Teruja? » Harian Metro
Artis Meriahkan Raya
SESIBUK mana pun aktiviti seninya, pelakon dan pengacara Nona, Vanidah Imran tidak mahu melepaskan peluang memeriahkan majlis Rumah Terbuka Kumpulan Media Prima Berhad di Hotel Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Vanidah atau mesra dengan panggilan Vee yang datang bersama suami, pelakon dan pengarah Rashidi Ishak mengakui sudah mengosongkan jadualnya untuk hadir pada hari itu bukan saja sebagai tanda sokongan sebagai insan seni malah dia turut  menjadi sebahagian pekerja TV3 (Nona).
“Sesibuk manapun aktiviti seni, saya cuba luangkan masa untuk majlis ini.
Maklumlah, pada majlis rumah terbuka Media Prima tahun lalu, saya tidak dapat hadir kerana ada komitmen yang tidak dapat dielakkan.
“Justeru, saya pastikan tahun ini saya dapat memenuhi undangan ini walaupun sibuk dengan karier dan keluarga. Saya juga tidak ingin menghampakan undangan rakan wartawan akhbar di bawah NSTP (The New Straits Times Press (M) Berhad) yang memang rapat dengan saya sepanjang berkecimpung dalam bidang seni,” katanya.
Selebriti lain turut hadir menyemarakkan majlis petang itu ialah Lisa Surihani, Sofia Jane, Ana Raffali, Liyana Jasmay, Dafi, Nubhan, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Umie Aida, Diana Johor, Fida, Rizal AF, Rosyam Nor, Anzalna Nasir, A Galak, Danny X-Factor, Fazren Rafi, Ryzal, Fizo Omar, Darling Ngasri, Bkay Nair, Raja Nor Baizura, Ilyka, Tam Suhaimi,  Han Isaac serta ramai lagi.
Begitu juga produser Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosnani Jamil, David Teo, Datin Zaiton Mohd Jiwa, Aziz M Osman, Erma Fatima, Nor Aliah Lee, Den Wahab, Rashid Sibir serta Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
Kata Vanidah, selain menghargai undangan tuan rumah, majlis rumah terbuka itu dapat mengeratkan tali silaturrahim dengan rakan artis dan personaliti lain.
“Jika nak diikutkan, semua artis mempunyai jadual padat termasuk di lokasi penggambaran drama dan filem tapi apa salahnya jika bercuti sehari untuk memeriahkan majlis rumah terbuka ini.
“Malah saya berpakat dengan kawan baik, Umie dan Sofia untuk sama-sama bertemu di rumah terbuka ini.
“Saya akui susah nak bertemu di luar tapi dengan majlis seperti ini rakan sesama artis boleh bertanya khabar dan mengikuti perkembangan artis lain.
“Saya dan suami sama-sama sibuk dengan aktiviti seni tetapi kami pastikan ada masa walaupun sekejap untuk menghadiri rumah terbuka Media Prima,” katanya.
Rashidi yang juga anggota kumpulan Dead Mushroom dan bakal muncul dengan single tidak lama lagi mengakui,  rumah terbuka seperti itu memberi peluang bertemu rakan seperjuangannya yang sama-sama terbabit dalam bidang hiburan.
“Sebelum ini, kami hanya dapat bertemu rakan artis lain pada majlis anugerah saja. Justeru, bila ada acara rumah terbuka membabitkan ramai artis pasti saya tidak ingin lepaskan peluang untuk menjayakannya.
“Bukan saja rakan artis, malah produser dan pengarah drama termasuk yang jarang ditemui di majlis kerana masing-masing sibuk di lokasi penggambaran.
“Kalau tidak dapat berbual panjang pun sekurang-kurangnya dapat bertanya khabar projek terbaru mereka dalam drama dan filem termasuklah artis veteran yang sakit,” katanya.
Dafi yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu turut mengakui perkara sama.
Katanya, sibuk macam manapun, dia tetap luangkan masa menghadiri acara rumah terbuka kerana begitu menghargai setiap undangan diterima.
“Kalau tak buat persembahan pun, saya tetap akan tunjuk muka sekejap pada rakan artis dan tetamu yang hadir sebelum kembali bekerja.
“Pada masa sama, saya menghargai jemputan dari Media Prima Berhad yang banyak memberi sokongan dalam membantu  menaikkan karier seni sama ada melalui media cetak atau elektronik,” katanya yang sibuk di lokasi drama bersiri Waris musim ketiga terbitan Pesona Pictures dan single terbarunya tidak lama lagi.
Majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad yang buat pertama kalinya digabungkan, dihadiri lebih 2,000 tetamu rakan korporat dan pihak yang memberi sokongan pada kumpulan media terbesar tanah air itu. Tetamu turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal daripada kumpulan pemuzik undangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut meluangkan masa bermesra dengan tetamu yang hadir bersama Pengerusi MPB, Datuk Johan Jaafar; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Amrin Awaluddin;
Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Bujang, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima, Ahmad Izham Omar, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa, Timbalan Pengarang, Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail, Pengarang Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa ntv7, TV8, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.
Antara Keju Dan Belacan
DRAMA atau filem komedi sememangnya mudah menarik perhatian penonton hingga banyak karya daripada genre itu dihasilkan untuk tontonan di televisyen dan juga di layar perak.
Dalam menarik penonton, penggunaan judul unik juga menjadi keutamaan seperti telefilem Antara Keju dan Belacan arahan Isqandar Jebat yang disiarkan Astro Warna (saluran 132).
Telefilem terbitan Timecode Pictures Sdn Bhd ini menyaksikan gandingan pelakon popular, Natasha Hudson bersama Shuib Sepah, Man dan Bobo Raja Lawak.
Produsernya, Reza Arshad berkata, penerbitan telefilem ini sesuai dengan genre komedi yang dikhususkan saluran Astro Warna untuk pelanggan mereka.
“Penggambaran telefilem ini dibuat pada penghujung Mei lalu. Sejak peringkat awal, pihak produksi terfikir mengambil Natasha sebagai teraju filem ini.
“Keputusan ini dibuat atas cadangan penulis skrip, Zaini Kosnin dan Nasarudin Ab Rasif kerana mereka berasakan watak utama Tyna yang mempunyai wajah ‘Minah Saleh’ sesuai dengannya.
“Ketika nama Natasha dicadangkan kepada stesen TV, mereka juga bersetuju. Pada mulanya, kami perlu menunggu dalam tempoh seminggu untuk mendapatkan khidmat Natasha kerana dia mempunyai komitmen lain.
“Mengikut skrip, plot lebih memfokuskan watak Tyna dan Jai, lakonan Shuib. Namun, kekuatan cerita ini juga didukung pada lakonan Fathil Dani dan Sheila Mambo sebagai ibu bapa Tyna,” katanya.
Reza berkata, dia berdebar menantikan respons penonton terhadap telefilem ini kerana ini  buah tangan pertama terbitan Timecode Pictures.
“Melihat pandangan positif produser stesen TV, saya berharap drama ini mencapai matlamat dari aspek rating penonton yang memberangsangkan.
“Astro Warna mempunyai banyak program bermutu termasuk program popular, Maharaja Lawak dan Lawak Minggu Ini. Mengikut program yang pernah disiarkan, saya melihat saluran ini mendapat sambutan baik dan saya percaya ramai peminat komedi mahu melanggan saluran ini,” katanya.
Antara Keju dan Belacan yang  disiarkan pada 21 September, jam 10 malam mengisahkan hubungan cinta Tyna dan James sering dipandang serong di kalangan rakan sekerja wanita itu.
Tyna yang bekerja sebagai pengurus di satu syarikat besar di bandar berpura-pura menjalani hidup seperti warga asing yang tidak gemarkan makanan tempatan.
Berbanding James yang bekerja sebagai pensyarah di satu kolej swasta, Tyna berubah selera makan kerana ingin mengikut cara kehidupan teman lelakinya itu.
Namun, di sebalik sikap seperti lupa daratan itu, Tyna mempunyai satu rahsia yang hanya diketahui rakan sekerjanya, Jai  yang bekerja sebagai penghantar surat. Jai sebenarnya pernah terserempak dengan Tyna yang mencuri makan sambal belacan di pejabat.
Sebelum kejadian itu, Jai sering memerhati gerak-geri Tyna kerana dia meminati wanita itu. Namun, dalam diam Jai sebaliknya diminati wanita Inggeris, Maria. Suatu hari, James melamar Tyna sebagai isteri dan menyatakan hasrat memeluk Islam.
James berhasrat membawa Tyna pulang ke Hungary selepas berkahwin. Sebelum perkahwinan dilangsungkan, Jai memberanikan diri memberikan hadiah istimewa pada Tyna.
Apa yang mengejutkan Tyna, hadiah itu adalah seketul keju dan satu mangkuk belacan. Di dalam hadiah itu juga, terselit satu DVD bertajuk Antara Keju dan Belacan. Kerana hadiah itu, fikiran Tyna berbelah-bagi untuk memilih siapakah jodoh sebenar.
Harap Zahida Segera Temu Jodoh
HAKIKATNYA, tidak mudah untuk pertemukan tiga bintang popular ini. Meskipun mereka teman rapat yang sering kali meluangkan masa bersama, ia tidak semudah mengaturkan sesi fotografi seperti dulu. Ini kerana masing-masing terikat dengan komitmen dan tanggungjawab sendiri, malah lebih sukar sejak dua daripada mereka sudah bergelar ibu.
Baik Erra Fazira yang kini sibuk menguruskan puteri kesayangannya, Aleesya, ibu kepada dua hero yang kian membesar, Datin Paduka Umie Aida mahupun Zahida Rafik yang tidak lekang mengukir senyuman, masing-masing percaya pada paksi persahabatan atas landasan keikhlasan.
Lantas, undangan ke sesi rakaman program Astana bersama Anita Sarawak yang kebetulan singgah di kediaman Umie, tidak harus dilepaskan.
Rungut Zahida, dia satu-satunya bunga yang masih belum disunting. Apabila Umie dan Erra sudah berkeluarga, ia sedikit sebanyak memberikan tekanan kepadanya.
Tambahnya lagi, Erra dan Umie yang sudah dikenali lebih 10 tahun lalu begitu bertuah kepada memiliki suami yang begitu memahami dan membenarkan  mereka bertiga untuk sesekali meluangkan masa melepak bersama.
“Memang awalnya saya sedih juga terutama melihat sahabat baik menjadi isteri orang. Kemudian mulalah terfikir yang saya akan kehilangan mereka tapi selepas beberapa ketika, itu semua adalah andaian semata-mata kerana persahabatan kami masih seperti dulu. Jika ada kelapangan, kami memang akan berjumpa duduk bersembang dan minum kopi bersama.
“Setiap hari kami akan berhubung dengan menghantarkan mesej SMS bertanya khabar. Saya sendiri akan cuba mencari masa untuk datang melawat mereka di rumah lebih-lebih lagi Umie memang rajin untuk masak dan jemput kami semua datang ke rumahnya. Lantas hubungan kami masih sama yang mana Erra dan Umie adalah tempat saya bertanya pendapat atau mengadu apa juga masalah.
“Insya-Allah kalau ada rezeki, kami akan mengadakan rumah terbuka seperti biasa,” katanya.
Usik Erra pula yang kini sibuk membuat persiapan untuk pementasan teater Badai Semalam selepas raya ini, baik Umie mahupun dirinya, mereka memang tidak sabar-sabar menunggu hari bahagia Zahida.
“Saya dan Umie adalah orang yang paling gembira kalau betul Zahida bertemu jodoh. Kami berdua akan paling sibuk menguruskan segala persiapan dan memastikan perkahwinannya itu sebuah majlis yang istimewa,” katanya yang menyifatkan Zahida seorang teman baik dan jujur.
Bercerita soal sambutan Aidilfitri, ketiga-tiga bintang jelita ini punya kisah berbeza.
Umie umpamanya yang kali kedua meraikan Syawal bersama suami, ahli perniagaan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan serta anak, Mohd Dzulhelmy dan Mohd Daniel Firdaus, menyifatkan kedatangan Aidilfitri sebagai peluang terbaik buat mereka sekeluarga mengejar ganjaran yang dijanjikan.
“Memang saya begitu seronok setiap kali datangnya Ramadan kerana kami sekeluarga boleh makan bersama dan kemudian berjemaah tarawih bersama. Cuma tahun ini suami saya mencuri peluang untuk menunaikan umrah selama seminggu dan saya pula terikat dengan jadual penggambaran filem Rentas.
“Persiapan beraya tiada bezanya. Anak-anak sudah besar dan persediaan raya mereka lakukan sendiri. Maklumlah anak bujang, saya hanya memberi duit dan mereka akan membeli sendiri.
“Sambutan Aidilfitri tahun ini seperti biasa kerana kami bergilir-gilir beraya bersama keluarga. Oleh kerana tahun lalu kami sekeluarga sudah menyambut hari raya pertama di rumah keluarga saya di Kuala Lumpur, lantas tahun ini kami meraikan Syawal di rumah mentua pula.
“Kalau diberi kelapangan dan rezeki atau tidak sibuk dengan jadual lakonan, saya akan mengadakan rumah terbuka macam tahun lalu di rumah kami,” kata Umie
yang menggemari juadah laksa di pagi raya.
Erra yang menyambut Syawal di kampung sebelah suaminya di Pulau Mutiara dan Terengganu pula meletak sepenuh fokus kepada puteri kesayangannya yang kini semakin membesar.
“Alhamdulillah puasa kali ini saya dapat juga meluangkan masa bersama suami dan anak walaupun masih sibuk dengan jadual penggambaran. Sekarang saya sudah tahun keempat dengan Astro dan masih banyak lagi baki komitmen dengan mereka. Kemudian selepas raya nanti saya terus ke pentas Badai Semalam di Istana Budaya sebelum mula membaca skrip bagi filem terbaru pula.
“Seperti selalu saya kongsi bersama peminat, hidup saya lebih tertumpu kepada anak selepas berkahwin. Keseronokan raya itu adalah buat Aleesya dan saya mahu memberi dia segala-galanya,” kata Erra.
Lain pula Zahida kerana sambutan Aidilfitri adalah peluang buatnya berkumpul dengan sanak-saudara yang lama tidak ketemu.
“Tahun ini kami sekeluarga beraya di rumah keluarga saya di Ampang kerana tiada siapa lagi yang tinggal di kampung. Kebiasaannya kami pulang ke Teluk Intan melawat nenek tapi nenek sendiri sudah pindah di Subang kerana sunyi selepas arwah datuk meninggal.
“Bagaimanapun, ibu saya adalah sulung kepada 13 adik-beradik. Jadi memang kali ini semua adik-beradiknya bertumpu menyambut raya pertama di rumah kami. Lagipun memang sudah menjadi tradisi yang mana kami akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama,” ujarnya dengan gembira.
PROFIL
Nama penuh: Umi Khalsum Rahmad Ali
Tarikh lahir: 18 Januari 1973
Usia: 38 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak ketiga dari enam adik-beradik
Suami: Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan
Anak: Mohd Dzulhelmy, 16, dan Mohd Daniel Firdaus, 17
Filem: Azazil, Ombak Rindu, Hikayat Merong Mahawangsa, Dukun, Apa Kata Hati, Cuci, Kala Malam Bulan Mengambang, Puaka Tebing Biru, Salah Bapak, Diva Popular, Buli Balik, Qaisy Dan Laila, Gangster, Cinta Luar Biasa, Bintang Hati, Mr. Cinderella 2, Mr. Cinderella, Embun, Leftenan Adnan, Senario Lagi, Jimi Asmara, Femina, Memori
Drama: Apa Sebenarnya, Istana Kristal, Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal, Melarik Mimpi, Haryati, Dalam Hati Ada Cinta, Rindu Semakin Jauh, Akademi, Aku, Dia & Cape Town, Pesona Bintang, Kerana Cintaku Saerah, Vice Versa, Kekasihku Seru, Abadi Sebuah Cinta, Spa Qistina, Kek Lapis Kak Ida, Seruling Kasih, Rumah Di Tengah Sawah, Intan Mahsuri, Tarantula I & II, Cinta SMS, Nur Fitri, Kesetiaan, Feloni Aka Ecstasy, Takdir Sedang Berbisik, Serpihan Laungan Takbir, Bukan Bidadari, Korban Kasih Marlisa, Masyitah, Airmata Nur Salina, Karma Salina
Penerbit: Diva Popular
Teater: Sampai Bila, Peran, Lantai T. Pinkie, Anak Tanjong, Mencari Salina, Mencari Juita, Penyerahan Puteri, Pelayaran Nur Atma, Dejavu Seorang Perempuan, Suara Palestine, Natrah, Natrah 2 dan Badai Semalam
Album: Romeo & Juliet dan Gema Kasih
Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun, Pelakon TV Wanita Popular Menang di Anugerah Bintang Popular 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Surah Terakhir pada 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Ayuni pada 2001 dan Pelakon Wanita Filem Terbaik di Anugerah Skrin pada 2003 menerusi filem Embun.
PROFIL
Nama penuh: Zahida Mohd Rafik
Tarikh lahir: 10 April 1975
Usia: 36 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Bongsu dari lima beradik
Filem: Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta, Black Maria, Mami Jarum Junior, Mami Jarum, Anak Mami The Movie dan Senario The Movie
Drama: Tongkat Tok Ali, Bunga Kasturi, Di Sebalik Awan, Ejen 55, Sitkom 2+1
PROFIL
Nama penuh: Fazira Wan Chek
Tarikh lahir: 9 Februari 1974
Usia: 37 tahun
Tempat lahir: Sungai Choh, Rawang, Selangor
Suami: Engku Emran Engku Zainal Abidin
Anak: Engku Aleesya Engku Emran
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, model
Album: Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003) dan Ya Atau Tidak (2006)
Filem: Sembilu dan Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober, Gemilang, Maria Mariana 2, Pasrah, Soal Hati, Gerak Khas The Movie, Putih, Mr Cinderella, Soalnya Siapa, Gila Gila Pengantin, Janji Diana, Cinta Kolestrol, Mr Cinderella 2, MX3, Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa, Tujuh Perhentian, I Know What You Did Last Raya, Potret Mistik, Sembilu, Lady Boss, Gila Gila Pengantin Popular, KL Menjerit 1, Castello, Pesona Non Grata, Qabil Qusyry Qabil Igam, Cuci, Anak, Los Dan Faun, Sifu Dan Tongga, Andartu Terlampau – 21 Hari Mencari Suami, Darah Daging, Hidden
Drama: Siapa Mau Potong Baju?, Joe & Faridah, Bonanza, Cinta Lelong, Mertua VS Menantu, Kasih Tercipta, Mertua VS Menantu 2, 30 Hari Mengenal Cinta, Selamat Tinggal Alexandria, Sanggul Beracun dan Pontianak Kampung Batu
Teater: Muzikal Tun Mahathir
Pengacara: Tiger Futbol Starz, Dunia Wanita dan Fesyen Tempo
Program: Gugu Gaga Erra
Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) pada 2001 menerusi filem Soal Hati dan 2005 menerusi filem Hingga Hujung Nyawa, 1995 Sembilu 2 Aktres Pilihan di Anugerah Skrin 1995 menerusi filem Sembilu 2 dan tahun 2001 menerusi filem Soal Hati dan memegang tujuh trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular.
Penghargaan: Astro
Bahana Minyak Dagu
SEBUT saja ‘minyak dagu’ bayangan misteri mula menjengah fikiran masyarakat.
Bukan saja mencetuskan kebimbangan serta membuat orang lain menderita jika terkena minyak sihir atau guna-guna itu, malah masih ada yang sanggup menggunakannya sekalipun ditegah Islam.
Pengajaran daripada kesan buruk amalan minyak dagu menarik minat MIG untuk muncul bersama sebuah lagi karya seram bertajuk Minyak Dagu arahan Azhari Zain.
Ia menggandingkan pelakon sedang meningkat, Fezrul Khan bersama Yana Samsuddin selaku pasangan utama.
Barisan pelakon lain yang menjayakannya juga bukan calang-calang seperti Maimon Mutalib, Mior Hashim Manap, Kartina Aziz, Zul Suphian dan Wan Hanafi Su. Nama mereka sudah cukup hebat untuk mengikat filem ini agar menjadi karya yang kuat kelak.
Menceritakan mengenai filem itu, Azhari ketika ditemui berkata, karya berkenaan diketengahkan untuk memberi mesej dan pengajaran berguna kepada masyarakat.
“Tidak kira berapa banyak filem yang saya arahkan, paling penting, setiap satu mesti menyelitkan mesej yang membina kepada penonton.
“Mungkin minyak dagu bukan satu isu baru, tapi ramai masih kurang faham mengenai kesan buruknya. Saya rasa penggunaan minyak dagu jarang-jarang diketengahkan dalam filem.
“Apapun pembikinan Minyak Dagu menarik kerana penulis skrip, Meor Shariman Meor Shafie banyak membuat penyelidikan.
“Ini dapat memberi gambaran lebih tepat untuk diterjemahkan dalam filem apatah lagi orang lebih banyak mendengar namun tidak tahu akibat minyak dagu boleh membuat orang lain sengsara,” katanya pada majlis doa selamat dan pelancaran filem Minyak Dagu di Wisma MIG, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Azhari sinonim dengan pengarahan filem seram antaranya, Santau, Mantra, Flat 3A dan Keramat.
Fezrul, 29, yang membintangi filem kedua MIG selepas Sumpahan Kum-Kum, mengakui teruja dengan prospek lakonan filem Minyak Dagu.
“Minyak Dagu? Ada pelbagai cerita didengar daripada orang tua, tetapi tidak tahu bagaimana minyak dagu diperoleh dan tujuan penggunaan.
“Saya sendiri berdebar diberi watak sebagai Azman yang pasif dalam filem itu. Apapun saya harap cabaran bekerja bersama Azhari memberi pengetahuan baru buat saya,” katanya.
Yana, 26, kali kedua membintangi filem seram selepas Histeria terbitan Tayangan Unggul pada 2009 arahan James Lee.
“Minyak Dagu menyusul selepas telemovie Kubur Tak Bertanda dalam slot Astro Citra sebelum ini. Saya teruja membintangi Minyak Dagu kerana meneruskan kesinambungan berlakon bersama ramai pelakon terkenal. Saya pernah bergandingan bersama Pierre Andre dan Shaheizy Sam dalam filem MIG.
“Apa diharapkan saya dapat merasa dan mencungkil rasa ingin tahu mengenai minyak dagu yang dikatakan diambil daripada mayat wanita meninggal dunia.
Menarik untuk diketahui,” katanya memegang watak sebagai Emelda.
Filem berkisar mengenai pasangan Azman dan Emelda sudah bertunang yang merancang untuk berkahwin. Namun sikap Azman yang kedekut membuatkan ibu bapa Emelda, Mak Ainon dan Pak Leman lebih senang dengan Dr Johan, bekas teman lelaki Emelda.
Disebabkan keluarga Emelda memilih Dr Johan sebagai menantu, Azman menggunakan ilmu sihir terhadap Emelda.
Minyak Dagu baru memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
TV3 Selesai Masalah Anda
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
Rap
SELAIN memberi maklumat terkini dan hiburan sensasi kepada penonton setianya, TV3 juga tidak pernah melupakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.
Terkini, TV3 tampil dengan program majalah terbaru sebanyak 26 episod iaitu Aduan Rakyat dengan tagline TV3 Ambil Berat yang mula bersiaran pada 6 Januari depan.  Program 30 minit ini disiarkan setiap Rabu, jam 9 malam di TV3.
Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial, Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Abdul Talib berkata, Aduan Rakyat menyediakan platform untuk menerima aduan dari masyarakat tanpa mengira kaum dan agama di negara ini.
“Orang ramai boleh membuat aduan berkaitan isu komuniti, kerosakan harta benda awam, ketidakadilan dalam isu pengguna, kekurangan dalam infrastruktur kepada golongan kurang upaya, pengangkutan awam, penjelasan mengenai perkhidmatan sektor awam dan sebagainya lagi.
“Demi perubahan secara positif dan untuk kebaikan semua pihak, Aduan Rakyat menggunakan kaedah lebih sistematik dalam penyelesaian masalah diketengahkan.
“Aduan yang dipaparkan dalam setiap episod bukan saja membawa penyelesaian kepada individu terbabit, malah ia boleh dijadikan panduan kepada sesiapa saja yang berhadapan dengan situasi sama,” katanya.
Majlis pelancaran Aduan Rakyat disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar dan Ahmad sendiri di pekarangan Sri Pentas, jam 8 malam serta disiarkan secara langsung dalam Buletin Utama, kelmarin.
Selepas pelancaran program itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail pula menyerahkan replika kunci rumah kepada pengadu pertama yang dapat penyelesaian, Kartini Lahi.
Ahmad berkata, program itu bukan untuk mengaib atau menuding jari kepada mana-mana kerana misi utama Aduan Rakyat ialah untuk membincangkan isu yang diketengahkan sambil mengenal pasti kekurangan dalam sistem dan berusaha untuk mendapatkan penyelesaian dengan kerjasama kerajaan tempatan, pemaju, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.
Katanya, aduan yang diterima juga cuba diselesaikan untuk kebaikan semua pihak.
“Pihak kami perlu mengambil kira pelbagai kemungkinan yang dihadapi nanti. Sudah tentu ada isu yang memerlukan lebih perhatian kerana agak mustahil bagi kru penerbitan untuk memberi bantuan dan penyelesaian kepada semua kes kerana waktu yang singkat.
“Apa yang penting, melalui program ini sekurang-kurangnya kes rumit yang dihadapi orang ramai akan mendapat perhatian sewajarnya.
“Aduan Rakyat akan memastikan laporan dilakukan dengan penuh amanah dan adil terutama ketika membabitkan pelbagai pandangan yang berbeza dalam menyelesaikan sesuatu isu atau masalah diketengahkan,” katanya.
Program ini dikendalikan pasukan wartawan penyiaran TV3 yang berkaliber iaitu pemenang Laporan Berita Terbaik sempena  Anugerah Skrin 2009, baru-baru ini, Karam Singh Walia, Jaffry Azman Dahalan, Puspavathy Ramaloo dan Loo Tung Seang.
Sementara itu, penerbit program, Abdul Hisham Abdullah berkata, penceritaan dan pendekatan Aduan Rakyat berbeza daripada program terbitan stesen TV lain.
“Kekuatan program ini juga adalah empat wartawan penyiaran berkaliber yang mempunyai personaliti menarik untuk diketengahkan.
“Contohnya, Karam dikenali sebagai wartawan agresif dalam laporannya, Jaffri pula lebih banyak menyelidik serta lebih ‘cool’, Puspavathy pula lebih dalam isu wanita dan hak wanita. Tidak ketinggalan, Loo yang juga penerbit Malaysia Hari Ini yang bertanggungjawab untuk mendekati masyarakat Cina dan isu berkaitan dengan mereka,” katanya.
Apapun, kata Abdul Hisham, tidak semestinya semua masalah yang diketengahkan itu berjaya diselesaikan dalam program itu.
“Ada masalah yang mengambil masa untuk diselesaikan, tetapi pihak kami tetap akan tampilkan pada episod akan datang.
“Aduan yang dipilih untuk diketengahkan juga bukan bersifat peribadi seperti anak hilang kecuali ia menjadi isu nasional dan mendapat perhatian semua pihak,” katanya.
Tambahnya lagi, setakat ini, pihaknya berjaya siapkan episod pertama iaitu membabitkan isu  kilang yang didakwa sebarkan isu toksik yang dilaporkan Karam.
Selain itu, isu ibu tunggal, Kartini Lahi yang tinggal di tingkat 22 flet DBKL yang mempunyai anak kurang upaya juga dapat ditangani.
Penerbit Eksekutif program ini ialah Ratnawati  Jamil.        Apa yang menariknya, penonton boleh mengetahui mengenai penyelesaian sesuatu kes dalam paparan Buletin Utama terlebih dulu sebelum mengikuti perkembangan dan susulan selanjutnya dalam Aduan Rakyat.
Selain membuat panggilan atau menghantar e-mel ke aduanrakyat@tv3.com.my, penonton juga boleh mengisi borang aduan disediakan di peti Aduan Rakyat di setiap lokasi Karnival Jom Heboh pada tahun depan serta melayari halaman web www.tv3.com.my/aduanrakyat.
Kahwin Biar Sekali: Den Wahab
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
Rap
SEDANG lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pepatah itu tepat untuk menggambarkan asam garam kehidupan berumah tangga.
Perkara itu diakui sendiri dramatis yang juga usahawan, Den Wahab atau nama sebenarnya, Zaharudin Abdul Wahab, 46 dan isterinya, Norassikin Bustamam, 36, yang berjaya mempertahankan mahligai yang dibina sejak 18 tahun lalu.
Menurut Den, yang juga Pengarah Urusan Global Network Entertainment (GNE) dan Penerbit Eksekutif Impak Maksima The Musical (IMTM) yang dipentaskan di Esplanade, Singapura pada 17 & 18 Oktober lalu, mana-mana rumah tangga pun pasti berhadapan dengan ujian daripada Allah, sekal igus menguji keimanan setiap hamba-Nya.
“Cuma bezanya ialah cara bagaimana kita sebagai suami untuk menangani apabila berhadapan dengan masalah.
“Maklumlah, perbezaan usia saya dan Nora adalah 10 tahun. Sebagai suami yang lebih matang darinya, sudah pasti saya perlu mendidik isteri untuk menyesuaikan diri menguruskan rumah tangga kerana dia tinggal di rumah ibu mentua (keluarga Den).
“Saya juga mengajarnya supaya tidak cemburu buta apabila saya keluar bekerja,” katanya.
Den berkata, dia juga meminta Nora berhenti kerja selepas berkahwin bagi memberi sepenuh tumpuan kepada rumah tangga.
“Saya juga mempunyai perniagaan sendiri sebab itu saya yakin mampu untuk menyara keluarga kami.
Saya melatih isteri untuk menjadi ahli perniagaan apabila anak-anak sudah besar sikit dan boleh ditinggalkan bersama pembantu rumah.
“Terus terang, isteri cukup istimewa di mata saya kerana kami juga sudah hidup susah dan senang bersama sejak 18 tahun lalu,” katanya.
Malah, kebahagiaan rumah tangga mereka dikukuhkan lagi dengan kehadiran lima cahaya mata – Nurzahira Natasha, 17,  Batrisyia Balqis, 14, Farah Ismahani, 11, Danish Haikal, 7, dan Haziq Ikram, 6.
Berkongsi rahsia kebahagiaan rumah tangganya itu, kata Den, dia lebih suka bertolak ansur dengan isteri setiap kali mereka bertengkar.
“Kadang-kadang, pertengkaran berlaku tanpa disedari. Pasangan suami isteri juga perlu berlandaskan keikhlasan dan kejujuran untuk bertahan lama. Kita juga perlu telus kerana berkahwin ini biarlah sekali saja seumur hidup.
“Suami isteri juga tidak boleh bertengkar depan anak-anak. Jika ada masalah ia perlu diselesaikan secara baik dan seelok-eloknya dalam bilik tidur. Saya pula memang jenis yang suka dimanja, tapi apabila kami bergaduh, sayalah yang paling banyak mengalah dalam soal ini,” katanya.
Den berkata, dia juga berusaha untuk mengekalkan suasana romantik dalam bilik tidur seperti mula-mula berkahwin dulu.
“Isteri juga akan mencium pipi dan tangan saya setiap kali sebelum keluar rumah. Begitu juga dengan anak-anak yang mencium tangan saya dan isteri sebelum ke sekolah.
“Pada masa sama, kami tidak pernah lupa hari istimewa yang diraikan setiap tahun seperti hari jadi dan ulang tahun perkahwinan termasuk hari jadi anak-anak, sekali gus mengeratkan kasih sayang kami sekeluarga,” katanya.
Bagaimanapun, kata Den, rumah tangganya juga pernah di berhadapan ujian getir yang menguji ketabahannya suami isteri.
“Saya masih ingat lagi, ketika itu, isteri melahirkan anak sulung kami selepas 10 bulan berkahwin. UJian yang kami hadapi ialah anak sulung kami, Natasha dilahirkan dalam keadaan songsang. Dia juga tidak bersuara ketika dilahirkan dan kepalanya senget sebelah.
“Saya dan isteri masih muda dia baru 19 tahun dan saya pula 29 tahun. Bayangkanlah, siapa yang tidak berhadapan dengan tekanan ketika itu kerana apa yang kami bimbang jika ia tidak pulih, anak kami itu akan cacat pula apabila dewasa nanti.
“Bagi memulihkan keadaan kepala Natasha yang senget itu, kami buat rawatan fisioterapi dan berkat usaha dan kesabaran, akhirnya ia berjaya dipulihkan seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.
Den berkata, ujian terbesar yang dihadapi dalam rumah tangganya ialah ketika anak bongsu mereka, Haziq terbabit dalam kemalangan 25 September lalu menyebabkan kepalanya mendapat 15 jahitan.
“Apapun, kami reda dengan ujian Allah itu kerana setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Malah, kemalangan yang menimpa Haziq itu semakin mengeratkan hubungan kami anak beranak,” katanya.
Sekalipun kini mereka sudah mampu hidup selesa, kata Den, yang juga anak sulung dari sepuluh beradik, dia tidak pernah mengajar anaknya untuk hidup bermewah-mewah hingga melekakan mereka.
“Maklumlah, saya berasal dari keluarga susah, selepas tamat sekolah, saya juga ambil alih perniagaan yang diwarisi daripada bapa iaitu kedai baju Melayu di Wisma Yakin.
“Berkat usaha gigih, bisnes kami berkembang dan sudah mempunyai tiga kedai iaitu di Wisma Yakin, Cheras dan Shah Alam. Kami mengusahakan resort di Janda Baik, Pahang sejak lima tahun lalu dan GNE yang terbabit dalam penerbitan teater, drama dan filem sejak empat tahun lalu,” katanya.
Sebagai bapa, Den berkata, dia sangat menitikberatkan soal pendidikan pada anak-anak kerana ia harta yang paling berharga yang ditinggalkan buat mereka.
“Saya juga mengajar mereka belajar erti hidup berdikari, sejak kecil lagi. Sebagai bapa, tugas saya adalah untuk mencari duit dan mereka pula  untuk mencari ilmu setinggi yang boleh dengan belajar bersungguh-sungguh. Pada masa sama, saya juga mendidik anak-anak untuk mendalami selok-belok dalam dunia perniagaan yang bakal diwarisi mereka kelak.
“Tapi, saya tidak pernah menghalang minat anak sulung saya, Natasha berlakon asalkan dia juga menamatkan pelajaran mereka terlebih dulu.
“Impian saya pada masa depan ialah untuk melihat anak-anak berjaya dalam hidup mereka. Pada masa sama, saya juga ingin kembangkan perniagaan dan membina ‘empayar’ Den Wahab pada masa depan,” katanya.
Nora dan Den ditemui ketika menjayakan program Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung dari stesen RTM, Angkasapuri, baru-baru ini.
Sementara itu, Nora, yang juga anak sulung dari enam beradik, berkata, dia sanggup berkorban meninggalkan dunia lakonan bagi memberi tumpuan pada rumah tangga ketika berkahwin dulu.
“Saya berasal dari keluarga seni dan pernah hidup susah sebelum ini. Maklumlah, bapa saya pelakon veteran, Tamam Idris menyara keluarga dengan hanya titik peluh dalam bidang lakonan. Emak pula suri rumah. Demi membantu keluarga saya hanya bersekolah sampai tingkatan empat saja dan menceburi bidang lakonan,” katanya.
Nora berkata, dia juga berkahwin dengan Den pada usia yang muda iaitu 18 tahun.
“Cinta kami mula berputik selepas selesai penggambaran drama Keruh Di Muara arahan Mat London pada 1990. Kami berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama itu.
“Sebenarnya, cinta kami bermula sebagai ‘abang dan adik’ saja. Kami hanya kenal selama enam bulan  dan selepas bertunang pada Februari 1991 dan enam bulan selepas itu kami terus bernikah.
“Sebagai wanita yang berkahwin pada usia muda, saya akui memang banyak air mata yang tumpah untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina ini. Apa yang penting, kami hadapi kesusahan yang datang itu bersama-sama.  “Sebagai isteri, saya lebih suka berdiam diri apabila bertengkar dengan suami. Saya juga suka memendam perasaan kalau tidak puas hati pun dan peranan suamilah untuk memujuk untuk menjernihkan semula keadaan,” katanya.
Sharnaaz Sahut Cabaran
Rap
MUNGKIN ramai yang tidak tahu pendatang baru di persada seni tanah air, Sharnaaz Ahmad menghadapi masalah mata yang lesu dan tidak bermaya kerana sering tidur lewat terutama jika terbabit dalam penggambaran drama.
Namun, selepas mengamalkan InnerShine Pati Beri setiap pagi, Sharnaaz, 24, dari Georgetown, Pulau Pinang berkata, dia tidak berhadapan dengan masalah itu lagi.
‘Sejak minum InnerShine Pati Beri, saya rasai perubahan pada mata saya kerana ia lebih segar dan bersinar sepanjang hari. Ramai rakan yang perasan dengan perubahan mata saya sekarang. Saya akui mata yang yang segar dan bersinar juga semakin menyerlahkan penampilan diri seseorang.
‘Tidak cukup dengan itu, saya juga semakin bersemangat untuk memulakan hari pada setiap pagi sekalipun tidur lewat pada sebelah malamnya,’ katanya.
Shaarnaz yang juga anak kepada pemuzik Basir Ahmad berkata, dia juga memperkenalkan produk InnerShine Pati Beri kepada keluarganya.
‘Sebenarnya saya diperkenalkan dengan produk ini oleh rakan saya yang selalu membelinya. Dia selalu mengalami keletihan mata dan mengesyorkan kepada saya untuk minum InnerShine Pati Beri ini memandangkan saya juga mengalami masalah yang sama apabila mata sering terdedah kepada cahaya lampu yang agak lama.
‘Saya juga selalu berlakon di tempat terbuka yang terdedah dengan pencemaran. Alhamdulillah, dengan mendisiplinkan diri saya dengan meminum InnerShine Pati Beri ini setiap pagi sebelum ke lokasi penggambaran, ianya bukan sahaja dapat memberikan kesegaran pada mata tetapi juga berupaya mengekalkan kesihatan mata.
‘Saya difahamkan, InnerShine Pati Beri mengandungi pati buah-buahan asli diperbuat daripada buah-buahan premium yang memberi khasiat pada mata. InnerShine Pati Beri juga  mempunyai campuran hebat tujuh jenis beri dari Eropah yang membuatkan mata segar dan bersinar sepanjang hari,’ katanya.
Sharnaaz antara pelakon yang menjayakan drama Dari Mata Ke Hati terbitan Radius One Sdn Bhd (ROSB) dan Ambang Fokus Sdn Bhd. Dalam drama arahan Isma Yusoof ini, Sharnaaz memegang watak pembantu bernama Imran yang juga pembantu kepada Farid (lakonan Shahz Jaszle) yang juga pengarah filem di syarikat Shine Pictures.
Katanya, ini kali kedua diberi kepercayaan oleh penerbit ROSB, Shahrulezad Mohameddin selepas Tari Tirana dan terharu dengan kepercayaan diberikan.
‘Tidak sangka diberi kepercayaan sekali lagi oleh Shahrulezad untuk bergandingan dengan pelakon utama drama Dari Mata Ke Hati, Shahz Jaszle. Sebenarnya saya takut bekerja dengan Shahrulezad tapi lama kelamaan mula menyesuaikan diri.
‘Saya juga dapat pengalaman baru bekerja dengan anak didiknya, Isma yang menjadi pengarah bersama drama ini. Sentuhan Isma lebih kurang sama dengan Shahrulezad. Saya juga banyak belajar dengan Isma dan sebelum berlakon dia akan beri sesi percambahan minda dulu.
‘Bagi saya watak Imran memang mencabar pelakon baru seperti saya. Banyak ilmu lakonan yang saya pelajari dalam drama ini,’ katanya.
Pemegang Ijazah Logistik, Kolej Olympia ini juga mengakui bidang lakonan jatuh nombor dua kerana minatnya sangat mendalam pada bidang nyanyian dan muzik yang dicintainya, sejak dulu.
Selain  drama Dari Mata Ke Hati, Sharnaaz yang dicungkil baktnya menerusi 50 Most Eligible Bachelor 2009 pernah muncul dalam klip video Khabarkan – Luscious.
Drama Dari Mata Ke Hati ini disiarkan di TV3 sejak 7 November lalu. Apa yang menarik, penonton juga berpeluang menyertai Pencarian InnerShine Berry Beautiful Eyes 2009 yang menawarkan set barangan kemas berlian yang bergemerlapan tajaan Diamond & Platinum bernilai RM10,000 serta peluang berlakon dengan Shahz Jaszle.
Pengguna yang ingin menyertai pencarian yang berlangsung sehingga Disember ini hanya perlu menghantar dua keping gambar iaitu jarak dekat mata dan juga gambar penuh diri anda sambil memegang botol InnerShine Pati Beri. Mereka juga perlu menghantar borang penyertaan yang lengkap dan lampirkan bersama panel kod bar InnerShine di belakang pek rangkaian produk InnerShine.
Awie-Erra Bukan Isu
Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my
Rap
HUBUNGAN Awie dan Erra Fazira yang pernah bertunang dan berpisah tidak perlu jadi isu, sebaliknya dinilai daripada sikap profesional apabila kedua-duanya terbabit dalam filem Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami terbitan sulung syarikat kakak ipar Awie sendiri iaitu Haliza Misbun.
Menyentuh penyatuan dua pelakon berkenaan dalam filem itu,  menurut pakar motivasi dan penceramah bebas terkenal, Profesor Izzi Ali, kisah yang pernah mewarnai sejarah kehidupan kedua-dua pelakon itu tidak perlu disensasikan dan pengalaman sudah mengajar mereka supaya bersikap lebih matang.
Izzi berkata, emosi Awie dan Erra kini dilihat lebih lebih stabil kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri, berstatus ibu dan ayah dan sudah tentu saja mereka tidak terfikir perkara lain melainkan memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya sebagai artis.
“Saya percaya peminat setia kedua-dua artis ini sedia maklum cerita cinta  mereka kini menjadi sejarah, sudah berlalu dan tidak perlu dikenang. Fokus sekarang bagaimana mereka perlu bersikap profesional di lokasi penggambaran untuk menjayakan filem itu.
“Bagi saya, menggandingkan mereka bagi tujuan populariti perkara biasa dalam mana-mana industri perfileman.
“Di luar lokasi, Awie ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada tiga anaknya dan Erra yang kini berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan baru saja dikurniakan anak sulung, Engku Aleesya perlu  menjaga batas pergaulan masing-masing.
“Saya berharap mereka bijak menjaga perasaan pasangan masing-masing untuk mengelakkan kontroversi, pergaduhan dan salah faham.
“Saya yakin isteri Awie dan suami Erra, memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk meneruskan kerjaya seni.
“Sebaik-baiknya cerita lama jangan diungkit. Barangkali mereka tidak pernah bertemu semula selepas putus tunang tetapi mungkin ada bertembung di lokasi penggambaran.
“Awie dan Erra mungkin sudah berbincang dengan pengarah dan penerbit filem itu mengenai jalan cerita serta watak diberikan.
“Jika mereka berasa tidak selesa antara satu sama lain, mereka boleh menarik diri daripada membintangi filem itu. Tetapi saya yakin mereka tidak dipertemukan dalam satu babak,” katanya.
Melalui kolum Soseh-Soseh (SS) pada Rabu lalu, dipersoalkan apa perlu Awie dan Erra disatukan dalam filem kerana kedua-dua artis itu mempunyai sejarah peribadi hebat dan pernah bertunang.
Apakah tujuan Haliza selaku produser untuk memancing publisiti atau mengeksploitasi adik ipar sendiri ?
Bagi Izzi pasangan artis yang putus cinta dan bertemu semula di lokasi atau mana-mana majlis hiburan adalah perkara biasa kerana dunia hiburan kecil ini tetapi mereka perlu kuat emosi.
“Saya tidak boleh komen lebih kerana filem itu pun sedang dalam penggambaran,” katanya.
Dalam filem terbitan Big Production Sdn Bhd., itu Erra berlakon sebagai Markonah, wanita penjual kerepek  yang menjadi pembancuh kopi Nikki. Sungguhpun begitu, wanita berusia 40-an itu mempunyai cita rasa tinggi terhadap lelaki.
Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami arahan Nordin Wahab atau Din CJ turut dilakonkan Ari Wibowo, Fara Fauzana dan  Haliza sendiri. Ia mengisahkan Haliza yang pegang andartu bernama Nikki.
Dia terpaksa mencari suami dalam masa 21 hari , jika tidak keluarga akan menjodohkannya dengan lelaki pilihan mereka.
Dalam pencariannya itu, Nikki bertemu dengan pelbagai ragam lelaki termasuk tua yang miang, jejaka kacak perasan, doktor yang lurus bendul dan macam -macam lagi.
‘Kami Suka Peristiwa’
Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my
Rap
KERJAYA penyampai berita sentiasa menyediakan pengalaman baru dan menawarkan peluang kepada seseorang meluaskan pandangan terhadap perkembangan dunia luar.
Bagi tiga penyampai wanita baru menyertai rancangan berita Saluran Ceria ntv7, Fazilah Hani Harun, Sharon Tang dan Tan Ley Teng, pemilihan karier bidang penyiaran ibarat warna yang sentiasa menceriakan hidup.
Sekalipun baru empat bulan bertugas tetapi mereka tidak pernah kesal atau mahu segera meninggalkan bidang itu kerana memuaskan kehendak penonton sentiasa menjadi pertimbangan apabila berada di studio berita.
Fazilah, 30, wartawan penyiaran berita, kelahiran Wisconsin, Amerika Syarikat, berperanan penyampai berita Bahasa Malaysia dan pengacara Program