

Mengikat tali pertunangan pada 26 September tahun lalu, kini pelakon dan pengacara, Farish Aziz bersedia untuk bergelar suami. Dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan Zahrah pada 19 Februari ini di negeri kelahiran mereka, Sabah.

Mengakui sedang sibuk dengan pelbagai persiapan perkahwinan, Farish kini merehatkan diri daripada sebarang aktiviti seni.

“Banyak tawaran lakonan dan pengacaraan terpaksa saya tolak kerana harus menumpukan perhatian pada persiapan perkahwinan.

“Dari segi hantaran dan gubahannya, keluarga saya uruskan di sana. Tapi, saya masih sibuk menguruskan hal-hal kecil seperti membuat ujian saringan HIV dan tempahan pakaian.

“Kami sudah 14 tahun bercinta, iaitu daripada kami berusia 13 tahun dan bersekolah di tingkatan satu, Alhamdulillah, walaupun ramai yang kata, cinta di zaman sekolah dahulu hanya cinta monyet, tapi saya dan Zahrah berjaya kekalkannya sampai ke jenjang pelamin.

“Saya tak ada apa-apa petua untuk mengekalkan hubungan ni, hanya mungkin kami saling memahami dan boleh menerima keadaan masing-masing, ia menjadikan cinta kami kuat,” jelas Farish.

Dugaan Cinta Jarak Jauh

Terpaksa tinggal berjauhan, biarpun sudah bergelar suami isteri nanti, jelas Farish dia terpaksa meninggalkan isterinya selama lebih kurang setahun kerana terikat dengan kerja masing-masing.

“Zahrah baru jadi peguam di Sabah  dan susah untuk dia berpindah ke Kuala Lumpur dengan segera. Saya pula terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk teruskan kerjaya.

“Pada saya, itu bukan masalah besar bagi kami, sebab sewaktu bercinta juga kami sudah mula bercinta jarak jauh.

“Lagipun, Kuala Lumpur dan Sabah sekarang ini tidaklah terlalu jauh dan makin banyak jadual penerbangan,”cerita Farish.

Hanya majlis di Sabah

Bakal mengayakan busana milik Rizman Ruzaini sepanjang majlis persandingan dan pernikahan nanti. Kata Farish, mereka rak rancang untuk buat resepsi di Kuala Lumpur.

“Kami akan buat satu majlis sahaja di sana dan saya harap ia akan berlangsung dengan sempurna dan mengharap peminat akan tetap menyokong saya biarpun sudah berkahwin nanti,” jelas Farish yang popular dengan siri, Kau dan Aku di Astro Ria.

Foto: NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Mangga Online

19
Jan

Irwansyah Tak Sempat Cuti Selepas Kahwin

Ditulis oleh Rosli Manah
  
Empat hari bernikah, Irwansyah sudah kembali bekerja bagi mempromosikan filem terbarunya Love Story Selasa lalu. Dia bernikah dengan Zaskia Sungkar pada 15 Januari lalu dalam satu majlis yang meriah.

Tak sempat nak berbulan madu dulu ke. Maklumlah filem itu bakal menemui penonton dalam masa terdekat. Zaskia turut menyokong sang suami dengan hadir pada majlis promosi filem itu di Planet Hollywood, Jakarta.

Dalam dalam filem ini, Irwan kembali bercinta dengan mantan pacarnya, Acha Septriasa. Bagi kedua-duanya, inllah filem terakhir mereka. Mereka tidak mahu berganding lagi kerana tak mahu timbul cerita kurang enak.

“Mungkin ini filem terakhir buat kita berdua. Jadi kita pasti akan kecewa kalau hasilnya nanti tidak baik. Kerana itu aku harapkan peminat akan menerimanya. Kami sudah berlakon sepenuh hati,” kata Acha.

Irwan juga mengakui telah berusaha memastikan filem cinta romantik lakonan mereka akan mendapat sambutan hangat.

“Kita berusaha untuk mengetepikan semua (masalah) untuk filem ini. Kita mahu mengerjakan filem ini secara penuh hati kerana ini filem terakhir buat kita berdua,” ujar Irwansyah pula.

Dalam Love Story Acha dan Irwan memang tampil begitu mesra seperti pasangan kekasih yang sedang dimabuk cinta. Kedua-duanya tak menjaga jarak sedikit pun.

“Kita sudah saling mengerti bahawa di filem pasti harus profesional. Lagi pula ini filem terakhir, mainnya harus bagus,” ujar Acha.

Zaskia tidak tersinggung apabila menonton filem tersebut semasa diadakan tayangan perdana. Sebagai artis dia faham tugas suaminya yang bermain filem.

“Yang namanya filem itukan ada adegan tertentu yang romantis. Menurut saya, itu biasa dan saya harus berjiwa besar menerimanya,” kata Zaskia.

Dalam filem ini Irwansyah berlakon sebagai Galih, lelaki yang realistik yang tinggal di desa bersama ibunya seorang tukang jahit. Galih kemudian memutuskan untuk pindah ke Bandung. Namun selang beberapa waktu akhirnya Galih memutuskan kembali ke kampung itu untuk melamar Rantih.

Sebelum melamar dia ingin Rantih percaya bahawa cinta bisa mengalahkan mitos-mitos itu.

“Iya karakter Galih di sini sangat unik namun memiliki kemahuan dan rasa cinta yang besar terhadap Rantih. Awalnya saya belum diajak dan dilibatkan dalam filem ini. Pengarahnya, Mas Hanny banyak casting pelakon lain juga dan akhirnya saya dipilih. Alhamdulillah saya diberi kepercayaan,” kata Irwan.

Puji Zaskia di dapur

Usia pernikahan mereka baru berjalan kurang seminggu, tapi Irwansyah sudah merasakan nikmatnya berumah tangga.

“Sekarang ada orang melayan, tentu enak saja,” kata Irwan apabila ditanya kondisi selepas bergelar suami.

Sambung Irwan, saat bangun tidur, sudah tersedia nasi goreng untuk sarapannya. Pastinya beza sewaktu dia hidup membujang.

“Bangun tidur… sudah dihidangkan nasi goreng. Dia pintar masak juga tau,” puji Irwan pasal nasi goreng Zaskia.

Mangga Online

13
Jan

Baim Wong Pernah Lupa Diri

Ditulis oleh Rosli Manah
  
Peminat sinetron Indonesia pasti mengenali pelakon Baim Wong yang banyak sekali membintangi sinetron yang ditayangkan di kaca TV Malaysia.

Pelakon yang diikat oleh studio Sinema Arts itu menghangatkan sinetron Solehah, Benci Bilang Cinta, Bukan Diriku dan terbaru Kejora dan Bintang di Astro Ria. Baim juga ada ramai peminat di Malaysia.

Baim dibawa ke Malaysia oleh Astro Ria bagi mempromosikan Kejora Dan Bintang. Dalam pertemuan dengan media, Baim mengaku dia pernah lupa diri dan sombong kerana tersuntik glamor. Mengapa jadi macam itu?

Kata Baim: “Saya mula berlakon sejak tahun 2001 dan berhenti berlakon pada tahun 2003 kerana berasakan lakonan bukanlah dunia saya. Saya tak suka dengan apa yang saya lakukan sebab itulah saya berhenti berlakon.

“Pada tahun 2005 saya kembali berlakon menerusi sinetron Benci Bilang Cinta dan sehingga sekarang saya berlakon tanpa henti. Ada orang tanya, apakah yang seronoknya menjadi selebriti? Bagi saya, kebaikannya ialah ada orang yang memerhatikan kita.

“Saya akui saya sempat menjadi seorang yang lupa diri dan sombong semasa nama saya sedang popular selepas kejayaan Benci Bilang Cinta. Nasib baik ada kawan saya yang menegur saya apabila dia melihat tingkah laku saya tak seperti sebelum itu.

“Bila ditegur, saya mulai sedar yang saya sudah berubah dan dengan teguran itu saya mengubah diri dan kembali seperti diri saya sebelum itu.”

Baim, 29, yang berdarah kacukan Cina dan Sunda itu juga mengatakan dia menjadikan lakonan hariannya sebagai satu proses pembelajaran dalam hidup dan dalam menajamkan lakonan. Dia tidak mendapat pendidikan formal dalam lakonan sebaliknya belajar dengan pelakon senior.

“Kesempatan bertemu pelakon senior seperti Deddy Mizwar dan Christine Hakim saya gunakan untuk belajar ilmu daripada mereka,” kata Baim yang sopan berbicara.

Berlakon macam gila

Baim akui persaingan sengit sesama rumah produksi dan stesen televisyen di Indonesia yang mahu menghasilkan drama yang mendapat sambutan, membuatkan mereka bekerja bagai nak gila sehingga tidak boleh bercuti.

“Kami berlakon setiap hari. Malah ketika kami yang terpaksa menjalani penggambaran sebelah siang untuk tayangan pada malamnya. Kita terpaksa memikulnya sebagai satu tanggungjawab.

“Kalau kita gagal penuhi kehendak itu kita akan melibatkan banyak pihak termasuk jadual artis lain dan pihak produksi juga boleh dikenakan denda oleh stesen TV kalau tak dapat siapkannya. Sebab itu kalau tak sihat sekalipun, kita  terpaksa gagahkan diri ke lokasi.

“Saya baru tamat penggambaran sinetron Lagu Cinta Nirmala. Bayangkan dalam masa sebulan kita kena siapkan 57 episod. Pihak produksi hanya ada masa selama sebulan sahaja kerana heroinnya Alyssa Soebandono terpaksa kembali ke Australia. Dia masih belajar di sana. Sebab itu sekarang saya ada masa rehat sikit,” kata Baim.

Bila-bila masa boleh kahwin

Sinetron  Kejora Dan Bintang yang dihasilkan pada tahun 2009 adalah gandingan pertama Baim dan Alyssa Soebandono. Sebelum ini Baim selalu digandingkan dengan bekas kekasihnya Marshanda.

“Alhamdulillah peminat menerima gandingan kami sebab itu produksi terus menggandingkan kami dalam beberapa sinetron.

“Di Indonesia kejora Dan Bintang mendaat sambutan yang menggalakkan dan saya harap peminat di Malaysia juga akan menyukainya,” jelas Baim yang kini solo tanpa teman wanita disisi.

Ditanya pasal kahwin, Baim tanpa berselindung mengatakan dia sentiasa bersedia kahwin kalau bertemu jodoh. Hubungannya dengan Marshanda putus pada tahun 2008 setelah tiga tahun bercinta. Cintanya dengan Yessy Wang juga sudah putus kerana perbezaan agama.

“Saya solo… kalau ada calon bila-bila masa saja saya akan kahwin,” kata Baim serius.

Kejora Dan Bintang akan ditayangkan di Astrio Ria mulai 25 Januari ini pada pukul 6.30 petang. Drama 72 episod itu turut menampilkan Lucky Perdana, Rachel Amanda, Mieke Wijaya dan ramai lagi.

Tak sangka popular di Malaysia

Baim mengakui terkejut bila melihat kehadrannya dalam acara tayangan perdana Kejora Dan Bintang di Cathay Cineplex, eCurve, Damansara dihadiri ramai peminat, malah mereka menunggunya sejak awal lagi.

“Saya tak sangka sambutan peminat begitu sekali. Saya pernah datang bercuti di Kuala Lumpur dua tahun lalu, tak ada orang kenalpun pada masa itu. Hari ini saya lihat ramai sekali peminat,” katanya yang terkejut apabila ahli kelab peminat turut membawa hadiah bersama-sama.

Kelab peminat Baim Wong diwujudkan oleh peminatnya di Malaysia. Mereka juga mencipta akaun twitter kelab peminat Baim Wong Malaysia.

Bisnes restoran

Baim kini bergelar usahawana apabila membuka restoran. Setelah berjaya dengan restoran Oh La La, dia kini membuka pula Restoran Bakmilicious di Jakarta.

“Saya baru membuka Bakmilicious sebulan lalu. Setakat ini hanya ada di Jakarta. Insya-Allah saya akan mengembangkannya secara francais. Saya ingin membesarkan rangkaiaan restoran yang menyediakan aneka masakan mi ini,” katanya.

Baim sendiri turut menguruskan restoran kalau dia ada masa lapang kerana mahu memastikan restorannya berjaya dan berkembang.

Mangga Online

11
Jan

Ummi Nazeera ‘Panas’ Bersama Remy Ishak

Ditulis oleh wahida othman
  
Usia penglibatannya dalam bidang seni tidaklah terlalu lama, malah setakat ini tiada lagi anugerah yang berada dalam genggamannya. Namun, populariti dan perhatian yang diberikan kepada pelakon yang pernah popular menerusi siri drama popular, Nur Kasih ini sungguh luar biasa sekali.

Sama seperti artis-artis lain, pelakon  yang semakin meningkat naik Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin atau mesra di sapa Ummi Nazeera ini juga tidak ketinggalan di himpit kontroversi. Malah ekoran kontroversinya bersama aktor popular, Remy Ishak awal tahun 2010 yang lalu juga, dikatakan menjadi punca, Umi membawa hatinya ke luar negara.

Membawa diri ke Melbourne, Australia dengan alasan menyambung pelajarannya di bidang media awal tahun lalu, Ummi mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada bidang lakonan.

Bertemu di majlis sambutan hari lahir Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini, Mangga Online berkesempatan bertanyakan tentang perkembangan terbaru Ummi yang sudah hampir setahun mendiamkan diri daripada media.

Walaupun mengakui masih berminat untuk kembali berlakon semula, Ummi bagaimanapun masih belum bersedia untuk kembali beraksi di hadapan lense camera, lebih-lebih lagi jika diundang untuk berlakon bersama pasangan kontroversinya, Remy Ishak.

“Saya tidak terfikir lagi bila saya akan berlakon semula, jadi bagaimana saya mahu berlakon dengannya?

“Sekiranya selepas ini saya memulakan semula kerjaya saya dalam bidang ini, sebolehnya saya akan elakkan daripada berlakonnya. Saya tidak boleh berlakon dengannya semula kerana kami berdua sememangnya ‘panas’ bila bersama.

“Panas yang saya maksudkan bukanlah bermaksud saya dan dia sudah tidak boleh berbaik semula, tetapi antara kami tidak boleh bergandingan bersama, kerana ada aura ‘panas’.

“Saya tidak pernah merajuk dengan dunia hiburan di malaysia, apatah lagi mahu terus berhenti daripada berlakon, sekiranya di beri peluang lagi, saya masih mahu berlakon di bawah arahan Khabir Bahtia,” jelas Ummi yang akan menyambung pelajarannya dalam bidang perniagaan diperingkatkan ijazah.

Suka Lelaki Melayu

Walaupun sentiasa di dampingi oleh ramai lelaki daripada pelbagai bangsa di Melbourne, Australia, jelas Ummi dia masih memilih lelaki melayu untuk di jadikan kekasihnya satu hari nanti.

“Di mana pun saya berada, saya masih meminati lelaki berbangsa melayu. Tetapi malangnya, sehingga sekarang saya masih belum menemui lelaki yang benar-benar istimewa di dalam hati.

“Di sana saya berkawan dengan ramai orang,tidak kira bangsa dan agama. tetapi kerana terlalu sibuk dengan pelajaran, saya tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta,” cerita Ummi Nazeera.

Ummi Nazeera  ’panas’ Bersama Remy Ishak