Borders Kicks Off Massive Clearance Sale On Friday
SINGAPORE: Book lovers can look forward to a massive book sales from Borders for five days starting this Friday.
The bookstore, which said it's closing its flagship store at Wheelock Place because of a dispute with its landlord, is selling off its books from 50 per cent off.
A media release from the store Wednesday said the sale will be at the Singapore Expo Hall 4B, from 10am to 10pm, from this Friday till next Tuesday (September 2-6).
Worldwide, the Borders Group is also closing its stores by the end of September.
Singapore's Borders Bookstore had stood strong even as its US and Australia branches closed one after the other, struggling to keep up with digital media.
- CNA/cc
Channel News Asia
Betul Ker Zizan Semakin Lupa Diri?
Ditulis oleh wahida othman
Berada dipuncak populariti, nama pelakon, penyanyi, dan pelawak popular, Zizan Razak semakin menjadi pujaan hati peminat-peminatnya.
Apa sahaja yang dilakukan mudah sahaja menjadi perhatian, jadi tidak hairanlah jika dikala ini,
“Perkara inilah yang menganggu fikiran saya sekarang, selepas berita itu keluar ahad lalu. Saya sendiri tidak tahu daripada mana datangnya cerita saya ada menegur pelawak senior.
“Bagus sangat ke saya ni sehingga boleh menegur orang yang lebih lama dalam bidang ini. Seingat saya, saya tidak pernah berkelakuan begini, kalau meminta idea daripada senior memang ada, tetapi untuk besar kepala dan menegur mereka, itu memang tidak pernah terjadi.
“Saya minta maaf kalau sebenarnya ada yang terasa saya menegur mereka, mungkin ketika itu saya berniat untuk berkongsi pendapat, tetapi cara saya mengguris hati mereka, saya memang tidak tahu siapa yang dimaksudkan, tetapi saya tetap memohon maaf pada sesiapa sahaja yang terasa,”jelas Zizan.
Johan istimewa
Mengakui auranya bertambah kuat apabila digabungkan bersama Johan, Zizan menafikan cakap-cakap yang mengatakan hubungan antara mereka renggang ketika ini.
“Kami memang tiada masalah bersama, hanya disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing maka kami jarang berjumpa. Saya akui ramai yang beranggapan saya agak lemah bila bergerak sendirian berbanding Johan, tetapi sebenarnya kedua-dua kami sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.
“Memang payah untuk berdiri sendiri, namun kami perlu menampakkan cara sendiri tanpa terlalu bergantung antara satu sama lain,”jelas Zizan.
Hantu Bonceng
Bakal muncul dengan filem seram komedi, Hantu Bonceng, Zizan bergandingan bersama pelakon sensasi yang pernah digosipkan bersamanya , Juliana Evan.
“Berlakon dengan Juliana memang senang, sebab kami mudah serasi. Kami banyak berkongsi idea biarpun ini kali pertama kami bekerjasama bersama.
“Sebenarnya, hubungan kami berdua memang rapat, kalau ada masalah kami lebih suka bercerita bersama, tetapi kami bukanlah bercinta. Tidak wujud cinta lokasi antara saya dan dia seperti mana yang digosipkan sebelum ini. Saya tidak pernah bercinta dengannya dan tiada unsur-unsur percintaan dalam hubungan kami ini,”luahnya.

Berada dipuncak populariti, nama pelakon, penyanyi, dan pelawak popular, Zizan Razak semakin menjadi pujaan hati peminat-peminatnya.
Apa sahaja yang dilakukan mudah sahaja menjadi perhatian, jadi tidak hairanlah jika dikala ini, pelakon filem KL Gangster ini berjaya menarik lebih satu juta peminat di laman sosial Facebooknya.
Namun belum lagi memenangi apa-apa anugerah yang berjaya menobatkan dirinya sebagai ‘Terbaik’, Zizan dikatakan sudah mula bersikap bermegah-megah dan ada juga khabar yang mengatakan Zizan sudah mula besar kepala sehingga sanggup menegur beberapa pelawak senior sewaktu membuat persembahan.
Kecewa dengan tudahan itu, Zizan menafikan dia sudah berubah sikap apabila berada dipuncak populariti ini.
“Perkara inilah yang menganggu fikiran saya sekarang, selepas berita saya bermegah-megah itu keluar ahad lalu, saya mula rasa tidak sedap hati. Bahkan saya sendiri tidak tahu daripada mana datangnya cerita saya ada menegur pelawak senior pula.
“Bagus sangat ke saya ni sehingga boleh menegur orang yang lebih lama dalam bidang ini. Seingat saya, saya tidak pernah berkelakuan begini, kalau meminta idea daripada senior memang ada, tetapi untuk besar kepala dan menegur mereka, itu memang tidak pernah terjadi.
“Saya minta maaf kalau sebenarnya ada yang terasa saya menegur mereka, mungkin ketika itu saya berniat untuk berkongsi pendapat, tetapi cara saya mengguris hati mereka, saya memang tidak tahu siapa yang dimaksudkan, tetapi saya tetap memohon maaf pada sesiapa sahaja yang terasa,”jelas Zizan.
Johan istimewa
Mengakui auranya bertambah kuat apabila digabungkan bersama Johan, Zizan menafikan cakap-cakap yang mengatakan hubungan antara mereka renggang ketika ini.
“Kami memang tiada masalah bersama, hanya disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing maka kami jarang berjumpa. Saya akui ramai yang beranggapan saya agak lemah bila bergerak sendirian berbanding Johan, tetapi sebenarnya kedua-dua kami sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.
“Memang payah untuk berdiri sendiri, namun kami perlu menampakkan cara sendiri tanpa terlalu bergantung antara satu sama lain,”jelas Zizan.
Hantu Bonceng
Bakal muncul dengan filem seram komedi, Hantu Bonceng, Zizan bergandingan bersama pelakon sensasi yang pernah digosipkan bersamanya , Juliana Evan.
“Berlakon dengan Juliana memang senang, sebab kami mudah serasi. Kami banyak berkongsi idea biarpun ini kali pertama kami bekerjasama bersama.
“Sebenarnya, hubungan kami berdua memang rapat, kalau ada masalah kami lebih suka bercerita bersama, tetapi kami bukanlah bercinta. Tidak wujud cinta lokasi antara saya dan dia seperti mana yang digosipkan sebelum ini. Saya tidak pernah bercinta dengannya dan tiada unsur-unsur percintaan dalam hubungan kami ini,”luahnya.
Mangga Online
Hardy Hartono Jadi Tumpuan Peminat Malaysia
Ditulis oleh wahida othman
Hardy Hartono Alih Tumpuan penonton malaysia
Pastinya nama Hardy hartono bukan satu nama yang asing lagi buat peminat-peminat drama melayu Malaysia, lantaran pelakon kacak bersala dari Indonesia ini sudah sering menghiasi layar televisyen melalui lakonannya di dalam drama bercorak ketuhanan, Kitab Cinta yang disiarkan di TV Al Hijrah.
Bergandingan dengan pelakon jelita Malaysia, Fazura, aura Hardy Hartono ini mampu membuat peminat-peminatnya tidak tidur malam lantaran sikapnya yang begitu cantik dan indah yang ditonjolkan melalui watak Wali dalam drama itu.
Hadir ke Malaysia untuk menghadiri sesi sidang media pelancaran program-program raya, stesen tv Al Hijrah, Hardy menceritakan sisi sebenar dirinya diluar watak yang dilakonkan itu.
“Jika Wali orangnya pendiam dan pemalu, ia serupa sahaja dengan diri saya. Wali digambarkan orangnya lebih bergaya dan berpegang pada ajaran islam yang kuat serta tidak nakal, dan saya pula seperti lelaki biasa yang kuat bekerja dan tidak terlalu bersosial.
“Kebiasaanya di negara saya, jika tiada sebarang kerja saya lebih tinggal dirumah dan hanya menonton televisyen, tetapi bila bekerja saya hanya fokus pada kerja dan akan melakukannya sebaik mungkin. Jika ada kelapangan yang banyak, saya suka bersukan seperti bermain bola jaring dan bersenam.
“Secara peribadinya, saya belum ada pacar (kekasih) lagi, namun teman yang namanya perempuan itu ramai,”ujar lelaki berusia 27 tahun ini.
Model
Bukan hanya meminati bidang lakonan, sebenarnya lelaki kacukan belanda melayu ini juga terlibat dalam bidang peragaan. pernah terlibat dalam iklan tv seperti vaseline Man, Panasonic dan Fresh Tea, dia juga sudah melakonkan tiga buah filem di Indonesia iaitu, Pengantin Topeng, Cinta Lama belum kelar, dan Not For Sale.
Menerima tawaran pengarah popular, Erma Fatima untuk bergandingan dengan Fazura dalam Kitab Cinta, jelas Hardy dia sangat menyukai cara kerja Erma Fatima sebagai seorang pengarah.
“Kak Erma mengenali saya menerusi drama Aqsa dan Madina, kemudian dia menghubungi pengurus saya di Indonesia untuk menawarkan watak Wali kepada saya.
“Saya baca skripnya, dan sangat menyukai watak Wali dalam drama itu lantas menerima tawaran Kak Erma. Ternyata dia seorang yang sangat baik, biarpun ada kalanya dia garang, namun bagi saya garangnya sangat bertempat.
“Dia memberi kelonggaran kepada saya membawakan watak Wali itu mengikut cara saya, malah hubungan saya dengan Kak Erma biarpun baru pertama kali bekerjasama sudah seperti satu keluarga.
“Dengan Fazura pula, dia sememangnya seorang yang bagus dalam lakonan dan sememangnya saya sangat menyenangi berlakon bersama-sama dengannya,”jelas Hardy.
Popular Di Malaysia
Melihat namanya sudah mula diterima di negara ini, jelas Hardy dia terlalu bersyukur kerana ada tempat untuknya disini.
“Sememangnya saya mahukan yang terbaik dalam diri saya dari masa ke semasa, dan sesungguhnya saya sangat berterima kasih kerana begitu disenangi disini.
“Selepas Kitab Cinta, saya akan sambung berlakon untuk Kak erma dalam Kitab Cinta 2, jadi saya harap ia masih diterima,”ujar Hardy hartono yang merupakan anak ketiga dari tiga orang beradik ini.

Pastinya nama Hardy hartono bukan satu nama yang asing lagi buat peminat-peminat drama melayu Malaysia, lantaran pelakon kacak bersala dari Indonesia ini sudah sering menghiasi layar televisyen melalui lakonannya di dalam drama bercorak ketuhanan, Kitab Cinta yang disiarkan di TV Al Hijrah.
Bergandingan dengan pelakon jelita Malaysia, Fazura, aura Hardy Hartono ini mampu membuat peminat-peminatnya tidak tidur malam lantaran sikapnya yang begitu cantik dan indah yang ditonjolkan melalui watak Wali dalam drama itu.
Hadir ke Malaysia untuk menghadiri sesi sidang media pelancaran program-program raya, stesen tv Al Hijrah, Hardy menceritakan sisi sebenar dirinya diluar watak yang dilakonkan itu.
“Jika Wali orangnya pendiam dan pemalu, ia serupa sahaja dengan diri saya. Wali digambarkan orangnya lebih bergaya dan berpegang pada ajaran islam yang kuat serta tidak nakal, dan saya pula seperti lelaki biasa yang kuat bekerja dan tidak terlalu bersosial.
“Kebiasaanya di negara saya, jika tiada sebarang kerja saya lebih tinggal dirumah dan hanya menonton televisyen, tetapi bila bekerja saya hanya fokus pada kerja dan akan melakukannya sebaik mungkin. Jika ada kelapangan yang banyak, saya suka bersukan seperti bermain bola jaring dan bersenam.
“Secara peribadinya, saya belum ada pacar (kekasih) lagi, namun teman yang namanya perempuan itu ramai,”ujar lelaki berusia 27 tahun ini.
Model
Bukan hanya meminati bidang lakonan, sebenarnya lelaki kacukan belanda melayu ini juga terlibat dalam bidang peragaan. pernah terlibat dalam iklan tv seperti vaseline Man, Panasonic dan Fresh Tea, dia juga sudah melakonkan tiga buah filem di Indonesia iaitu, Pengantin Topeng, Cinta Lama belum kelar, dan Not For Sale.
Menerima tawaran pengarah popular, Erma Fatima untuk bergandingan dengan Fazura dalam Kitab Cinta, jelas Hardy dia sangat menyukai cara kerja Erma Fatima sebagai seorang pengarah.
“Kak Erma mengenali saya menerusi drama Aqsa dan Madina, kemudian dia menghubungi pengurus saya di Indonesia untuk menawarkan watak Wali kepada saya.
“Saya baca skripnya, dan sangat menyukai watak Wali dalam drama itu lantas menerima tawaran Kak Erma. Ternyata dia seorang yang sangat baik, biarpun ada kalanya dia garang, namun bagi saya garangnya sangat bertempat.
“Dia memberi kelonggaran kepada saya membawakan watak Wali itu mengikut cara saya, malah hubungan saya dengan Kak Erma biarpun baru pertama kali bekerjasama sudah seperti satu keluarga.
“Dengan Fazura pula, dia sememangnya seorang yang bagus dalam lakonan dan sememangnya saya sangat menyenangi berlakon bersama-sama dengannya,”jelas Hardy.
Popular Di Malaysia
Melihat namanya sudah mula diterima di negara ini, jelas Hardy dia terlalu bersyukur kerana ada tempat untuknya disini.
“Sememangnya saya mahukan yang terbaik dalam diri saya dari masa ke semasa, dan sesungguhnya saya sangat berterima kasih kerana begitu disenangi disini.
“Selepas Kitab Cinta, saya akan sambung berlakon untuk Kak erma dalam Kitab Cinta 2, jadi saya harap ia masih diterima,”ujar Hardy hartono yang merupakan anak ketiga dari tiga orang beradik ini.
Mangga Online
Fiza Sering Fikir Nak Berubah
Ditulis oleh Rosli Manah
Pelakon Fiza Halim atau Fiza Elite tidak pernah sunyi dengan cerita kontroversi. Kisah rumah tangga percintaan serta imejnya yang seksi sering jadi perbualan.
Kini pada usia yang baru mencecah 30 tahun pada 18 Ogos lalu, Fiza berasakan dirinya mahu berubah. Malah dia juga sudah terfikir untuk menukar imej kepada wanita bertudung. Dia menunggu serunya betul-betul sampai untuk menukar imej.
“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita berubah dalaman juga.
“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” kata Fiza pasal perasaan dalam dirinya sekarang.
Dia tidak melalui apa-apa perkara pelik atau sesuatu yang menggerakkannya, sebaliknya ia datang dengan sendiri. Apatah lagi cabaran membesarkan anak sendirian, serta hubungannya dengan lelaki yang tidak menjadi.
“Secara tiba-tiba sahaja ia datang. Saya ada tanya kepada kawan-kawan pasal perasaan saya. Ada yang menyokong dan ada yang meminta saya bersabar kerana takut ia bukan datang dari dalam hati saya secara ikhlas.
“Saya tak tahu pasal apa… tapi sejak memikirkan mahu berubah, saya sudah memberikan baju-baju lama yang seksi kepada orang lain. Kalau membeli baju baru, saya pilih yang longgar. Saya fikir juga apa yang membuatkan saya jadi macam ini.
“Saya teringat kata-kata saya sendiri yang pernah cakap kepada bekas suami untuk bertudung bila usia dan mencecah 30 tahun. Saya cakap kepada dia sejak lama dulu semasa saya berehat daripada berlakon. Agaknya kerana itulah saya mula terfikir pasalnya bila benar-benar dah masuk usia 30 tahun ini.
“Lagi satu, saya pernah melihat seorang kenalan yang melalui kesukaran selepas meninggal dunia. Arwah meninggal ketika memakai pewarna di kuku. Bila dia meninggal, pewarna itu payah ditanggalkan membuatkan urusan kematiannya menjadi lambat.
“Saya terkenang-kenanag juga pasal perkara itu dan insaf apabila melihat keadaan jenazah,” kata Fiza lagi.
Fiza juga tidak ghairah mencari peluang berlakon sehingga menjadikannya seorang ibu yang sibuk. Dia hanya berlakon sekadar memenuhi keperluan hidupnya dan anak-anak sahaja. Anak-anak menjadi keutamaannya sekarang.
“Kalau saya tiba-tiba nak bertudung, saya tak akan menjejaskan mana-mana pihak sebab saya tak banyak komitmen dengan produksi,” katanya lagi.
Teliti cari teman hidup
Fiza sekarang selesa bersendirian membesarkan anak-anaknya Ferra Aryanna, 4, dan Feeya Adyria, 3. Bukan tak ada lelaki yang mendekati, tetapi hatinya belum terbuka sebab nampak kekurangan yang ada dalam lelaki yang didampinginya.
“Bukannya nak membandingkan, tapi saya akui payah nak jumpa lelaki macam bekas suami saya. Saya akui ada salah daripada saya sendiri. Semasa ada, saya buat kesilapan sehingga jadi macam ini (bercerai).
“Saya tak tahulah… bila dah lama berkawan akhirnya saya rasa saya tak boleh nak teruskan untuk tinggal bersama, sebab itu banyak tak menjadi,” kata Fiza lagi.
Fiza masih berkawan dengan bekas suami dan keluarganya. Malah pada hari raya nanti, dia dan anak-anak akan beraya di rumah bekas mertua dahulu sebelum balik beraya di rumah keluarganya di Pulau Pinang.
Mangga Online
Zain Nak Cari Tapak Di Indonesia
Ditulis oleh Rosli Manah
Pelakon kacak berwajah Inggeris, Zain Saidin sudah lebih setahun menjadi pelakon sepenuh masa. Lakonannya semakin baik dan peminatnya juga bertambah ramai. Tapi nampaknya wajah kacukan miliknya tidak membawa tuah.
Dia sukar mendapat tawaran melakonkan watak utama dalam drama lakonan kerana tidak memenuhi tuntutan skrip yang menampilkan pemuda Melayu sebagai peran utama. Zain terus dapat peluang dengan watak pembantu.
Ia pasti menimbulkan rasa tidak selesa apatah lagi dia tidak pernah merasakan dirinya sebagai orang asing kerana dibesarkan dengan cara Melayu sepenuhnya. Sedikit sebanyak situasi itu membuatkan Zain mula terfikir untuk mencari peluang di Indonesia.
Sementelah wajah persisnya memang mudah mendapat peluang dalam drama di sana. Wajah pan asian bukanlah masalah besar, malah memberi kelebihan kepada pelakon Indonesia. Lihat saja Ashraff Sinclair dan Miller. Apatah lagi bayaran berlakon di sana lebih lumayan bagi pelakon popular.
“Sebenarnya saya sudah dapat tawaran untuk berlakon di sana. Sudah beberapa pihak menyatakan kesediaan menerima saya. Saya menunggu masa yang sesuai untuk ke sana.
“Suami kakak saya, Sashakan orang sana, jadi dia ada kenalan yang bekerja dalam produksi. Tapi saya belum bersedia kerana mahu menempatkan nama di sini dulu. Saya rasa nama saya belum cukup kuat di Malaysia.
“Tapi kalau dalam masa setahun lagi saya masih lagi berada di peringkat ini, barulah saya akan mencuba nasib di sana pula. Bukannya membawa diri, sebaliknya mencari peluang untuk meningkatkan diri dalam bidang lakonan.
“Saya juga belum boleh bertutur bahasa Indonesia dengan baik, jadi dalam tempoh itu saya boleh belajar,” kata Zain.
Raya cara Melayu
Melihat penampilannya pasti ada yang berasakan cara Zain dan keluarga menyambut hari raya agak berbeza. Zain menafikannya kerana mereka menyambutnya dengan cara Melayu sepenuhnya.
“Ibu saya kan sudah lama di sini dan dia membesarkan saya dengan cara Melayu. Jangan tak tahu lontong masakan mak saya antara juadah kegemaran keluarga. Kalau ahli keluarga nak makan lontong pada hari raya, mereka akan cari di rumah kami.
“Tahun ini kami beraya di rumah Sasha sebab rumah keluarga saya sedang diubahsuai. Sasha akan jadi tuan rumah,” kata Zain lagi.
Zain seronok pada musim hari raya kerana jalan raya lengang dan pergerakan ke mana sahaja mudah dan cepat.
Otot-otot badan mengecil
Semasa awal-awal melibatkan diri dalam lakonan, Zain tampil dengan gaya sasa seorang lelaki, tapi sekarang otot-ototnya semakin mengecil dan dia juga kelihatan semakin kurus.
“Sekarang saya sibuk sangat sehingga tak ada masa untuk ke gimnasium. Dulu saya tinggal di Subang dan jarak ke gimnasium hanya dua minit sahaja. Sekarang jarak gimnasium dengan rumah jauh sikit. Bila dah penat tu, rasa malas nak ke gimnasium.
“Tak apalah sebab bila berlakon ini kalau badan besar sangat tak sesuai… ada yang kata saya nampak pendek kalau otot-otot besar sangat. Tapi saya akan mengembalikan otot-otot kerana saya memang sukakan badan macam itu,” katanya lagi.
Mangga Online
Iwan Syahman Dedah Cerita Insaf
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL ABIDIN

RASA keinsafan itu terdetik sejak tiga tahun lalu, sewaktu dia bersendirian memikirkan kehidupan lampau. Kegagalan perkahwinan kedua bersama bekas isteri, Wan Rafidah Abu Bakar menyebabkan sepi semakin mencengkam diri.
Ia sekaligus membuatkan kehidupan harian menjadi kucar-kacir dan seakan-akan tiada makna. Lelaki ini kemudiannya nekad untuk mencari ‘sesuatu’ yang mampu mengisi kekosongan rohaninya.
‘Di kala saya sedang leka memikirkan makna kehidupan sebenar, tanpa disedari minda saya menerawang entah ke mana.
‘Semuanya ibarat air yang dituang ke dalam gelas. Bila penuh, ia tertumpah di atas lantai seolah-olah tiada erti. Saya anggap kehidupan saya seperti pembaziran,’ dedah awal lelaki ini pada pertemuan di pejabat Utusan Malaysia, pagi Isnin lalu.
Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu dangdut kontemporari sekitar tahun 1990-an ini mengakui bahawa ‘kehanyutan’ lampau berpunca dari kelalaian dari perintah Maha Pencipta. Apabila terlalu leka dengan keseronokan sementara dunia.
Namun begitu, Iwan bersyukur kerana diberi hidayah bagi memulakan episod hidup baru.
‘Saya akui punya sedikit pengetahuan asas agama. Saya perlu banyak mengimbas dan mengulangkaji ibadah yang saya tinggalkan sebelum ini.
‘Banyak ilmu keagamaan diketahui selepas menyertai kumpulan tabligh. Ternyata kumpulan itu amat sesuai buat diri saya yang jahil agama,’ katanya jujur.
Katanya, perubahan yang dilakukan itu berniat tulus murni. Tidak pernah ada tujuan menunjuk-nunjuk.
‘Saya pernah mengalami zaman jahiliah seperti mana umat terdahulu. Macam-macam jenis maksiat pernah dilakukan. Tapi biarlah urusan yang lepas itu lepas,’ jelasnya lembut.
Hidayah & dangdut
Wan Syahman Wan Yunus, 50, atau lebih dikenali dengan panggilan Iwan Dangdut ini adalah antara artis yang menerima hidayah mengejut seperti komposer Sham Kamikaze dan pelakon drama Mek Salmah Dari Scotland, Catriona Ross.
Justeru itu, penghijrahan ke arah kebaikan tersebut tidak pernah menghalang dirinya untuk terus aktif dalam industri seni tanah air.
Tambahan pula Iwan adalah antara peneraju irama dangdut yang kerap kali dikaitkan dengan Ratu Dangdut, Amelina.
‘Dalam soal ini, saya pernah berserah kepada-Nya dan dia beri saya petunjuk. Tapi bukan dengan memilih lagu bergenre dangdut. Kalau saya teruskan juga, macam mana dengan wang penghasilannya?
‘Saya perlu lebih menitik beratkan tentang sumber kewangan kerana mahu mencari keredaan Tuhan. Tidak mahu terlibat sama sekali dengan masa silam saya. Justeru, cara terbaik adalah membuat lagu-lagu berunsur dakwah. Mengajak orang membuat kebaikan dan mengingatkan mereka,’ katanya berterus-terang.
Merujuk tentang persoalan mengguna pakai nama pentas Iwan Syahman menggantikan Iwan Dangdut, lelaki ini punya alasan sendiri.
‘Saya berharap agar penghijrahan ini bersifat menyeluruh. Bukan setakat dalaman malahan keseluruhan diri saya. Nama itu terpaksa ditukar sebab saya lebih selesa dengan jati diri sendiri.
‘Biarpun saya tahu risiko yang terpaksa diterima selepas perubahan itu. Memang ada yang tak perasan apabila saya perkenalkan diri dengan nama Iwan Syahman berbanding Iwan Dangduti,’ jelasnya.
Pemilik E-Wan Entertainment ini juga berharap agar album dakwah berjudul Segalanya Allah yang mengandungi sepuluh buah lagu itu mampu mengubati kerinduan di kalangan peminatnya.
Antara lagu berunsur nasihat yang terkandung dalam album itu adalah Segalanya Allah, Shalat Dulu, Fadhilat Shalawat, Semua Allah Punya, Kalimah Toyyibah, Seksa Neraka, Pengasih dan Ke Taman Syurga.
Mengulas tentang keluarga barunya, Iwan memberitahu bahawa dia cukup bahagia dengan perkahwinan ketiganya bersama Evie Surriyanti, 25, yang dinikahi 20 Februari 2009.
Wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia itu telah banyak menyokong perubahan niat barunya itu. Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran permata hati, Wan Nur Sumayyah yang kini berusia setahun enam bulan.
Segala aktiviti harian Iwan dikongsi dalam laman sosial www.facebook.com/ Iwan Syahman atau boleh dihubungi menerusi e-mel eone@hotmail.com.
Utusan
Bangga Berwajah Kacukan
Oleh: ROSLI MANAH
(kacakbergaya2011@gmail.com)
Foto: Terima kasih JAMAL TOMMY TALENT AGENCY (012-3230925)

Mohammad Khairul Razin
BANYAK orang kata, kalau tak memiliki akaun laman sosial Facebook atau Twitter, semacam tak mengikut keperluan zaman.
Sebab itulah agaknya golongan bergelar nenek juga memiliki akaun Facebook. Tak tahulah apa tujuan dia memiliki laman sosial jaringan persahabatan itu. Malah kempen politik juga menggunakan laman sosial yang dilihat lebih mudah mencapai sasaran.
Ada juga orang yang berbangga apabila memiliki ramai senarai kawan dalam Facebook walaupun ada di antaranya yang tidak mengenali langsung. Lain pula halnya dengan Mohammad Khairul Razin yang mahu menggunakan laman Facebook untuk kebaikan sahaja.
‘Saya tak ada ramai kawan dalam Facebook sebab saya tak mahu menambah seseorang yang saya tidak kenali. Kalau ada yang saya tak kenal pun, mereka masih ada hubungan, misalnya belajar di sekolah yang sama.
‘Saya menggunakan Facebook untuk menghubungkan saya dengan kawan yang sudah lama saya tak jumpa, baik kawan sekolah atau kawan semasa kecil.
‘Saya juga ada berhubung dengan saudara sebelah ibu di England menerusi Facebook,’ kata anak Melayu yang mewarisi wajah Inggeris sebelah ibunya itu.
Dia juga berharap Facebook tidak dijadikan medan untuk seseorang meluahkan ketidakpuasan hati sekali gus memburukkan orang lain. Itulah antara perkara buruk yang boleh berlaku kepada pengguna Facebook.
‘Bila ada paparan pasal sesuatu isu, banyak yang akan melontarkan pandangan yang ada kalanya berbunyi seperti menghentam pihak lain.
‘Orang kita juga cepat sangat terpengaruh dan mengikut orang tanpa berfikir panjang. Misalnya semasa perhimpunan haram Bersih 2.0 baru-baru ini, ramai yang berhimpun tetapi mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka buat.
Tapi ramai yang hanya mengikut sahaja, itu yang tak baik,’ jelasnya lagi.
Memiliki wajah anak muda Inggeris memberikan sesuatu kelainan kepada Razin. Apatah lagi lelaki yang dilahirkan di Kelantan itu bersekolah di Kedah semasa peringkat sekolah menengah itu tidak terlihat wajah Melayunya.
‘Memang semasa kecil berasa juga kita ini macam terasing sebab wajah kita lain daripada rakan-rakan, tapi yang seronoknya semua orang perasan kewujudan kita,’ jelasnya yang sering kali disangka seorang pemuda Inggeris.
Wajah itu juga membuka langkah dalam bidang peragaan kepadanya. Sejak setahun lalu Razin mula terlibat dalam peragaan. Wajahnya pernah menghiasi beberapa buah iklan untuk tayangan di sini serta pasaran negara luar.
Bercerita pasal persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti, Razin dan keluarga akan menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja kerana sebahagian besar keluarganya kini tinggal di Lembah Klang.
Sementara itu Razin juga meminati sukan futsal dan dia mempunyai pasukan yang dinamakan KMK Alumni. Anggotanya ialah rakan-rakan semasa menuntut di KOlej Matrikulasi Kedah.
‘Saya juga suka berjogging untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan,’ kata Razin lagi.
Utusan
Hulurkan Salam, Erat Persaudaraan

BERTEMAKAN frasa 3 Dimensi, itu yang digunakan dalam program Melodi Raya tahun ini. Berteraskan tiga elemen iaitu nyanyian,
komedi dan temu bual sensasi, rencah itu menjadikan program terbitan stesen televisyen TV3 itu tampak istimewa di kaca mata penonton.
Tak perlu dihuraikan dengan bergantang kata-kata, sebab semua orang tahu, Melodi Raya adalah acara yang paling dinanti-nantikan setiap artis dan selebriti tanah air. Pihak media juga menjadikan acara ini sebagai lokasi mencari seberapa banyak artis untuk dijadikan simpanan cerita musim hari raya akan datang.
Apalagi, saban tahun program tersebut tak pernah gagal dihadiri oleh ratusan artis kita yang sememangnya teruja untuk turut sama memeriahkan program terbitan Azman Ghaffar itu.
Sekali lagi memilih Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai lokasi berlangsungnya acara, Melodi Raya 2011 menyaksikan 400 artis berjaya dikumpulkan dalam suasana dan kemeriahan hari raya.
Dari Fauziah Latif, Man Bai, Elly Mazlein, Zarina Zainudin, Raja Farah, Faradhiya, Siti Sarah, semuanya nampak sporting memeriahkan majlis.
Pun begitu, sukar untuk mengikis rasa janggal di hati apabila kelibat individu-individu yang mengaku artis juga turut menghadiri program. Walaupun undangan tahun ini begitu terhad, ada juga muka tidak dikenali dalam industri hiburan tempatan yang berani singgah. Aduhai, macam-macam hal.
Apa pun, program yang dikendalikan oleh hos Zizan dan Dira Abu Zahar itu ternyata menjadi.
Lebih gamat apabila isi dewan turut dihiburkan dengan lawak jenaka gabungan dua buah kumpulan komedi popular negara, Sepah dan Senario.
Selain itu, gabungan persembahan antara artis lama dan baru juga menjadikan Melodi Raya tahun ini umpama sebuah festival yang unik.
Dalam pada itu, kemeriahan hari raya juga turut dirasai dalam suasana yang berbeza di Pusat Membeli-belah Great Eastern Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Hampir 30 artis tanah air yang hadir menjayakan program Great Eastern Mall Annual Tenants Gathering Hari Raya Fashion Showcase termasuk majlis berbuka puasa.
Antara yang hadir ialah Ezlynn, Vanidah Imran, Zahnita, Nur Fathia, Faezah Elai, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Shila Hamzah dan Miera Liyana.
Saksikan sebahagian gambar yang sempat dirakamkan oleh jurugambar Utusan Malaysia Nooradzrene Mohd Noor dan Jeffri Iran.
Utusan
Kerana Cinta Fida Diugut Bunuh
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR

Fida
KUNTUM senyuman tak lekang di bibir manis gadis ini. Sinar anak matanya pula jelas jernih berkaca. Seolah-olah cerminan kepada hatinya yang kini sudah ditakluki sang teruna berkulit hitam manis yang dikenali enam bulan lalu.
Kuasa cinta memang begitu. Boleh merubah seseorang itu dalam pelbagai perspektif yang berbeza.
Asyiknya cinta boleh membawa kepada bahagia, namun jika tidak kena pada tempat dan cara, cinta juga boleh membawa kepada kemusnahan dan bahana.
Itu yang dialami oleh pelakon baru, Fida Ibrahim, 25, setelah hijab cinta yang terjalin antara dia dan anggota kumpulan pelawak Sepah, Mamat terbuka dan diketahui umum khususnya peminat. Ramai yang melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan tersebut.
Lebih-lebih lagi sepanjang tiga tahun berada dalam industri seni, belum pernah lagi gadis kecil molek ini ‘membuat bising’ dengan menjaja kisah cinta. Lalu, terus sahaja namanya mencanak naik dan meniti di bibir mereka yang menjadi pemerhati dunia hiburan.
Walhal , sebelum ini pelakon drama bersiri Epilog Syurga Cinta ini boleh dikategorikan sebagai artis yang biasa-biasa sahaja.
‘Ala…susah nak cakap. Saya dan Mamat sebenarnya dalam proses mengenali hati budi lagi. Tak tahu nak kata bercinta atau tidak sebab masih terlalu awal. Segan nak cakap mengenai status sebenar hubungan kami ini. Bukan apa, takut tak jadi nanti malu yang dapat.
‘Iyalah, dulu saya tak pernah pun dikaitkan dengan siapa-siapa, tiba-tiba orang tahu mengenai saya yang kini rapat dengan Mamat. Walau masih tak dapat nak kategorikan status hubungan ini, tapi orang dah mula bercakap. Apa-apa pun, cukup untuk saya katakan yang saya selesa berkawan dengan dia,’ katanya.
Diugut bunuh
Sedang rancak bercerita mengenai karakter Mamat yang baginya cukup melucukan, juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 ini kemudiannya mengubah topik perbualan yang bisa membuatkan sesiapa sahaja merasa seram sejuk.
Bukanlah cerita mistik yang cuba disampaikan oleh Fida. Tetapi cerita benar mengenai dirinya yang menerima ugutan bunuh oleh orang yang tidak dikenali baru-baru ini. Semuanya berlaku selepas hubungannya dengan Mamat diberi liputan meluas oleh media.
‘Betul kak, saya terima macam-macam ugutan di laman sosial Tweeter selepas cerita saya dan Mamat keluar.
‘Saya tak kenal siapa dia tapi individu itu menyuruh saya memutuskan hubungan dengan Mamat. Kalau tidak dia akan bunuh saya atau Mamat. Lebih menakutkan, dia juga cakap tak ada siapa pun boleh dekat dengan saya. Jika keadaan itu berlaku, dia mengugut akan berbuat sesuatu.
‘Mula-mula memanglah saya ingat benda ni tak serius, tapi bila sampai dapat ugutan bunuh, saya rasa ini bukan lagi satu perkara yang harus dipandang remeh,’ katanya.
Menganggap individu tersebut sebagai pengacau psiko, cerita Fida, dia juga tak dapat menyembunyikan rasa terkejut apabila insan misteri itu membuat kenyataan pelik.
‘Dia kata, Fida adalah perempuan yang paling dia sayang selepas ibunya. Tak tahu nak cakap ini pujian atau apa.
‘Tetapi saya anggap ia sebagai sesuatu yang menakutkan. Iyalah, tiba-tiba ada orang cakap macam tu pada kita, tak rasa lain macam ke?
‘Bukan itu saja, dia juga selalu beritahu saya yang dia akan berusaha cari lokasi rumah Fida sampai dapat. Takutlah saya macam ni!’ luah Fida.
Merasakan dirinya terancam dengan kelakuan aneh insan misteri tersebut, jelas Fida, dia juga telah mengambil langkah keselamatan dengan membuat lapor polis pada minggu lalu.
Cerita obsesi lelaki terhadap dirinya tidak terhenti di situ. Gadis berbintang Gemini ini kemudian membuka pula cerita mengenai bagaimana seorang wartawan sanggup mengaburi mata masyarakat dan pihak media lain mengenai kisah cinta palsu mereka berdua.
Enggan mendedahkan nama sebenar jejaka tersebut, akui Fida, sehingga kini dia masih tidak dapat menangkap apa motif sebenar lelaki tersebut berbuat demikian.
Cuma dia cukup terkilan dengan kelakuan individu tersebut yang baginya tidak profesional semasa menjalankan tugas sebagai wartawan.
‘Menjaja cerita yang saya ni merupakan kekasihnya, tentang bagaimana kami saling berbalas-balas mesej di telefon dan sebagainya. Apa semua itu?
‘Hubungan cinta itu tak pernah wujud. Kenapa dia mereka-reka cerita? Saya mengaku memang kecewa dengan sikap dia yang tak profesional. Saya tak sangka dia telah memanipulasikan hubungan persahabatan kami kepada hubungan cinta palsu.
‘Saya harap dia hentikan perbuatan itu sebab saya bimbang ia boleh menjejaskan karier saya,’ katanya memohon supaya diri tidak terus dimanipulasi.
Utusan
Tolak Cinta Wang Ringgit
Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my

Neelofa
DUIT bukan segala-galanya. Kalau bercinta sebab duit tak guna juga. Kita kena tengok juga perkara-perkara lain yang perlu dijadikan bekalan masa hadapan,’ kata Neelofa Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai isu dirinya dihimpit VIP sejak awal muncul dalam bidang seni.
Menurut gadis kecil molek itu lagi, dia sebenarnya cukup rimas apabila orang sering kali melabel dirinya dihimpit golongan kelas atasan ini sedangkan hal itu tidak pernah berlaku.
Tidak mahu dirinya terus menjadi perhatian dan permainan sesetengah pihak yang kurang senang dengan dirinya, Lofa nekad mengambil keputusan untuk mengunci mulutnya daripada terus memberikan apa-apa komen.
‘Untuk apa Lofa terus layan cerita kena himpit VIP ni? Banyak cerita yang dijaja itu tak benar, akhirnya Lofa yang menjadi mangsa. Sebab itu sekarang ni, Lofa diam sahaja, malas hendak layan cerita yang bukan-bukan.
‘Bila sebut VIP orang akan kaitkan dengan duit. Sepertinya orang yang mahu berkawan dengan VIP ni semata-mata kerana duit. Lofa masih belum terdesak untuk jadi macam tu.
‘Macam Lofa cakap tadi, duit bukan segala-galanya. Kalau banyak duit tapi tak bahagia tak guna juga. Jadi biarlah Lofa betul-betul bina nama sebagai anak seni sebelum berkongsi cerita peribadi dengan orang lain.
‘Kalau kerja belum teruji lagi tapi kontroversi sahaja yang datang, tak elok juga,’ jelas gadis yang sudah menginjak usia 22 tahun ini.
Jika ada yang mengikuti perkembangan Lofa sebelum ini, dia memang tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Ada sahaja cerita yang menjentik rasa dipaparkan untuk tatapan umum. Banyak cerita yang dihadapkan, menjurus kepada sisi tak elok heroin Azura ini sendiri.
Namun begitu, setiap kontroversi itu bagaikan membuka pintu rezeki buatnya. Dengan cerita-cerita ini nama Lofa semakin dikenali dan menjadi perhatian pengarah filem mahupun drama.
‘Betul, nama Lofa memang selalu jadi mangsa gosip liar. Ada orang yang lebih tahu pasal cerita panas Lofa daripada mengenali siapakah Lofa yang sebenar.
‘Setiap kali badai tu datang melanda, setiap kali itu juga Lofa akan duduk berdiam diri. Hanya membiarkan orang lain bercerita mengenai hal itu daripada terus nak layan cerita tersebut.
‘Kalau nak layan kontroversi bermasam muka, cerita putus cinta memang ia tak akan habis sampai bila-bila. Lofa yakin peminat di luar sana pandai menilai apa yang baik dan mana yang buruk.
‘Penilaian-penilaian yang mereka buat ini akhirnya membuatkan cerita itu reda begitu sahaja,’ katanya yang kini sedang popular dengan drama Tahajjud Cinta.
Bercerita mengenai kerjaya pula, Lofa bakal muncul dengan beberapa buah filem pada tahun hadapan. Cukup teruja dengan semuanya, jelas gadis asal Pasir Mas, Kelantan ini kehidupan sebagai anak wayang itu cukup menyeronokkan.
Dan baru-baru ini ada berita yang melaporkan Lofa bakal membintangi filem Rentaz arahan Mamat Khalid. Namun semuanya hanya tinggal kenangan apabila Lofa terpaksa menolak tawaran tersebut.
‘Lofa memang teringin nak bekerjasama dengan Mamat Khalid. Kalau ikut perancangan awal memang kami akan bekerja sama-sama tapi memandangkan jadual Lofa yang tak mengizinkan, terus Lofa lupakan hasrat tu.
‘Filem tu gunakan lokasi Betong, Selatan Thailand. Lofa tak ada masalah kalau lokasi tu dekat. Bila lokasi jauh susahlah sebab Lofa masih belajar.
‘ Itu sebab yang buat Lofa tekad untuk tak ambil watak tersebut. Rasa rugi sangat tapi Lofa anggap tak ada rezeki sahaja,’ tambahnya lagi.
Utusan