Skip to content

Archive for May 2011

6
May

Jang Keun Suk Buat Konsert Di KL




Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Sekarang ini peminat hiburan beralih kepada muzik pop Korea atau lebih mesra digelar KPop. Semakin banyak konsert menampilkan artis dari sana di Malaysia.

Malah sudah banyak syarikat rakaman Malaysia yang mencipta artis baru dengan imej sedemikian untuk memikat hati pendengar masa kini yang cenderung meminati muzik itu.

Penyanyi dan pelakon Korea, Jang Keun Suk juga akan berkonsert di Malaysia pada 4 Jun ini bertempat di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert bermula pukul 4.00 petang kerana mereka mahu mensasarkan golongan remaja.

Persembahan yang dibawakan oleh Rhythm Land dan HS Media pasti menjanjikan hiburan bertenaga daripada bintang comel itu. Tiket berharga RM388 (zon emas), RM268 (zon perak) dan RM148 (zon gangsa) boleh didapati di laman web
\n
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
.

Ada juga zon VVIP dan VIP yang dijual secara eksklusif dengan peluang bergambar bersama Jang Keun Suk. Sementara itu 100 pemilih tiket VVIP akan dapat autograf eksklusif bintang itu.

Keun Suk, 24, salah seorang pelakon, penyanyi dan model terkenal yang sedang hangat. Wajahnya yang comel dengan imej berambut panjang pernah membuatkan ada yang menyangka dia seorang wanita.

Dia mula terkenal pada tahun 1997 apabila berlakon dalam sitcom Selling Happiness semasa masih kanak-kanak. Dia juga pernah menjadi model katalog untuk barangan kanak-kanak.

 

Antara drama lakonannya yang mendapat sambutan hangat ialah Lovers In Prague, Hwang Jin-I, Hong Gil Dong dan Beethoven Virus. Drama You’re Beautiful menjadi drama yang terkenal di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Sebagai penyanyi,  dia banyak menggunakan suara sendiri dalam lagu tema drama lakonan. Album sulung pertama di Jepun berjudul Let Me Cry dengan pantas menjadi lagu paling popular dalam carta setelag dipasarkan 27 April lalu.

Albumnya terjual hampir 120,000 unit dalam masa seminggu di pasaran. Jang menjadi artis luar pertama pertama dan artis lelaki pertama memecah rekod itu dalam masa 30 tahun.

Mangga Online

5
May

Fir Teruja Berlakon Dengan Rozita Che Wan

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Pernah dulu Fir Affandi impikan untuk bertemu pelakon idola yang sering ditonton di kaca TV. Hari ini pelakon itu, Rozita Che Wan berlakon bersama-samanya dalam sebuah telefilem hot terbitan Zeel Production, Diari Kakak Senior.

Fir salah seorang pelakon yang ditawarkan watak pembantu dalam telefilem hangat yang menggandingkan Rozita dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir. Apatah lagi hubungan baik mereka diperkatakan saat ini. Ada yang membuat telahan pasangan itu sedang bercinta.

“Saya sangat teruja berlakon di samping Rozita kerana saya memang meminatinya sejak dulu,” kata Fir semasa ditemui ketika mengambil skrip telefilem itu di Kuala Lumpur kelmarin. Kebetula saya ada di sana bersama pemiliknya Fadzil Teh.

Pemilik nama penuh Firdaus Affandi, 22, itu tak sangka namanya mula mendapat perhatian secara tiba-tiba walaupun percubaannya untuk menempatkan diri sebagai pelajar AF9 tidak kesampaian. Kelibatnya yang hanya muncul dua minggu di pentas konsert mingguan AF memberi impak besar dalam kerjaya seninya.

“Saya akan mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan bakat saya. Saya rasa bertuah kerana turut tersenarai berlakon dalam telefilem yang menjadi perhatian ramai inii.

“Dalam teruja itu, ada juga perasaan takut kerana saya masih baru dan tak banyak pengalaman berbanding pelakon lain,” katanya yang kini berada Kangar, Perlis untuk memulakan penggambaran di sana.

Diari Kakak Senior turut menampilkan Tomok, Aida AF9, Lia Natalia (Pilih Kasih 2) dan ramai lagi. Penggambaran dijangka mengambil masa seminggu. Telefilem itu sepatutnya dimulakan lebih awal, namun demi mencari masa pelakonnya yang sibuk, ia tertangguh. Diari Kakak Senior akan ditayangkan di Astro tidak lama lagi.

“Bila berlakon dengan orang terkenal ini akan memberi semangat kepada saya untuk berlakon sebaik-baiknya,” kata Fir yang sudah ditawar berlakon beberapa drama termasuk bersama pengarah Michael Ang.

Malu dipanggil Fir AF9

Fir akui kemunculannya di AF9 baru-baru ini membuatkan ada yang mula memanggilnya sebagai Fir AF9. Dia akui tak selesa dengan panggilan itu kerana dia bukanlah pelajar AF9.

“Saya mahu dikenali sebagai Fir Affandi sahaja. Saya akui AF ada ramai peminat, tapi saya rasa saya tak layak dikaitkan dengan AF kerana saya tidak diterima.

“Saya rasa rendah diri sangat dan malu kalau ada yang memanggil saya Fir AF9. Saya segan sebenarnya. Apatah lagi ia mengingatkan saya kepada saat-saat sedih apabila saya menangis setelah diumumkan tidak terpilih,” imbau Fir yang peramah orangnya itu.

Fir kini sudah menetap di ibu negara kerana mahu serius menjadi anak seni. Dia tinggal bersama saudaranya yang sudah lama menetap di Kuala Lumpur.

Sebagai perantau di tempat orang, Fir berjanji kepada keluarga untuk menjaga diri dan mengelak daripada memburukkan nama baik keluarganya.

“Saya mendapat sokongan keluarga dan mereka mahu melihat saya berjaya dalam bidang yang saya minati ini. Saya akan ingat pesan mereka untuk sentiasa berbuat baik di tempat orang. Apatah lagi mereka tiada bersama saya,” kata Fir yang sangat rapat dengan ibunya.

Jaga penampilan diri

Fir juga seorang yang mengambil berat terhadap kebersihan dan penjagaan kesihatan. Menyedari mukanya bermasalah kulit sensitif, Fir sanggup berhabis untuk menjaganya.

“Dulu kulit saya tidak sensitif, tapi setelah terlibat dalam bidang peragaan di Kuching, Sarawak, saya kerap bertukar alat solekan sehingga kulit saya jadi sensitif.

“Sebab itu saya mendapatkan produk penjagaan kecantikan untuk menjaga kulit saya. tak apalah kita berhabis sikit daripada melihat muka kita rosak,” katanya yang kini sedang mengenali hati budi seorang gadis di Kuching.

Fir enggan bercerita pasal hal peribadi kerana mahu memberi tumpuan kepada lakonan. Apatah lagi dia masih baru dan tak mahu dikatakan menjaja kisah peribadi untuk mendapat perhatian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

5
May

Fizz Fairuz Menangis Tonton Filem Nur Kasih

Ditulis oleh wahida othman
  
  

Kali terakhir pelakon, Fizz Fairuz mengalirkan air mata adalah ketika bapa meninggal dunia beberapa tahun lalu, dan selepas itu belum pernah naluri lelakinya tersentuh hingga mampu menjatuhkan air matanya.

Namun semalam, ketika majlis tayangan pra tonton filem terbaru lakonannya, Nur Kasih The Movie, Fizz mengakui hatinya sebak dan mengalirkan air mata ketika menghayati jalan cerita filem itu.

Memegang watak Aidil, seorang abang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga ibu dan adik lelakinya Adam, Fizz mengakui dia berpuas hati dengan lakonannya dalam filem itu.

“Dah lama saya tidak menangis, ini kali pertama air mata saya keluar selepas bapa saya meninggal dunia. Hati saya tersentuh dan sebak bila menonton cerita ini.

“Jika sebelum ini, setiap watak dalam drama dan filem saya dibayangi dengan watak diri sendiri, tetapi untuk watak Aidil ini, ia seratus peratus tidak dibayangi saya.

“Banyak perkara yang mencabar sewaktu melakonkan watak Aidil ini, lebih-lebih lagi untuk bertutur dalam bahasa Arab. Bahasa Arab yang diberikan di Malaysia berbeza dengan apa yang mereka tuturkan di Jordan, jadi Khabir terpaksa tukar skrip serta merta.

“Disitu ia menjadi sukar, sebab saya perlu segera menghafal skrip baru dengan cara pertuturan dan lenggok bahasa mereka yang agak sukar.

“Berlakon di Jordan memang beri sedikit tekanan, terutama dari segi cuaca,”cerita Fizz.

Melakonkan watak Aidil, seorang abang yang cukup kental dan tabah menempuh segala dugaan, sudah tentu ia sesuatu yang berat untuk dilakonkan oleh Fizz. Malah, persembahan Fizz dilihat sedikit goyang pada permulaan cerita.

“Tak dinafikan mungkin kerana terlalu ingin memberikan yang terbaik, saya jadi teragak-agak untuk  mengawal lakonan saya pada ketika itu.

“Namun, secara keseluruhan saya berpuas hati apabila melihat hasil filem ini hari ini. Saya berharap sangat penonton memberi penilaian yang sebaiknya nanti.

“Jangan terlalu samakan watak Aidil ketika didalam drama dahulu dengan filem ini kerana usia Aidil sewaktu didalam drama jauh lebih muda dengan di dalam filem. Itu yang membuatkan karaktornya nampak seperti berbeza,”jelasnya yang kini akan muncul dalam drama 26 episod berjudul Al Hasanah yang akan bersiaran di TV Al Hijrah tidak lama lagi.

 

Mangga Online