Penat Lelah Nikita Willy Berbaloi
Ditulis oleh Rosli Manah
Penat lelah pelakon drama bersiri Safa Dan Marwah, Nikita Willy bergegas ke lokasi selepas pulang dari sekolah berbaloi apabila terus mengungguli kategori aktres pilihan dalam Panasonic Gobel Awards 2011 pada 25 Mac lalu.
Dia mengetepikan saingan lain yang tak kurang popular iaitu Shireen Sungkar, Agnes Monica, Asmirandah dan Naysilla Mirdad. Anugerah tahunan itu menilai melalui undian peminat.
“Penat lelah saya akhirnya berbaloi dengan kemenangan ini. Saya hanya sempat tidur lima jam sahaja dalam sehari kerana perlu shooting dan ke sekolah,” kata Nikita kepada media selepas menerima anugerah dalam majlis yang diadakan di Ballroom XXI, Jakarta Theatre, Jakarta itu. Mangga Online juga turut meliput acara itu.
Nikita, 17, memang bekerja keras ke lokasi, apatah lagi drama bersiri lakonannya Putri Yang Ditukar sedang ditayangkan di TV. Bermakna setiap hari dia harus ke lokasi menjalani penggambaran. Drama itu juga terpilih sebagai Drama Bersiri Pilihan.
“Kalau ada kerja rumah saya akan menyiapkan di lokasi,” kata Nikita yang juga mengupah guru tuisyen sehingga ke lokasi.
Nikita yang berlakon sejak kanak-kanak itu menganggap kemenangan itu sebagai pemberi sokongan kepadanya untuk bekerja lebih baik pada masa akan datang.
Harga naik?
Sebelum ini Nikita dilaporkan menerima bayaran yang tinggi untuk setiap episod pembabitannya dalam drama bersiri.
Ditanya sama ada kemenangan itu bakal menjadikan dia pelakon mahal Indonesia, Nikita mengatakan urusan itu bukan ditentukannya.
“Kalau pasal itu, saya tak tahu kerana ia diuruskan oleh ibu saya sebagai pengurus,” katanya yang juga berharap dapat pegang anugerah pelakon terbaik pula suatu hari nanti.
Semua pelakon pasti mengidam anugerah pelakon terbaik dalam festival filem atau melibatkan drama.
“Semua orang pasti ada target jadi pelakon terbaik. Saya juga belum puas dengan apa yang diperolehi sekarang.
“Saya juga kena beringat tak boleh jadi sombong selepas menang ini.
“Trofi ini saya akan letak di rumah dan ia pasti akan dapat beri saya sokongan dan dapat menghilangkan rasa penat bila melihatnya,” kata Nikita.
Mangga Online
Pasha Ungu Bawa Isteri Tunai Umrah
Ditulis oleh Rosli Manah

Pasha, penyanyi utama kumpulan Ungu pernah hot dengan kisah perceraian dengan isteri pertama. Dia pastinya mahu membina rumah tangga lebih rukun bersama isteri baru, Adelia Wilhelmina yang dinikahi pada pagi Ahad (semalam) dalam suasana meriah mengikut budaya masyarakat Sunda
Dalam satu majlis memohon restu orang tua sehari sebelum majlis akad nikah, Pasha tidak dapat menahan air mata. Pastilah ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya yang membuatkan dia tak dapat menahan air matanya mengalir deras.
Pasha memberikan mas kahwin sebanyak 99 Euro kepada Adelia. Apa agaknya erti di sebelik mas kahwin itu. Menurut Pasha, dia pernah bertanya kepada Adelia atau lebih mesra dipanggil Adel pasal mas kahwin.
“Saya ada tanya dia, mahu mas kahwin apa? Dia minta wang Euro. Jumlah 99 itu adalah sesuai dengan asma ulhusna.
“Wang Euro itu sebagai kenangan Adel sewaktu perjalanannya bertugas ke Eropah ketika masih bekerja sebagai peramugari. Jadi Adel mahu mengenang pertama kali Garuda Indonesia terbang ke Eropah, dia salah seorang anak kapal bertugas,” jelas Pasha kepada media sebelum ini.
Pasha dan Adelia dinikahkan di Gedung Batununggal Indah, Bandung pada sebelah pagi sebelum mengadakan resepsi di tempat yang sama. Mangga Online sempat menjengah majlis resepsi yang diadakan sebelum menjelang tengah hari.
Mangga Online dan wakil Utlusan Malaysia di Jakarta, Saharuddin Musthafa bersama-sama Pengarah Urusan Suria Records, Edwin Tan ke majlis itu.
Ada ciri tradisional bersalut moden bagi memeriahkan perkahwinan semula bekas duda beranak tiga yang memiliki nama penuh Sigit Purnomo Syamsuddin itu. Majlisnya nampak meriah, apatah lagi ramai saudara mara yang memeriahkannya.
Hiasan dewan dan makanan yang dikendalikan oleh Rumah Pengantin, Bandung boleh dipuji. Sentuhan mereka menyerlahkan suasana majlis tersebut.
Tetapi dewan yang kurang besar membuatkan tetamu kelihatan terlalu ramai. berlanggar bagu sesama-sendiri. Nasib baik mereka menyediakan sajian dengan konsep gerai. jadi tetamu boleh memilih juadah mereka ke gerai yang mereka inginkan.
Dari luar kawasan dewan majlis, deretan bunga ucapan tahniah diberikan oleh kenalan peribadi serta syarikat yang pernah bekerjasama dengan Ungu selama ini. Antaranya dari Rossa, Sherina, PT Musikal dan banyak lagi.
Juadah yang disediakan juga mengangat masakan Sunda yang memang terkenal dengan ciri khas masakannya. Ada nasi liwet, nasu uduk, serabi solo, aneka sate yang datang dari beberapa daerah dan banyak lagi. Ada juga masakan Barat yang disediakan kepada penggemar masakan itu.
Bawa Adel kerjakan umrah
Ke mana agaknya pasangan ini akan bermulan madu? Pasha memilih mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum memikirkan destinasi berbulan madu. Apatah lagi jadual kerjanya padat.
Mereka dijadualkan berangkat dalam waktu terdekat. Baguslah kalau mereka mahu berehat seketika daripada dunia seni dan berangkat mengerjakan ibadah di tanah suci.
Mangga Online
"Saya Tak Mahu Hipokrit" – Miera Leyana
Ditulis oleh wahida othman

Nama Miera Leyana secara tiba-tiba menjadi perbulana hangat, lantaran kontroversi baju yang diperagakan ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini.
Biarpun sudah beberapa kali kenyataan maaf daripadanya dikeluarkan oleh beberapa media, namun gambar dan cerita mengenai ketelanjuran pakaiannya itu masih belum habis diperkatakan.
Mengakui perasaan malu itu masih bersarang di dalam hati berikutan gambarnya itu masih tersebar diruangan internet, pelakon yang mula dikenali melalui drama Kamelia Katrina ini bagaimanapun menjelaskan dia enggan bersikap hipokrit.
“Saya tidak mahu jadi hipokrit, walaupun saya akui pakaian saya itu terlalu menjolok mata dan meminta maaf tentang perkara itu, tetapi saya tidak mahu selepas perkara ini berlaku saya terus berpakaian yang litup.
“Saya mahu tampil dengan imej diri saya yang sebenarnya, dan saya sememangnya seorang yang sempoi dalam memilih pakaian sekiranya pergi kemana-mana.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa termasuk pereka fesyen baju berkenaan, kerana perkara ini berlaku secara tidak sengaja, dia sendiri tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku.
“Dia juga membantu menyelamatkan saya selepas saya menyedari pakaian itu tertarik di bahagian tepi, tetapi malangnya kami tidak membawa apa-apa persiapan untuk menghadapi perkara itu,”jelas Miera.
Ditanya tentang emosi keluarga selepas perkara itu berlaku, Miera mengakui ibu bapanya banyak memberi nasihat untuk dia menghadapi kontroversi ini dengan lebih tenang.
“Mereka menyedarkan saya bahawa tiada menusia yang sempurna dalam hidup ini dan menasihati supaya lebih berhati-hati selepas ini.
Miera Leyana yang baru berusia 17 tahun ini bagaimanapun enggan memberitahu keputusan SPMnya yang baru sahaja diumumkan semalam.
“Apa yang boleh saya katakan, saya memiliki keputusan yang membanggakan untuk diri saya dan saya sangat gembira dengan keputusan itu,”luahnya yang juga menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang.
Mangga Online
Marsha Perkenalkan Kekasih Pada Keluarga
Ditulis oleh wahida othman

Dia sering kali dikaitkan bercinta dengan lelaki-lelaki popular, malah sejak pembabitannya dalam program realiti Akademi fantasia musim yang ketiga lalu, nama Marsha Milan Londoh tidak pernah sunyi daripada gosip bercinta dengan teman-teman artisnya.
Namun hakikatnya, penyanyi yang kini juga bergelar pelakon, Marsha menegaskan dia tidak berminat untuk bercinta dengan mereka-mereka yang terlibat secara aktif dalam bidang seni.
Mengakui sedang hangat bercinta dengan seorang ahli perniagaan yang digelar Z, Marsha sendiri adakalanya hairan mendengar gosip-gosip yang melanda dirinya.
“Saya pernah dikaitkan bercinta dengan Yusri KRU dan Hans Isaac, tetapi itu semua tidak benar sama sekali, kami hanya berkawan seperti mana orang lain juga tetapi di salah anggap oleh sesetengah pihak. Tetapi, gosip yang paling tidak relevan adalah sewaktu saya dikatakan bercinta dengan Ramli MS.
“Saya tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan Ramli MS, dan jarang sekali saya bertemu dengannya, jadi saya hairan bagaimana gosip sebegitu boleh timbul. Memang saya malu, kerana semua orang mengenali Ramli MS sebagai orang muzik yang cukup berpengalaman dan saya sendiri tidak pernah berurusan dengannya.
“Sebenarnya seperti sekarang, saya lebih selesa menjalinkan hubungan rapat dengan orang yang luar daripada bidang seni, dan mempunyai kerja tetap, kerana saya mahu pasangan hidup saya mempunyai kehidupan yang stabil,”jelas Marsha.
Bercerita soal cinta, jelas Marsha dia sudahpun mengenali Z hampir setahun setengah dan kini mereka masih belum merancang untuk mendirikan rumah tangga.
“Saya mengenalinya sewaktu dihujung tahun 2009 sewaktu menghadiri pelancaran Celebriti Cafe milik Ajai, dan selepas itu hubungan kami menjadi rapat.
“Dia orang melayu dan berusia 28 tahun, dia sangat memahami saya dan kerjaya saya sebagai penyanyi dan pelakon.
“Walaupun sering dikaitkan dengan pelbagai artis, dia tidak pernah cemburu keterlaluan dan akan bertanya sama ada cerita itu betul ataupun tidak.
“Saya akui, sepanjang bercinta dengannya, saya rasa begitu selesa namun, kami masih belum bersedia untuk melangkah kealam perkahwinan.
Melihat hubungannya bersama lelaki muslim itu, Marsha enggan mengulas tentang kesediaannya untuk memeluk islam sekiranya sampai jodohnya nanti dan dia juga seolah-olah enggan mengulas tentang penerimaan keluarganya terhadap hubungan itu.
“Z sudah bertemu keluarga saya pada majlis ulang tahun kelahiran saya yang lalu, dan saya juga telah dibawa bertemu keluarganya pada hari raya yang lepas. Tiada masalah tentang itu, cuma kami sahaja yang belum berbincang tentang perkahwinan,”jelas Marsha yang juga dikaitkan bercinta dengan Kefli AF.
Mangga Online
Sazzy Mimpi Keluarkan Anak Daripada Perutnya
Ditulis oleh wahida othman

Biarpun kandungannya kini sudah berusia lapan bulan, pelakon Sazzy Falak masih aktif bergerak menghadiri majlis-majlis keraian demi memberi sokongan kepada rakan-rakannya.
Ditemui di majlis pelancaran program Si Kecil Ku…Chak!!, menurut Sazzy kehadirannya petang itu adalah untuk memberi sokongan pada rakan baiknya, Dynas.
Mengakui kerap letih di saat ini, Sazzy bagaimanapun teruja menantikan kelahiran anak kembarnya itu bulan hadapan. Sibuk membuat persiapan untuk pasangan bayi perempuan ini, Sazzy bukan sahaja berdebar, tetapi turut tidak sabar.
“Minggu ini bilik untuk bayi saya ini akan di lukis dan dihias, kami gunakan cat yang tidak meninggalkan bau dan tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh mendatangkan keburukkan kepada bayi.
“Banyak juga persiapan telah kami lakukan, semuanya disebabkan terlalu tak sabar menanti mereka keluar.
Dalam sibuk menyediakan persiapan, Sazzy mengakui suaminya kini terlalu sibuk dengan tugasnya, kerana berdepan dengan beberapa projek besar.
“Nash memang sedang sibuk, dan saya tidak kisah jika dia sibuk bekerja sekarang. Saya beritahunya, jika mahu sibuk sekarang ini saya tidak kisah asalkan dia boleh berikan seratus peratus masanya selepas saya bersalin.
“Saya mahu dia sentiasa ada sewaktu anak-anak kami lahir nanti, walaubagaimanapun, ibu menasihatkan saya mencari pembantu rumah kerana dia yakin saya tidak mampu menguruskan kedua-dua anak tanpa bantuan sesiapa.
Bercerita soal kandungannya, menurut Sazzy dia tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang mengandung sulung ini. Namun, di hujung-hujung usia kandungannya ini, dia sering bermimpi.
“Mungkin juga kerana saya terlalu teruja menunggu kelahiran mereka sehingga terbawa-bawa dalam mimpi, saya pernah bermimpi, saya keluarkan salah seorang daripada mereka dan bermainnya dan kemudiannya saya memasukan balik kedalam perut semula,” ujarnya sambil ketawa.
FOTO: MUHAMMAD IQBAL ROSLI
Mangga Online
Anuar Raja Minggu Setiausaha
Ditulis oleh Rosli Manah
Anuar Zain, bujang pujaan ramai wanita terus mendapat perhatian banyak pihak untuk mengadakan persembahan khas sempena Minggu Setiausaha sepanjang April nanti.
Antara persembahan paliing menarik dan tak harus dialpakan ialah persembahan An Evening With Anuar Zain anjuran Permaisuri Resort yang akan diadakan pada 9 April ini di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Macam mengadakan persembahan istimewa untuk orang kampunglah, sebab Anuar memang berasal dari Melaka. Orang Kuala Lumpurpun tak terkecuali kerana jarak Ayer Keroh yang tidak jauh dari ibu negara.
Lebih istimewa kerana inilah kali pertama Permaisuri Hotels & Resort mengadakan acara sebegini. Lebih mengujakan kerana mereka pilih lokasi luar Kuala Lumpur. Persembahan itu turut disokong oleh majalah hiburan URTV selaku majalah rasmi.
Pengurus Besar Kumpulan Permaisuri, Aswandy Hassan berkata, acara itu satu percubaan daripada pihak hotel memecah tradisi sambil menyemarakkan lagi industri pelancongan Melaka.
“Kami pilih Anuar Zain kerana mendapat feedback menggalakkan daripada pelanggan. Kami mahu pelanggan kami berpuas hati dengan persembahan yang dihidangkan,” kata Aswandy.
Aswandy juga menambah, sebahagian kutipan akan disalurkan kepada bahan yang memerlukan. Pihaknya telah memilih Yayasan Anak-anak Yatim Negeri Melaka sebagai penerimanya. Kiranya pembeli meja akan membantu meringankan beban mereka.
Tiket termasuk makan malam dijual pada harga RM188, RM288 dan RM388. Untuk tempahan boleh hubungi Desmond Wong di talian 017-3137115. Boleh juga berhubung melalui emel ke
\n
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
.
Anuar tidak sendirian kerana pada majlis makan malam itu, dia akan ditemani Nabil dan Sharifah Shahira selaku pengacara.
Pihak Tourism Melaka yang menyokong persembahan itu turut menyediakan pengangkutan percuma dari Kuala Lumpur ke Melaka. Mereka yang menginap di Melaka juga akan dibawa ke tempat-tempat menarik sekitar Bandaraya Melaka sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.
Mangga Online
Zizan Paling Popular ABP?
Ditulis oleh Rosli Manah
Finalis Anugerah Bintang Popular sedang menghitung hari untuk menghadiri acara gilang gemilang di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada 3 April nanti. Siapa agaknya yang bakal dinobatkan selaku Bintang Paling Popular tahun ini?
Pemenang dikira berdasarkan undian peminat sepenuhnya yang mengundi melalui borang di dalam akhbar Berita Harian yang menganjurkan acara yang menjadi tarikan peminat dunia seni tanah air itu kerana ia satu-satunya acara yang memberi mandat kepada peminat memilih artis yang mereka gemari.
Tapi peminat hari ini bukannya memilih artis secara membabi buta. Mereka pilih artis yang ada tokoh untuk terima anugerah. Artis berimej bersih sering jadi perhatian. Sebab itulah ada artis yang popular, tetapi dek kerana sentiasa bikin sensasi, nama mereka tercicir.
Mungkin artis sensasi pun ada peminat taksub, tapi undian peminat taksub yang segelintir itu tak dapat menyanyi suara ramai yang tak menyukainya. Sebab itulah Datuk Siti Nurhaliza sentiasa jadi pilihan. Namun tahun ini Siti enggan dicalonkan lagi.
Siapa yang nampak paling menonjol sekarang? Antara nama yang jadi pilihan pemerhati dunia seni ialah Zizan (Raja Lawak). Lawak bersahaja yang sering ditampilkan membuatkan dia semakin disenangi peminat. Zizan juga banyak diberi peluang dalam acara yang menjadi tumpuan.
Zizan bersaing dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular bersama Along, Angah, Johan dan Nabil manakala dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular saingannya ialah Aznil Nawawi, Ally Iskandar, Awal Ashaari dan Jimmy Shanley.
“Tahun ini anugerah Bintang Paling Popular menjadi milik Zizan kut,” kata seorang rakan media.
Ramai juga yang nampak peluang Zizan amat cerah untuk terpilih kali ini. Apatah lagi beberapa nama saingannya ada tempias kontroversi yang boleh membuatkan undian untuknya merosot.
Aznil Nawawi juga dilihat ada peluang kerana reputasi baiknya yang menang kategori Pengacara TV Popular sejak beberapa tahun secara berturut-turut. Kalau program Akademi Fantasia 9 yang menampilkannya semula, mungkin peluangnya menerima anugerah itu lebih cerah berbanding hari ini.
Nama artis wanita yang kuat hari ini mungkin Tiz Zaqyah yang bersiang dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Namun tak banyak lagi kejayaannya di tempat lain yang boleh menyumbang kepada minat pengundi memilihnya untuk anugerah tertinggi di ABP itu.
Dalam kategori sama ada nama-nama Norkhiriah, Fasha Sandha, Scha Al Yahya dan Lisa Surihani. Sementara itu Scha, Lisa, Maya Karin, Diana Danielle dan Liyana Jasmay tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Adakah calon pelakon wanita yang menjadi pilihan pengundi untuk anugerah Bintang Paling Popular kali ini? Kalau calon pelakon lelaki pula Remy Ishak dilihat paling menonjol pada masa ini. Reputasinya juga baik.
Remy dilihat antara pelakon lelaki yang sering menjadi pilihan dan rebutan pengarah. Mampukah Remy yang berjaya di TV, filem dan teater itu mengungguli undian peminat?
Dia disenarai akhir dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular bersama-sama Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Shaheizy Sam dan Ady Putra serta Pelakon Filem Lelaki Popular bersama-sama Aaron, Shaheizy, Shamsul Yusof dan Bront Palarea.
Bront, Norkhiriah dan Lisa Surihani antara nama yang menang dalam festival fiem dan TV baru-baru ini. Adakah di tangan penonton juga mereka turut dipilih. Kesemua mereka menunjukkan lakonan yang baik dalam filem dan TV. Tapi apakah lakonan baik itu juga menjadi kreteria pilihan peminat?
Ketiadaan Siti dalam kategori Penyanyi Wanita Popular meninggalkan Alyah, Yuna, Ana Raffali, Adira dan Stacy. Alyah nampaknya jadi penyanyi paling senior berbanding saingan yang masih baru. Namun Ana dan Yuna juga menonjol dan ramai peminat.
Mangga Online
Josiah Batal Ke Hollywood
Ditulis oleh Rosli Manah
Hari ini banyak pelakon baru muncul kerana kerancakan syarikat penerbitan menerbitkan filem dan drama. Apatah lagi senario filem hari ini yang mampu mengutip jumlah yang tinggi di pawagam.
Bila banyak wajah baru, persaingan pelakon juga semakin sengit untuk menempatkan diri agar sebaris pelakon sedia ada. Selain berbakat, mereka juga perlu nampak berbeza berbanding pelakon lain.
Kelainan wajah itulah juga yang membuatkan pelakon baru Josiah Hogan mula mendapat tempat. Memang lain kerana anak muda ini berbangsa Latin.
“Semasa bersekolah dulu pun saya memang menjadi perhatian sebab wajah saya lain berbanding dengan kawan-kawan. Bila saya terjun ke dunia lakonan ini, kelainan wajah saya antara yang membuatkan saya mudah diingati.
“Kalau kelainan wajah saya dilihat daripada aspek macam itu, saya anggap ia sebagai kelebihan. Apatah lagi saya boleh berlakon dalam banyak watak. Watak lelaki Melayu pun tak ada masalah bagi saya,” kata Josiah yang sememangnya fasih berbahasa Melayu.
Dia baru menceburi bidang lakonan hujung tahun lalu dan pernah melakonkan watak lelaki Melayu dan lelaki Latin. Kalau tiada aral Josiah atau nama penuhnya Josiah Padilla Hogan akan berlakon filem pula.
“Saya memang mahu menjadi pelakon yang berjaya. Sementelah sekarang, inilah kerjaya utama saya. Saya memang berlakon sepenuh masa. Sebanarnya sudah lama kawan-kawan sarankan saya terjun ke dunia lakonan, tapi pada masa itu saya belum bersedia.
“Ada cerita yang membawa saya ke dunia lakonan di Malaysia. Pada mulanya saya mahu mencuba nasib berlakon di Hollywood. Saya berasal dari Kingsville, Texas dan memegang kerakyatan Amerika. Saya dibawa ke Malaysia sejak berumur empat tahun ababila ibu saya berkahwin dengan orang Melayu.
“Saya ada saudara yang tinggal dan bekerja di Hollywood. Saya sudah menghubungi pihak yang menjalankan casting untuk filem Mad Max (lakonan Charlize Theron). Tarikh casting pun sudah ditetapkan pada bulan Oktober tahun lalu.
“Saya sudah menjual kereta milik saya untuk perbelanjaan ke sana. Tapi bila tarikh uji bakat semakin hampir, saudara saya bertukar tempat kerja dan kembali ke tempat asal kami di Texas.
“Saya terpaksa batalkan rancangan ke Hollywood. Pada masa itu saya tinggal di Kuantan, Pahang. Saya hubungi kawan saya yang kerja dengan produksi filem di Kuala Lumpur. Dia mengajak saya untuk mencuba nasib dan bermula daripada situlah saya mula berlakon,” kata Josiah.
Antara drama lakonannya ialah Tangisan Langsuir, Tipah Terpedo, Cinta Si Bunga Tembam, Mila Mencari Cinta, Disapa Izrael dan beberapa lagi.
Penyanyi underground
Melihat penampilannya yang cool, pasti anda tak sangka Josiah seorang yang ganas semasa beraksi di atas pentas. Josiah ialah penyanyi utama kumpulan muzik underground maddame… yang ditubuhkan seajaktahun 2005 lagi.
Bersama kumpulan maddame… Josiah pernah menghasillan dua buah album mini. Mereka pernah mendapat tawaran merakam album komersial. Tapi apabila menghasilkan muzik demo, syarikat rakaman takut untuk memasarkannya lantaran penampilan konsep muzik yang berbeza.
“Kami tak kisah kalau syarikat rakaman enggan memasarkannya, kami dah jangka kerana saya dan dua lagi anggota memang tak mahu mengubah konsep muzik semata-mata untuk mudah dikenali. Mungkin suatu hari nanti kami terbitkan sendiri agar tidak menghilangkan identiti muzik kami.
“Saya percaya, kalau kita mahu menjadi sebuah kumpulan muzik yang baik, kita mesti ada identiti sendiri dan berpegang kepada prinsip itu,” kata Josiah kepada Mangga Online.
Darah seni memang tebal dalam dirinya. Apatah llagi mendiang datuk saudaranya, Ruben Naranjo seorang pemuzik dan pemain akordian terkenal di Texas. Siapa tahun Josiah akan menjadi sebuah nama yang popular dari Malaysia pula suatu hari nanti?
Foto: FARIZWAN HASBULLAH
Mangga Online
Nikah 1 Julai, Mizz Nina Semakin Berdebar
Ditulis oleh wahida othman

Memilih tanggal 1 Julai 2011 sebagai tarikh pernikahan, Mizz Nina & Noh Hujan mempunyai masa kurang daripada dua bulan untuk membuat persiapan perkahwinan.
Biarpun masing-masing sibuk dengan kerjaya, Mizz Nina mengakui dia dan Noh tetap meluangkan masa untuk duduk berbincang mengenai hal perkahwinan yang kini sudah hampir siap sepenuhnya.
Akan dinikahkan pada 1 Julai tahun ini, Mizz Nina dan Noh akan diraikan dalam tiga majlis resepsi iaitu pada pada 3 Julai di Hotel Shangri-la, yang dibuat khas untuk kenalan VVIP, pada 6 Julai di Hotel Double Tree, untuk meraikan kawan rapat dan para media dan pada 15 Julai di Miri, Sarawak untuk keluarga Noh di sana.
Menggunakan khidmat pereka fesyen yang selalu bekerjasama dengan keluarganya, Lady Jane untuk semua busana di kesemua majlis perkahwinannya, Mizz Nina mengakui semakin berdebar menanti kedatangan hari bahagianya itu.
“Saya agak panik bila memikirkan tarikh majlis yang semakin hampir dan kami masih ke sana-sini untuk menyediakan persiapan. Memang saya gunakan khidmat perancangan perkahwinan, tetapi saya tetap memantau dan mahu mengetahui setiap perjalanan persiapan yang mereka lakukan.
“Setakat ini, persiapan untuk pakaian, tempat dan borang-borang untuk nikah sudah pun selesai diuruskan, hanya beberapa perkara yang masih dalam proses.
“Untuk resepsi pertama, saya pilih tema tradisonal berwarna ungu, manakala resepsi kedua kami akan mengambil konsep Jepun supaya ia nampak lebih santai. Saya dan Noh sukakan barangan Jepun, jadi kami gunakan alasan itu untuk dijadikan tema untuk resepsi kami bersama rakan-rakan dan media. Resepsi di Miri diuruskan oleh Noh dan kakaknya, jadi saya masih tidak tahu apa yang dirancang oleh mereka.
Mula Mengongkong Noh?
Bertemu Mizz Nina pada majlis Penyerahan Plak Dari Maxis Kepada Mizz Nina kerana kejayaan singlenya, What You Waiting For yang telah dimuat turun melebihi 600 ribu unit, Mizz Nina hadir berseorangan tanpa ditemani Noh. 
Menebak cerita tentang dirinya yang semakin mengongkong vokalis daripada kumpulan Hujan, merangkap tunangnya sekarang ini, jelas Mizz Nina dia tidak pernah berniat untuk melakukan perkara itu kepada Noh.
“Saya tak rasa perkara ini salah, kerana memang Noh sering ajak saya menemaninya. Memang orang kata, sewaktu dalam tempoh bertunang, tidak elok sekiranya kami terlalu kerap berjumpa. Oleh kerana itu, saya ambil keputusan untuk tidak bertemu Noh, tiga minggu sebelum nikah,” jelas Mizz Nina ketawa.
Bulan Madu
Bercerita soal perkahwinan, Mizz Nina tidak kedekut berkongsi tentang perancangannya untuk berbulan madu.
“Saya rancang untuk ke dua lokasi, tetapi setakat ini masih belum dapat disahkan lagi kerana selepas majlis perkahwinan kami ada beberapa tugas perlu diselesaikan, mungkin selepas 18 Julai baru kami boleh berbulan madu.
“Saya rancang mahu ke New York dahulu kemudian barulah kami pergi ke Maldives, mungkin kami akan pergi dalam tempoh dua minggu sahaja,” luahnya.
Kerjaya Selepas Berkahwin
Bergelar isteri sudah tentu ia menjadi salah satu tugas yang berat untuk dipikul oleh wanita ini, namun, jelas Mizz Nina dia tetap akan meneruskan kerjayanya dalam bidang muzik biarpun sudah bergelar isteri kepada Noh.
“Kerjaya tetap sama seperti dahulu walaupun sudah berkahwin nanti, Noh banyak menyokong saya, dan dia faham dengan minat saya. Fokus tetap sama, tetapi keluarga tetap menjadi keutamaan,” kata Mizz Nina lagi.
Mangga Online
MIG Mahu Lahirkan Ramai Hero
Ditulis oleh Rosli Manah
MIG sebuah syarikat penerbitan filem paling aktif di Malaysia menerbitkan sebuah demi sebuah filem. Memandangkan mereka banyak projek penerbitan, syarikat itu mahu melahirkan lebih ramai hero dan heroin.
Semestinya mereka tak mahu dikatakan asyik menampilkan barisan pelakon sama setiap kali menerbitkan filem baru. Terbaru melalui filem Papa… I Love You, MIG akan mahu menjadikan seorang pendatang baru sebagai hero, Zalif Sidek.
Zalif yang sebelum ini bekerja dengan beberaap syarikat di bahagian pegawai perhubungan awam, turut diingati dalam beberapa iklan antaranya iklan Digi dan Astro First. Pemilik tubuh comel itu ada daya penarik yang tersendiri.
“Kami tidak hanya memilih pelakon kacak dan tampan sahaja sebagai hero, sesiapa sahaja boleh menjadi hero. Watak Zalif sangat sesuai dengan cerita yang dipaparkan dalam filem ini, sebab itulah kami memilih dia.
“Keperluan filem ini sendiri yang mahu memaparkan gandingan yang kelihatan tidak sepadan dengan heroinnya Lisa Surihani. Sebenarnya kelainan inilah yang memberi kelebihan kepada filem ini,” kata penerbitnya David Teo semasa ditemui pada majlis kesyukuran sebelum memulakan penggambaran di pejabat MIG di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Zalif juga kini mahu menjadi pelakon sepenuh masa setelah diberi kepercayaan menjadi pelakon utama filem arahan Hashim Rejab itu.
“Sekarang saya pelakon sepenuh masa dan saya sudah bersedia untuk menjadi pelakon. Saya pernah berlakon sebelum ini tapi hanya watak kecil sahaja,” kata Zalif.
Kalau dulu dia menguruskan aktiviti artis di bawah syarikat tempat dia bekerja, sekarang Zalif boleh menggunakan pengalaman itu untuk melangkah dalam bidang seni lakon.
Papa… I Love You yang turut dijayakan oleh pelakon kanak-kanak Mia Sara mengisahkan kehidupan bapa tunggal lakonan Zalif iaitu Haha yang kematian isteri. Dia berdepan banyak masalah kerana tidak mempunyai keyakinan diri.
Namun dia melakukan apa sahaja untuk mengembirakan anaknya Mia (Mia Sara) yang bijak berkata-kata dan disenangi ramai. Elly (Lisa) pula mempunyai konflik dengan bapanya. Mia juga membuatkan hubungan Baha dan Elly menjadi rapat.
Mangga Online