Featuring the latest Malaysia scandals, gossip, and entertainment news.

CERIA RAYA Suria FM

August 26, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:27 am



Ditulis oleh Nonie
  
  

Kita selalu mendengar deejay radio berceloteh, kini tiba giliran penyampai Suria FM menunjukkan kehebatan mereka dengan kehadiran album raya berjudul Ceria Raya. Kompilasi lagu raya ini memuatkan 10 buah lagu raya termasuk dua lagu baru hasil nyanyian penyampai Suria FM.

Halim Othman, Linda Onn dan Zizi mendendangkan lagu Suria di Pagi Raya manakala lagu kedua yang berjudul Sebulan Berhari Raya adalah hasil nyanyian Tuah Zoqarnain, Myra, Naim, Bob, Lin, Halim Othman, Linda Onn dan Zizi.

 

Ini merupakan kali kedua di mana semua penyampai Suria FM merakamkan suara selepas rakaman lagu medley yang dinyanyikan semasa Konsert Kemuncak Suria FM 2010 yang lalu.

“Selalunya artis ada album sendiri, kini kami cuba tampilkan kelainan dengan deejay menyanyi dalam album. Kami cuma mahu berikan sesuatu untuk memeriahkan lagi suasana. Setakat ini kami keluarkan 150,000 unit dan ianya merupakan hadiah untuk ditebus di kaunter Tesco terpilih.

“Bakat mereka menyerlah dan sebab itu album ini diterbitkan dengan kerjasama NSR Records dan Tesco (M) Sdn Bhd. Lagu raya ini akan mula diputarkan di Suria FM mulai 15 Ramadhan,” ujar Subarma Mohtaruddin, Pengarah Strategi dan Latihan Suria FM.

Antara lagu yang terdapat dalam album ini adalah Selamat Hari Raya – Saloma, Balik Kampung – Sudirman, Pulanglah Berhari Raya – Aishah dan banyak lagi. Album ini boleh diperolehi di seluruh Tesco Mall yang terpilih. Caranya ialah dengan satu resit pembelian barangan bernilai RM50 ke atas.

Selain itu, Suria FM juga bakal mengadakan showcase album Ceria Raya bermula pada 21 Ogos di Tesco Johor Bahru, 28 Ogos di Tesco Melaka manakala 4 September di Tesco Sg. Petani. Showcase ini bakal dimeriahkan dengan barisan artis terkenal tanahair.

FOTO oleh MOHD AZIM

Mangga Online

FAIZAL TAHIR INSAF

August 25, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:48 am

Ditulis oleh Nonie
  
  

Tidak terungkap dengan kata-kata. Jiwa bergejolak meronta mahu menghulur bantuan, simpati akan anak-anak yatim yang memerlukan belaian kasih sayang. Hidup serba kedaifan adalah pemandangan biasa masyarakat di sana. Faizal Tahir menginsafi segala pengalaman yang dilalui sepanjang enam hari di Kem Pelarian Palestin di Lubnan. Kesyukuran dilantik sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin membebaskan dirinya dari belenggu kehidupan selama ini.

“Jika dulu saya selalu merungut dengan masalah yang menimpa, namun sekarang melihat kedaifan dan kesengsaraan hidup mereka dengan mata sendiri, baru saya sedar dugaan saya hanyalah sedikit. Tak dapat dibandingkan dengan mereka. Mereka yang susah untuk bersyukur sepatutnya dihantar ke sana untuk belajar erti penderitaan yang sebenar.

“Bayangkan kem pelarian yang disediakan untuk didiami 5000 ribu orang terpaksa dikongsi dengan lebih 20,000 pelarian. Sangat daif keadaan di sana, saluran air tak teratur, sistem pendawaian yang bersepah dan boleh dikatakan setiap tahun pasti akan ada kanak-kanak yang meninggal dunia akibat litar pintas yang berlaku.

“Entah bagaimana saya mahu gambarkan, anda harus melihat sendiri kehidupan di sana. Itulah tempat makan, tidur dan tandas mereka. Menjadi pelarian harus belajar untuk survive. Rakyat Palestin terdiri daripada lepasan universiti dan ada di antaranya bekas doktor dan jurutera, namun mereka tidak dibenarkan bekerja. Harapan mereka hanya satu, ingin kembali ke Palestin.

“Saya ke sana bukanlah sekadar ingin berkongsi pengalaman namun saya sangat berharap masyarakat boleh buka mata dan hati, ada sesuatu di luar sana yang memerlukan perhatian. Saya berani beri jaminan segala bentuk bantuan anda akan sampai kepada penerima yang sepatutnya.

“Kalau boleh saya mahu syahid di sana. Saya mahu ke Palestin sendiri melihat keadaan mereka. Saya seronok apabila kami dikepung askar di kawasan perkuburan kerana dapat merasai sendiri bagaimana perasaan mereka di sana.

“Bangga dipilih dan bertanggungjawab sebarkan mesej untuk orang ramai. Saya sarankan semua bersama-sama membantu. Paling kurang pun anda boleh menaja seorang anak yatim dan menyumbangkan RM170 setiap bulan untuk membantu kehidupan mereka di sana.” tambahnya yang dianggap sebagai perempuan di sana kerana berambut panjang.

Perjalanan Faizal Tahir menjengah kem-kem pelarian Palestin di Lubnan akan bersiaran bagi episod khas Bersamamu : Bebaskan Bumi Palestin pada 25 Ogos, 1 dan 8 September pada jam 9.30 malam. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, sila layari http://aqsasyarif.com/tajaan/ untuk maklumat lanjut.

FOTO oleh NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Mangga Online

Waheeda Dengan Fesyen Berpurdah

August 24, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:28 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Semasa bernikah dengan Akhil Hayy, penyanyi Waheeda pernah memberitahu yang dia akan memberi tumpuan kepada keluarga dan bakal bersara daripada dunia hiburan.

Sebab itulah selepas berkahwin jarang nampak kelibat Waheeda. Hanya beberapa program yang diatur awal sahaja dipenuhinya. Sekarang dia hanya menjadi penyokong kepada suaminya yang masih aktif sebagai pendakwah dan juga penyanyi lagu-lagu keagamaan. Waheeda juga sudah berubah penampilan diri.

Sekarang penyanyi itu tampil dengan fesyen berpurdah. Hanya matanya sahaya dipertontonkan kepada khalayak. Inilah fesyen Waheeda semasa menemari suami ke satu majlis pratonton program istimewa Astro yang turut melibatkan Akhil. waheeda sedia merakam gambar bersama suami, namun wajahnya bukan lagi menjadi tontonan.

 

 

 

 

Mangga Online

Anne Hamid Tumpu Keluarga

August 23, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:47 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Sudah lama tak dengar cerita bekas pencaraca Muzik Muzik, pelakon dan penyanyi Anne Hamid. Ingat lagi pada lagu Zapin Berkasih (ada juga namakan lagu itu sebagai lagu Nyiur Gading) nyanyian Anne? Dunia glamor Anne hilang terus selepas mendirikan rumah tangga lebih sepuluh tahun lalu.

Malah kelibatnya juga jarang dilihat dalam mana-mana majlis glamor. Baru-baru ini apabila pihak TV3 membuat rakaman program Melodi Raya dan majlis berbuka puasa bersama puluhan artis dan bekas selebriti TV3, Anne turut muncul memenuhi undangan.

“Kali ini saya tak dapat mengelak apabila kawan-kawan undang ke majlis ini,” kata Anne apabila ditanya khabarnya.

Anne akui dia terpaksa menghilangkan diri untuk menguruskan rumah tangga. Apatah lagi menjaga anak kecil Airis Umairah yang baru masuk dua tahun. Anak sulungnya Arif Hasanal kini sudah berusia 10 tahun. Anne mencipta nama dengan program Muzik-Muzik pada tahun 1995 hungga 1999. Selepas berkahwin Anne berehat sementara.

“Selepas memiliki seorang anak, saya muncul semula dalam program Muzik-muzik pada tahun 2001, tapi pasa masa itu saya tak boleh memberikan komitmen kerana mahu menguruskan rumah tangga lalu mengambil keputusan berhenti.

“Tak sangka dalam diam-diam itu sudah sepuluh tahun saya tinggalkan segala bidang seni. Bukannya tidak ada minat, tetapi saya harus beri keutamaan kepada rumah tangga dulu.

“Suami saya sebenarnya tak pernah menghalang, cuma dalam keadaan sekarang saya kena pilihlah mana-mana undangan yang sesuai. Suami saya membina sebuah bilik muzik untuk saya kerana dia tahu saya suka menyanyi.  Jadi di bilik itulah saya melakukan aktiviti yang saya sukai itu

“Saya tak kata mahu meninggalkan bidang seni sepenuhnya. Kalau ada tawaran saya akan pertimbangankan. Semestinya tidak boleh macam dululah. Saya rasa program hiburan pun mungkin sudah tidak sesuai dengan saya lagi,” kata Anne kepada Mangga Online.

Bercerita pasal perancangan menyambut hari raya, Anne dan keluarga merancang beraya di kampung orang tuanya di Pahang beberapa hari sebelum pulang semula ke ibu negara untuk berhari raya di rumah keluarga mentua di Gombak.

 

 

 

 

 

Mangga Online

CINTA Diadaptasi Teater

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:37 am

Ditulis oleh Nonie
  
  

CINTA telah menyentuh kehidupan ramai dan filem yang meraikan lima keajaiban cinta ini diadaptasi kepada teater Terima Kasih CINTA. Teater terbitan The Creative Partnership Sdn Bhd dan Primeworks Studio Sdn Bhd ini bakal disuntik dengan tarian yang menyentuh perasaan diiringi lagu-lagu nostalgia yang disuntik daripada era awal 90-an.

“Dengan pendekatan kontemporari, Terima Kasih CINTA telah diolah dengan babak-babak dramatik dan dialog penuh emosi serta diselang-selikan dengan lagu-lagu retro. Uji bakat untuk pelakon utama, ensemble dan artis akan berlangsung pada bulan Oktober. Siri latihan pula akan bermula minggu pertama bulan November dan akan berlanjutan selama tiga bulan,” kata penerbit produksi, Boudeng Edruce.

Sementara itu, Pengurus Besar Bisnes Studio & Hal Ehwal Korporat, Primeworks Studio, Tengku Iesta Tengku Alaudin menyatakan keterujaannya menanti CINTA yang akan diteaterkan ini.

“Filem ini telah menggondol beberapa anugerah pada Festival Filem Malaysia ke-20 iaitu Anugerah Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan juga Suntingan Terbaik. Oleh itu, kami amat teruja menantikan muzikal yang hebat dan produksi yang berjaya nanti,” katanya.

Terima Kasih CINTA akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 17 Februari hingga 6 Mac 2011.

FOTO oleh JEFFRI IRAN

Mangga Online

Emma Akma Bercinta Lagi

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:28 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Tahun lalu pelakon Emma Akma melalui detik paling sukar apabila berdepan masalah rumah tangga. Dia akhirnya disahkan bercerai talak tiga dengan  bekas suami dan melalui detik sukar apatah lagi berhari raya tanpa suami di sisi.

Emma akui dia pernah rasa rendah diri dan kemurungan selepas itu. Kerjaya lakonan juga terjejas. Tapi kini segalanya berubah dan Emma sudah boleh bangkit semula. Apa yang menjadi pendorongnya untuk bangkit?

Kata Emma: “Tahun lalu memang saya down sangat. Saya sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku kepada diri saya. Tawaran berlakon juga hampir tak ada pada masa itu sebab Emma banyak berkurung dan orang anggap saya tak mahu aktif. Tapi saya sedar yang  saya perlu lakukan sesuatu untuk terus hidup. Saya perlu berjuang.

“Sebab itulah saya bangkit semula dan boleh melupakan kepahitan yang saya lalui itu. Buat apa saya sedihkan diri sedangkan orang lain sedang bergembira. Saya semakin kuat apabila sekarang ada seseorang yang menyokong saya.”

Emma akui hatinya kini berbunga cinta semula apabila mengenali seorang pelakon baru, Raffi Hussin. Sudah hampir setahun mereka berkawan dan hubungan semakin hari semakin mesra. Emma juga enggan berselindung apabila ditanya keakrabannya dengan Raffi.

“Saya tak mahu berselindung, nanti kalau orang nampak kami bersama akan timbul cerita tidak elok pula. Sekarang kami memang sedang berkawan, bab jodoh itu kita tengoklah nanti macam mana. Kalau ada jodoh… adalah,  kalau tak ada jodoh tu nak buat macam mana. Tapi hari ini dialah pilihan saya,” kata Emma.

Raffi kelihatan malu-malu apabila Emma membuat pengakuan. Lebih-lebih lagi pelakon yang berasal darai Sabah itru jauh lebih muda daripada Emma. Raffi baru berusia 24 tahun sedangkan Emma sudah lewat 30-an.

Emma akui semasa ada seseorang mahu memperkenalkannya dengan Raffi, dia macam rasa kurang secocok lebih-lebih lagi apabila mengetahui usia Raffi lebih muda. Tapi apabila lebih mengenali, dia mula tertarik dengan pelakon bertubuh sasa itu.

“Pada saya, usia bukanlah halangan, yang penting keikhlasan hati dalam berkawan,” kara Raffi semasa ditemui pada majlis rakaman program Melodi Raya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Emma buat hamper raya

Emma sememangnya seorang yang ligat berniaga. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini. Dia menyediakan perkhidmatan tempahan membuat hamper kuih raya serta menerima tempahan kuih raya.

“Kuih raya ini dibuat di rumah, bukannya diambil dari kilang. Bukan Emma yang buat sebaliknya hasil tangan saudara Emma. Emma yakin untuk menjualnya sebab rasanya sedap. Emma juga ambil tempahan  membuat hamper raya. Alhamdulillah banyak juga tempahan setakat ini,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Halim Kini Bersedia

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:27 am

Ditulis oleh Nonie
  
  

Sudah tiba masa deejay radio popular ini melangkah ke alam perkahwinan. Diakui sendiri empunya diri, Halim Othman merasakan dirinya kini benar-benar sudah bersedia untuk bergelar suami. Memberi tanda hari bahagianya bakal menjelang dalam masa terdekat, Halim ringkas bercerita akan beraya dengan status suami tahun depan. Bila agaknya ManggaOnline pun tak tahu. Halim hanya memberi gambaran ringkas.

“Saya benar-benar bersedia untuk komitmen. Saya sudah ada calon di dalam hati namun biarlah rahsia. Biarkan menjadi misteri. Dia berasal dari Terengganu. Namun saya hanya dapat katakan raya tahun depan, kami bakal beraya sebagai pasangan suami isteri. Dan saya bersedia tumpukan sepenuh perhatian terhadap ikatan kami.

“Pengumuman siapa kekasih saya tak membantu hubungan kami. Saya lebih sukakan kejutan bila harinya menjelang tiba, namun kami belum tentukan tarikh yang sesuai. Tak mahu terlampau excited dan tak mahu lama-lama, nanti tak jadi.

“Bila saya kahwin lambat, bukan bermakna saya gay. Cuma selama ini saya terlampau tumpukan bagaimana nak cipta nama sampai terlupa saya perlukan someone untuk ambil berat diri saya. Cuma sekarang bila saya bangun pagi dan kena buat semua bersendirian, saya sedar sudah sampai masanya saya terima komitmen. Cuma saya kena pastikan betul-betul ready sebab ramai yang kahwin awal dan berakhir dengan perceraian,” ujarnya bakal beraya di Kerteh Terengganu.

Buat Album Raya

Menyumbangkan suara dengan kemeriahan Ramadhan dengan album raya berjudul Ceria Raya, Halim mengakui amat teruja dengan kelahiran album tersebut. Halim mendendangkan lagu Suria di Pagi Raya bersama Linda Onn dan Zizi.

“Kami sudah biasa dengan mic tapi bila rakam lagu, jadi nervous. Bayangkan hanya untuk empat baris lagu, terpaksa ambil masa sampai tiga jam. Saya hanya ikut apa yang komposer inginkan dan puas hati dengan album ini.

“Sangat teruja bila lihat nama terpampang dengan Hail Amir dalam album itu. Saya sendiri tak percaya apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang. Tak pernah termimpi akan dapat peluang sebegini,” katanya.

Bagi yang berminat boleh dapatkan album Ceria Raya Suria FM secara percuma di Tesco Mall terpilih dengan setiap pembelian barangan bernilai RM50.00 ke atas. Tarikh penebusan ditetapkan pada 28 dan 29 Ogos dan 4 dan 5 September 2010.

Mangga Online

Aizat Pilih Kolej UK Tahun Depan

August 20, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:37 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Sejak awal pembabitannya dalam bidang seni, Aizat Amdan memang berhasrat mahu mendalami ilmu dalam bidang muzik. Namun kejayaan yang diraihnya membuatkan dia terpaksa melupakan sementara untuk mengukuhkan nama.

Kini setelah jenama Aizat semakin kukuh, anak muda itu sudah nekad untuk menyambung pengajian dalam bidang muzik di luar negara. United Kingdom pilihannya. Mengapa pilih luar negara? Tak sempurnakah kolej muzik lokal?

Kata Aizat: “Saya tak kata kolej muzik di dalam negara tak baik. Kursus mereka baik untuk konsep yang tertentu. Aswara misalnya sangat baik, tetapi mereka lebih fokus kepada muzik tradisional.

“Saya ada juga risik dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kursus muziknya bagus, tapi  kalau belajar di sana saya perlu mengambil program lain juga termasuk ko kurikulum. Itu yang saya tak mahu.

“Apa yang mereka tawarkan tidak menepati kehendak peribadi saya sendiri. Saya mahukan pengajian secara profesional yang lebih tekankan aspek teknologi dalam bidang muzik. Saya nampak kolej dan universiti di UK memang menekankan aspek itu.

“Saya akan meninjau secara terperinci kursus muzik di Thames Valley University pada 27 Ogos ini. Kebetulan saya ada kawan di sana, bolehlah menumpang mereka. Terlanjur ke sana saya akan meninjau beberapa kolej lain sebelum membuat pilihan. Pada masa sekarang Thames Valleylah pilihan utama saya.

“Saya mencari kolej yang merangka kursus yang sesuai untuk artis profesional yang sememangnya sudah terlibat secara langsung dalam bidang muzik. Mereka memang ada kursus macam itu. Jadi kalau seseorang itu sedang aktif sebagai pemuzik, kerjaya mereka tidak berubah.

“Tempoh cutinya juga panjang, jadi saya masih boleh aktif malah boleh selalu balik memenuhi acara yang dijalankan dalam tempoh percutian. Kalau segala perancangan berjalan lancar saya akan memulakan pengajian pertengahan tahun hadapan.”

Aizat lebih menekankan kepada menambahkan ketajaman fikiran dalam menghasilklan muzik serta dan bergerak mengikut arus pemodenan muzik. Apa yang ditekan di kebanyakan kolej muzik di UK berbeza dengan kolej muzik di Amerika yang memberi tujuan utama dalam pemasaran dan promosi.

“Sebab itu sesebuah produk muzik dari Amerika menjalani promosi yang gila-gila sebab mereka memang pakar dalam perkara itu,” kata Aizat.

Tak jejaskan kerjaya

Aizat tidak nampak keputusannya menyambung pengajian bakal menjejaskan kerjayanya kerana terpaksa mengurangkan aktiviti seni. Apatah lagi pengajiannya mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun.

“Saya tak lihat kerjaya saya bakal terjejas kerana kita boleh membuat perancangan awal sebelum saya ke sana. Mungkin pada masa itu saya sudah ada album-album baru.

“Selepas tamat pengajian umur saya baru masuk 24 tahun, saya rasa pada usia itu saya masih boleh berdiri dalam bidang seni. Sebab itulah saya anggap inilah masa yang paling sesuai untuk saya memulakan pengajian yang tertangguh beberapa lama.

“Saya pernah berhajat untuk menyambung pengajian pada usia 20 tahun, tapi terpaksa ditunda kerana perlu melakukan sesuatu untuk mengukuhkan kerjaya saya,” ujarnya.

Dalam masa yang sama Aizat juga mahu mencari peluang kerjasama dengan pemuzik di sana atau dari negara lain yang turut belajar bersama-samanya nanti. Dia mahu mendapat input daripada mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

“Itu juga salah satu sebab mengapa saya pilih kolej luar negara. Saya mahu bertemu lebih ramai pemuzik dari luar negara,” kata Aizat ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak0anak yatim anjuran syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment di Masjid As Syakirin, KLCC semalam.

Pihak pengurusannya mengundang 40 anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim D’Bela, Kampuing Melayu Ampang. Selain meraikan mereka, Aizat juga turut menyampaikan duit raya kepada mereka.

Shocase Istimewa

Aizat juga merancang mengadakan road show bermula selepas hari raya nanti. Sebuah show case di Kuala Lumpur akan diadakan sebagai pembuka acara yang akan berterusan sehingga ke tahun hadapan. Ia dibawakan oleh syarikatnya sendiri.

“Kami sedang berusaha mencari pihak penaja untuk bersama-sama dalam road show tersebut. Setakat ini belum ada mana-mana pihak yang memberikan kata putus lagi,” katanya.

Aizat baru melancarkan album baru beberapa minggu sebelum puasa. Apabila masuk bulan puasa, promosinya terhenti sekejap dan akan disambung selepas hari raya nanti.

“Elok juga, sebab semasa berehat panjang sepanjang bulan puasa, kita boleh merancang untuk aktiviti promosi selepas ini dengan lebih rapi,” jelas Aizat.

 

Mangga Online

Raja Azmi Bebas Dengan Jaminan

Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:27 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Semalam nama penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman dikaitkan sebagai orang yang menjadi punca perceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan isteri keduanya, Nurhayati Othman di Mahkamah Syariah.

Hari ini heboh pula cerita penerbit kontroversi itu ditahan polis kerana gagal hadir  ke mahkamah untuk perbicaraan satu kes pertikaian komersial. Dia dikenakan waran tangkap kerana kegagalan hadir ke mahkamah bagi kes tersebut.

Raja Azmi yang ditahan semalam ketika membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Ampang, Selangor pasal penerimaan mesej SMS berbau ugutan terpaksa berbuka puasa dan bermalam di lokap balai polis. Dia bawa ke mahkamah hari ini.

 

Raja Azmi bagaimanapun dibebaskan oleh mahkamah dengan jaminan RM8,000. Dia berdepan dengan kes sivil pelanggaran pembelian saham RM4.9 juta yang membabitkan sebidang tanah di Balakong pada tahun 1996.

 

 

 

Mangga Online

Siti, Kak Pah Taut Semula

August 18, 2010 Mangga Online | Comments (0) admin @ 11:27 am

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Setelah enam tahun melalui konfrantasi, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas sempena Aidilfitri.

Ramadan kali ini benar-benar membawa berkat apabila kedua-duanya sedia digandingkan seterusnya membuang air keruh selama ini.

Usaha itu dilakukan sekumpulan wartawan yang rapat dengan kedua-dua selebriti popular itu.

Apatah lagi masing-masing sudah melupakan kejadian yang menggemparkan industri hiburan pada tahun 2004 itu.
Sesi fotografi diadakan di bilik Royale Suites, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dalam suasana yang nyaman.

“Sebenarnya sebelum ini kami pernah berjumpa dalam satu majlis yang kami hadiri bersama.”

“Tapi pada masa itu tak sempat nak berbual panjang. Inilah masa Siti dapat berbual dan bertanya khabar bila digandingkan dalam sesi fotografi.

“Siti harap janganlah peminat ungkitkan perkara yang sudah lama berlalu. Siti pun dah lupakan benda itu.

“Alhamdulillah rasa seronok juga sebab suasana hari ini dibuat semasa kita berpuasa,” kata Siti kepada Mangga Online.

Sebenarnya usaha mengadakan sesi fotografi ini dimulakan oleh Editor majalah URTV, Huzz.
Pihak Utusan Malaysia dan Berita Harian juga turut mengusahakan sesi pertemuan kedua-dua bintang bersuara merdu itu.

“Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru,” kata Siti.

Sharifah Aini juga tiada sebarang masalah untuk beri kerjasama dalam sesi fotografi ini.

“Saya sedih sangat dalam sesi hari ini. Bila Siti lentukkan kepala ke paha Kak Pah, Kah Pah tak boleh tahan air mata. Sedih sangat.

“Kak Pah rasa Siti juga rasa perkara yang sama bila kami bertemu hari ini.

“Kami ini mangsa keadaan. Kerana ada pihak lain yang melaga-lagakan, sampai enam tahun kami tak berjumpa.

“Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku,” kata Sharifah Aini.

Mangga Online