Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

Glamor Bantu Asyraf Berdakwah

September 6, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:29 am



Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Asyraf Ridzuan, juara program realiti Imam Muda kini melayari kehidupan sebagai seorang yang glamor. Banyak juga majlis anjuran Astro yang turut disertainya termasuk majlis yang bersifat glamor dan turut melibatkan artis popular.

Bagaimana Asyraf membawa diri apabila turut dikaitkan dengan dunia glamor? Sempatkah dia menyampaikan dakwah? Kata Asyraf, nama glamor boleh menjadi satu kelebihan untuk dia mendekati golongan muda.

“Saya mahu dekat dengan mereka. Dengan memiliki nama yang dikenali, tidak payah untuk saya masuk dalam kelompok mereka. Selama ini mungkin ada golongan muda yang merasakan mereka jauh dengan institusi imam. Dengan memasuki dunia glamor ini mereka tidak rasa berjauhan.

“Insya-Allah saya akan dekati mereka dan dengan kedekatan itu memudahkan kita menyampaikan dakwah,” kata Asyraf kepada Mangga Online.

Asyraf juga tidak akan membataskan dirinya dengan halangan yang membolehkan mereka rasa jauh dengan dirinya. Dia sedia berkompromi asalkan tidak melampaui batas.

“Kita kena pandai membawa dirilah apabila masuk dalam bidang ini,” kata Asyraf.

Sementara itu Asyraf akui belum nampak lagi perbezaan yang dilaluinya selepas selesai program Imam Muda kerana kebetulan sudah masuk bulan Ramadan dan dia banyak mengikuti program yang dikendalikan oleh Astro.

“Saya masih bekerja sebagai imam di Desa Petaling. Alhamdulillah mereka memahami kedudukan saya,” kata Asyraf  yang akan pulang berhari raya bersama keluarga di Pulau Pinang.

 

 

 

 

Mangga Online

Aida-Farid Ambil Berkat Ramadan

September 4, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:27 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Pelakon Aida Aris kini melayari hidup berumah tangga kali kedua apabila sah menjadi milik Ketua Peramugara MAS, Husrafid Sheikh Ali  @ Sheikh Hussein di rumah barunya di Ulu Klang, pagi ini.

Dengan sekali lafaz di hadapan Pegawai Tadbir/Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Gombak Timur, Daim Jajuli dan mas kahwin RM330, Aida bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri lima hari lagi sebagai seorang isteri.

“Ada yang tanya mengapa saya bernikah pada bulan Ramadan dan sudah dekat nak menyambut hari raya. Saya memang menyegerakan majlis pernikahan ini kerana mahu menyambut hari raya dengan suami tersayang.

“Kami juga ingin mengambil keberkatan hari mulia ini untuk bersatu… apatah lagi setelah bertanya kepada orang agama dan pernikahan di bulan Ramadan sebenarnya tidak menjadi sebarang masalah. Cuma orang jarang lakukan kerana tidak sesuai membuat kenduri dengan meriah.

“Saya pun memang mahu membuat majlis yang sederhana sahaja, cukuplah sekadar majlis akad nikah sahaja. Malah pelamin yang ada hari ini diusahakan oleh sahabat saya, Sharifah Shahira. Dia yang beriya-iya mencari penaja untuk membuat pelamin ini,” kata Aida selepas selesai majlis pernikahannya kepada pihak media.

Walaupun hanya mengenali Farid Februari lalu, Aida tidak mengambil masa yang lama menerima lamaran lelaki berasal dari Pulau Pinang itu kerana nampak keikhlasan yang ada dalam dirinya.

Farid juga menyifatkan Aida sebagai seorang yang ikhlas dan menyenangi sifatnya yang dianggap sebagai tidak poyo.

“Saya harap pernikahan ini akan berkekalan dan sentiasa dirahmati,” kata Farid.

Walupun baru berkahwin, jadual Farid pada hari raya nanti bakal terbang ke Kuching, Sarawak  dan beberapa destinasi lain. Aida akan turut terbang dan berhari raya di dalam pesawat kali ini.

Nampaknya bagai dirancang awal, kerana Aida baru sebulan pindah  ke rumah barunya di Taman Seirra Ukay. Dia dan suami akan tinggal di rumah itu selepas ini. Rumah yang baru didiami itu tidak akan sunyi apabila hidupnya diisi dengan kehadiran suami.

Diperkenalkan rakan sekolah

Mengimbau detik pertama mengenali Aida, Farid berkata pertemuan mereka sebenarnya diatur oleh Sharifah Norhaslinda dan suaminya Datuk Sri Reezal Marican dalam satu majlis. Dia dan Reezal ialah rakan zaman persekolahan di Pulau Pinang.

“Reezal ada memberitahu saya yang dia mahu memperkenalkan saya dengan seseorang dalam majlis itu. Saya tak tahu siapa yang dia maksudkan. Apabila jumpa Aida, saya mula tertarik dan meminta nombor telefonnya daripada kawan sayalah.

“Dua minggu selepas itu saya ada hubungi dia dan kami bertemu bersama kawan-kawan dia. Aida memperkenalkan saya dengan kawan-kawannya. Itulah sifatnya, dia mahu saya mengenali kawan-kawannya juga,” kata Farid yang sudah memiliki dua anak daripada pernikahan pertama.

Dia mula melamar Aida secara serius April lalu. Aida menganggap kesediaan dia membuka hati menerima Farid yang baru dikenali sebagai ketentuan Allah.

Anak-anak Farid, Farish Nasha, 9, dan Danish Hazim, 7, juga mudah menerima kehadiran Aida. Memandangkan hubungan mereka baru enam bulan, Aida belum berkesempatan bersama-sama anak Farid dalam masa yang panjang.

“Saya tak ada masalah melayan budak-budak, saya ada ramai anak saudara,” kata Aida.

Farid juga bersedia mengharungi hidup dalam dunia glamor milik Aida apabila mendampingi seorang selebriti. Dia juga tiada masalah untuk hadir menemani isteri dalam apa sahaja majlis kalau ada masa luang.

“Saya tak perlu buat apa-apa untuk mendampingi selebriti, saya tetap jadi diri saya, tak ada masalah bagi saya,” ujar Farid.

Belum pilih destinasi bulan madu

Bulan madu bukanlah masalah besar kepada Farid untuk membawa Aida ke mana sahaja kerana bekerja dengan syarikat penerbangan. Tapi Farid dan Aida belum pilih mana-mana destinasi untuk berbulan madu.

“Kami fikirkan mahu selesaikan majlis nikah ini sahaja. Apa-apa perancangan selepas ini kita buat kemudian,” kata Aida.

 

 

 

Mangga Online

Aziz M Osman Pertama Kali Beraya Di Kampung

September 3, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:58 am

Ditulis oleh Nonie
  
  

“Raya tahun ni sangat istimewa sebab pertama kali saya akan beraya di kampung. Selalunya sambutan Aidilfitri diadakan di rumah ibu saya di Taman Sri Gombak. Kami akan beraya dengan keluarga saya dulu di sini dan barulah bertolak balik ke kampung isteri di Melaka dan apa yang seronok, di sana benar-benar suasana kampung.

“Bila dah tua barulah saya dapat merasa beraya di kampung sebab kampung saya di Singapura. Tak sabar nak merasai suasana beraya di kampung seperti mengacau dodol dan bakar lemang,” begitulah kata Aziz M. Osman yang kelihatan bahagia bersama isteri tercinta, Puteri Lily.

Istimewa sungguh sambutan Aidilfitri Aziz dan Lily, walau jurang usia 27 tahun, namun kedua-duanya nampak sepadan sekali. Usik mengusik dan Aziz tak pernah lepas pandangan dari isteri tercinta. Maklumlah, aura pengantin baru masih terasa selepas dua bulan diijabkabulkan.

Walau masih muda, wanita berusia 21 tahun ini berfikiran matang. Sudahpun menyediakan segala keperluan untuk suami dan anak-anaknya, Lily menegaskan umur bukanlah penghalang menjadi isteri yang baik.

“Persiapan raya tahun ini seperti biasa. Saya kena paksa abang Aziz pakai baju melayu dan syukur dia dengar kata (ketawa). Kami sekeluarga akan pakai sedondon warna gold untuk raya nanti.

“Senang nak jaga abang Aziz sebab dia tak cerewat, apa yang ada sudah memadai baginya. Dan tak susah nak jaga anak-anak sebab Lily memang dah biasa dengan kanak-kanak dari dulu dan anak buah Lily pun memang ramai,” ujarnya ramah.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN BIN HASBULLAH

Mangga Online

Intan Ladyana Beraya Di Bangkok

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:47 am

Ditulis oleh Nonie
  
  

Apa yang ada di Bangkok sampaikan Intan Ladyana sanggup beraya di sana? Tak meriahkah sambutan Aidilfitri di Malaysia sampaikan Intan terpaksa mencari destinasi lain untuk menyambut perayaan kemenangan umat Islam ini?

“Intan bukan lari dari Kuala Lumpur, tapi family belah mak Intan tinggal di sana. Tapi selalunya kami akan pulang ke Pattani berhari raya. Kiranya macam balik ke kampunglah. Cuma bezanya sambutan di sana tak semeriah di Malaysia.

“Di Bangkok penduduknya tak ramai yang beragama Islam. Tak ada budaya memakai baju raya di pagi Aidilfitri dan selalunya Intan hanya memakai jeans dan baju t di pagi raya dan kami akan keluar berjalan di bandar.

“Memang ketara berbeza raya di tempat orang tapi Intan dah biasa dari kecil begini. Selalunya untuk rasa suasana raya, Intan akan bawa ketupat dan rendang untuk hidangan dan makanan wajib di sana adalah pulut mangga dan laksa siam,” katanya akan berada di Bangkok selama enam hari.

Nampaknya Intan terlepas suasana meriah hari raya di Malaysia. Kecewalah peminat yang ingin bertandang ke rumah. Kata Intan lagi, tahun ni dia tak berpeluang beraya dengan buah hati tersayang. Kamal juga akan menyambut perayaan di kampung halamannya.

Alang-alang tersentuh soal percintaan, ManggaOnline bertanya Intan dan Kamal tak pernah ada perancangan untuk ke peringkat yang lebih serius dalam perhubungan?

“Kami tak pernah plan untuk ke peringkat seterusnya. Biarlah ia datang sendiri. Kalau boleh Intan nak fokuskan kerjaya dulu. Biarlah semuanya berjalan satu persatu. Takut nanti kalau beria sangat, tak jadi pula,” ujar Intan yang digandingkan dengan Kamal sebagai pasangan kekasih dalam telemovie Madu Sorok pada tayangan 9 September pada jam 9.00 malam di TV3.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN BIN HASBULLAH

 

Mangga Online

Aeril Teringat Arwah Ayah

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:27 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Hari raya yang disambut setiap tahun pasti berbeza warna dan coraknya. Kalau tahun lalu gembira ria, ada kemungkinan tahun ini ada yang menyambutnya dengan sedikit hiba di dada.

Pelakon Aeril juga sudah membayangkan kesayuan yang bakal tiba bila Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut tanpa kelibat arwah ayah yang meninggal dunia awal tahun ini. Namun hari raya tetap disambut juga.

 

“Selepas sembahyang sunat hari raya nanti kami sekeluarga akan menziarahi kubur arwah ayah. Selepas itu barulah boleh menziarahi rumah keluarga pula,” kata Aeril yang akan pulang ke Batu Pahat, Johor.

Pastinya kenangan bersama arwah ayah akan bermain dalam fikiran. Lebih-lebih lagi setiap kali menjelang hari raya Aeril akan membantu ayahnya mengemas laman rumah dan menghiasinya untuk menambah seri hari raya.

“Biasanya tugas saya dan ayahlah memasang pelita minyak tanah sekeliling rumah kami. Tahun ini ayah dah tak ada dan pastinya akan teringat kenangan memasang pelita bersama-sama.

“Ayah saya juga gemar memburu ayam hutan dan sayalah temannya kalau saya ada di kampung. Semua itu sudah tidak ada lagi kali ini,” kata Aeril yang baru tamat penggambaran drama Bangunlah Mama di Perak.

Aeril akan pulang dua hari sebelum hari raya kerana harus menghabiskan kerja yang belum selesai di Kuala Lumpur.

Cuti raya pendek

“Kalau ikutkan mahu beraya, dua minggu di kampung barulah seronok, tapi tahun ini saya tak boleh cuti panjang. Selepas seminggu sudah kena balik semula ke Kuala Lumpur sebab ada jadual kerja yang sudah diatur awal.

“Ini semua untuk kerja saya, jadi terpaksalah korbankan cuti raya,” sambungnya lagi.

Lagipun dia hanya ada kampung sebelah arwah ayah sahaja untuk beraya. Ibunya berasal dari Indonesia dan dia tidak pernah menyambut hari raya di sana. Malah Aeril tidak pernah dibawa ke sana oleh ibunya sebelum ini.

“Saya hanya beraya sebelah keluarga ayah saya sahaja, sebab keluarga ibu saya jauh,” katanya lagi.

Mahu cepat dewasa

Kalau artis lama (tertamanya wanita) menggunakan pelbagai kaedah untuk kekal muda (botox?), lain pula halnya dengan Aeril yang mahu segera nampak tua. Dia sengaja menyimpan sedikit janggut dan misai untuk nampak lebih dewasa dariapda usianya yang baru mencecah 21 tahun.

“Saya mahu nampak lebih tua. Dengan imej yang lebih dewasa kita boleh mempelbagaikan watak, bukan setakat menjadi adik atau anak kepada watak utama dalam sesebuah drama.

“Dengan imej yang berjanggut, saya pernah berlakon watak suami orang dalam drama Kita Carefree,” katanya yang kini membawa ibu tinggal bersama di Kuala Lumpur.

Aeril tidak mahu ibunya keseorangan selepas bapanya meninggal dunia. Di kampung ada abang yang kerjanya tidak membenarkan dia selalu ada di rumah. Apabila abangya harus ke luar daerah ibunya akan keseorangan.

“Lebih senang ada ibu dengan saya. Sekarang saya selalu berbuka puasa di rumah bersama-sama ibu,” sambung Aeril lagi.

FotoJEFFRI IRAN PenyelarasFADHIL (DEEL)

 

 

 

 

Mangga Online

Raya KL Pun Happening…Lisa

September 2, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:49 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Bila nak tiba hari raya masing-masing berebut pulang ke kampung masing-masing. Adakah beraya di ibu negara tidak menyeronokkan? Pelakon cantik Lisa Surihani menyangkal dakwaan itu.

Baginya keutamaan pada hari raya ialah keberadaan bersama keluarga tersayang tak kira di mana sahaja berada. Bila bersama keluarga, sambutan tetap akan meriah sama ada menyambutnya di kota atau di desa.

 

“Saya memang beraya di Kuala Lumpur kerana keluarga saya ada di sini. Sebagaimana orang lain yang balik kampung saya juga bertandang ke rumah nenek saya dan disusuli dengan kunjungan ke rumah saudara mara lain yang ada sekitar Kuala Lumpur.

 

“Saya tetap merasa kemeriahan berhari raya walaupun menyambutnya di Kuala Lumpur. Yang penting kita berada bersama keluarga kita,” kata Lisa.

Lisa juga tidak bercuti panjang kerana ada kerja yang bakal menunggunya selepas hari raya nanti. Sekiranya tiada aral Lisa akan ke lokasi penggambaran filem baru selepas raya ini.

“Saya tak boleh cakap dulu pasal filem ini kerana ia belum diumumkan, tapi saya sedang menunggu panggilan ke lokasi yang mereka jadualkan selepas cuti hari raya nanti,” jelasnya.

 

 

 

 

Mangga Online

Minyak Wangi Muniff Laris

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:38 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Penyanyi utama kumpulan Hijjaz, Munif mengorak langkah menceburi bidang perniagaan peribadi dengan mengusahakan pengedaran minyak wangi tanpa alkohol jenama Munif Hijjaz.

Ia sebagai permulaan empayar perniagaan yang tidak berteras muzik kerana mahu dijadikan warisan kepada keluarga apabila dia tiada nanti. Munif sedar dia tidak boleh meninggalkan bidang muzik kepada anak-anaknya kelak.

“Selepas Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia, saya terfikir untuk memulakan perniagaan yang lari dari bidang muzik. Ustaz sendiri meninggalkan kedai jahit kepada keluarganya, bukannya bakat nyanyian. Kita tidak boleh warisi kebolehan menyanyi kepada anak-anak kerana ia memerlukan bakat.

“Tapi perniagaan ini boleh diwarisai apabila saya tiada nanti. Sebenarnya anggota Hijjaz yang lain ada perniagaan keluarga selain aktif bersama Hijjaz, saya seorang sahaja yang tidak ada perniagaan kerana tiada asas.

“Alhamdulillah semasa mengerjakan umrah tidak lama dulu saya berjumpa dengan seorang yang aktif dalam perniagaan (termasuk minyak wangi) jadi kami berkongsi mengusahakan  perniagaan ini.

“Ada juga orang pesan, semasa nama saya masih dikenali inilah sebaik-baiknya saya membuat sesuatu yang boleh memanfaatkan perniagaan. Lagipun dunia muzik ini tidak berkembang, ia semakin hari semakin menurun,” kata Munif yang sudah lapan bulan bergelar usahawan.

Minyak wangi laris

Munif juga bersyukur kerana minyak wangi yang dipasarkan oleh syarikatnya, Munif Hijjaz Sdn. Bhd. berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan.

“Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Lebih-lebih lagi menjelang hari raya ini permintaan meningkat,” kata Munif lagi.

Sebagai permulaan mereka memasarkan 18 jenis wangian yang diinspirasikan daripada jenama minyak wangi terkemuka. Minyak wangi jenama Munif Hijjaz dijual dengan harga RM22 (8ml). Untuk keterangan boleh hubungi talian 03-91055888.

“Sekarang kita jual satu satu, selepas ini kita akan membuat pakej tiga wangian dalam satu kotak pula,” kata Munif lagi.

Munij juga tidak melihat perniagaan setakat minyak wangi sahaja, sebaliknya akan mengembangkan jenama Munif Hijjaz dalam pengeluaran produk lain juga selepas minyak wanginya mendapat tempat sewajarnya.

“Sekarang kita tahu kalau sebut minyak wangi tanpa alkohol, orang akan ingatkan jenama popular itu, saya harap kalau jenama Munif Hijjaz berada di tempat kedua pada masa sekarang,  sudah memadai sebab kita masih baru,”  jelasnya lagi.

 

 

 

 

Mangga Online

Imuda Menanti Kehadiran Orang Baru

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:28 am

Ditulis oleh Nonie
  
  

Meraikan sambutan Aidilfitri bersama isteri tercinta  jelas merupakan satu pengalaman yang cukup berharga baginya setelah sekian lama bersendirian. Memikul tanggungjawab yang lebih berat setelah mengahwini Zabariah bt Haja Mushadi Ali, rezeki Imuda nampaknya semakin bertambah setelah dikhabarkan bakal menerima kehadiran orang baru dalam perkahwinan mereka.

“Saya sangat bahagia dengan perkahwinan ini. Anak-anak dan diri saya lebih terjaga bila ada orang yang tolong tengokkan makan pakai kami.

“Dan lebih menggembirakan apabila saya diberitahu isteri sedang hamil satu bulan. Kalau ikutkan saya nak anak perempuan sebab family wife saya banyak lelaki, nak meriahkan dengan kehadiran bayi perempuan pula. Walau bagaimanapun, semuanya adalah anugerah tuhan, kami tak merancang nak berapa anak.

Mengehadkan aktiviti seninya selepas berkahwin, Imuda menafikan status sebagai suami mengekang kerjaya seninya. Tidak sampai hati untuk meninggalkan isterinya seorang diri di rumah sekiranya tuntutan kerja memaksa beliau untuk berjauhan.

“Kalau dulu bolehlah saya ke sana sini tanpa halangan. Sekarang susah sikit sebab kita ada orang yang perlu dijaga. Walaupun isteri tak pernah menghalang, namun saya perlu sedar tanggungjawab sebagai suami.

“Kalau ada tawaran lakonan luar dari Kuala Lumpur, saya akan menolak. Berkahwin tak pernah mengekang aktiviti seni saya,” ujar pemilik RAE Gallery ini.

Dia Seorang Yang Simple – Zabarina

Cantik manis orangnya. Cukup bertuah Imuda memiliki seorang wanita yang sempurna sifatnya. Walau terpaksa berjauhan selama tiga tahun sewaktu menyulam cinta, jodoh yang kuat akhirnya mengikat mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Mula-mula kenal abang saya rasa agak janggal sebab bila berjalan semua orang kenal dia. Tapi bila dah menyelami isi hatinya, dia seorang yang sangat simple. Kalau tengok di tv, nampak macam banyak cakap, tapi sebenarnya dia seorang yang pendiam. Karakter di dalam tv sangat lain dengan dirinya yang sebenar,” kata penolong pengurus kepada sebuah bank di Kuala Lumpur ini.

Pasangan ini juga akan menyambut Aidilfitri di kampung kelahiran Zabarina di Batu Uban, Penang.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN BIN HASBULLAH

Mangga Online

Abot Kembali Aktif

September 1, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 12:09 pm

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Ingat lagi dengan nama Abot? Penyanyi wanita yang pernah popular dengan lagu berkonsep muzik indie suatu ketika dulu. Abot sudah beberapa lama senyap daripada aktiviti seni.

Sekarang Abot bersemangat mahu aktif semula. Malah sudah ada lagu baru untuk dipertaruhkan. Abot dapat hak merakam sebuah lagu popular drama Indonesia ciptaan Choosy Pratama.

“Lagu ini bukannya saya main rakam sahaja sebaliknya mendapat kebenaran daripada Choosy sendiri untuk menukar liriknya ke bahasa Malaysia,” kata Abot kepada Mangga Online.

Abot pernah membuat comeback tidak lama dulu tetapi cubaannya tidak menjadi dan album tersebut tidak dipromosi sepenuhnya. Sekarang dia benar-benar berharap kehadirannya akan kembali diterima peminat.

Pelepasan suami tidak menjadi masalah kerana suaminya jack FTG masih aktif bermain muzik. Apatah lagi anak-anak juga semakin membesar. Anak sulungnya Siti Khadijah sudah berusia sembilan tahun manakala anak bongsu, Siti Hajar sudah berusia dua tahun.

Album diterbitkan menggunakan wang sendiri dan dijangka disepurnakan selepas hari raya nanti. Selamat kembali Abot.

 

 

 

Mangga Online

SIAPA NI?

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:49 am

Ditulis oleh Nonie
  
  

Puas ManggaOnline tilik siapa jejaka kacak berbaju putih ini. Sekali pandang memang tak perasan siapa gerangan yang berada di depan mata.

Puas ditilik dan ditanya rakan semeja, barulah tahu ‘jejaka’ yang dimaksudkan adalah Salina Saibi. Masih tak kenal siapa Salina Saibi? Si jelita yang berlakon dalam filem Air Mata Maria tu.

Selalu tampil jelita dalam lakonannya, namun imej terbaru ini hanya untuk lakonan dalam filem Aku Bukan Tomboy. Salina memegang watak pengkid bernama Sam yang mendambakan cinta Farisa, lakonan Scha Al Yahya.

Jelas Salina, dirinya tidak sekali-kali akan tampil begini kerana begitu sayangkan rambutnya yang panjang mengurai. Namun yang pasti Salina nampak meletup dengan imej barunya.

FOTO oleh ABDUL NAZIR B MOHAMED

 

Mangga Online