Teruja?
Citrawarna Malam Ini
KONSERT Pelancaran Citrawarna 1Malaysia 2012 yang berlangsung hari ini (19 Mei) dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal seperti One Nation Emcees (ONE), Ella, Datuk Khadijah Ibrahim, Syafinaz Selamat dan Helmi The Gimmick.
Mereka akan menyampaikan lagu popular masing-masing di mana ONE akan menyanyikan lagu Raja Gelek, Anak Kampung, The Time dan DJ Got Up Falling In Love, Ella (Sepi Sekuntum Mawar Merah/ Dua Insan Bercinta/ Layar Impian), Khatijah (Malaysia Truly Asia/ Doa Buat Kekasih), Syafinaz (Someone Like You/ Some Enchanted Evening/ Magic Of The Night) dan Helmi pula menyampaikan lagu Melayu, Tamil dan Cina (Sampaikan Salam/ Pang Yau/ Nan Ana Yital).
Juruacara yang akan mengendalikan majlis adalah Datuk Mahadhir Lokhman.
Acara tahunan anjuran Kementerian Pelancongan itu akan diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Antara aktiviti   disediakan, perarakan produk pelancongan seperti pesta makanan dan buah-buahan, persembahan kesenian, homestay, tempat warisan dunia yang terdapat  di negara ini, persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum dan pertunjukan bunga api.
Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Acara Kementerian Pelancongan, Hussain Moh berkata, program antara yang mengisi kalendar tahunan kementerian yang bertujuan untuk menarik pelancong dalam dan luar negara untuk melawat destinasi menarik yang banyak ditawarkan oleh negara ini.
“Malah ada masyarakat tempatan sendiri yang tidak tahu bahawa negara ini banyak sekali lokasi  menarik untuk dilawati. Di setiap negeri, pasti ada tempat yang boleh diterokai di mana Malaysia kaya dengan keindahan alam semula jadi.
“Kebanyakan orang kita suka bercuti di luar negara walhal di tempat sendiri tidak kurang menariknya. Oleh itu dengan adanya program seperti ini, kita dapat mewar-warkan kepada orang ramai mengenai keistimewaan yang ada di tempat sendiri.
“Datanglah beramai-ramai kerana sambil berhibur dengan persembahan kesenian, kebudayaan dan nyanyian artis terkenal, kami paparkan banyak maklumat. Lebih kurang seminggu lagi akan bermulanya cuti persekolahan selama dua minggu dan ia waktu yang baik untuk membawa anak-anak melancong,” katanya.
Artis Wanita Turun Padang Bola Petang Ini
SEKALIPUN sibuk dengan aktiviti seni, kalangan artis bernaung di bawah Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) tidak lupa untuk beriadah bersama peminat. Justeru, buat julung kali perlawanan bola sepak persahabatan di antara Karyawan menentang komuniti pemilik Nissan Grand Lavina akan diadakan pada hari ini (19 Mei), jam 5 petang di Stadium Universiti Pertahanan Malaysia (UPM), Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Menariknya perlawanan ini, kalangan artis wanita seperti Amylea AF, Nas Adila, Ikin AF dan dramatis Mimi turut turun padang untuk poco-poco selain memberi sokongan kepada pasukan lelaki. Kalangan artis lelaki setakat ini mengesahkan penyertaan Zack Taipan, Deen Maidin (Inspektor Lingam), Asrul Raja Lawak, Lan Zailan, Lola XPDC, Asrul Raja Lawak, Man Altenature, Shazrin, Lee Kaki dan presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.
Penyelaras program, Ahmad Helmi Jamaludin, 41, berkata perlawanan persahabatan itu lebih berbentuk aktiviti amal kerana melalui kutipan tabung yang akan diedarkan sepanjang perlawanan itu, kelak akan diserahkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Seri Gombak, Selangor.
Menurutnya, idea tercetus program itu hasil perbincangannya dengan
Deen Maidin kerana mereka adalah pemilik kenderaan Grand Lavina.
“Kelab Nissan Grand Lavina ini baru ditubuhkan tiga bulan lalu tetapi kami sudah mempunyai penyertaan 1,000 orang. Ada beberapa rakan artis turut menggunakan kenderaan sama, lalu terlintas pada kami mengapa tidak diadakan program untuk kami menjalin silaturahim,” katanya.
Semangat Adele Mekar Kembali
KEPADA sesetengah golongan seni, muzik atau nyanyian bukan pertandingan mencari siapa paling hebat atau siapa paling ‘diva’.   Berlainan pula bagi penyanyi bersuara lunak, Adele yang terus menerus ‘terbang tinggi’ diiktiraf menerusi pelbagai anugerah industri muzik.
Dari segi rekod, pencapaian penyanyi dan penulis lagu ini meletakkannya sebagai permata berharga pernah dihasilkan di Britain selepas The Beatles ‘The Paperback Writer’ menjadi kegilaan peminat dari serata dunia pada era 60-an.
Bukan saja Adele mengatasi idolanya, mendiang Amy Winehouse malah sejarah moden menyebut Amy berasa takut dengan kehadiran Adele.
Mark Ronson yang pernah berkolaborasi bersama Amy dalam satu temu ramah menyatakan: “Untuk tempoh agak singkat, Amy melalui keadaan agak tegang.
“Hanya Tuhan saja tahu mengapa Amy berada dalam keadaan tidak menentu. Saya rasa faktor Adele ‘ada’ menjadikannya takut. Sekalipun Amy mengikuti perkembangan dan meminati Adele tetapi dia sendiri berasa tidak tenteram, kompetitif dan kecewa kerana Adele seperti tidak dapat disekat!,” katanya.
Bagaimanapun, Ronson tidak berkesempatan terus bekerjasama dengan Amy lagi selepas itu.
“Hubungan kami terputus sejak itu. Sebelum kami dapat menyiapkan bahan dan proses album baru, semuanya sudah terlambat,” katanya mengingati semula peristiwa itu.
Amy ditemui mati di rumahnya di London pada Julai lalu pada usia 27 tahun.
Adele penyanyi kelahiran utara London digelar ‘Tottenham Diva’ dengan nama penuhnya, Adele Laurie Blue Adkins, baru-baru ini meraih enam trofi Anugerah Grammy 2012.
Dalam perkembangan terbaru, dia meraih dua kejayaan lagi menerusi Ivor Novello, pengiktirafan satu penulisan lagu yang terus melebarkan kejayaannya terhadap anugerah muzik.  Bagaimanapun, Adele gagal meraih kategori album terbaik dan lagu terbaik.
Penyanyi berusia 24 tahun itu meraih anugerah Ivoe Novello dalam kategori lagu paling banyak dipersembahkan iaitu Rolling in the Deep dan penulis lagu terbaik sepanjang 2011.
Bukan itu saja, Adele juga penyanyi Britain berusia bawah 30 tahun meraih pendapatan tertinggi mencecah RM100 juta pada 2011 berbanding RM27 juta diraih tahun sebelumnya, semuanya kerana album Adele 21 yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.
Bukan itu saja, populariti dan bakat dimiliki oleh Adele meletakkannya sebagai pilihan utama untuk menyiapkan runut bunyi filem James Bond terbaru yang dijangka dihasilkan pada penghujung tahun ini.
Lagipun, Adele, baru-baru ini menjalani pembedahan ‘vocal cord microsurgery’, menyatakan mahu berehat beberapa ketika nampaknya seperti bersemangat semula.
Mengapa?
Adele sentiasa dikelilingi orang bersemangat tinggi, memiliki inspirasi tinggi dan matang sekali gus mendorongnya supaya menjalani kehidupan positif dan menjadi ‘penyanyi’ sebenar. Cerita menarik yang menjadi pendorong terkuat terus berkarya merubah dirinya adalah teguran dibuat penyanyi Culture Club, Boy George.
Boy George dikenali dengan lagu Karma Chameleon satu ketika dulu, memberi beberapa sesi kaunseling kepada Adele yang mahukannya berhenti merokok dan sejak itu Adele kembali mekar semula seperti dedaun tumbuh pada musim bunga.
George menegur kerana tabiat buruk Adele merugikan menjejaskan suara dan terpaksa membatalkan pelbagai jelajah ketika peminat menaruh harapan tinggi mahu melihatnya menjayakan pelbagai konsert antarabangsa.
Kata George: “Sebagai seorang penyanyi, merokok bukan satu idea yang bagus, saya sendiri berhenti dan suara saya lebih ‘jazzier’ sekarang.”
Adele berkata sebelum ini: “Saya sudah berhenti merokok, minuman alkohol, ambil makanan berempah dan mengambil kafein,” kata penyanyi memiliki suara jenis ‘contralto’ atau suara nyanyian klasikal ini.
Berhibur Melalui Sukan
MALAYSIAN Artist Sports Club (MASC), bukan sekadar sebuah kelab sukan membabitkan golongan artis tetapi membawa dasar-dasar dan objektif yang begitu murni di sebalik penubuhannya.
Ditubuhkan pada Februari 2012 secara tidak rasmi di mana keahliannya dalam lingkungan 20 orang saja, MASC yang diketuai Datuk Raja Rezza Shah selaku Pengerusi Lembaga Penasihat, kemudiannya berdaftar secara rasmi pada April sesudah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Dalam Negeri.
Timbalan Presiden MASC, Danny Anwa (X-Factor), yang mengunjungi Harian Metro baru-baru ini, berkata, selepas tiga bulan jumlah keahlian yang mendaftar dengan MASC  mempunyai lebih kurang 100 orang terdiri daripada lelaki dan wanita.
“Kesemua mereka adalah golongan artis-artis Malaysia seperti penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara termasuk mereka yang terbabit dalam bidang seni secara langsung.
“Saya mewakili presiden, Syed Aiman Alyahya ingin memaklumkan tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara artis Malaysia melalui program bersukan dan secara tidak langsung juga dapat mendekati para media dan peminat dengan cara bersukan sambil bersantai.
“Antara program yang dijalankan MASC ialah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di antara media selain memenuhi undangan jemputan bermain bola sepak di Kota Bharu, Muar, Batu Pahat, Tanah Merah dan di sekitar Selangor.
“Insya-Allah MASC sedang dalam perancangan mengadakan satu pesta sukan untuk media, artis dan peminat. Untuk merealisasikan acara berkenaan, MASC dan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) bekerjasama antaranya menyediakan lokasi untuk acara-acara sukan seperti padang bola dan kemudahan-kemudahan lain.
“Selain itu, MASC berbesar hati kerana kelab ini mendapat sokongan padu dari rakan-rakan artis MASC yang tertarik dengan ketelusan penubuhan kelab ini yang membawa motto ‘Sukan, Berhibur & Beramal,” katanya.
Tugas MASC diperkasa dengan bantuan Nizam Othman selaku Setiausaha, Shahrul Zaman (Penolong Setiausaha), Nik Radhi Nik Abdullah (Bendahari) dan Ahli Jawatan Kuasa, Kazar Ahmad, Redzuan Hashim, Lan Zailan, Yantzen, Fizo Omar, Nur Syuhada dan pengacara, Aidid Marcello.
Antara aktiviti yang sudah pun dijalankan sepanjang penubuhan kelab itu adalah Karnival Army 2012 di Stadium Sultan Mohd ke-IV, Kota Bahru, Kelantan pada 25 Februari yang lalu.
Diikuti Perlawanan Akhir Piala Liga Futsal Kebangsaan Felda 2012 (Stadium Putra Bukit Jalil, 11 Mac 2012) dan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Piala Ahli Parlimen Setiawangsa (18 Mac 2012) dan satu perlawanan di Gua Musang, Kelantan (4 Mei 2012).
Usaha dijalankan MASC juga mendapat perhatian pihak stesen televisyen di mana pada 7 Mei lalu, mereka memenuhi undangan Program TV KakiBola anjuran TV9.
Terbaru, MASC bakal menggegarkan Putrajaya sempena Hari Belia pada 27 Mei 2012 dan beberapa lokasi yang belum diputuskan tarikhnya seperti perlawanan di Pekan, Pahang; Tanah Merah, Kelantan; Kuala Kangsar, Perak; Tanjung Karang, Selangor selain turut diundang memeriahkan sebuah Sidang Media Jualan Amal tidak lama lagi.
Danny menambah,  MASC juga bersedia untuk menjayakan segala jua acara yang membabitkan mana-mana pihak yang memerlukan kutipan tabung bagi dana dan juga sumbangan. Selain sedia menerima jemputan yang membabitkan majlis amal.
“Apa yang menarik, persatuan ini bukan hanya dibarisi ahli lelaki saja malah juga artis wanita. Siapa sangka di sebalik kelembutan mereka, hebat beraksi di padang futsal. Biasanya untuk artis wanita, kami akan adakan perlawanan persahabatan bola jaring.
“Misi dan visi utama kami untuk mengenengahkan amalan gaya hidup sihat dengan membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan dan riadah. Ini juga cara menunjukkan keprihatinan dan kepekaan berhubung kebajikan ahli MASC yang memerlukan bantuan serta sumbangan bagi meringankan beban.
“Dalam mempamerkan sikap ambil berat, ia juga memupuk semangat kekeluargaan bagi mengeratkan hubungan silaturahim. Kami juga berharap, melalui pendekatan sebegini artis lebih dekat kepada masyarakat dan masyarakat juga boleh mengikis persepsi buruk terhadap artis yang sering menjadi paparan selama ini.
“Selama ini ramai artis yang menerima tempias hanya kerana sebilangan kecil terjebak dalam aktiviti yang kurang sihat. Ibarat kata pepatah, hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
“MASC melalui aktiviti yang dianjurkan ingin menjelaskan bahawa golongannya juga mampu memberi contoh yang baik kepada masyarakat dengan menyeru mereka menjalani kehidupan sihat dan masa yang sama beramal dengan membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Soseh Soseh: Juri Puji, Vokal Tak Ke Mana
BIARPUN fenomena Akademi Fantasia sudah berakhir, namun masih ada lagi program realiti TV yang diyakini mampu mencuri hati penonton. Pun begitu, baru-baru ini seorang teman menghubungi SS memaklumkan betapa dia sakit mata menonton persembahan salah seorang peserta sebuah program realiti TV.
Kata teman SS, vokalnya entah ke mana, tapi  ‘over confident’ yang lebih.
Persembahan nampak macam ‘meletup’ tapi sayang, vokal tak sampai ke mana.
Tambah teman itu lagi, apapun riak wajah peserta itu cukup menonjolkan kepuasan terhadap persembahannya dan yakin sangat mendapat pujian daripada juri.
Memanglah juri memuji, namun kata si teman, persembahan yang gempak itu dilihatnya semacam tiada impak. Mendengar teman itu mengomel pasal peserta itu, SS pun tak menafikannya. Bukan apa, pada pandangan SS sendiri pun bukan mudah mahu mencipta nama sebagai artis, apatah lagi jadi popular.
Selain tahu menyanyi, berlakon atau mengacara, bagi SS ‘aura’ pun perlu ada.
Malah, kalau hendak cakap pasal aura ini hanya segelintir insan seni terpilih saja memilikinya. Sebagai contoh, Mawi yang hanya seorang anak Felda tiba-tiba dengan ‘auranya’ mampu menjadi pujaan peminat yang mencetus fenomena.
Sehubungan itu, pada peserta program realiti dimaksudkan, janganlah  terlalu berbangga dengan kejayaan anda. Ini kerana, realiti menjadi anak seni yang sebenar hanya akan terbukti selepas program itu berakhir. Justeru, ketika itulah baru anda boleh menilai sama ada diri mempunyai peminat atau sebaliknya.
SS hanya mampu mendoakan yang terbaik kepada peserta bertanding. Rezeki menang atau sebaliknya adalah ketentuan Tuhan. Apapun, kunci pada sesuatu kejayaan adalah gigih berusaha dan tidak mudah patah semangat. Justeru, SS sekadar mahu mengucapkan tahniah kepada peserta yang akan muncul juara.
SS: Tak pernah mengundi bintang realiti TV menerusi SMS.
Suami Gila Bayang
RUMAH tangga yang dulunya tersangatlah  bahagia kini hanya menunggu masa nak runtuh. Puas ditanya kenapa dan mengapa, tetapi yang empunya diri membisu seribu bahasa. Katanya, hubungan mereka tiada masalah langsung.
Hai! Kalau tiada masalah langsung, takkan main suka-suka hati nak berpisah macam itu saja? Apa, dia ingat perkahwinan macam main pondok-pondok. Suka kahwin, tak suka cerai?
Tetapi artis yang cuba SS usik di sini belum lagi berpisah dengan pasangannya.
Lagipun kisah pergolakan rumah tangganya belum diketahui umum, cuma beberapa teman rapat sahaja yang diberitahu. Namun SS biasalah, cepat menghidu kisah begini. Memang rumah tangganya bermasalah sehingga ke peringkat nak cerai.
Walaupun artis itu berusaha sedaya upaya menyembunyikan sebab dan musababnya tetapi ada mata yang sudah ternampak dan terperasan yang dia sebenarnya sedang gila bayang. Lagipun sesuatu yang sangat mustahil orang nak berpisah tanpa sebab.
Menurut rakan SS yang kacak lagi bergaya ini, dia pernah bersama-sama dengan artis ini menuju ke satu destinasi. Dalam perjalanan itu, wanita yang cantik berkenaan turut bersama dan rakan SS perhatikan artis itu melayan si wanita dengan sangat mesra serta sanggup menjaga kebajikan wanita berkenaan.
Pernah juga sesekali dia terlepas cakap yang dia termimpi-mimpikan wanita itu.
Rakan SS buat-buat tak faham kerana lagipun tak elok artis yang masih berstatus suami orang asyik terkenang wanita lain. Mulanya, rakan SS ingat yang artis itu sekadar bergurau saja kerana hidup kalau tak bergurau langsung pun akan jadi bosan juga.
Rupanya apa yang disangka gurauan itu sudah bertukar menjadi igauan yang amat mengerikan sehingga artis ini sanggup mengambil keputusan untuk bercerai. Tak tahulah pula, apakah wanita itu penyebab utamanya ataupun artis itu sudah lama tawar hati dengan si isteri. Bak kata pepatah, retak menanti belah.
Sebelum ini SS memang tak pernah dengar yang artis ini berlaku curang dengan isterinya malah SS cukup berbangga dengannya kerana dia adalah lambang seorang suami yang baik dan penyayang. Biar apapun yang berlaku, dia tetap setia dengan si isteri. Tetapi hati manusia ini boleh berubah-ubah. Kalau berubah ke arah kebaikan tidak mengapa, tetapi kalau ke arah sebaliknya, cepat-cepatlah minta petunjuk kepada Yang Maha Esa.
Cubalah kenangkan ketika susah dulu, siapa yang membantu.
SS: Setia dalam susah senang bersama Harian Metro.
Doa Aaron Makbul
TAHUN lalu, dia berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah dan sejak itu Aaron Aziz, 36, serta isterinya, Diana Halik, 30 berhasrat untuk menunaikan umrah setiap tahun.  Pun begitu, sesudah  menyemak kalendar aktiviti seninya, hasrat itu terpaksa dilupakan dulu memandangkan   jadualnya padat dengan penggambaran filem serta drama.
Namun, kalau sudah rezeki biar wujud rintangan sekalipun, ia pasti tetap menjadi milik kita. Soal rezeki, siapa yang mampu menidakkan kerana itu urusan Yang Maha Esa.
“Sejak kali pertama menunaikan umrah tahun lalu, saya dan Diana memang berharap supaya dapat menunaikan ibadah ini setiap tahun. Tapi selepas melihat jadual yang sangat padat sepanjang tahun, kami akur.
“Pun begitu, tuhan seakan  mendengar suara hati kami. Tanpa disangka-sangka,  penggambaran drama 80 episod, Adam dan Hawa terbitan Global Station Sdn. Bhd memilih Makkah sebagai salah satu lokasinya.
“Sambil bekerja, semestinya kunjungan ke  Makkah itu akan kami manfaatkan untuk menunaikan ibadah umrah. Saya terlalu ingin untuk mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Yang Maha Esa di atas rezeki melimpah ruah diberikan-Nya dan berharap doa  saya di sana kelak dimakbulkan,” katanya.
Khamis lalu, bintang kelahiran Singapura itu yang ditemui di Tanjung Lounge Riverside, Pusat Dagangan Dagangan Dunia Putra (PWTC) secara rasmi dilantik sebagai duta, YourGurt.
YourGurt yang membawa maksud ‘anda dan yogurt’, adalah sebuah restoran hidangan ringan jenama baru yang bakal menjadi pilihan ramai. Ia akan beroperasi secara rasmi bermula esok di Bandar Baru Bangi.
Konsep YourGurt ialah sebuah restoran keluarga di mana setiap outlet yang bakal dibuka digalakkan menyediakan ruang permainan kanak-kanak di samping ibu-bapa dan keluarga menikmati keenakan produk YourGurt.
YourGurt adalah produk keluaran tempatan yang diilhamkan syarikat Bumiputera di mana hampir 90 produk jenama itu diasaskan daripada ekstrak buah-buahan.
Pelantikan penerima Anugerah Bintang Paling Popular, Berita Harian 2011 itu, dinilai berdasarkan beberapa faktor dan tentunya paling utama  pemilik nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz itu memiliki ciri-ciri  dikehendaki produk berkenaan.
Tidak sekadar menjadi idola kepada jutaan peminat, Aaron juga seorang ikon yang boleh dijadikan contoh kerana dalam kesibukan kerjaya, dia mampu mengimbangi kehidupan peribadi serta mengutamakan keluarganya.
“Saya berasa teruja untuk bekerjasama dalam projek ini dan berharap pelantikan saya sebagai duta dapat membantu mengembangkan perniagaan itu.
“Terus-terang saya bukan penggemar yogurt tetapi anak-anak dan isteri saya sukakan yogurt. Bagaimanapun, pada hari kami menjalankan fotografi produk ini, pengarah juga pengasas YourGurt, Ainna Ibrahim  minta saya mencuba yogurt buatannya dan saya dapati ia sangat sedap. Isteri saya juga menyukainya.
“Saya mengambil peluang untuk menjadi duta pemakanan yogurt ini  kerana    yogurt  salah satu hidangan  berkhasiat  diperbuat daripada ekstrak buah-buahan. Saya lebih menggalakkan anak-anak  makan yogurt daripada aiskrim.
“Selain itu, saya rasa bangga kalau ada bangsa Melayu  ingin mengusahakan perniagaan besar seperti ini dengan memperkenalkan sistem francais. Saya suka hendak membantu orang Melayu lebih berjaya.
“Tambahan pula perniagaan ini mengetengahkan konsep kekeluargaan dan diusahakan pasangan suami isteri, Ainna Ibrahim serta suaminya. Kerjaya saya sendiri pun diuruskan isteri. Justeru saya merasakan matlamat perniagaan ini boleh dikaitkan dengan kehidupan peribadi.
“Perusahaan restoran Yourgurt ini bukan untuk bersaing dengan produk sedia ada. Tetapi kami berharap produk buatan Bumiputera ini dapat menempatkan diri dalam industri makanan sebagaimana jenama francais yang lain,” katanya.
Sepintas lalu mencoret aktiviti seninya, selain masih terikat dengan penggambaran siri Adam dan Hawa sehingga Jun, Aaron akan memasuki set penggambaran filem Dampuk tidak lama lagi.
Sesudah itu,  terbabit pula dengan Cicakman 3 yang turut dibintangi Zizan Razak. Manakala untuk beberapa projek yang menantinya masih dalam perbincangan.
Manakala, pada hujung nanti dia akan berada di Afrika untuk mengacarakan program aksi Fear Factor – Celebrity Challenge.
Steve, Irene Mantapkan KIJF
STEVE Thornton dan Irene Soliano adalah insan daripada latar kehidupan berbeza namun yang pasti, mereka memiliki minat sama terhadap genre jazz.
Apapun, mereka berdua antara nama besar akan menghangatkan pentas KL International Jazz Festival (KIJF) 2012 yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai hari ini (Sabtu) dan esok.
Steve cukup dikenali sebagai pemain ‘master percussionist’ di peringkat antarabangsa sementara Irene adalah anak perempuan kepada pengasas Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), Alfonso Soliano. Irene juga anggota kumpulan muzik dan harmoni adik-beradik yang dikenali sebagai The Solianos. Dalam satu temu ramah bersama mereka berdua di Balai Berita, Bangsar, Khamis lalu, dua artis ini menyifatkan berada dalam KIJF 2012 adalah pengalaman ‘mesti dirasai’ mereka yang meminati genre unik itu.
Kata Steve, menetap di Malaysia sejak 1997 sebaik saja mendapat tahu KIJF akan diadakan, dia terus berhubung dengan pihak penganjur.
“Ini satu penghormatan. Dengan pengalaman menjelajah dunia termasuk di Eropah, Kanada, Amerika Selatan, Afrika dan Jepun, saya sedia berkongsi pengalaman dengan KIJF 2012.
“Bukan itu saja, saya berharap festival ini akan dapat meningkatkan status negara kita sebagai penganjur festival muzik jazz setaraf negara lain,” katanya.
Sebelum ini, Steve pernah menjayakan persembahan bersama George Duke, Sadao Watanabe, David Sanborn, Datuk Sheila Majid dan pencetus ‘post-bop’ dengan gaya Maurice Ravel iaitu Herbie Hancock. Kata Steve, jazz adalah muzik terbuka menawarkan banyak improvisasi dan mana-mana pemuzik yang bagus boleh dijemput naik ke pentas menjayakan persembahan.
“Bagi saya, Malaysia juga ada banyak rentak tradisi yang hebat seperti zapin, asli serta joget dan inilah yang perlu diketengahkan. Jadi saya cukup bangga dapat memainkan pelbagai rentak yang pernah dimuatkan dalam album saya, On Latin Percussion And AfroAsia. Bahkan, salah satu djembe yang saya gunakan adalah buatan Bali.
“Kini saya sangat berasa bangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam KJIF l Jazz Festival. Malaysia sebuah negara unik, masyarakatnya peramah, makanannya juga sedap-sedap. Semangat perkauman pun tidak wujud.
“Sebaliknya isu perkauman di Amerika Syarikat belum benar-benar ada jalan penyudah,” kata Steve berasal dari Brooklyn, New York, tempat sama lahirnya dua peninju legenda heavyweight dunia, Mike Tyson dan Riddick Bowe.
Irene pula bakal beraksi bersama Big Band RTM pimpinan Datuk Mokhzani Ismail.
Dia mahu menjadi inspirasi kepada penyanyi muda dalam mengenengahkan bakat pada KIJF 2012.
“Saya bersama Big Band RTM sejak tiga tahun lalu. Kami juga pernah menjayakan persembahan Java International Jazz Festival di Jakarta pada 2010.
“Saya biasa menyanyi bersama The Solianos dengan enam anggota dan kemudian menyanyi dengan Big Band RTM seramai 15 pemuzik. Sebenarnya, satu ‘miss beat’ boleh menjejaskan persembahan, apatah lagi ‘counting’ yang sangat penting dalam kumpulan yang besar sekalipun menyanyikan ‘standard tune’,” jelasnya.
Ditanya mengapa sukar untuk menemuramah Solianos, Irene berkata: “Mungkin kami jenis suka ‘low-profile’ jadi kuranglah publisiti.
“Kami lebih suka berlatih berjam-jam dan sangat serius terhadap nota muzik, vokal dan instrumen muzik kerana kami mahu semuanya sempurna. Seperti kata ayah saya, Alfonso,  kalau nyawanya diambil Tuhan, biarlah dia bersemadi sebagai pemuzik kerana seni sudah mengalir dalam darah dagingnya,” kata Irene.
KIJF menyajikan persembahan muzik selama 12 jam tanpa henti untuk tempoh dua hari. Antara kumpulan antarabangsa dan artis Malaysia yang terbabit adalah kumpulan British yang terkenal dengan ‘acid jazz movement’ iaitu Incognito, Ernie Watt, Jeremy Monteiro Quartet, Micheal Veerapen Quartet bersama Junji Delfino, Everette Harp danKL Jazz Project.
Mesti Tonton: Jenaka Kisah Ibu Bapa
ANTARA pelakon yang menjayakan What to Expect When You’re Expecting.
Filem: What to Expect When You’re Expecting
Pelakon: Cameron Diaz, Jennifer Lopez, Elizabeth Banks, Chace Crawford, Ben Falcone, Anna Kendrick, Matthew Morrison, Dennis Quaid, Chris Rock, Rodrigo Santoro
Pengarah: Kirk Jones
Penulis: Shauna Cross, Heather HachGenre: Komedi, Drama, RomantikDurasi: 110 minit
Filem ini menggunakan formula amat mudah untuk menarik penonton ke pawagam, iaitu dengan mengundang pelakon popular dan hebat seperti Cameron Diaz, Jennifer Lopez, Dennis Quaid, Matthew Morrison membintangi filem itu. Kehadiran mereka sudah cukup untuk menjadi umpan kepada peminat setia masing-masing menyaksikan filem arahan Kirk Jones itu.
Tarikh: 17 Mei 2012
DARIPADA sebuah buku panduan kehamilan yang terjual sebanyak 15 juta naskhah tahun lalu, tulisan Heidi Murkoff berjudul “What to Expect When You’re Expecting”, sebuah filem yang menggunakan judul sama kini bersedia untuk menemui penonton di pawagam. Persoalannya, mampukah buku panduan untuk ibu mengandung dijadikan filem, sekali gus menarik minat orang ramai memenuhi panggung?
Jawapannya adalah “ya”. Ini kerana filem ini bukan saja mengangkat tema yang amat jarang untuk diketengahkan tetapi juga mengumpan penonton dengan jenaka bersahaja serta lakonan mantap aktor dan aktres gred A.
Bukan mudah untuk bergelar ibu dan bapa. Jika tiada persediaan mental dan fizikal, seharusnya lupakan saja hasrat murni itu.
Mungkin pengalaman lima pasangan yang menjadi fokus utama dalam filem ini dapat membantu mana-mana pasangan yang sudah pun membuat keputusan untuk memulakan kehidupan keluarga.
Jurulatih kecergasan, Jules dan pasangannya, seorang peserta bintang realiti, Evan, menyedari kehidupan mereka sebagai selebriti menjadi halangan untuk kedua-duanya membesarkan anak.
Pasangan kedua, seorang penulis buku berkaitan bayi, Wendy, berdepan masalah hormon, sekali gus menjadikannya dia tidak selesa dengan kehamilan pertama. Suaminya, Gary, pula berusaha untuk tidak terus dibayangi bapanya, seorang pelumba kereta terkenal yang juga sedang menanti kelahiran bayi kembar hasil perkahwinan dengan wanita muda.
Ketika yang sama, seorang jurugambar, Holly, begitu teruja untuk mengambil anak angkat dari Ethiopia selepas mendapati dirinya sukar untuk mendapatkan zuriat sendiri. Bagaimanapun, suaminya, Alex, tidak pasti sama ada keputusan yang diambil itu tepat ataupun sebaliknya.
Sementara itu, sepasang anak muda iaitu Rosie dan Marco, terperangkap dengan perbuatan mereka sendiri apabila si gadis hamil tanpa dirancang.
Melalui kisah lima pasangan ini, penonton diajak untuk berkongsi kisah suka duka dan pengalaman mereka sebelum kelahiran zuriat pertama masing-masing.
Bukan saja dari segi ilmu keibubapaan yang harus dititikberatkan tetapi juga persediaan mental kerana proses kehamilan setiap insan tidak sama.
Melalui watak rekaan inilah si penulis bercerita mengenai pasang surut sesebuah hubungan hanya disebabkan kehadiran seorang bayi.
Bagi mereka yang pernah menyaksikan filem “Love, Actually dan Valentine’s Day”, plot cerita ini tidak banyak beza dengan dua filem terbabit yang menggabungkan lima kisah tersendiri dalam sebuah filem. Penulisnya bijak mencantumkan kisah mereka berlima dengan cara cukup kreatif.
Filem ini menggunakan formula amat mudah untuk menarik penonton ke pawagam, iaitu dengan mengundang pelakon popular dan hebat seperti Cameron Diaz, Jennifer Lopez, Dennis Quaid, Matthew Morrison membintangi filem itu. Kehadiran mereka sudah cukup untuk menjadi umpan kepada peminat setia masing-masing menyaksikan filem arahan Kirk Jones itu.
Bagi mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa, filem ini boleh menjadi alternatif untuk mereka mendapatkan nasihat berguna kerana gelaran itu tidak akan datang tanpa diiringi tanggungjawab yang amat besar.
Antara Bisnes & Seni
Lana Nordin
JIKA dihitung setiap kali wajahnya mewarnai ruang publisiti di dada akhbar mahupun majalah, figura berwajah manis dengan personaliti menarik ini tidak terlepas daripada soal peribadinya yang dibicarakan.
Meskipun cuba mengelak dan menyembunyikan diri, ia bagai sudah terikat untuk persoalan kontroversi. Kononnya sering kali tampil dengan imej seksi dan kisah-kisah remeh yang diungkap, nama Lana Nordin seakan terjerat dengan persoalan ‘panas’.
Hakikatnya, pelakon popular yang sebelum ini dikenali menerusi drama siri Gol & Gincu, Kaizer, Astana Idaman 3 dan Dunia Baru ini tidak sekali menadah diri untuk ‘ditembak’ namun sudah menjadi lumrah sepak terajang dunia seni, kontroversi dan spekulasi bagai permainan buatnya.
Jelas pemilik nama sebenar Mazlina Hasan Nordin ini ketika ditemui petang minggu lalu di Balai Berita, biar apa saja orang ingin bercerita, yang penting adalah nawaitu dan arah tuju diri sendiri.
“Sudah lali rasanya menerima kritikan atau segala cacian kerana itulah ‘makanan’ sejak awal melangkah dalam dunia ini. Namun untuk saya mengalah adalah mustahil, sebaliknya setiap apa yang diperkatakan itu saya jadikan pembakar semangat untuk buktikan kepada mereka yang saya bukan begitu.
“Kalis peluru memang sesuai digelar kepada saya kerana itulah yang saya amalkan hingga kini. Jika tidak mengenali saya lebih dekat, usah lekas menjatuh hukum kerana saya tidak pernah mengharapkan kisah panas apatah lagi kontroversi semata-mata ingin popular. Itu persepsi lama yang sudah lapuk,” katanya.
Mengenali Lana, si pemilik personaliti menggoda dengan sikapnya yang rendah diri adalah seorang yang berterus-terang. Jika tidak menepati cita rasa dan seleranya akan terus diperkatakan kerana padanya, sikap jujur   lebih baik daripada suka bersembunyi.
Justeru tambahnya lagi sebaik persoalan mengenai kekasih hatinya ketika ini, jika benar ada kekasih atau menjalin hubungan cinta akan terus diceritakan kepada mereka yang bertanya.
Lebih menarik  petang itu, Lana yang   pernah mengacarakan program Jejak Pulau dan XTune sebelum ini lebih rancak berkongsi mengenai lapangan perniagaan yang diceburinya.
“Saya langsung tidak terfikir soal cinta atau kekasih kerana alhamdulillah, apa yang pernah saya impikan sebelum ini sudah pun sebelah kaki menjadi kenyataan. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana sejak dulu lagi minat saya adalah pada dunia perniagaan. Lama juga saya menimba pengalaman dan mencari kekuatan, kini saya sudah pun bergelar usahawan.
“Setakat ini saya sudah   memiliki syarikat sendiri yang menguruskan banyak perniagaan berkaitan jual beli rumah dan tanah, hartanah dan beberapa cabang perniagaan yang lain. Itulah yang saya lakukan sekarang dan banyak masa diberikan untuk meletak sepenuh fokus pada dunia impian saya ini. Saya bersyukur kerana diberikan rezeki dan kepercayaan sebegini.
“Lakonan adalah satu lapangan yang memperkenalkan saya dan mengukuhkan nama untuk memudahkan urusan kerja lain. Kini selepas apa yang saya usahakan sudah hampir berjaya dan saya sudah nampak hasilnya daripada syarikat milik sendiri ini, saya rasa lakonan akan menjadi perkara kedua. Saya memang gilakan perniagaan dan kini semakin serius untuk mengukuhkan nama sebagai usahawan berjaya.
“Insya-Allah akan lebih berkembang perniagaan jual beli tanah dan hartanah kerana saya bersungguh-sungguh ingin merealisasikan semua yang saya lakukan ketika ini. Sekarang apa yang banyak saya lakukan adalah menjadi orang tengah untuk urusan jual beli tanah termasuk pembalakan dan ladang. Setakat ini saya sudah nampak hasilnya dan kesenangan yang ada juga semuanya dari usaha berniaga ini,” katanya yang juga pemilik syarikat Charisma Works dan Karisma Electric.
Terlanjur bercerita mengenai perniagaan dan perancangannya sebagai seorang usahawan, terlintas pula persoalan ke mana pula arah lakonannya selepas ini?
Jelasnya yakin, hidup perlu realistik.
“Sampai bila saya mampu bertahan menjadi pelakon? Itulah yang selalu saya fikirkan dan keluarga tanyakan. Mampukah saya bertahan hingga 20 tahun lagi sebagai pelakon dan adakah nama dan bakat saya diperlukan pada masa itu sedangkan saingan terlalu banyak dan senario industri juga semakin meruncing.
Ada saja masalah yang timbul terutamanya dari aspek bayaran pelakon dan nasib anak seni hari ini.
“Lantas mengapa perlu saya tunggu dan mengharap sesuatu yang belum pasti kerana prinsip hidup saya begitu mudah. Realistik dan sentiasa peka pada sekeliling.
Saya perlukan sokongan lain untuk terus mencari rezeki bagi membantu keluarga dan membina hidup sendiri. Alhamdulillah peluang dan rezeki dibentangkan kepada saya dan inilah keputusan terbaik yang perlu saya lakukan.
“Sepanjang berkecimpung dengan serius dalam dunia perniagaan, saya sudah nampak arah tuju dan objektif masa depan yang lebih terjamin. Itulah yang harus saya kejar dan terus berusaha mengukuhkan lagi tapak   sedia ada,” katanya.
Mengalih sedikit perbualan kepada dunia lakonannya, Lana tetap bersyukur kerana masih ada pihak produksi yang yakin kepada kredibilitinya.
Meskipun tidak henti dilanda kontroversi, nama dan bakatnya seolah berada di gelanggang tersendiri.
Buktinya, lakonannya dalam filem yang kini hangat ditayangkan, Chow Kit mendapat pujian ramai.
“Chow Kit adalah sebuah filem yang saya sifatkan punya kesenian dan keistimewaan tersendiri. Plot ceritanya begitu santai dan bersahaja dengan pembangunan watak yang kesemuanya begitu realistik dan jelas termasuk watak saya sendiri, Siah seorang pelacur yang membesarkan anak, namun terjerat pula dengan masalah apabila anaknya dirogol.
“Ia mengisahkan senario sebenar di Chow Kit yang jarang sekali diketahui umum.
Saya begitu tertarik dan yakin filem ini akan memberikan satu dimensi tersendiri kepada industri hiburan kerana memaparkan sesuatu yang unik dan melangkaui imaginasi kini,” katanya.
Lana turut muncul dalam filem Lagenda Budak Setan dengan melakonkan watak Zaharah selain sebuah lagi filem sentuhan Afdlin Shauki berjudul Parti Vs Orang Minyak dan Tokak garapan pengarah Sabree Fadzil pada tahun ini.
Trivia Lana Nordin
Nama Sebenar…Mazlina Hasan Nordin
Tempat Lahir…Bintawa, Kuching, Sarawak
Profesion…Pelakon dan pengacara
Status…Bujang
Filem..Remp-It, Main-Main Cinta
Drama TV…Gol & Gincu, Kaizer, Astana Idaman 3, Dunia Baru, Mendung Berarak Kelabu, Impian Itu Milik Kita, Kamasutra, Akademi Cinta, Puteri, Cebisan Duka, Aku Juga Perlu Cinta dan Tidurlah Permaisuri
Program TV…Jejak Pulau (13 episod), XTune untuk saluran Astro Ria.