Skip to content

Archive for July 2011

5
Jul

Tomok Matang Layari Bahtera Rumah Tangga




Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar SYEFRY MONIZ, MOHD. AZIM ABD. RAHMAN & AMIN FARIJ HASSAN

SETELAH lapan tahun menjalin kasih, akhirnya pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabul Jumaat lalu.

Antara debar dan gembira, dengan sekali lafaz, Shah Indrawan Ismail, 27, atau lebih dikenali sebagai Tomok sah bergelar suami kepada bidadari hatinya, Siti Rahayu Abas, 32.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jajuli, dalam suasana yang cukup meriah di Dewan Serbaguna AU2 Taman Sri Keramat, tepat pukul 9.20 malam.

Sebaik sahaja selesai upacara akad nikah, Tomok terus mendirikan sembahyang sunat dua rakaat sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Tuhan.

Jelas terpancar cahaya kegembiraan pasangan suami isteri ini sebaik sahaja Tomok menyarungkan cincin di jari manis Rahayu.

Dalam majlis akad nikah itu, Tomok menyerahkan mas kahwin RM300 kepada mempelai perempuan yang berwalikan bapanya, Abas Mohd Saidon.

Di samping itu, Rahayu atau mesra dipanggil Ayu, menerima sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12,697.11, senaskhah al-Quran, telekung, set barang kemas dan minyak wangi, cincin, sirih junjung, sepersalinan baju, jam tangan, beg dan kek.

Pihak lelaki pula menerima 11 dulang hantaran iaitu al-Quran, sejadah, jam tangan, coklat, kek, sepasang kasut, set minyak wangi, dompet, sepersalinan baju Melayu dan sirih junjung.

Pasangan pengantin yang mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat itu juga tidak henti-henti melemparkan senyuman kepada tetamu yang hadir.

“Alhamdulillah, saya gembira sangat kerana setelah lapan tahun kami menyulam cinta, akhirnya, kami selamat diijab kabul.

“Apa yang lebih penting, tanggungjawab sebagai suami akan saya pikul sebaiknya dan saya akan pastikan Ayu dijaga dengan baik,” kata vokalis kumpulan New Boyz ini sambil tersenyum.

Dari peminat ke jenjang pelamin

Bagi juara One In A Million musim ketiga ini juga, dia tidak menyangka perkenalan yang bermula dari insiden bertukar nombor telefon sebagai peminat dan artis akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin

“Saya ingat lagi, saya bertukar nombor telefon dengan Ayu ketika saya terlibat dalam satu penggambaran.

“Bermula dari situ, kami kerap berhubung dan alhamdulillah, sekarang kami sah bergelar suami isteri.

“Selain dari sifat penyayang Ayu, dia memang pandai memasak. Bab memasak, serahkan saja pada Ayu.

“Asam pedas, kek, biskut dan macam-macam lagi masakan yang dia buat, memang sedap. Itu yang buat hati saya terpaut sangat pada dia,” ujar Tomok sambil melirik memandang wajah isterinya yang berada di sisi.

Bagi Ayu pula, soal usia bukanlah penghalang bagi mereka mengenali hati budi masing-masing.

Katanya, dia percayakan jodoh dan jika Tomok adalah jodoh bagi dirinya, dia terima dengan hti yang terbuka.

“Soal umur tidak pernah terlintas di fikiran kami sepanjang perkenalan kerana yang penting, saya senang dengan sikap dan keperibadian dia.

“Bak kata orang, kalau sudah jodoh tidak akan ke mana. Saya bersyukur kerana dia kini adalah suami saya.

“Satu lagi perkara yang membuatkan hati saya terpaut kepada dia ialah sikapnya yang matang.

“Dia sentiasa mengambil berat tentang diri saya. Dan kalau ada masalah, kami berbincang kerana setiap masalah itu, pasti ada jalan penyelesaian,” katanya.

Ramai anak

Selepas majlis persandingan, Tomok berkata, buat masa ini, dia belum merancang untuk membawa isterinya menikmati bulan madu.

Jelasnya, ini disebabkan jadualnya amat padat dan sukar baginya untuk mengambil cuti.

“Buat masa sekarang, saya kena tumpukan pada kerjaya seni. Lagi pun, saya kini ada lebih tanggungjawab.

“Soal berbulan madu, memang belum difikirkan lagi kerana seminggu selepas majlis resepsi ini, saya akan memulakan penggambaran telemovie Diari Kampus Biru pula,” ujarnya

Menyentuh tentang zuriat, terus terang Tomok berkata, dia sememangnya mengimpikan anak yang ramai bagi memeriahkan keluarganya nanti.

“Saya memang suka budak-budak. Jadi, kalau boleh saya memang nak anak yang ramai,” ujarnya sambil berdoa, perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Utusan

4
Jul

Nazim Othman Sudah Mula Demand?

Ditulis oleh wahida othman
  
  

Dia masih belum ‘siapa-siapa’ dalam dunia seni ini, malah tidak berlebihan jika dikatakan Nazim Othman masih terlalu jauh daripada menggenggam gelaran bintang paling popular sekarang ini.

Namun bagi anak muda kelahiran Johor ini, populariti bukan misi utama dia membabitkan diri dalam dunia seni ini, yang menjadi matlamat utamanya adalah kepuasan dalam setiap watak yang dilakonkan di setiap drama dan filem nanti.

 

Bertatih dan merangkak untuk naik keatas, dia mengakui agak sukar membawa dirinya melompat terus keatas, sedaya mungkin mempertahankan diri daripada dipalit kotoran kontroversi, Nazim juga sebenarnya terlalu berhati-hati dalam memilih watak yang diberikan kepada agar tidak terlalu streotype.

Menolak hampir beberapa buah filem kerana mutu skripnya dirasakan tidak bersesuaian dengan dirinya dan agak ringan dimatanya, Nazim bagaimanapun menolak sangkaan dia terlalu demand dalam pemilihan watak.

Baginya, kekuatan sesebuah watak adalah satu titik tolak untuk dia dikenali kerana kerjayanya semata-mata.

“Saya tidak mahu terlalu terikat dengan karektor yang sama dalam setiap watak yang saya lakonkan. Ini kerana, sebagai pelakon ia menjadi kewajipan saya untuk memberikan yang berbeza dan berlainan untuk dihidangkan kepada penonton.

“Saya tidak menyangkal jika dikatakan masih belum popular, dan saya akui setakat saya masih belum berjaya melakon sebarang filem, namun itu masih belum penting bagi saya.

“Tawaran filem itu ada, cuma setakat ini saya masih belum berminat untuk mengambilnya. Filem mempunyai skala yang besar dan seharusnya ia mempunyai jalan cerita yang menarik.

“Saya tidak akan mengambil filem yang saya rasakan watak itu terlalu ringan dan karektor yang kurang menarik kerana saya mempunyai target sendiri dalam pemilihan watak.

“Bagi saya memilih itu penting, dan setakat ini saya tidak ralat kerana tiada filem lagi. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana rezeki untuk tahun ini sangat memuaskan, dan setiap tawaran yang saya terima mempunyai perbezaan untuk setiap watak,”jelas Nazim yang bakal muncul dalam drama Impian Raya Emelyn untuk TV9.

Mangga Online

2
Jul

8 Tahun Bercinta, Akhirnya Tomok Sah Milik Ayu

Ditulis oleh wahida othman
  
  

Lapan tahun bercinta, kini Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail selamat diijab kabulkan bersama Rahayu Abas (Ayu) pada pukul 9.30 malam tadi.

Membawakan tema bidadari, Tomok dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli dengan berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.
Tomok yang juga membawa sembilan dulang hantaran termasuklah wang mas kahwin bernilai RM300 dan wang hantaran bernilai RM12697.11 turut menerima 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Cantik menggayakan busana rekaan pereka muda, Hatta Dolmat pada malam itu, menurut Tomok, penantian mereka selama lapan tahun akhirnya berakhir pada malam ini.

“Saya sangat-sangat gembira lepas akad nikah selamat dijalankan, setelah lapan tahun kami bercinta, mengharungi susah dan payah bersama akhirnya kami selamat disatukan dimajlis pernikahan ini. Kami ambil  masa lama untuk sampai ke tahap ini kerana kedua-duanya sibuk dengan kerja.

“Saya mencari orang yang memahami kerjaya saya sebagai artis, lapan tahun berkawan banyak gosip-gosip tersebar, namun saya lihat Ayu masih boleh menerima saya dan memahami keadaan saya,”jelas Tomok yang mula mengenali Ayu sebelum memasuki program realiti, One In A Million lagi.

Seperti Tomok juga, sudah tentu isterinya ini gembira meraikan hari bersejarah mereka ini. Biarpun faktor usianya yang lima tahun lebih berusia daripada Tomok, namun wanita cantik ini tidak menjadikan jarak usia itu untuk mengukur cinta mereka.

“Mengenali Tomok semenjak dia masih berusia 19 tahun, walaupun ketika itu masih muda namun selepas berkawan dan kemudiannya bercinta saya dapat rasakan ada keserasian antara kami berdua.

“Lapan tahun bercinta, tipu kalau saya katakan saya tidak pernah cemburu dia bersama peminat-peminatnya, tapi kini saya dah mula memahaminya dan menghormati peminat-peminatnya, juga dirinya,”luah Ayu yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur.

Masih belum mengetahui kemana hala tuju untuk mereka berbulan madu, Tomok dan Ayu bagaimanapun sudah membuat perancangan untuk bercuti di kawasan pantai.

“Setakat ini kami masih belum rancang untuk pergi ke mana-mana tempat untuk berbulan madu, tapi dalam angan-angan, kami mahu bercuti dikawasan pantai seperti di Bali.

“Tentang anak pula, kalau boleh saya mahu secepat mungkin dan kerana saya memang sangat menyenangi kanak-kanak,”jelas Tomok lagi.

FOTO: SYEFRY MONIZ & MOHD AZIM

Mangga Online