Hetty Koes Endang Beramal Lagi Di Malaysia
Ditulis oleh Rosli Manah
Penyanyi popular Hetty Koes Endang sudah lama tidak menerima undangan mengadakan persembahan di negaranya, Indonesia. Tapi untuk undangan mengadakan persembahan di luar negara, dia masih mempertimbangkannya. Lebih-lebih lagi persembahan amal.
Pada 25 Mac dia mengadakan persembahan Malam Amal Gala Kaseh Bersama Hetty Koes Endang di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Kutipan daripada jualan meja akan disalurkan kepada beberapa rumah anak yatim di Kuala Lumpur dan Selangor.’
“Saya senang sekali bila dapat undangan mengadakan persembahan amal sebegini. Saya sekarang ini bukan lagi berkerjaya sebagai penyanyi sebaliknya suri rumah tangga yang boleh menyanyi,” kata Hetty kepada Mangga Online.
Ada sebab mengapa dia menolak undangan show di Indonesia sejak empat tahun lalu. Bukan tak ada undangan tapi dia tidak mendapat kebenaran anak-anak yang mahukan dia berehat serta memberi tumpuan kepada rumah tangga.
“Anak-anak tanya saya… saya mahukan apa lagi. Sebab itulah sekarang saya tumpukan kepada rumah tangga dan bisnes. Saya dan suami mengusahakan galeri perabut. Perabut keluaran kami menggunakan kayu yang sudah berusia 100 tahun, jadi ianya unik,” kata Hetty.
Namun Hetty masih bertolak ansur kalaa undangan itu bersifat peribadi ataupun sebagai menghargai seseorang. Hujung tahun lalu dia memenuhi undangan seorang anak yang mahu menghadiahkan nyanyiannya kepada seorang ibu yang menyambut ulang tahun ke-80.
“Anak itu mahu membuat kejutan kepada ibunya yangmahukan persembahan saya sebagai hadiah ulangtahunnya daripada anaknya. Bila anak itu tanya dia, siapa penyanyi yang dia mahukan dia cakap mahukan Hetty Koes Endang. Dia cakap payah nak dapatkan Hetty Koes Endang.
“Dalam persembahan itu saya dimasukkan ke dalam kotak hadiah dan bila dibuka depan ibunya saya muncul menyanyikan lagu Dingin. Saya lihat ibu itu mengalir air mata bila lihat saya menyanyi. Saya rasa dihargai dan tersentuh hati saya apabila lihat ibu itu gembira dapat melihat saya menyanyi untuknya.
“Di sini bukan soal bayaran membuatkan saya terima. Saya tak tanya pun pasal bayaran kerana saya menerimanya sebab mahu membahagiakan ibu itu. Alhamdulillah bila selesai persembahan, banyak pula hadiah diberikan kepada saya,” kata Hetty yang masih anggun pada usia mencecah 55 tahun.
Malaysia rumah kedua
Hetty akui cintanya terhadap Malaysia begitu tinggi kerana dia pernah tinggal di sini. Malah anak sulungnya Amir, 18, dilahirkan di Malaysia. Malaysia baginya penuh kenangan dan nostalgia. Selain undangan mengadakan persembahan di Malaysia, dia juga masih menerima tawaran dari Singapura dan Brunei.
“Malaysia ini ibarat rumah kedua saya… saya rasa dekat sekali dengan Malaysia. Saya pernahdatang balik hari ke Malaysia bila rasa rindu dan tiba tiba teringat mahu datang. Bila di sini banyak kenangan indah yang saya dapat imbau.
“Ungkapan Malaysia rumah kedua itu milik saya sebenarnya…” kata Hetty bergurau.
Sementara itu untuk persembahan amal nanti Hetty memilih lagu-lagu yang popular dan diminati oleh peminat di sini. Antara lagu pilihannya ialah Hati Lebur Jadi Debu, Panti Asuhan, Melodi Perpisahan, Tak Ingin Sendiri dan lagu wajibnya Kasih.
“Lagu Kasih ni kalau tak dinayanyikan macam tak sah… orang Malaysia sangat sukakan lagu ini,” kata Hetty.
Persembahannya dianjurkan oleh Fleet Event Sdn. Bhd dengan kerjasama Hotel Royale Chulan, Kopetro Travel & Tours dan Life Records.
Dia masih menggunakan khidmat Datuk Ramli MS sebagai pengarah muzik kerana serasi dan senang dengan kerja Ramli. Ramli juga sudah faham apa yang dia mahukan.
Mangga Online
Caroline Mentor 6 Dapat Perhatian
Ditulis oleh Rosli Manah

Protege kepada Ella, Caroline mula dapat perhatian ketika muncul mengadakan persembahan pembukaan Mentor 6 minggu lalu. Bakatnya mula terserlah dan sudah ramai yang mula meminatinya.
Antara sebabnya, dia nampak jauh berbeza berbanding penonjolan klip video latar belakang keluarga dan kemunculan di atas pentas. Seolah-olah melihat dua personaliti yang berbeza. Gayanya di atas pentas tidak menampakkan ciri-ciri seorang gadis kampung yang hidup dalam kepayahan sebagaimana yang cuba digambarkan.
Caroline mula mendapat perhatian. Malah sudah ada yang meramalkan dia antara yang bakal memberikan saingan utama dalam Mentor 6. Seorang lagi protege yang diberi perhatian ialah anak didik Faizal Tahir, Anas. Anas nampak menonjol, tapi ada sedikit bayang Faizal.
Persembahan Anas dalam konsert pembukaan mengingatkan kita kepada Faizal semasa dalam One In A Million. Pemilihan lagu pop nyanyian Adira yang dirockkan oleh Anas mengingatkan kepada konsep Faizal yang beberapa kali memilih lagu popular penyanyi wanita dalam OIAM.
Tapi perjalanan enam protege ini masih jauh. Belum lagi nampak kuasa sebenar mereka bila bersaing minggu demi minggu. Tunggulah bagaimana persembakan kumpulan A yang akan bermula Ahad ini.
Selain dua mentor itu, empat lagi mentor yang mempertaruhkan bakat baru pilihan masing-masing ialah Fauziah Ahmad Daud, Ramlah Ram, Ferhad dan Adam. Protege Ramlah Ram juga nampak berwawasan. Apatah lagi memiliki ijazah dalam bidang muzik.
Dia juga memiliki vokal yang baik dan ada kecenderungan dalam pemperjuangkan muzik etnik. Protege Fauziah pula dilihat diarahkan kepada penguasaan pentas semasa mengadakan persembahan. Itulah kelebihan Fauziah semasa aktif memanggung pada tahun-tahun 1980-an dulu. Tunggulah siapa yang dapat mencuri hati juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini serta undian SMS peminat nanti.
Ferhad dan Adam nampaknya belum dapat membuka mata peminat melalui persembahan pembukaan protege mereka. Mungkin mereka ada percaturan sendiri mahu membuat persembahan memukau bila persaingan sebenar bermula. Tunggu dan lihat saja nanti.
Mangga Online
Red Box Raikan Rakan Media
Ditulis oleh Tajul
Meriah sungguh Malam Media Red Box 2011 anjuran Kumpulan Karaoke terkemuka Red Box. Acara tahunan ini telah diadakan di Red Box Ria, KL Sogo, Kuala Lumpur pada 21 Mac 2012.
Menurut Pengarah Urusan Grand Surf Sdn. Bhd., Valerie Choo, setiap tahun pihak Red Box akan sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah mereka lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang mereka terima.
“Ini merupakan satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya rakan-rakan media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala bantuan dan sokongan penuh mereka,” ujarnya.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, majlis tidak akan lengkap tanpa penyampaian anugerah kepada artis dan wakil pihak rakaman untuk lagu-lagu karaoke yang popular.
Anugerah Lagu Karaoke Popular 2011 yang terdiri terdiri daripada 10 lagu karaoke inggeris dan 10 lagu karaoke Melayu popular sepanjang tahun 2011 menunjukkan perubahan yang begitu kera apabila sembilan daripada sepuluh lagu yang terpilih untuk Carta Karaoke Melayu Popular 2011 adalah lagu-lagu tempatan.
Carta Anugerah Karaoke Popular 2011
Melayu
Black
Cinta Hati Najwa Latif
Ditulis oleh Tajul
SETELAH setahun menanti, akhirnya bintang comel berbakat besar, Najwa Latif kini boleh tersenyum lebar apabila album sulungnya, Najwa Latif terbitan NAR Records Sdn. Bhd., sudah pun menemui peminat sejak awal Mac lalu.
Cerita Najwa:
“Seronok tidak terhingga kerana akhirnya tercapai juga cita-cita saya memiliki sebuah album. Album ini dihasilkan atas sebab minat yang mendalam pada muzik dan album ini juga adalah cinta hati saya.
“Single terbaru saya yang dipetik dari album ini berjudul Kosong sudah pun diputarkan di stesen-stesen radio. Alhamdulillah, sambutan dan respon yang diberikan oleh peminat sangat baik.
“Terima kasih saya ucapkan kepada para peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi kepada saya. Album ini merupakan hadiah buat semua peminat!.”
Demikian cerita Najwa yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Peminat jangan lupa dapatkan album Najwa berjudul Najwa Latif ya! Ada banyak lagu-lagu best seperti Cinta Muka Buku, Carta Hati, Kosong, Sahabat dan I Love You.
SETELAH setahun menanti, akhirnya bintang comel berbakat besar, Najwa Latif kini boleh tersenyum lebar apabila album sulungnya, Najwa Latif terbitan NAR Records Sdn. Bhd., sudah pun menemui peminat sejak awal Mac lalu.
Cerita Najwa:
”Seronok tidak terhingga kerana akhirnya tercapai juga cita-cita saya memiliki sebuah album. Album ini dihasilkan atas sebab minat yang mendalam pada muzik dan album ini juga adalah cinta hati saya.
“Single terbaru saya yang dipetik dari album ini berjudul Kosong sudah pun diputarkan di stesen-stesen radio. Alhamdulillah, sambutan dan respon yang diberikan oleh peminat sangat baik.
“ Terima kasih saya ucapkan kepada para peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi kepada saya. Album ini merupakan hadiah buat semua peminat!.”
Demikian cerita Najwa yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Peminat jangan lupa dapatkan album Najwa berjudul Najwa Latif ya! Ada banyak lagu-lagu best seperti Cinta Muka Buku, Carta Hati, Kosong, Sahabat dan I Love You.
Mangga Online
Liyana Fizi, Couple, Massacre Conspiracy, They Will Kill Us All, Couple, Friday King Road Dan Iamneeta Di My Acoustic Affair
Ditulis oleh Tajul

Peminat muzik indie tempatan jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan hebat di konsert My Acoustic Affair pada 7 April 2012 nanti di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara.
My Acoustic Affair adalah platform untuk artis dan ahli muzik generasi baru yang ingin menonjolkan bakat dan karya mereka ke peringkat seterusnya.
Barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Liyana Fizi, Massacre Conspiracy, They Will Kill Us All, Couple, Friday King Road dan band sensasi Youtube terbaru, Iamneeta.
Tiket boleh didapati dengan harga isitmewa iaitu RM40 (14 Mac hingga 21 Mac) dan RM55 pada harga biasa di cawangan kedai muzik Rock Corner. Pintu konsert yang bertemakan ‘casually smart’ ini akan dibuka untuk penonton bermula pukul 6.30 petang.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.myacousticaffair.weebly.com
Mangga Online
Jom Berkenalan Dengan Protege Mentor 6
Ditulis oleh Tajul

Tidak keterlaluan jika dikatakan, program realiti pencarian bakat nyanyian Mentor adalah antara program realiti yang popular di Malaysia. Memasuki musim ke-6, tidak hairanlah program itu mendapat sambutan hangat sepanjang sesi uji bakat berlangsung.
Pencarian protege bagi program Mentor 6 terbitan TV3 akhirnya menemui protege yang terbaik yang akan dibimbing oleh Ferhad, Ella, Adam, Ramlah Ram, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Faizal Tahir yang telah dipilih sebagai mentor musim terbaru ini. Jom berkenalan dengan mereka!

WANIE
Mentor: Ferhad
Nama penuh: Salwani Binti Sawi
Bangsa/Agama: Melayu/Islam
Asal: Labuan
Umur: 18 tahun

KJ
Mentor: Adam
Nama penuh: Abd. Kadir Bin Haji Unding Lana
Bangsa/Agama: Bajau/Islam
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Umur: 23 tahun

CAROLINE
Mentor: Ella
Nama penuh: Puteri Caroline Binti Mohd Kamel
Bangsa/Agama: Melayu/Islam
Asal: Tanah Merah, Kelantan
Umur: 20 tahun

ANA SYUHADA
Mentor: Ramlah Ram
Nama penuh: Ana Syuhada Binti Noor Asram
Bangsa/Agama: Melayu/Islam
Asal: Shah Alam, Selangor
Umur: 21 tahun

ZATUL
Mentor: Fauziah Datuk Ahmad Daud
Nama penuh: Noor Nazatul Farahin
Bangsa/Agama: Melayu/Islam
Asal: Bedong, Kedah
Umur: 23 tahun

ANAS
Mentor: Faizal Tahir
Nama penuh: Anas Bin Ridzuan
Bangsa/Agama: Melayu/Islam
Asal: Ipoh, Perak
Umur: 23 tahun
Bagi yang ingin mengikuti diari protege, jangan lupa saksikan program Jurnal Protege, kapsul 2 minit yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6.58 petang bermula 19 Mac ini.
Manakala, sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor boleh ditonton menerusi program Jurnal Mentor yang bersiaran setiap Ahad pada pukul 6.00 petang pada 18 Mac dan 5.00 petang pada 25 Mac mulai 1 April ini.
Persembahan konsert mingguan pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad pada pukul 9.00 malam.
Untuk maklumat dan perkembangan terkini tentang Mentor 6, penonton boleh melayari www.tv3.com.my/mentor6 dan juga www.facebook.com/mentortv3.
Mangga Online
Amanda Tangguh Honeymoon Kerana Kerja
Ditulis oleh wahida othman
Baru beberapa hari mereka melangsungkan pernikahan, pasangan Amanda Misbun dan suaminya, Hairul sudah sibuk menjalani tugas harian masing-masing seperti biasa.
Tidak seperti kebanyakan pasangan suami isteri yang baru sahaja melangsungkan pernikahan, mereka berdua memilih untuk pergi berbulan madu terlebih dahulu kerana mahu menyelesaikan beberapa tanggungjawab yang telah diambil.
Cerita Amanda:
“3 Mac lepas adalah majlis nikah, kami akan mengadakan majlis resepsi pada bulan Mei nanti, dan selepas itu barulah kami berdua akan pergi berbulan madu.
“Beberapa hari selepas nikah, saya sudah mula kembali ke lokasi untuk meneruskan beberapa penggambaran drama yang belum selesai. Nak buat macam mana, bila sudah terikat dengan komitmen begini kita kena bertanggungjawab kalau tidak ia akan menyusahkan orang lain pula.
“Hairul juga sudah mula bekerja, dan dia tidak kisah biarpun terpaksa bekerja awal. Nanti, bulan Mei kami akan bercuti lama dan habiskan masa bersama lebih lama lagi.
“Salah satu perkara saya suka tentang Hairul adalah kerana dia sangat-sangat memahami keadaan saya sebagai pelakon. Dia tidak pernah melarang saya untuk terus aktif dalam lakonan biarpun sudah bergelar isterinya sekarang.
“Saya memang minat berlakon, dan berharap dapat menjalankan kedua-dua tanggungjawab ini dengan baik.
“Tentang anak, kami memang tidak pernah merancang. Kami terima seadanya ketentuan tuhan, sama ada cepat ataupun lambat.”
Haaa..demikian cerita Amanda yang kini sangat gembira dapat melayani makan minum suami dirumah. Harap Amanda dan Hairul mendapat kebahagiaan sehingga ke akhir hayat nanti. Insya-Allah.
Mangga Online
Berilah SHIHA Masa Jadi Hos JJCM
Ditulis oleh Deel Anjer
HAA… Mangga cukup seronok tonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan
Orang Ketiga Punca PUTRI MARDIANA & Pakwe Putus!
Ditulis oleh Deel Anjer

SUDAH menjadi lumrah kehidupan manusia. Bila bahagia bercinta hidup bagaikan di syurga. Bila putus cinta, peritnya hidup tak tertanggung rasa. Betul tak? Kalau hati tak tabah hadapi dugaan bercinta, tentu hidup merana dan tiada hala tuju.
Haa… Pelakon cun melecun dan cantik bak bulan mengambang Putri Mardiana Zainal Abidin (31) pun baru je putus cinta dengan businessman yang juga kawan lamanya iaitu Mohd Hasnul Amril (Anol) . Takpe… banyakkan sabar tau uols!
Cerita Putri Mardiana yang lebih manja dipanggil Nina:
“Tak dinafikan, memang Nina sedih sangat! Frust giler. Nina dah lama impikan dia sebagai suami Nina. Ye laa… Nina sangat mencintai dia (Anol) lebih daripada diri sendiri. Walaupun Nina busy dan selalu bertemu dengan ramai lelaki, Nina tetap setia.
“Nina ni bila bercinta memang setia dan takkan pandang orang lain dah! Dalam hati Nina hanya ada dia sorang saja.
“Punca kami putus tu… biarlah ia menjadi rahsia kami berdua. Namun ia sedikit sebanyak memang ada kaitan dengan orang ketiga yang hadir dalam hubungan kami. Entah laa… mungkin juga kesibukan Nina buat dia jatuh cinta pada orang lain.
“Tapi percayalah… walaupun Nina sibuk dengan shooting demi mencari rezeki untuk anak-anak, Nina tak pernah fikirkan lelaki lain selain dia. Percayalah…” Cerita Nina yang masih rindukan kenangan manis bersama bekas pakwenya itu.
Sanggup susah senang bersama ANOL
NINA: “Nina masih ingat kenangan manis kami bersama. Nak tahu, masa mula-mula Nina berlakon dulu (2010) kami pernah sama
AWEERA & EDRY KRU Muncul Dengan MOJO
Ditulis oleh Deel Anjer

TENTU peminat rindu dengan finalis OIAM 3 yang hensem Nasharul Aweera Norhissham (20) atau nama glamornya Aweera kan? Walaupun sebelum ini Aweera menyepikan diri, tapi sekarang dia dah come back dengan sebuah kumpulan yang diberi nama Mojo di bawah naungan KRU Studios. Haa… Selain Aweera sebagai vokalis, Mojo dianggotai oleh jejaka-jejaka hensem iaitu Edry KRU (Synthesizer), Johar kumpulan Tilu (Pemain dram) dan Deny (gitaris).
Cerita Aweera yang cute:
“Setelah dua tahun senyap daripada publisiti media, sekarang saya muncul semula dengan sebuah band iaitu Mojo. Terima kasih kepada Edry KRU yang memberi peluang ini.
“Sebenarnya, kalau ikut perancangan saya akan muncul dengan lagu ciptaan saya sendiri berjudul Bintang. Namun buat masa ni saya sangat happy dan excited untuk muncul dengan Mojo terlebih dahulu.
“Saya juga berterima kasih kepada pihak majalah Mangga kerana sudi memberi publisiti kepada saya setelah lama menyepikan diri daripada pihak media. Nak tahu, pihak KRU juga mula ingat dengan bakat saya setelah tahu kemunculan semula saya melalui Mangga.” Begitulah luahan Aweera yang baik budi bahasanya. Sebab itulah dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Mangga pun ada hubungi Abun (PR KRU) yang kacak tu untuk tahu lebih lanjut pasal kumpulan Mojo ni. Abun beritahu Mangga yang Mojo adalah projek khas KRU Studios yang akan muncul dengan tiga lagu yang berkonsepkan Synth’ Rock.
ABUN: “Mojo bermaksud aura. Insya Allah… Mojo akan jadi aura baru dalam meneruskan kesinambungan muzik rock oleh otai-otai terdahulu seperti Wings dan Search.
“Edry memilih Aweera kerana semua pun tahu kehebatannya dalam menyanyikan lagu berkonsepkan rock. Bakat, gaya dan nyanyiannya yang bagus sesuai untuk Mojo.
“Mojo dah muncul dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi. Lagu ini adalah daripada kisah benar yang terjadi pada salah seorang kawan kepada Edry sendiri. Seorang lelaki yang masih mencintai isterinya yang meninggal akibat kanser . Cinta itu sentiasa mekar di hatinya walau apa pun yang berlaku.
“Haa… Kali ini peminat mesti dengar lagu ini yang lain daripada yang lain. Sentuhan Edry amat berbeza memandangkan dia jarang mencipta lagu konsep rock. Mesti dengar ya!”
Wah.. Tak sabar nak dengar kan! Haa… Selain itu, kalau nak tahu siapa awek Aweera sekarang? Artis jugak tau! Ada gambar mereka berdua lagi! Jeng jeng jeng! Kene la beli majalah Mangga isu April yang akan berada di pasaran pada 15 Mac ini.
Mangga Online